Kongsi Cerita: Belajar & Mengajar

CikguAzleen.com » News » eBook : Siri Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah & Menyeronokkan

eBook : Siri Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah & Menyeronokkan

Semalam, saya berjalan-jalan ke blog orang.. sememangnya setiap hari pun saya berjalan-jalan ke blog orang lain.. hehehe.. tapi semasa berjalan ke blog Jebat MesraInternet, saya telah membaca entrinya tentang Projek E-Book Pertama Beliau.. ah, saya memang tak pasti tajuk apa, tapi mesti ada kene mengena dengan internet lah..

Oh, lupe nak beritahu yang entri beliau tuh telah membuatkan saya berfikir.. Saya pun nak tulis e-book.. tapi tentang apa yer? Hehehehe.. saya ada terlalu banyak tajuk untuk ditulis sehingga saya tak tahu nak buat yang mana satu dulu.. Opppss.. kene lebih organiselah..

Jadi, akhirnya saya telah memutuskan untuk menulis ebook Siri Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah & Menyeronokkan.

Kalau anda students online saya di KelasEnglish.com pastikan anda register untuk Priority List kerana selepas ebook ni siap saya akan memilih 8 orang students untuk mencubanya secara percuma.

Tapi kalau ada bukan students online saya pun, apa kata anda juga register untuk Priority List di KelasEnglish.com kerana anda akan menjadi orang pertama yang mengetahui bila saya akan melancarkan Siri EBook ini. Tambahan lagi, anda mungkin mendapat diskaun untuk EBook ini.

Sekarang, saya sedang berusaha menulis satu page setiap hari. Ianya tak semudah yang anda sangka, kerana saya banyak menggunakan ilustrasi dan saya perlu melukisnya..

Saya berharap dapat menyiapkannya sebelum birthday suami saya – kiranya bleh jadi birthday present lah untuk dia. Jimat duit saya.. hahahaha.. :D

OK, jangan berlengah lagi.. Daftar sekarang untuk eBook Siri Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah & Menyeronokkan di KelasEnglish.com .

Leave a Comment

Your Comments

  1. Cikgu, saya pun student gakk…student SmartZul :)
    Tak sabar nak tunggu ebook cikgu. Saya pun dalam proses nak keluarkan ebook juga utk blog terbaru saya nanti, tentang kesihatan. Percuma jer…

    Oh ya cikgu, dapatkan ‘Kosmo’ hari ni (Jumaat). Ruangan berita dunia bagaimana belajar bahasa secara online menerusi kamera web. Rasa2 cikgu pun bole buat mcm tu. Saya orang pertama nak jadi student cikgu… Hehehe :)

    ——————–
    Azleen: TQ Jimie.. nanti saya beli Kosmo..

    Comment by JimieRay on March 30, 2007 at 11:48 am

  2. Cikgu….ktom booking satu tau…..jgn lupa kita pulak ya.

    ———————-
    Azleen: Boleh, boleh.. InsyaAllah.. Ktom kan dah register dalam Priority List..

    Comment by ktom on March 30, 2007 at 2:03 pm

  3. bagus2…leh la nanti wat blog dlm BI..huhu

    ——————–
    Azleen: Boleh, InsyaAllah.. Siap-siap beli kamus dulu yer.. !

    Comment by faizal on March 30, 2007 at 3:09 pm

  4. Saya pun nak satu :-) . Nak juga belajar BI secara online nie. Banyak faedah dalam perniagaan internet nie kalo boleh kuasai BI.. Tahniah Cikgu untuk bakal projek ebook cikgu tu..

    ———————–
    Azleen: InsyaAllah Jebat.. yang lecehnya sekarang ni yalah saya kene melukis – benda yang paling tak pandai – sbb nak guna ilustrasi yang byk dalam buku tuh..

    Comment by Jebat Mesranet on March 30, 2007 at 5:12 pm

  5. Wah semakin meriah industri ebook tanah air… namun pastikan ebook betul-betul berkualiti :D

    “eBook Berkualiti, Penjana Wang”! heheh tema baru tu…

    Ok seperti biasa selepas memiliki produk berkualiti pastikan cikgu tekankan bahagian promosi.. kerana saya pernah gagal kerana tidak menitik beratkan PROMOSI…

    Jadi jangan ulangi kesilapan saya… cari target market yang betul!

    sekian..

    ———————————–
    Azleen: Terima kasih labanon.. Saya pun sambil tengah pikir nak ajak sape tolong promote yer..

    Comment by Labanon FlareBiz on March 30, 2007 at 6:34 pm

  6. Guna scanner je cikgu.. Pastu edit guna snagit.. image ada kualiti kalo guna snagit nie.. namun harga mahal :-) . Tapi ada trial selama 30 hari.. Tu pasal kena berkejar-kejar nak siapkan ebook sebelum due date trial tu.. Cikgu boleh tengok kat sini http://www.techsmith.com/snagit.asp

    ————————
    Azleen: Oohh.. masalahnya bukan tak bleh scan.. semua gambar tuh memang dalam bentuk digital pun.. tapi tak nak terlibat dengan masalah hak milik sebab gambar2 tuh milik orang lain.. dan kebanyakannya tak tahu siapa punya.. bahaya..

    Comment by Jebat Mesranet on March 30, 2007 at 8:02 pm

  7. Saya yakin Ebook ni menarik bukan untuk saya sahaja malah mungkin untuk sekeluarga… saya rasa saya dah daftar kot.

    Tak lupa SELAMAT HARI GURU

    —————————-
    Azleen: Terima kasih.. InsyaAllah.. Ianya menarik dan berguna..

    Comment by fahmi on May 16, 2007 at 5:57 pm

CikguAzleen.com

© DSMDESIGN | All Rights Reserved

Designed for and powered by Wordpress

exclusively by DSM Design Ltd