Kongsi Cerita: Belajar & Mengajar

CikguAzleen.com » News » Kepentingan Vs. Keutamaan: Yang Mana Nak Didulukan?

Kepentingan Vs. Keutamaan: Yang Mana Nak Didulukan?

Dalam keadaan dunia yang amat sibuk sekarang ni, saya pasti kebanyakan daripada anda tentu pernah terserempak dengan kemalangan jalan raya. Tidak kira samada ianya kemalangan maut atau sekadar kemalangan kecil. Sejak saya mula memandu 6 tahun yang lepas, saya juga sama seperti anda. Salah satu kemalangan yang saya ingat berlaku di Kampung Tasik Kundang, Selangor.

Waktu itu ada sebuah kereta di hadapan kereta saya – kami menuju ke Rawang. Kemudian, kereta tersebut memperlahankan kenderaannya dan memberi isyarat untuk belok ke kanan. Tiba-tiba, sewaktu kenderaan tersebut sedang membelok, sebuah motosikal datang dengan laju dari arah belakang dan memotong dari kanan. Seperti yang anda bayangkan, berlaku perlanggaran di antara motor dan kereta tersebut.

Penunggang motosikal jatuh, dan tergolek di tepi jalan. Pemandu kereta tersebut, seorang wanita, dan penumpangnya, juga seorang wanita, turun dari kereta mereka dan mendekati penunggang motosikal, seorang lelaki. Tahu apa yang dilakukannya? :twisted: Mereka berdua, terutamanya pemandu kereta, memarahi penunggang motosikal tersebut…

Bayangkan keadaan ini: Sebuah kereta yang baru dilanggar sebuah motosikal berada di tengah-tengah jalan, menghalang lalu lintas (jalan dua lorong saja), sementara pemandu kereta sedang memarahi penunggang motosikal yang masih lagi terbaring di tepi jalan..

Saya tak nafikan, bahawa penunggang motosikal tadi yang menyebabkan kemalangan berlaku. Sikapnya yang tergesa-gesa dan tidak berhati-hati menyebabkan masalah kepada dirinya sendiri. Dan saya akui amat penting untuk kita beritahu dan tanamkan dalam kepala penunggang sebegini supaya sayangkan nyawa mereka dan juga prihatin kepada orang lain.

Namun, memastikan bahawa penunggang yang bersalah itu selamat (kerana ternyata pemandu kereta adalah selamat!) dan mengalihkan kedua-dua kenderaan ke bahu jalan supaya tidak mengganggu lalulintas adalah keutamaan. Soalnya, yang mana satu perlu didulukan?

Antara Grammar Dan Menulis, Yang Mana Nak Didulukan?

Beberapa hari yang lepas, saya telah menulis satu artikel berkaitan penggunaan slang dalam bahasa inggeris. Dalam komen yang saya terima, antaranya SmartZul telah bertanyakan tentang kepentingan grammar. Soalan beliau membuatkan saya tertanya sendiri, adakah tulisan-tulisan saya selama ini memberikan gambaran kepada anda bahawa grammar tidak penting?

Sama macam kes eksiden di atas, grammar ibarat memakukan dalam kepala penunggang bahawa dia perlu berhati-hati semasa menunggang, manakala menulis adalah ibarat memastikan keselamatan penunggang yang bebal tadi. Yang mana satu perlu didulukan?

Pentingnya grammar kepada bahasa inggeris adalah ibarat garam dalam makanan dan gula dalam minuman. Agaknya apalah rasa kari daging yang dimasak oleh tukang masak paling terror dalam dunia ni jika ianya tidak diletakkan garam? Bagaimana pula kalau anda minum secawan kopi tarik yang disediakan oleh pembancuh kopi terhebat di dunia tetapi dia lupa letak gula?

Tak ada grammar, lintang pukanglah bahasa inggeris. Ia juga akan menimbulkan salah faham dan mungkin perbalahan. Contoh yang paling mudah adalah menggunakan perbezaan tense: past tense, present tense dan future tense. Perhatikan ayat berikut:

  1. She wrote a letter for her sister in Thailand
  2. She is writing a letter for her sister in Thailand
  3. She will write a letter for her sister in Thailand

Bagi ayat 1, dia sudahpun menulis surat tersebut. Sedangkan dalam ayat 2, dia sedang menulis surat dan dalam ayat 3, dia akan menulis surat. Berbeza maknanya kan? Jika anda tersilap menulis, ia akan memberi impak yang besar kepada tulisan anda.

Tapi, bagi seseorang yang kebuluran (dalam keadaan lapar yang teramat sangat), adakah jika karinya tidak bergaram dan kopinya tidak bergula akan membuatkan dia tidak mahu makan? Jika ini berlaku, saya pasti yang jumlah kematian di seluruh dunia kerana kebuluran akan meningkat. Bukan setakat di Afrika, bahkan mungkin Malaysia akan mempunyai rekod orang mati kebuluran.

Bagi seseorang yang kebuluran, yang penting baginya adalah makan. Samada makanan itu sedap atau tidak, itu tidak menjadi isu utama. Sama seperti seseorang yang baru belajar bahasa inggeris. Ketika ini, yang penting baginya adalah menulis. Betul atau salah tulisannya (dari sudut grammar) adalah soal kedua. Yang diperlukan adalah idea untuk menulis dilengkapkan dengan isi dan fakta yang tepat.

Satu lagi soalan untuk anda… Jika seseorang yang baru belajar bahasa inggeris, terlalu risau takut tersalah grammar, adakah anda rasa dia akan menulis? Saya ingatkan sekali lagi bahawa keadaan ini adalah untuk orang yang baru belajar…

Komunikasi Atau Pronunciation Yang Tepat, Yang Mana Nak Didulukan?

Sekali lagi, kita dalam dilema antara kepentingan dan keutamaan. Pronunciation yang tepat adalah penting dalam penggunaan bahasa. Tapi jika anda terlalu sibuk nak belajar pronunciation yang tepat bagi setiap patah perkataan BI yang anda temui, bila anda nak berlatih komunikasi?

Ada ramai orang yang gagal bercakap dalam BI kerana terlalu bimbangkan pronunciation yang salah. Takut tersalah sebut. Adakah anda disaman jika salah menyebutnya? Atau mungkin dihukum gantung sampai mati kerana menyebut America sebagai Amerika? Hmmm.. Risau juga saya kalau-kalau menjadi kesalahan besar yang boleh didakwa jika melakukan kesalahan seperti itu.

Saya lebih suka jika anda menjawab sendiri pertanyaan anda, antara kepentingan dan keutamaan, yang mana nak didulukan? Antara grammar dan menulis, yang mana nak didulukan? Dan antara komunikasi dan pronunciation, yang mana nak didulukan?

P.S.: Kalau anda nak juga jawapan saya, antara kepentingan dan keutamaan, bergantung kepada keperluan anda. Antara grammar dan menulis, bagi orang baru belajar, lebih baik dia berlatih menulis dahulu. Dan antara komunikasi dan pronunciation, bagi orang yang baru belajar, lebih baik dia berlatih berkomunikasi dahulu.

P.P.S.: Sehingga sekarang, saya tidak pernah menekankan grammar kepada pelajar saya sewaktu kami membuat latihan menulis, tetapi beliau tetap mendapat A untuk peperiksaannya.

P.P.P.S.: Kelas Bahasa Inggeris Untuk Dewasa akan bermula malam ini. Saya sedang memikirkan untuk memberikan anda peluang untuk melihat dan berlatih menggunakan modul yang sama untuk kelas ini di Forum KelasEnglish. Berminat? Berikan komen dan maklumbalas anda kepada saya.

P.P.P.P.S: Pernahkah anda terfikir perbezaan antara doktor bersalin beragama Islam dengan doktor bersalin beragama Kristian? Dalam keadaan genting yang hanya boleh menyelamatkan salah satu nyawa antara ibu dan anak, yang mana satukah yang akan menjadi pilihan mereka? Hint: Ianya bergantung kepada keperluan agama mereka.

Leave a Comment

Your Comments

  1. Komen ni tak berkaitan dgn artickel ni, tapi saya berminat dgn cara penulisan cikgu yg memberi satu analogi sebelum pergi kepada topic utama. Mungkin lepas nie saya kena practice gaya penulisan mcm nih utk jadikan artikel lebih menarik

    ————————-
    Azleen: Terima kasih.. Saya cadangkan anda baca buku Hypnotic Writing oleh Joe Vitale.. Buku ni ada dijual dalam bentuk e-book juga.. Tapi saya prefer buku normal sebab ianya tebal.. :twisted:

    Comment by zaki on May 22, 2007 at 6:00 pm

  2. Cikgu saya memang menyedari masalah grammar ini pada diri saya..ini bukanlah salah sistem persekolahan kita cuma kesilapan yang telah saya lakukan semasa menuntut dan membuang masa 6 tahun di sekolah rendah 5 tahun di sekolah menengah dan seterusnya menyambung pelajaran ke IPT..kalau di ikutkan logik akar..nampak sangat tak ambil serius akan hal ini..baru sekarang saya menyedari pentingnya bahasa english ini lebih-lebih lagi kalau kita membuat perancangan nak ke pasaran global..

    Balik pada persoalan kita mana yang nak di utamakan grammar atau penulisan..saya utamakan penulisan dulu lepas tu baru grammar..tapi syukur lepas menggunakan formula ni..saya dapati english saya ada peningkatan..lama kelamaan bila saya review balik post saya yang sudah-sudah ada kalanya saya tergelak sendiri..tapi apa yang penting adalah keberanian dan juga keinginan..betul tak cikgu..memang juga diakui dalam usia yang meningkat ini memang agak sukar nak mengingati sesuatu tapi disebabkan keinginan kena gagahi juga..

    ps: cikgu kalau berkesempatan saya memang berminat nak mengikuti kursus bahasa inggeris cikgu..tapi masalahnya saya duduk di tampoi agak jauh rasanya dari masai..tapi ini bergantung dengan masa saya..saya sanggup belajar dan jarak adalah cabaran sebenarnya..thanks for your article

    ———————————
    Azleen: Ya betul tuh bent.. Lebih baik praktis menulis dulu baru periksa grammar.. Nanti lama-lama tentu OK.. Kepada yang lain, ikutlah langkah Bent ni..

    Tentang Kursus Bahasa Inggeris Dewasa yang saya lakukan di PG ni, ianya hanya untuk pekerja syarikat tersebut sahaja.. Tidak dibuka kepada umum.. Tetapi saya sedang memikirkan untuk memberikan anda (pembaca blog ini) mendapatkan modul yang saya gunakan untuk syarikat tersebut. Cuma environmentnya mungkin berlainan sedikit, sebab semua pelajar kursus itu adalah security personnel.. So modul yang saya bina berkisar tentang pekerjaan mereka.. Mungkin agak tak relevan bagi anda yang lain..

    Kalau Bent nak belajar, tetapi rasa PG ni jauh (memang jauh pun :twisted: ), Bent boleh cari 7-10 orang kawan (sebaiknya yang sama background, kalau nak buat crash course) dan juga tempat yang bersesuaian di kawasan Bent. Saya boleh ke sana, InsyaAllah.. Diorang yang kat PG ni pun, dari tahun lepas nak belajar ngan saya.. Tapi tahun ni baru cukup orang untuk buat kelas.. :D

    Comment by Bent on May 22, 2007 at 6:53 pm

  3. Tak ada masalah cikgu..tapi agak susah juga kan nak cari yang betul-betul beminat nak belajar bahasa inggeris ni.

    ———————————
    Azleen: Saya rasa bukan sebab betul-betul berminat. Kalau sebut minat belajar BI, saya rasa ramai yang berminat.. Tapi yang susahnya adalah banyak yang malu.. yang keduanya tak dapat nak bagi komitmen (orang dewasa kan, ada keje, ada family, ada bf, gf etc)… Hmmm.. rasanya boleh tulis satu post ni pasal ni saja.. :twisted:

    Comment by Bent on May 23, 2007 at 10:58 am

  4. “Tak ada grammar, lintang pukanglah bahasa inggeris. Ia juga akan menimbulkan salah faham dan mungkin perbalahan.”

    “Sehingga sekarang, saya tidak pernah menekankan grammar kepada pelajar saya sewaktu kami membuat latihan menulis, tetapi beliau tetap mendapat A untuk peperiksaannya.”

    Which one?

    —————————–
    Azleen: Bergantung kepada keperluan.. Untuk mereka yang masih baru dan bermasalah, menulis (termasuk mendapatkan idea, menyusun idea, dan menyampaikan idea) menjadi keutamaan.

    Comment by PasserBy on May 23, 2007 at 11:37 pm

  5. salam…….
    cikgu saya nak belajar secara direct ..face to face..talaki…ada buat kelas tak? kalau tak de …tau tak kat mana tempat yg baik utk saya belajar sekitar klang..terima kasih

    Comment by shamsul on January 23, 2008 at 1:46 pm

  6. mafi muskillah….tq for your respon…chat boleh membantu ker cikgu?

    Comment by shamsul on January 24, 2008 at 4:50 pm

  7. komen saya pula cikgu…antara kepentingan dan keutamaan, yang mana nak didulukan? Antara grammar dan menulis, yang mana nak didulukan? Dan antara komunikasi dan pronunciation, yang mana nak didulukan?….bagi saya laa lebih baik kita blaja komunikasi dlu..sbab dengan konukasi nie laa kasi lidah kita menjadi lebihmudah nk bercakap dan hilang sifat malu..ibaratkan belajar ckap bahasa pasar…saya tgok kawan2 saya yg berkawan dengan matsalleh walaupun dia tk pernah mengikuti kelas bahasa english tapi dia still bole ckap walaupun terdapat banyak pronunciation dia salah…dan seorang lagi kawan saya tahu ttg banyak grammer dan pronunciation tapi lidah kelu susah nak ckap bila ckap pun mcm tak jelas..so bagi saya laa cikgu saya lagi suka blaja ckap bahasa pasar dlu:Dkomunikasi dlu yg penting biasakan lidah..serius kalau cikgu ade buat kelas english online mmg saya berminat sangat2…:D

    Comment by aman on August 10, 2008 at 5:41 pm

  8. Ada juga kawan sekerja saya cakap english pun lintang pukang, inikan pula menulis. Terutama kalau dia marah-marah, susah nak faham apa sebetulnya yang cuba dia sampaikan. Sampai sekarang pun saya tengok email dia masih lagi macam tu, tak ada peningkatan. Tapi dalam masa tak sampai setahun dia dah naik jadi supervisor. Agaknya yang penting kita berani bercakap kot, salah tak salah belakang kira. Macam saya terlalu menjaga sangat grammar dan pronunciation, bila start jer nak cakap english otak saya jadi blank, tak boleh nak cakap apa-apa langsung walaupun perkataan yang senang..hehe :P

    Comment by alicesona19 on August 21, 2008 at 11:45 pm

    • Betul tuh.. Bagus juga jika anda nak menjaga grammar dan pronunciation ni, tapi jadi tak bagus bila disebabkan terlalu menjaga sehingga lupa apa yang nak disampaikan..

      Lebih baik anda cakap aje apa yang ada dalam kepala, dan selepas itu betulkan sedikit demi sedikit..

      Kita tak akan berlari jika tak membuka langkah pertama kan?

      Comment by Cikgu Azleen on August 23, 2008 at 10:20 am

  9. salam, saya baru dapat sambung belajar,wajib lulus 7 subjek untuk teruskan sarjana tiga daripadanya bahasa inggeris, oral com, written com dan learning to skill. Apa yang cikgu boleh bantu nasihatkan saya yang buta bahasa inggeris nih dalam tempoh 10 minggu nih.Saya seorang yang berminat belajar bahasa tetapi sejarah lampau belajar bahasa buat saya kecewa namun azam masih membara.

    Comment by islaah on March 26, 2009 at 8:21 pm

CikguAzleen.com

© DSMDESIGN | All Rights Reserved

Designed for and powered by Wordpress

exclusively by DSM Design Ltd