Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Tingkatkan Trafik Menggunakan Tagging

Biasa dengar tagging? Hmmm.. tagging yang saya maksudkan ni bukanlah tagging game yang kita main macam Alexa Redirect Train atau VCard. Tagging game tersebut juga boleh meningkatkan traffic dan ranking blog anda. Tapi hari ini, kita nak bercakap tentang sistem tagging - mengetag post-post dan artikel anda..

:twisted: Mengetag? Ada ke perkataan ini? Suka-suka saya aje kan menambahkan jumlah perkataan bahasa melayu.. Inilah agaknya yang Al-Marbawi maksudkan dengan bahasa melayu rojak.. Tapi kadang-kadang (mungkin juga selalu) kita terasa yang bahasa melayu ni macam kurang perkataan :p

OK, saya dah jumpa.. Saya rasa apa yang kita nak lakukan ini adalah lebih kurang macam flagging buku/ bacaan kita. Selalunya, kita akan ambil kertas kecil yang berwarna lebih cerah untuk tandakan buku tersebut, supaya senang untuk dirujuk kemudian nanti. Ala-ala Post-it-Note lah.. Cuma saiz yang ini lebih kecil..

Itu untuk buku, tapi untuk blog pulak, kita tandakan artikel kita dengan tag-tag tertentu. Misalnya, untuk artikel ini, saya akan tandakan dengan tag simple tagging, ultimate warrior tagging, flagging, post it note, etc…

Berbeza Dengan Kategori

Dulu, saya pun tak reti guna tagging ni. Saya tengok jugak di blog-blog lain – kebanyakan mereka guna Ultimate Warrior Tagging. Saya tertanya-tanya kenapa nak guna plugin tagging lagi? Kan kategori dah ada? Rupanya ianya tak sama..

Kalau untuk kategori, ianya agak formal – rasmi. Oleh itu, perkataan-perkataan atau frasa yang kita gunakan untuk kategori pun perlulah lebih rasmi bunyinya. Dan kategori juga adalah tempat untuk meletakkan jenis artikel tersebut.

Dan kadang-kadang, atau seringkalinya, satu artikel yang ditulis itu terletak dalam dua atau lebih kategori. Naahhh.. Sekarang bagaimana? Ada yang kata, “Apa susah.. Kita letak aje dalam banyak kategori..

Dulu, saya pun buat macam tuh juga. Bagi setiap artikel yang saya tulis, saya akan masukkan dia ke dalam seberapa banyak kategori yang boleh. Tujuannya, supaya lebih mudah pembaca nak jumpa artikel itu..

Masalah Kandungan Pendua

Ini satu lagi masalah.. Masalah bahasa.. BI nya adalah Duplicate Content. Content=kandungan. Tiada masalah. Masalahnya adalah duplicate. Dalam kamus, dinyatakan bahawa duplicate adalah pendua atau salinan. Tapi saya rasa macam tak kena. Takpelah.. Kita akan bincangkan topik ini dalam artikel lain ya!

Bila saya letakkan satu artikel tuh dalam banyak kategori, timbul masalah duplicate content. Iaitu, artikel yang sama ditemui oleh enjin pencari dalam banyak page. Itu belum lagi termasuk kat dalam archive bulanan dan tahunan. Macam-macam.. Difahamkan bahawa duplicate content boleh memberi kesan buruk kepada rank anda oleh enjin carian..

Simple Tagging

Akhirnya saya cuba selidik apa itu tagging. Kalau tak bagus, takkanlah begitu ramai otai yang guna kan? Mulanya saya cuba Ultimate Warrior Tagging. Tapi saya rasa saya agak sukar faham cara penggunaannya. Mungkin juga masa tuh saya tak berapa clear apa fungsi tagging ni.

Jadi kemudian, saya download dan pasang pula plugin Simple Tagging ni. Cara install nya sama aje macam install plugin lain. Lepas activate, anda akan jumpa satu lagi extra column di bawah column post anda. Ia dinamakan tags. Macam dalam gambar di sebelah ni. Bukan title tag – itu menggunakan plugin lain yang akan saya ceritakan lain kali.

Selepas anda tulis artikel anda, anda tandakan artikel tersebut dengan tag yang anda rasa berkaitan, dan orang akan cari. Contohnya, baru-baru ini saya telah menulis artikel tentang panduan blogging dengan lebih baik. Dimana dalam artikel tersebut saya telah memberikan 2 eBook percuma yang ditulis oleh orang lain :twisted: Satu daripada RajaBlog dan satu lagi dari JohnChow. Saya meletakkan artikel tersebut dibawah kategori eBook Review dan mengetagnya sebagai FREE ebook.

Sehari selepas itu, ramai pelawat yang baru masuk ke blog ini mencari katakunci FREE ebook. Menarik bukan? Benda percuma, memang ramai yang ingin. Jika saya membiarkannya dalam kategori eBook Review, siapa yang akan menggunakan katakunci ebook review untuk membuat carian? Mungkin ada tetapi jumlahnya tentu lebih sedikit berbanding mereka yang mencari free ebook.

Adakan Satu Kategori FREE eBook

Ya, ada yang ingin mencadangkan supaya saya adakan saja satu kategori FREE ebook. Sudah tentu boleh dilakukan. Tetapi, kalau ebook yang ingin saya review itu tidak diberikan secara percuma, bagaimana? Saya perlu mewujudkan satu lagi kategori PAID eBook.. Begitu?

Lebih mudah mengunakan tagging ini. Ayuh, sekarang anda boleh cuba jugak. Download Simple Tagging dari page ini, kemudian active kan nya. Mula mengetag article anda dengan katakunci yang bagus-bagus, dan lihatlah trafik ke blog anda meningkat.

Sebelum saya lupa, saya ingin memberitahu bahawa semasa saya memberikan ebook percuma itu (yang ditulis oleh Rajablog dan JohnChow), trafik ke blog ini meningkat dua kali ganda.. Menarik bukan?

Anda pun boleh melakukannya.

P.S.: Jika ingin lebih advance, anda boleh cuba gunakan Ultimate Warrior Tagging.

10 Responses to “Tingkatkan Trafik Menggunakan Tagging”

Leave a Reply

Tags & Categories