Tips Belajar Bahasa Inggeris Dengan Cara Anda
Belajar bahasa inggeris sebenarnya taklah sesusah mana jika anda tahu cara melakukannya. Saya pasti ramai di antara pembaca blog ini ada tips dan teknik mereka sendiri untuk menguasai bahasa ini. Jadi kali ini, saya ingin memberi peluang kepada anda untuk berkongsi tips dan teknik yang anda praktiskan, dan membantu saya menulis satu page Tips Belajar Bahasa Inggeris – termasuklah buku, kelas, laman web, application atau apa saja yang membantu anda belajar bahasa inggeris.
Bagaimana Untuk Menyumbang?
Hantar tips terbaik anda melalui fungsi komen di post ini. Sila kongsikan satu atau lebih tips belajar bahasa inggeris yang anda telah lakukan/ gunakan dan ianya memberi kesan yang baik kepada anda. Jika ada, sertakan sekali URL ke laman web, atau buku atau aplikasi yang anda gunakan.
Saya akan mengemaskini page Tips Belajar Bahasa Inggeris ini dari masa ke masa. Saya akan membaca setiap komen yang anda berikan, memilih tips terbaik, menyenaraikannya ke dalam page Tips Belajar Bahasa Inggeris, dan mengulasnya (jika perlu). Sudah tentu, saya akan memberikan love-link ke laman web/ blog mereka yang berkongsikan tips tersebut.
Spam akan disenaraihitamkan..
Jadi, kongsikan tips anda dan bantu mereka yang turut ingin menguasai bahasa inggeris ini.


hye .
kls english cikgu azleen 2 da penoh . mcm mne erk ?
Ia akan dibuka semula pada 4 Mac 2010. Nantikan tarikh tersebut ya!
assalamualaikum.. cikgu azleen.. saya pon tak pandai english jugak… kalau kami yang tak paham ni dikumpul ramai2, then cikgu buat kelas boleh tak dalam satu tempat(mana yg tak jauh la).. then tetap kan bayaran je smpai kita ni bleh kuasai bahasa inggeris.. masa proses blaja tu kita suma bleh blaja tanpa rasa malu untuk menuntut ilmu bahasa inggeris tu (sebab sama2 tak reti bahasa inggeris).
Salam Wan,
InsyaAllah, sebenarnya saya telah ada perancangan seumpama ni. Ia akan dimulakan pada pertengahan Mac ini. Tempat terhad kepada 25 orang pertama sahaja. Buat masa ini laman web KelasEnglish.com ditutup untuk kerja-kerja naiktaraf. Ia akan dibuka semula selewat-lewatnya pada 4 Mac 2010. Jadi pastikan anda mendapatkan maklumat lanjut di sana.
Sekiranya anda sign up untuk N3 CikguAzleen.com anda akan menerima berita terperinci lebih awal dari laman web/ blog. Harap dapat jumpa anda nanti ya!
salam cikgu..
saya fazlu nak tanye skt..
cikgu duduk area mn?
sy ingin blaja bahasa inggeris secara pesonal…
pasir gudang/ masai
assalamualikum..
sy mmg berminat ngn bhs ingeris ni ckgu,tp sy x pandai nk bercakap or menulis dlm bhs itu..sy pelajar lepasan diploma dlm satu kolej d mlysia ni..bila time present je sy x dpt wat yg terbaik sbb bhs ingeris sy kucar kacir..sy ade cita2 nk smbg lg pengajian sy pada tahap degree,tp tlh terbatal sbb dlm degree 100% dlm bhs ingeris..sy nk mnt tlg dgn ckgu la klu blh kn? nk mnt ckgu ajar kn sy bhs ingeris..sy berada d kg,jd ssh nk jmp klas bi kat kg ni ckgu..hrp ke ade intenet je la yg mgkn dpt tlg sy blaja bi melalui online…
Hi, cikgu
untuk mendaftar Playgroup yang pertama di
Tmn Megah Ria, Masai, Johor memberi masalah kepada saya kerana jauh.
saya berada di negeri sembilan cadangkan cikgu adakan kelas di negeri sembilan pada bulan-bualan tertentu.