Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Archive for August, 2007

50 Tahun Malaysia Merdeka, Apa Ertinya?

Sudah 50 tahun Malaysia merdeka, sudah banyak perubahan fizikal yang boleh kita lihat. Sudah banyak kemajuan dan kemudahan yang kita kecapi. Tapi apakah erti merdeka bagi anda sendiri?

Mari kita tonton video clip pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman 50 tahun yang lalu..

Setiap tahun pasti ada banyak iklan-iklan merdeka. Bagaimanapun saya paling suka iklan Petronas.. Mari kita tonton:

  • Merdeka 1998
  • Merdeka 1999
  • Merdeka 2000
ayumi14
02:00
  • Merdeka 2004
NOT EMBEDABLE
  • Merdeka 2007
papatai
02:22
cucurr
02:22

Yang ini bagi saya paling bermakna:

Selamat menyambut hari kemerdekaan, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok penuh harapan..

Anugerah Rabbani: Bantuan Buat Mereka Yang Memerlukan

Alhmadulillah, walaupun lebih seminggu saya tidak update blog ini dengan pengisian baru, Rank Alexa saya tetap meningkat dan sekarang ini berada pada tahap 347, 665. Saya percaya ini adalah hasil usaha yang saya amalkan dari ilmu yang saya dipelajari dari SmartZul. Jadi, jika anda ingin mempunyai blog yang popular, anda boleh mendapatkan Pakej Kit Blogger yang ditulis oleh SmartZul melalui saya. Dalam Pakej Kit Blogger ini, anda bukan sahaja akan mendapatkan langkah membina blog, bahkan ianya sarat dengan tips untuk mempromosikan blog. Ditambah lagi dengan ruangan support rahsia dan PERCUMA daripada SmartZul dan juga ahli-ahli kumpulannya – termasuklah saya..

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa saya tidak update blog ini begitu lama.. Adakah saya terlalu sibuk belajar sehingga tidak ada masa untuk melakukannya? Atau mungkinkah saya mula mengabaikan blog ini? :twisted:

Sebenarnya saya memang sibuk, tetapi bukanlah sibuk belajar. Jika kerana belajar, saya masih mampu dan pasti akan meluangkan sedikit masa saya untuk update blog ini. Tetapi saya sibuk kerana masalah keluarga.

Tiga minggu yang lepas, abah saya tidak dapat bergerak. Nak kata stroke, macam bukan, tapi macam ya. Oleh kerana bapa saya ni memang dah lama sakit sejak 20 tahun yang lepas (tetapi dulu bolehlah bergerak lagi) kami tidak terfikir untuk menghantarnya ke hospital. Kakak saya yang bertugas sebagai jururawat pun tidak terfikir untuk melakukannya. Tambahan pula, sejak 20 tahun yang lepas, abah memang sering kami bawa ke hospital, tetapi doktor tidak dapat mengesan punca penyakitnya. Cuma darah tinggi saja katanya.

Minggu lepas (hari Sabtu pertama cuti sekolah), abah mula meracau yang bukan-bukan. Nak kata tak sedar, beliau sedar, tetapi bila ditanya apa yang diracaunya beliau kata tak tahu. Kemudian, beliau juga kata yang ahli keluarganya yang telah pulang ke Rahmatullah juga datang melawat beliau.. Memang jika dilihat keadaan abah ketika itu, kami sangkakan itulah saat-saat terakhirnya.. Beberapa kali keadaan beliau seperti nazak.

Ahli keluarga pun datang melawat. Yasin dibacakan sentiasa. Kami ajar abah mengucap dua kalimah syahadah dan menyebut La ila ha illa Allah.. Salah seorang pak cik saudara saya kata “the beginning of the ending”.

Satu minggu itu berlalu dengan pelbagai kejadian pelik.. Tak perlulah saya menjelaskan dengan terperinci disini. Cuma cukup saya katakan bahawa abah saya lahir sebelum perang Jepun, tinggal pula di kawasan Mersing/ Endau yang ketika itu penuh dengan perkara-perkara yang misteri dan ghaib. Mungkin kerana nafsu mudanya ketika itu, abah tersilap memilih ilmu. Lebih teruk lagi ianya tak dipelajari dengan sehabis-habisnya. Bahananya barulah dialami sekarang.

Pelbagai usaha kami lakukan. Bacaan yasin dibuat sepanjang masa. Cari pula orang-orang yang boleh melawannya. Dalam satu minggu itu, 4 kumpulan berlainan datang membantu.. Tetapi tidak berjaya… Jalan terakhir yang diberitahu adalah ianya perlu diwariskan.. Siapa yang mahu? Kepala ni rasa buntu.. Emosi pun dah susah nak kawal sebab badan dan otak yang letih..

Syukurlah disaat-saat kami sekeluarga hampir putus harapan, keluarga adik abah saya menghantar seorang tabib ke rumah. Ustaz Abd Talib ini dulunya seorang pensyarah UIAM. Beliau mengajar tasawuf dan tariqat. Selepas melihat keadaan abah saya yang zahir dan batinnya teruk itu, beliau meminta supaya abah saya dimasukkan ke wad beliau di Ulu Yam supaya senang beliau nak monitor.. :D

Jadi, hari Ahad yang lalu, kamipun hantar abah ke ulu yam dengan van. Sampai di sana lebih kurang 10.30 malam. Sebaik sahaja turunkan abah, ustaz dan pembantu-pembantunya (anak-anak beliau) terus membuat preliminary examination. Sebijik macam kat hospital. Cek BP, jantung, kencing manis.. Sebab katanya nak sesuaikan ubatan dan makanan yang nak diberi. Lepas tuh kaki abah yang keras macam batang kayu itu di urut.. Luka di punggung abah yang sudahpun berbau (back sore) itu dibersihkan, disapu minyak..

Alhamdulillah, malam itu saja, luka di punggung tidak lagi berbau dan kaki abah sudah boleh dilentur dan dibengkokkan.. Abah juga tidak mengadu bisa dan sakit bila dipegang, diurut – berbanding sewaktu dirumah, sentuh kakinya pun beliau kata sakit bisa yang teramat sangat..

Pagi Isnin pula rawatan akupunktur dilakukan. Akupunktur ini bukan dilakukan oleh Ustaz Abd Talib tetapi beliau memanggil kawannya, seorang doktor dari Damansara. 120 jarum digunakan untuk merawat abah.. Petang selepas rawatan, abah sudah boleh menggerakkan kakinya sendiri – walaupun masih lemah, tetapi lebih baiklah keadaannya berbanding sebelum itu.

Malam semalam, saya sudah pulang ke Johor. Emak dan adik saya yang bongsu menemani abah saya di Ulu Yam. Awalnya, ustaz anggarkan abah saya perlu tinggal di sana selama sebulan. Tetapi berdasarkan perkembangan positif abah, dia kata mungkin hanya 2-3 minggu sahaja. Tetapi ubat-ubatan perlu diberi sehingga 6 bulan.

Tujuan saya menulis perkara ini hari ini ada 3:

Yang pertamanya sebagai peringatan buat kita semua.. Walaupun zaman sekarang ni lebih canggih dan moden, perkara-perkara yang ghaib dan misteri ni tetap ada.. Janganlah sekali-kali kita mengambil jalan mudah untuk berjaya.. Seringkali ianya bukan saja memberi kesan buruk terhadap diri kita, bahkan pasangan, anak-anak dan keluarga kita.

Yang keduanya, saya ingin berkongsi maklumat Ustaz Abd Talib itu dengan anda. Mungkin anda tahu sesapa yang mengalami masalah yang hampir sama. Atau mungkin juga anda sendiri mengalaminya. Ustaz Abd Talib melakukan rawatan tradisional mengikut kaedah Islam. Beliau mengubati dengan menggunakan herba-herba tradisional, zikir dan munajat. Beliau juga pakar dalam rawatan saraf dan berbagai penyakit zahir dan batin.

Semasa saya menghantar abah saya ke wad beliau, ada seorang lagi pesakit wanita di situ. Mak cik ini penyakitnya complete. Al-maklumlah dengan berat badan yang hampir 200kg, mak cik ni ada darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang, gout, dan apa-apa aje yang anda tahu berkaitan.. Setiap pagi mak cik ini perlu mengambil 40ml insulin dan malam pula 20ml. Lepas 3 hari berada di wad Anugerah Rabbani, mak cik ini tidak lagi mengambil insulin, tidak memakan ubat jantung, bahkan dah boleh bangun ke tandas sendiri.

Anda oleh hubungi Ustaz Abd Talib ini melalui no telefon 017 3255626 atau datang terus ke Lot 91, Kampung Pasir Tambahan, Hulu Yam Bharu. Bagi masalah wanita, jika malu nak berurusan dengan ustaz, anda boleh hubungi isterinya, Pn Fareez di 0173008560.

Yang ketiganya, adalah kerana saya ingin memohon bantuan sumbangan dari anda. Dua bentuk bantuan yang saya perlukan. Yang pertamanya adalah doa. Tolong doakan abah saya sembuh, bertaubat dan jika Allah ingin ambil beliau, biarlah dalam keadaan Islam dan tidak terseksa. Bantuan kedua yang saya perlukan adalah sumbangan kewangan. Jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung hanya untuk ubat-ubatan (termasuk rawatan akupunktur) adalah RM12,000. Jumlah itu tidak termasuk bayaran wad (RM20 sehari), makan (tanggung sendiri) dan yuran perkhidmatan Ustaz Abd Talib (seikhlas hati, seberapa mampu).

Saya tidaklah meminta anda memberikan saya wang, sebaliknya jika anda belum lagi mendapatkan Pakej Kit Blogger, apa kata anda beli dari saya :twisted: Jadi keuntungan itu dapatlah saya gunakan untuk membiayai rawatan abah saya. Tetapi jika anda ingin membantu abah saya, kecil tapak tangan, akaun Maybank saya tadahkan.. Sumbangan boleh dibuat ke akaun saya 1123-5308-2312 (Maybank). Bagaimanapun, saya lebih suka jika anda mendapatkan Pakej Kit Blogger melalui saya.

Terima kasih!

Bila Segalanya Ingin Disuap…

Saya telah membaca cerita Alang tentang Lalang yang ditiup angin. Lalang tersebut adalah salah seorang pembaca blog Alang yang telah memberikan komen a.k.a. rasa tidak puas hatinya terhadap sikap Alang yang menurutnya enggan membantu untuk memberikan tips-tips PERCUMA..

Saya rasa agak kelakar dengan cerita itu.. Bukan kerana sikap Alang yang kononnya enggan membantu.. Ya, kalau enggan membantu apa gunanya blog ya? Bukankah blog Alang itu sendiri penuh dengan tips-tips membina perniagaan internet yang diberikan secara PERCUMA? Adakah sesiapa yang kena bayar untuk membaca blog Alang? Mungkin ya, anda kena bayar perkhidmatan internet yang anda gunakan, tapi bayaran tersebut bukan dibuat kepada Alang :twisted:

Apa yang kelakar bagi saya adalah sikap kita yang selalu ingin disuap.. Kalau boleh tuh, bila nak mulakan perniagaan internet ni, nak minta Alang tolong mulakan.. Bila dah berjaya, dah dapat income ribu riban tuh, barulah Alang handover kat kita.. Kalau nak buat blog tuh, agaknya kalau boleh nak suruh SmartZul tolong set-upkan blog, tuliskan artikel, buatkan promosi.. Bila blog dah glamer habis takat cipan, barulah kita nak SmartZul transferkan blog tuh kita punya.. :twisted:

Bukan tak boleh nak terus dapatkan sesuatu yang glamer a.k.a. popular, janji anda ada cukup duitnya untuk membeli URL yang popular tuh.. Tapi akhirnya nanti akan kembali kepada persoalan yang sama macam menguruskan badan.. Menurunkan berat badan (atau menguruskan badan) adalah lebih mudah daripada mengekalkannya.. Begitu juga dengan bisnes internet dan pengurusan blog, mempopularkannya adalah lebih mudah daripada mengekalkannya popular.. Jika anda tidak ada keupayaan untuk membuatkan ianya terkenal, mana bisa anda punya keupayaan untuk mengekalkan popularitinya.. Nah, kan saya dah cakap Indonesia!

Jadi macam tuhlah.. Kebanyakan dari kita ni, ingin segalanya disuap ke mulut.. Tak mahu mengorbankan sedikit usaha dan tenaga kita untuk melakukannya sendiri.. Masalah lagi besar adalah dahlah tak nak berusaha, bayar pun tak nak.. Memanjang nak PERCUMA.. patutlah orang kata orang Malaysia ni manusia subsidi.. :twisted: Mana taknya, dah lah nak yang FREE, bila ianya tak mencapai standard tinggi yang ditetapkan sendiri ikut suka, komplen aje tau.. :p Itu tak betul, ini tak betul.. Lagi bagus, bila yang menolong pulak kena marah..

Patut ke?

Nah, itu cerita tentang Alang.. Saya juga ada cerita sendiri.. Alhamdulillah, selepas 6 bulan (lebih kurang) blog ini mula ada pengikutnya yang tersendiri.. Belum cukup popular seperti mereka yang lebih lama memblog, tetapi boleh dikatakan setiap hari saya akan menerima e-mel dari pembaca blog ini yang meminta bermacam benda.. :twisted: Benda percuma lagi.. Tak kisahlah, asalkan benda-benda itu pun saya dapat percuma..

Ada yang minta tips belajar BI, tips blogging, bagaimana nak popularkan blog, bagaimana nak menulis artikel, minta plugin yang saya gunakan, dan tak kurang juga yang menghantar message bertanyakan samada saya dah berkahwin atau belum :twisted: Bagi soalan yang terakhir tuh, selalunya saya tak akan jawab.. Sebabnya mudah saja.. Saya tidak pernah menyembunyikan status perkahwinan saya.. Bahkan dalam blog ini ada satu ruangan About Me yang secara terang lagi bersuluh saya nyatakan saya telah berkahwin.. Jadi, bila soalan ini diajukan melalui Contact Form blog ini, bagi saya orang yang bertanya itu ada masalah peribadi agaknya.. Dia bukanlah seorang pembaca blog ini yang betul2 berminat tentang topik blog ini.. Jadi apa gunanya saya jawab..

Bagi soalan-soalan yang lain pula, biasanya saya akan jawab.. Walaupun sebenarnya soalan-soalan itu telah saya jawab dalam blog ini.. Saya faham bahawa ada sebahagian daripada manusia ini adalah di kalangan mereka yang suka disuap.. Orang-orang yang macam ni selalunya terlalu malas nak menggunakan akal mereka untuk berfikir bagaimana nak gunakan fungsi SEARCH yang disediakan dalam blog ini ataupun gunakan SEARCH ENGINE untuk mencari maklumat yang mereka mahukan.. Jadi, tak apalah, selalunya saya jawab juga dengan jawapan seringkas yang mungkin.. Biasanya saya beri link aje ke jawapan yang mereka mahu itu..

Dan ada sebahagian lagi manusia ini pula, bukanlah mereka ini terlalu malas.. Tetapi memang mereka ini tak tahu dan terlalu lemah pengetahuannya untuk menggunakan internet.. Nak kata bodoh, mungkin sebahagian saja, sebab ada juga kalangan cerdik pandai yang masih tak reti menggunakan internet secara optimum – ini pengalaman sebenar saya ya berhadapan dengan manusia yang sebegini.. Yang mereka tahu internet digunakan untuk cek e-mel aje.. Hehehe.. Memang macam pelik, tapi ini realiti.. Jadi, atas dasar kesian dan simpati, soalan-soalan sebegini juga saya akan jawab.. Walaupun ada masanya bila membaca soalan mereka saya rasa macam nak pengsan baca soalan dia..

Cuma yang menjadi isu di sini adalah apabila ada yang marah bila saya lambat menjawab e-mel mereka.. :twisted: Jika anda memang pembaca dan pengikut blog ini, saya pasti bahawa pada ketika ini anda sudah mengetahui bahawa saya sedang belajar lagi.. Maksudnya saya mengikuti kelas secara formal, dan sebahagian besar daripada waktu saya setiap hari dihabiskan dengan kuliah yang bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir selewat 7 malam.. Ada masa-masanya kelas turut diadakan pada waktu malam.. Dan waktu-waktu senggang 1-2 jam yang berada di antara waktu-waktu itu saya habiskan dengan menyelesaikan tugasan yang mencecah 10 – 15 tugasan setiap minggu.. Bahkan, kerap berlaku saya tidak dapat akses ke internet langsung untuk 3-4 hari.. Sebab itu jugalah posting di blog ini mula menurun, dari 1 posting setiap hari, menjadi 2-3 posting seminggu sahaja.. Bagaimana mungkin saya nak membalas e-mel anda dengan cepat?

Dan lagi hebatnya apabila ada pula yang bertanya dengan sinis mengapa maklumat yang saya berikan kepada mereka tidak saya kongsikan kepada umum.. Maksudnya, ada yang meminta sesuatu dengan saya, selepas saya berikan apa yang mereka nak, saya ditanya pula kenapa tak kongsikannya dalam blog atau dalam forum atau dalam grup e-mel.. Sudahlah tidak mahu memberi penghargaan kerana saya mengorbankan sedikit masa untuk mendapatkan maklumat yang dia nak itu, meluangkan sedikit lagi masa untuk menaip emel jawapan kepada persoalan yang ditanya itu, saya di tempelak pulak kerana tidak kongsikan maklumat tersebut kepada umum..

Soalnya, adakah kita perlu kongsikan segala benda dengan umum?

Ada sesetengah benda yang saya rasa adalah perkara biasa bagi saya, jadi saya tak rasa yang maklumat tersebut diperlukan oleh orang lain.. Tambahan pula, maklumat itu boleh diperolehi dengan mudah melalui search engine.. Anda hanya perlu memasukkan benda yang anda nak, klik butang search, dan berderet jawapan yang akan keluar.. Anda hanya perlu memilih mana satu maklumat yang sesuai untuk anda..

Seperkara lagi, maklumat yang diminta itu sebenarnya bukanlah core business saya.. Saya hanya menjawab persoalan yang ditanya itu atas dasar budi bicara.. Maknanya oleh kerana anda meminta dengan cara baik (walaupun tidak memberi salam, apatah lagi memperkenalkan diri), sebab itu saya juga memberikan jawapannya – jika saya tahu dan ada masa untuk melakukannya.. Oleh sebab itulah maka saya tak kongsikan maklumat tersebut kepada umum.. Saya bukan pakar dalam persoalan tersebut, cuma saya tahu mengenainya.. Ada orang lain yang memang core business nya topik tersebut, biarlah mereka yang melakukannya.. Kalau semua saya nak sapu bersih, orang lain nak tulis blog pasal apa pulak kan?

Hmmm.. Panjang pulak rasanya.. Saya nak pergi wedding ni.. Lain kali kita sambung cerita ya!

One Year Older Than Before..

I’m not small anymore..
I grow an inch..

:twisted: I hope that an inch is not growing horizontally.. Heheheh… Anyway, it’s my birthday.. Sorry, I wanted to post this exactly on my birthday, so I’ve backdated the post.. It’s only a day.. Afterall, in US is still 16th right?!

My husband gave me that flower. Usually it will be a bouquet of roses.. But this year, quite different.. Flowers in a vase.. Is he hinting anything to me? Maybe to remind me to keep the house clean and decorate it.. :twisted: Since I’ve started studying, the house is in chaos.. However, next week is school holiday, so apart from finishing my assignment and homework, I could spend more time cleaning and arranging things in the house..

And last night, we went for a birthday dinner at Pizza Hut.. Saje je nak makan pizza.. Lama tak makan.. Anyway, I’ve told the waitress that it’s my birthday.. And the girl said that they offer a special birthday pizza (with ice cream) if you dine in on your birthday. Well, the birthday pizza tasted delicious.. You should try it..

What else do I get for my birthday? Ermmm.. My husband also paid for my new spectacle.. I’ve always wanted to have a transition spectacle, and this year I get it for free.. :twisted: The spectacle is not ready yet, it takes two weeks.. For more information about Essilor Transition..

And then on the 15th, my students (special education kids) came to this school which I am doing PBS (pengalaman berasaskan sekolah) for somekind of performance.. Dancing performance.. No, they did not dance the Poco Poco.. They did Sumazau dance.. And guess what? I haven’t seen them since I left the school, that is last October.. So it almost a year.. But they did not forget about me.. And they jumped, ran and shouted happily when they saw me.. Asking a lots of questions that I did not have enough time to answer all of it.. Sampaikan ada cikgu yang tanya kenapa diorang jadi excited.. :twisted:

And lastly, not forgetting those who sent me wishes.. Either SMS, friendster, e-mail, and some came from the contact form in this blog.. Let’s see some of them:

  1. Zakira
  2. Fairullah
  3. SmartZul
  4. WangCyber forum
  5. Nasir
  6. Forum Webmaster Malaysia - they offer a birthday discount on exabytes hosting..
  7. Dan kawan-kawan dari kursus KPLI..

Thanks a lot!

Let’s talk about food!

Macamana? Seronok tak menari Poco-Poco? Saya harap anda juga berseronok seperti saya.. Sebenarnya ada banyak step lagi dalam line dancing ni, tapi kita belajar dan mahirkan step asasnya dulu..

Dah puas berseronok, mari kita belajar bahasa inggeris pula.. Hari ini kita akan bercakap tentang makanan – food. Apakah makanan yang anda suka (like) dan tidak suka (dislike)?

I like to eat fried chicken. I dislike garlic and onion.

How about you?

Bila menyebut tentang makanan, kita tidak dapat lari dari penggunaan countable (boleh dikira) dan uncountable (tidak boleh dikira) noun. Makanan yang boleh dikira adalah seperti apple, garlic, orange.. Bagi countable noun seperti ini, kita akan menggunakan a, an, numbers dan some untuk mengiranya. Kita juga akan menambahkan ’s’ untuk kuantiti yang melebihi 1. Contohnya:

Would you like an orange?
Can I have two apples?
Do you want some garlics?

Terdapat sebahagian noun yang tidak boleh dikira dan dipanggil uncountable nouns. Antaranya adalah cheese, water, salt… Bagi uncountable sebegini kita tidak boleh menggunakan a, an dan numbers untuk mengiranya. Kita juga tidak menambahkan ’s’ walaupun kuantitinya melebihi 1 kerana uncountable noun tidak boleh menjadi plural. Bagaimanapun kita boleh mengira bahagiannya. Contohnya:

Can I have a glass of water?
I want to put two pieces of cheese in my hamburger
Put some salt into the dishes

Untuk lebih memahami topik ini, mari kita tonton video berikut bersama-sama dan berlatih bercakap mengenai makanan. Do you want to eat?

Mari Menari Poco Poco

Teringin melakukan aktiviti senaman dengan cara yang mudah dan menyeronokkan? Apa lagi, menarilah! Selain daripada berseronok, anda juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Yang lagi bagusnya, aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. Dan tak kurang pentingnya dapat menghilangkan stress serta serabut kepala anda..

Pernah mendengar tarian Poco-poco? Ohhh.. Jika tak pernah dengar, anda pernah dengar tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia.. Hmmm.. Saya tak pasti ada tak agaknya lagu malaysia yang sesuai ditarikan dengan line dancing ini..

Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan.. Ala, kalau saya pun boleh buat, dah tentu anda semua boleh juga.. Selain itu, tarian ini juga tak memerlukan anda memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak.. Opppsss.. Pastikan juga anda melakukannya bukan sewaktu bekerja ya.. Mungkin waktu rehat tengahari..

Kalau buat beramai-ramai dan semua pakai kasut tumit yang akan mengeluarkan bunyi bila dihentak ke lantai, lagi sedap.. Ayuh.. Kita tengok dulu video lagunya ini..

Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..

  1. Bergerak ke kanan dua langkah..
  2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
  3. Bergerak ke belakang dua langkah
  4. Bergerak ke hadapan dua langkah
  5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..

Sekarang kita tengok pula video mereka yang belajar poco-poco ni..

P.S.: Lain kali saya akan videokan pelatih kelas saya pula menari poco-poco waktu rehat tengahari (atau semasa tak ada lecturer) :twisted:

Words Related To Computers

Today we are going to learn words that are related to computer. Although most of us are working with computer (if not, how did you get to my blog now?), sometimes there are computer’s terms that we do not really know. Let’s watch the video and find out what is the meaning of the following word:

  1. Internet
  2. Search engine
  3. Browser (web browser)
  4. Spam
  5. Junk mail
nitch01
06:34

8 Facts About Me That You May Do Not Know

Hello everybody,

I am super busy woman right now.. With family, business and classes to juggle around, my hands are full at the moment.. So, I would like to take this opportunity to thank you guys for visiting here and keep this blog alive..

Anyway, I was tagged by Raymond, Ktom & Blogjer to list 8 random facts about me.

The Rules:

  1. Post these rules before you give the facts.
  2. List 8 random facts about yourself.
  3. At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names (linking to them).
  4. Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!

8 facts about me that you may do not know:

  • I never dream to be a teacher

If you still remember, while in primary school we have to tell the teacher about our ambition. We need to list down 3 option each year, right? Well, teacher never get into my list. Among of my favourite job at that time was reporter, lawyer and architect.

  • I’ve rejected my friend suggestion for me to be a teacher

While in form 5, I’ve had a discussion with my best friend about our future. My friend suggested me to become a teacher, she said I have the character of teacher. But I’ve told her that suggestion is completely out of mind. :D And I am not interested! Furthermore, I thought life as a teacher is boring.. I wanted to do something exciting and challenging..

  • I don’t like kids before…

Why I don’t want to be a teacher? Because I don’t like kids.. And I think kids don’t like me too.. They cried each time I hold them.. But that was before.. I began to love them when I had to be around them in school.. At first it was kind of scary things to do, but now I am eager to see them each day.. Now, I also knew that the kids cried when I hold them because they felt insecure with me – the reason? I don’t like them..

  • My first experience as a teacher in school

When I came back to Johor last year, I had difficulty finding job. Few of my friends are working as substitute teacher. Since I was desperately bored staying at home, I applied job as substitute teacher, thinking that it is only 2 months contract, and I can quit easily if I don’t like the job. Contrast to my belief since childhood, I enjoy teaching and sharing knowledge with others.

  • I am not a trained teacher

I believe many of you are not aware of this. Practically, I don’t have license to teach, which means to some people I am not fit to be called cikgu or teacher. However, since I’ve taught children around my home, my neighbours called me cikgu :twisted: And I must admit that I love it..

  • I am pursuing studies in education

As you know, currently I am studying.. While many of you thought that I am doing my master, I’ve informed that I am doing an advanced diploma. Actually I am in Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) – pursuing Diploma in Education, majoring in remedial for BM and Maths. I guess I am quite lucky because it took me only one application to get in the course..

  • I am a choosy person when…

When we talked about career, jobs and work, I must admit that I am a choosy person.. Very choosy indeed.. The reason is quite simple: we are spending 1/3 of our life working.. So I must do something that I love and have great passion about it.. Some of my friends and family are not happy with my decision and principles. But I don’t think that bother me so much.. However, now I found something that I really love to do – sharing knowledge..

  • I often turn to food as my friend..

Now you don’t have to ask why I’ve gained weight so much.. Food is my friend.. Whenever I am sad, stress, sick, angry or any other negative feelings, I usually turn to food as my soother friend.. I know that it is a bad habit, and I am trying to get rid of it.. Instead of turning to food, I began to turn in to my laptop..

I guess that is enough 8 facts about me.. Now, I am going to find another 8 blogger from CikguAzleen community to tag them to tell us their 8 facts..

  1. Izali from I love Malaysia
  2. Roshatika from Diari Roshatika
  3. Zath from Zath
  4. RedJiwa from Fairytales
  5. Sham from Average & Simple
  6. DikMal from Blog Personal Norakmal Jasni
  7. Shueqry from Shueqry Berkata…
  8. ProFidz from Profidsteps

#Update 8/8/2007 – I was tagged on the same subject by two other bloggers: Paypal2U and Leeza Ismail.

Tags & Categories