Macamana? Seronok tak menari Poco-Poco? Saya harap anda juga berseronok seperti saya.. Sebenarnya ada banyak step lagi dalam line dancing ni, tapi kita belajar dan mahirkan step asasnya dulu..
Dah puas berseronok, mari kita belajar bahasa inggeris pula.. Hari ini kita akan bercakap tentang makanan – food. Apakah makanan yang anda suka (like) dan tidak suka (dislike)?
I like to eat fried chicken. I dislike garlic and onion.
How about you?
Bila menyebut tentang makanan, kita tidak dapat lari dari penggunaan countable (boleh dikira) dan uncountable (tidak boleh dikira) noun. Makanan yang boleh dikira adalah seperti apple, garlic, orange.. Bagi countable noun seperti ini, kita akan menggunakan a, an, numbers dan some untuk mengiranya. Kita juga akan menambahkan ‘s’ untuk kuantiti yang melebihi 1. Contohnya:
Would you like an orange?
Can I have two apples?
Do you want some garlics?
Terdapat sebahagian noun yang tidak boleh dikira dan dipanggil uncountable nouns. Antaranya adalah cheese, water, salt… Bagi uncountable sebegini kita tidak boleh menggunakan a, an dan numbers untuk mengiranya. Kita juga tidak menambahkan ‘s’ walaupun kuantitinya melebihi 1 kerana uncountable noun tidak boleh menjadi plural. Bagaimanapun kita boleh mengira bahagiannya. Contohnya:
Can I have a glass of water?
I want to put two pieces of cheese in my hamburger
Put some salt into the dishes
Untuk lebih memahami topik ini, mari kita tonton video berikut bersama-sama dan berlatih bercakap mengenai makanan. Do you want to eat?
[video]http://www.youtube.com/watch?v=SwLuKEta6hk[/video]


Wow!
American English. Cool.
Comment by Raymond on August 15, 2007 at 11:12 pm
Food… I like food…
CIte pasal food nie terasa laparlah pula…
Comment by zool on August 16, 2007 at 11:50 pm
Kalau lapar, apa lagi.. Pergilah makan.. Hehehe..
What’s your favourite food?
Comment by Cikgu Azleen on August 17, 2007 at 8:27 am
I like american foods.
Comment by gamer on September 1, 2007 at 10:40 pm
nunite
Comment by Amir on July 22, 2008 at 2:08 am