Kongsi Cerita: Belajar & Mengajar

CikguAzleen.com » News » Gunakan Blog Sebagai Medan Perbaiki Penulisan BI Anda!

Gunakan Blog Sebagai Medan Perbaiki Penulisan BI Anda!

Seringkali saya menerima e-mel atau message yang meminta saya membantu menyemak atau memperbaiki assignment mahupun artikel. Walaupun kebanyakan daripada mereka berniat untuk membayar upah perkhidmatan saya, maafkan saya kerana tidak dapat membantu…

Kehidupan sebagai pelajar benar-benar mencabar dan menuntut kesabaran serta kebolehan saya menguruskan masa dengan cekap. Senarai assignment saya sendiri sehingga 1 1/2 muka surat A4 panjangnya, dan belum berjaya untuk dipendekkan. Hantar 1 assignment, datang 2 assignment baru.. Sehingga kadang-kadang saya hanya termenung melihat senarai tersebut kerana tidak tahu yang mana satu mahu dilakukan dulu..

Saya menghargai dan berterima kasih atas kepercayaan anda untuk meminta saya membantu menyemak assignment atau kerja anda, tetapi atas sebab-sebab yang saya nyatakan di atas, saya benar-benar tidak mampu melakukannya. Tambahan pula, saya ini bukanlah jenis yang boleh bertahan lasak jika tidak cukup tidur/ rehat.

Bagaimanapun, hari ini saya ada cadangan untuk anda yang inginkan bantuan untuk memperbaiki penulisan dalam BI. Bina blog anda sendiri dan mulalah menulis dalam BI. Anda boleh bermula dengan menulis sesuatu yang simple, mungkin hanya beberapa ayat mudah.. Ceritakan tentang sesuatu yang anda benar-benar tahu.. Paling bagus gunakan blog itu sebagai refleksi atau jurnal sahaja. Sebabnya, perkataan-perkataan yang berkaitan dengan kehidupan harian adalah mudah untuk mereka yang baru belajar BI.

Setiap hari peruntukkan masa hanya 10 minit untuk menulis di blog. Sekali lagi saya ulang, peruntukkan 10 minit untuk menulis di blog.. Ingat! Hanya 10 minit. Jika anda benar-benar serius ingin perbaiki penulisan BI anda, anda pasti boleh mencuri 10 minit dari kehidupan anda untuk melakukan aktiviti ini. Letakkan jam di tepi notebook atau PC anda dan tentukan masanya.. Jika perlu anda boleh menggunakan timer supaya tidak terlebih masa..

Seterusnya mula menulis dalam BI.. Anda boleh bermula dengan menggunakan bahasa campur.. Gunakan BI sebagai bahasa utama, dan campurkan dengan perkataan dalam BM, bahasa cina atau bahasa tamil sekalipun bagi perkataan-perkataan yang sukar. Saya tekankan sekali lagi bahawa yang pentingnya adalah menulis (atau menaip?).. Bukan berfikir.. Tulis/ taip apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda, tanpa perlu memikirkan samada ejaannya betul atau salah, grammarnya betul atau salah..

Ingat! Bagi peringkat permulaan ini anda jangan terlalu banyak berfikir.. Bila anda mula berfikir itulah yang menyebabkan 10 minit tadi tidak cukup.. Oh! Lupa pula saya nak beritahu anda supaya tentukan topik apa yang ingin anda tulis dulu sebelum memulakan masa.. Fikirkan perkara paling menarik (atau paling buruk?) yang berlaku pada diri anda pada hari itu, dan tulis mengenainya..

Bila cukup 10 minit, habiskan ayat terakhir anda dan berhenti.. Terus tekan publish tanpa perlu membaca apa yang anda tulis tadi.. Lepas itu, barulah anda melihatnya di blog itu sendiri..

Nah, bila anda membacanya di blog sendiri, anda mungkin akan mula berasa malu kerana menggunakan bahasa atau perkataan yang salah.. Ambil perhatian atas kesalahan yang anda lakukan, dan jika boleh sediakan satu buku nota kecil untuk mencatatkan kesilapan tersebut.. Bila-bila masa anda senang, cari maklumat yang betul berkaitan kesalahan anda..

Ulang aktiviti ini setiap hari dengan tekun dan sistematik.. Saya percaya jika anda melakukannya betul-betul seperti yang saya beritahu, selepas 14 hari, hasil penulisan anda tentu akan lebih baik.. Nak bet? :twisted:

Jika tidak, sudah tentu kerana anda tidak mengikut pesanan saya dengan betul :twisted:

Dan jangan lupa beritahu saya link ke blog anda, supaya saya boleh lawati dan saya akan berikan komen di sana.. Lebih baik lagi, saya mungkin akan mempromosikan blog anda itu di sini, supaya pembaca blog yang lain juga boleh berkongsi pengetahuan mereka dengan anda..

Berikut adalah ringkasan daripada apa yang saya nyatakan di atas:

  1. Bina blog untuk refleksi atau jurnal
  2. Tentukan topik pilihan anda
  3. Set masa 10 minit
  4. Mula menulis tanpa berfikir
  5. Tamat 10 minit, habiskan ayat anda dan klik Publish!
  6. Buka blog anda dan baca apa yang anda tulis.
  7. Ambil perhatian atas kesalahan yang dilakukan, dan catat pada buku nota
  8. Bila senang, dapatkan maklumat yang betul tentang kesalahan yang anda lakukan
  9. Beritahu saya link ke blog anda!

Untuk membina blog, anda boleh membeli Pakej Kit Blogger daripada saya, dan sebagai pelanggan dah tentulah anda akan mendapat sesuatu yang extra dari saya! InsyaAllah..

Atau anda boleh memilih membina blog percuma di blogspot atau wordpress.. Tapi sejujurnya saya ingin memberitahu anda supaya gunakan wordpress.com .. Saya amat jarang sekali memberi komen di blogspot kerana saya tidak suka sistem komennya.. Jadi, kalau ada nak komen dari saya, gunakan WordPress.com ..

Ayuh, dapatkan Paket Kit Blogger sekarang dan mula menggunakan blog sebagai medan untuk memperbaiki penulisan dalam BI!

Ada berani?!

Leave a Comment

Your Comments

  1. This method is really powerful for those who wants to start out.

    Perhaps I can suggest this method to my students. :)

    Thanks for sharing the tip.

    Comment by Raymond on September 8, 2007 at 12:19 pm

    • Share with us what is the results of your students..

      Comment by Cikgu Azleen on September 10, 2007 at 8:15 pm

      • Hoho, that may take some time. :)

        Comment by Raymond on September 10, 2007 at 8:20 pm

        • :D I mean the progress.. Whether the technique helps your students write better or not.. I myself took one year to teach a student from fail to B+..

          Comment by Cikgu Azleen on September 10, 2007 at 9:05 pm

          • All right. I’ll see how’s their progress.

            It took me a month to take a primary 6 student from fail to B for 1 to 1 teaching.

            I believe the results are highly dependent on numerous of factors such as the student himself, parents, environment and their commitment.

            Sometimes teachers are not at fault. Sadly, most parents don’t see it that way.

            Comment by Raymond on September 10, 2007 at 9:19 pm

            • Yes, some parents blame the teachers whenever their kids fail in exam. But sometime they failed to see that their kids are too lazy or playful or simply slow learner (or supposed to be in the special education)..

              I think that is our challenges..

              Comment by Cikgu Azleen on September 11, 2007 at 3:13 pm

              • Thankfully that I can choose my student. I only teach the students that have the commitment and heart to learn no matter how good or how bad their result is.

                Otherwise, I just say, “Bye Bye” to them. :)

                Comment by Raymond on September 11, 2007 at 4:02 pm

              • Yes, that’s good. But in school you couldn’t choose right?!

                Comment by Cikgu Azleen on January 4, 2008 at 3:25 pm

  2. Ianya mungkin mudah bagi cikgu dan raymond, tapi bagi saya yang baru 2 minggu belajar menulis. 1 post tu kekadang sampai 3 jam walaupun menulis dalam bm.

    Walau bagaimanapun cikgu sememangnya pandai menulis dan saya suka cara penulisan cikgu… keep up the good work :)

    Comment by shafril on September 11, 2007 at 1:07 am

    • Practice makes perfect..

      Sebab itulah saya sarankan bermula dengan hanya 10 minit.. Bagi kebanyakan orang, waktu 10 minit tuh mungkin hanya berjaya menulis satu ayat.. Tapi besoknya pastikan yang ianya lebih banyak dari hari ini.. Mungkin jadi 2 ayat.. Sampai dua minggu dah jadi 14 ayat.. Itu perkembangan yang baik bagi saya..

      Sewaktu bermula menulis blog sayapun mengambil masa yang lama untuk menulis satu2 post.. Tapi sekarang, kalau kena topik yang memang ada isi dalam kepala, paling lama menulis pun cuma setengah jam aje.. Kalau lebih dari tu, maknanya post saya terlalu panjang dan membosankan!

      Terima kasih – rasanya ini kali pertama awak beri komen kan?? Saya suka logo blog awak! (Isinya tak sempat baca lagi!)

      Comment by Cikgu Azleen on September 11, 2007 at 3:18 pm

      • Hai Shafril,

        Setiap orang (termasuk orang putih) belajar dari asas.

        Perjalanan sejauh seribu batu bermula dengan langkah pertama dan anda telah memulakan langkah pertama tersebut.

        Teruskan langkah anda dan saya pasti anda akan mampu melakukannya. :)

        Comment by Raymond on September 11, 2007 at 4:12 pm

  3. There are times when someone asked my to revised my blog articles because of some broken English on it.

    Maybe I’m not good (command) in English that makes my blog look unprofessional, but that’s my blog. I can do everything I want there.

    Anyway, I’m still learning the way top write proper English.

    Comment by Paypal2u Bloggers on September 11, 2007 at 10:27 am

    • Hahaha.. me too.. Some people have very good command in English and that is good for them..

      To me, as long as it is readable and understandable, that is far than enough!

      Anyway, I am still learning english too – read the tagline – LEARNING ENGLISH TO MAKE MONEY – that means you and me learning together!

      Comment by Cikgu Azleen on September 11, 2007 at 3:21 pm

  4. My blog has a lot of grammar mistakes too because i never check for the spelling and grammar mistake. :)

    Sometimes it does happen. :)

    Comment by Raymond on September 11, 2007 at 4:41 pm

    • :) JohnChow suggest to write in MS Word to check for the spelling and grammar before publishing it. However I do not follow his advice for three reasons:

      1. The grammar provided in MS Word is more suitable to write academic article – I mean it’s too formal. Writing a blog is much less formal and I don’t think we have any specific sentence structure for writing a blog..

      2. Though the spelling is correct (sometimes there is an argument between british and US spelling), we still have to read it again and again because there is time when the auto-correction spells a different word.

      3. I feel it’s wasting time.. :twisted: Firefox have spell-checker too..

      Comment by Cikgu Azleen on September 11, 2007 at 9:51 pm

      • I use both Ms Word and the FireFox spell-checker plugins.

        But, mistakes still happens once a while. The good side is that it proves my content is written by pure human and not by robot. :)

        Sometimes, certain error can’t be detected by the tools. For example (I have just made this mistake)

        “The good site” and “the good side”

        Both make sense but the computer can’t determine what we really want. :)

        So, the mistakes make me site original :)

        Comment by Raymond on September 11, 2007 at 11:00 pm

  5. Yes.. I hope I can improve my English with my blogs..
    http://mangatoread.blogspot.com
    n
    http://boringblogz.blogspot.com

    Comment by zool on September 18, 2007 at 4:20 pm

  6. thanks for your info

    Comment by Medan on September 25, 2007 at 10:04 pm

  7. This is my blog hayatiasriz.wordpress.com

    Comment by hayatiasriz on October 22, 2007 at 3:33 pm

  8. akum

    hai….semua

    pentingka grammar dalam membina perkataan bahasa inggeris perbuatan atau kata nama khas….

    Comment by ziah on January 4, 2008 at 10:02 am

    • Hai Ziah,

      Grammar adalah asas yang membentuk bahasa Inggeris. Jadi, sudah tentu saja penting. Cuma soalnya, adakah ia menjadi keutamaan dalam praktis? Mungkin perlu difikirkan bersama..

      Comment by Cikgu Azleen on August 24, 2008 at 10:48 am

  9. Ambil perhatian atas kesalahan yang dilakukan, dan catat pada buku nota
    - pastu nak betulkan ker kesilapan kita tu cikgu? Saya baru start buat hari ni…nak menyahut cabaran cikgu katanye hehe. mmg banyak silap dan buat saya malu sendiri…link blog tu nanti saya bagi yer bila dah banyak sikit tulisan dalam tu.

    Comment by alicesona19 on August 24, 2008 at 5:28 am

  10. yea yea mantapkan belajar bahasa inggeris anda dengan menggunakan blog. sikit2 lama-lama banyak laa walaupun ayat2 yang simple sahaja… simple dan sempoi….

    Comment by abdfatah on August 25, 2008 at 7:36 am

CikguAzleen.com

© DSMDESIGN | All Rights Reserved

Designed for and powered by Wordpress

exclusively by DSM Design Ltd