Archive for November, 2007
Lagi Kata Dasar: AG-, ACT-
Baiklah, perkataan Latin ag- atau act- bermaksud “to do, drive”. Bentuk kata dasar ini banyak digunakan dalam perkataan-perkataan inggeris seperti act, action, agenda, agent, agile, active, actor, actual dan enact. Mari kita kaji satu persatu:
- agenda – adalah perkataan Latin yang bermaksud senarai perkara yang perlu dilakukan; senarai perkara yang perlu dibincangkan atau dibuat keputusan. Contoh ayat: There were three items on the agenda for the business meeting.
- agent – adalah gabungan perkataan Latin ag- yang bermaksud “to do” dan suffix Latin -ent yang bermaksud “a person who”. Jadi perkataan agent ini menunjukkan orang yang melakukan sesuatu tugas, atau berkerja untuk atau mewakili seseorang individu, syarikat atau biro kerajaan. Contoh ayat: He is an FBI agent.
- active – adalah gabungan perkataan Latin act- yang bermaksud “to do” dengan suffix Latin -ive yang bermaksud “inclined to, tending to, having the character or quality of”. Jadi, active bermaksud cenderung untuk bertindak, bekerja, sibuk. Contoh ayat: She leads an active social life.
Nah, saya telah membincangkan 3 perkataan. Bagaimana jika anda teka pula apakah makna perkataan-perkataan yang lainnya iaitu agile, actor, actual dan enact.
Learn English Is Not A Category Slug?!
Well, I was updating the categories when I thought of changing the ‘Belajar BI’ to ‘Learn English’. I’ve tried to change it many times but it didn’t work. It’s not updated. I thought maybe my system is having some problem. Maybe it’s not writable. So I try to change other category first. And to my surprise, everything else works just fine.
So, back to the Belajar BI category. I change the title, but didn’t change the slug. Then I push edit category button, and there it was OK.. The title changed but the slug remained. I don’t like it. I tried to use ‘English’ as the slug, and again it was OK. Then I wrote ‘learnenglish’ as the slug and again it was OK. So, I carefully typed ‘-’ between the words so it became ‘learn-english’ and push the edit button.
Hey, it’s not updated.. Why? Can someone explain to me why it’s happened? Why the system cannot accept learn-english as a category?
P.S.: At the end, I used learning-english as the slug!
Reorganising Categories
As I mentioned in my previous post about upgrading session, I will make a few changes to this. Among of it are upgrading the WordPress system to the latest version 2.3.1 and a new fresh theme. I believe the changes will be beneficial for both of us – me as the blogger and you as the reader.
While cooking today, I’ve realized that since now I have a permanent day job, I can’t spend hours on the internet as usual. There are times whenever I don’t even check my e-mail for several days. Furthermore, next year I will be going for practicum in a place where I couldn’t have streamyx. Yeah, I know it sucks
. But I guess I have no choice, and it will be only for about 3 months. I am trying to figure out how I could turn my 3G phone into a modem so that I wouldn’t have to buy that celcom broadband modem which can cost me a fortune.
Because of that, I wouldn’t have enough time to keep all my blogs up and running. I don’t want to receive another disappointed remarks from my blog readers about my blogs. It’s not good, you know.
So, I’ve decided to maintain only one blog and post everything there. Yes, I know that niche is important, but what’s the point of having several niche blogs when you can’t keep it well? Afterall, this blog holds my name, so it’s not a big issue if I wrote about a few niche here. Don’t you agree?
However, I will concentrate on 3 or 4 things only. Of course, learning to blog in english would be my prior niche. Therefore, I would have to reorganise the categories. What I am trying to say is that I am sorry if you have put a link to any of my posts, there would have changes in the links. I am really sorry about that. I am sure in a long way, this step would benefit us all.
See ya!
‘acu’ means sharp
Selamat pagi,
Hari ini kita masih lagi dengan tajuk kata dasar atau roots. Sebelum ini, kita telah mempelajari dua jenis kata dasar. Ingat lagi tak?
Roots pertama yang telah kita pelajari adalah ’sal’ yang bermaksud garam (salt). Contoh perkataannya adalah salary, salads, dan salami. Kita juga telah tahu bahawa pada zaman dulu, askar Roman diberikan elaun khas untuk membeli garam. Dari situlah datangnya perkataan salary – gaji.. Ehem.. bagaimana agaknya kalau gaji kita diberi dalam bentuk garam?
Bertambahlah agaknya jumlah orang yang terkena penyakit darah tinggi.. Hahaha.. Tapi cuba anda fikir sejenak, kenapa garam? Kenapa elaun khas itu diberikan untuk membeli garam? Kenapa tidak untuk membeli gula, kopi, susu atau daging?
Roots kedua yang telah kita pelajari adalah ‘viv’ atau ‘vit’ yang bermaksud hidup, untuk hidup (live, to live). Contoh perkataannya adalah revive, vitamin dan vital. Oleh kerana vit bermaksud untuk hidup, amin pula adalah ‘amine’ iaitu sejenis bahan kimia organik, maka vitamin bermaksud sejenis bahan kimia organik yang diperlukan untuk hidup. Setuju tak? Yalah, apa agaknya yang akan berlaku kalau seseorang itu tidak mengambil sebarang vitamin samada dalam bentuk tablet/ kapsul mahupun dalam bentuk makanan? Mustahil kan? Jadi, betullah yang vitamin adalah sejenis bahan kimia organik yang kita perlukan untuk hidup.
Hari ini, kata dasar yang akan kita pelajari adalah ‘acu’ atau ‘acr’ yang bermaksud ’sharp’. Dalam bahasa melayu sharp boleh bermaksud tajam, mahupun peka. Ada beberapa lagi makna sharp dalam bahasa melayu, apa kata anda gunakan kamus untuk mencarinya?
Beberapa perkataan yang menggunakan kata dasar ‘acu’ dan ‘acr’ ini adalah acrid, acrimony, acuity, acumen dan acute. Mari kita kaji satu persatu perkataan ini..
- Acrid – acr- bermaksud sharp (nyata atau jelas), dan suffix Latin -id bermaksud mempunyai sesuatu kualiti. Oleh itu acrid boleh didefinasikan sebagai mempunyai kualiti yang nyata atau jelas dalam bentuk rasa atau bau.
- Acumen – datang dari perkataan Latin yang bermaksud ketajaman fikiran, bijak.
- Acute juga datang dari perkataan Latin yang bermaksud menajamkan. Oleh itu, acute boleh bermakna tajam atau hampir tajam, atau boleh juga bermakna mencecah tahap krisis, kritikal, tegang, ganas.
Bagaimana jika anda sendiri mencari apakah mana dua lagi perkataan iaitu acrimony dan acuity?
Sekarang, perhatikan pula ayat-ayat di bawah dan semak samada anda boleh mengetahui makna-makna perkataan berdasarkan ‘acu’ dan ‘acr’ dengan tepat.
The acrid smoke hurt our eyes.
Our quarrel was full of acrimony.
The professor has great mental acuity.
Suzanne has shown great acumen in her schoolwork.
An acute angle is an angle of less than 90 degrees.
He is suffering from acute appendicitis.
The food shortage in India is becoming acute.
The boy has a quick, acute mind.
His toothache was causing acute pain.
Proses Upgrading Selesai!
Alhamdulillah, lega rasa hati saya. Akhirnya setelah hampir 24 jam mengadap laptop (bukan berterusan!), berjaya juga saya upgrade blog ini. Saya harap hasilnya bukan saja memberi kepuasan kepada saya, bahkan kepada anda semua, pembaca blog ini.
Apa yang telah saya lakukan?
Ya, yang pertama sekali saya telah upgradekan sistem wordpress daripada 2.1 ke 2.3. Susah juga nak buat. Nasib baiklah dalam Pakej Kit Blogger ada disertakan video bagaimana nak upgrade sistem wordpress. Walaupun dalam video tersebut upgrade versi yang lama (versi 2.0 kalau saya tak lupa), ianya masih relevan untuk upgrade sistem wordpress ke 2.3.1. Yang terkini buat masa ini..
Apa yang best kat wordpress versi 2.3.1 ni? Hmmm.. Yang paling nampak ketara adalah tags.. Secara automatik, memang disediakan ruangan tags. Maknanya tak perlulah pakai plugin lagi kot.. Dashboard juga agak berbeza sedikit.. Tapi saya belum benar-benar meneliti apa yang baru di sistem ini. InsyaAllah, nanti saya akan beritahu lagi kalau saya jumpa apa-apa yang menarik.
Yang keduanya, saya telah ubah theme blog ini. Bagaimana? OK tak? Kenapa saya ubah? Entahlah ya.. Bosan agaknya dengan yang lama tuh..
Saya ni memang mudah bosan dengan benda yang sama.. Kalau di rumah ni pun, setiap 2-3 bulan sekali pasti saya akan tukar susun atur perabot.. Oppss.. Bukan tukar perabot lah.. Tukar susun atur jer. Jadi, saya rasa blog juga sama macam rumah.. Selepas seketika, kita kena tukar warnanya, susun aturnya, supaya ianya tidak nampak kusam dan membosankan..
Kali ini, saya menggunakan tema 3 column pula.. Saya rasa walaupun tema ini 3 column ianya tidaklah nampak serabut dan penuh. Betul tak? Mungkin disebabkan penggunaan warnanya yang sejuk, dan juga saiz fontnya yang agak kecil. Menurut pembangun theme ini, dia buat theme ini berdasarkan website apple. Hampir sama, tapi tak serupa.. Hahaha.. Lebih kuranglah..
Bagaimanapun, untuk memastikan yang blog ini tetap beridentitikan saya, chewah.. ayat kellas gitu! Saya tetap mengekalkan logo CikguAzleen.com yang berwarna biru dan pink itu.. Cuma bahagian topi tuh, kalau sebelum ini ianya berwarna putih, saya telah menjadikan ianya kelabu supaya lebih nampak jelas dan sesuai dengan warna-warna di theme yang baru ini.
Plugin juga banyak yang saya update.. Sebab ialah pengeluar plugin semuanya dah keluarkan yang baru.. Oh ya, sebut pasal plugin baru saya teringat.. Satu lagi feature menarik pada WordPress versi 2.3.1 ini adalah ia ada sistem pemberitahuan jika plugin yang kita gunakan itu ada yang terkini. Bila kita buka ruang plugin, dibawah bahagian setiap nama plugin akan ada satu petanda yang mengatakan ada versi terbaru (jika ada).. Dan turut disertakan link untuk kita download versi yang baru itu.. Mudah kan?
Baiklah, setakat ini saja. Saya harap kita sama-sama dapat menikmati kesegaran rupa baru blog ini, dan semoga perjalanan blog ini akan lebih lancar. InsyaAllah.
Selamat bergembira!
Upgrading Session
Good day everyone,
I just want to inform you that I am in the process of upgrading the blog, and that’s include the system, the theme and everything related. So, please be patient with me.. Just in case you came in here and found everything is not in order. I am terribly sorry for that, but I promise to come out with a better blog..
P.S.: It might take a few days to settle everything!
‘viv’ means life, to live
Sudahkah anda mula menganalisa kata dasar perkataan-perkataan yang anda ketahui? Ya, jika anda masih tidak tahu, perkataan-perkataan dibina berdasarkan kata dasar tertentu. Dalam artikel yang lepas, saya telah berkongsi dengan anda bagaimana perkataan-perkataan seperti salary, salami, saline adalah berasal dari kata dasar ‘sal‘ yang bermaksud garam. Jadi hari ini kita akan lihat satu lagi kata dasar, iaitu ‘viv’ atau ‘vit‘.
Perkataan-perkataan yang dibina daripada kata dasar ‘viv‘ dan ‘vit‘ ini adalah revive, vitamin, viviparous, vital, vivacious dan vivid. Bagaimana dengan produa viva? Kita akan lihat nanti ya.
Kata dasar adalah bahagian dalam perkataan yang mengandungi makna pentingnya, satu makna yang tidak akan berubah, walaupun huruf atau bahagian lain dalam perkataan ditambahkan di awalan atau akhiran kata dasar itu. Kata dasar boleh digabungkan dengan blok binaan perkataan lain seperti prefixes, yang diletakkan pada awalan kata dasar. Contohnya prefix ‘re‘ pada perkataan revive bermaksud lagi atau ulang. Kata dasar juga boleh digabungkan dengan blok binaan perkataan seperti suffixes, yang diletak di akhiran kata dasar. Contohnya perkataan vitamin adalah gabungan kata dasar vit dengan suffix -amin.
Jika anda sedari, kata dasar juga boleh berbeza sedikit dari segi ejaan, contohnya ‘vit‘ dan ‘viv‘. Bagaimanapun bagi setiap perkataan, kata dasar adalah asas pembinaan blok perkataan.
Kata dasar ‘vit‘ adalah dari perkataan Latin yang bermaksud kehidupan (life), manakala satu lagi ejaannya ‘viv‘ datang dari perkataan Latin juga yang bermaksud untuk hidup. Mari kita analisis perkataan-perkataan yang dibina dari kata dasar ‘vit‘ dan ‘viv‘ ini.
- revive - adalah gabungan prefix re yang bermaksud semula, ulang dan kata dasar ‘viv‘ pula bermaksud untuk hidup. Oleh itu, revive memberi maksud untuk hidup semula atau menjadi hidup semula, membawa kembali kehidupan, kekuatan, kesihatan atau kesedaran.
- The lifeguard revived the man by artificial respiration.
- After a hard day’s work, a hot meal revived him.
- vital - dibina dari kata dasar Latin ‘vit‘ yang bermaksud kehidupan dan ditambahkan suffix -al yang bermaksud keperluan atau penuh. Oleh itu, vital bermakna keperluan untuk hidup atau kehidupan yang lengkap.
- Oxygen is vital for all animals.
- She is a happy, vital person.
Baiklah, sekarang cuba pula anda teka apakah makna perkataan-perkataan lain yang dibina dari kata dasar ‘vit‘ dan ‘viv‘ ini.
- vitamin -Â suffix -amin bermaksud ‘amine‘ iaitu sejenis bahan kimia organik.
- vivacious – suffix -acious bermakna diberi.
- vivid – suffix -id bermaksud mempunyai kualiti tertentu.
- viviparous – ‘par’ adalah satu lagi kata dasar Latin yang bermaksud membawa ke hadapan manakala suffix -ous membawa makna diberi kepada, ciri-ciri.
Selamat mencuba!
New Updates!
Finally, the semester break had began.. I am so relieved.. Though I still have some report to be finished and submitted to the lecturer this week, I don’t have to rush to the institute every morning and come home late at night.. Can get more beautiful sleep and get off the eye bag..
I will be having six weeks break and a few assignments (book editing, proof-reading and write review) are already waiting.. Not to mention about my plans to continue the development of Kelas English.. And yes, I also have to spend some time to prepare ABM for next semester..
Did you notice that for the past few days, the server of this blog is doing quite bad? I think I have to ask NetKL about it.. And I noticed another thing.. Did you? The page rank.. Last month, the page rank was dropped to 2, and this month it’s drop to 0.. Oh, what happened actually? Did it have anything to do with the F… Word entry? Because I noticed that it’s dropped after the post was published.. Can anyone help me with this?
I believe I had to do something with all this.. I will do my best to overcome all the problem.. Till then, hang on with me!
F… Word!
Macamana dengan tips semalam? Dah boleh gunakan kata dasar untuk mengenali lebih banyak perkataan?
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu video yang menarik yang turut berkaitan dengan kata dasar.. Ehem.. Bunyi video ini mungkin agak kasar awalnya, tapi kalau anda tonton dengan teliti, anda akan dapat info yang selama ni kita tak sangka..
Selamat menonton!
P.S.: Ada satu lagi video yang mempunyai isi yang sama tetapi imej yang lebih menarik – kurang sesuai untuk yang muda ya! Klik sini!

