Archive for December, 2007
Selamat Tinggal 2007
Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua..
Apa khabar para pembaca budiman sekalian? Bagi saya alhamdulillah sihat sejahtera dan saya mendoakan anda semua juga dalam keadaan yang lebih baik dari saya.
Begitu cepat masa berlalu.. Rasanya baru minggu lepas saya mendaftarkan domain cikguazleen.com ini.. Baru 2-3 hari lepas saya mula menerbitkan post yang pertama di blog ini.. Diam tak diam, rupanya dah 10 bulan usia blog ini..
Oleh kerana ini adalah hari terakhir bagi tahun 2007 ini, saya ingin menceritakan kepada anda sedikit sebanyak kejayaan dan kegagalan yang saya alami sepanjang tahun ini..
Januari 2007 - Rayuan saya untuk menyertai KPLI ditolak.. Sedikit kecewa, tetapi sebagai memujuk hati saya katakan bahawa KPM dan satu Malaysia yang rugi jika tidak mengambil saya sebagai guru..
Kerana saya tahu saya adalah terbaik… Anda juga mungkin patut gunakan teknik ini untuk memujuk hati jika permohonan anda tidak diterima.. Oleh kerana niat hati yang begitu mendalam untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, saya menjadi guru sandaran di waktu pagi dan mengajar tuisyen pada hari Sabtu…
Februari 2007 – Saya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengajar di sekolah sebaliknya menumpukan perhatian kepada tuisyen.. Saya juga telah memulakan blog ini – cikguazleen.com – dan mula berblog secara professional…
Mac 2007 – Saya tidak tahu apa yang saya ingin lakukan di blog ini sebenarnya.. Awalnya ia lebih kepada merekodkan perjalanan perniagaan internet saya.. Saya juga mula membuat review blog secara percuma.. Tetapi pada hujung bulannya saya telah membina satu lagi blog khas untuk membuat review blog iaitu Simply Blog Directory..
April 2007 – Saya telah melibatkan diri dalam Cabaran Menulis 40 Hari anjuran Raja Blog. Saya juga mula menerima tempahan menulis review berbayar dari beberapa advertising network. Dalam bulan ini juga advertising network dari Malaysia telah dilancarkan dan saya juga telah menempekkan beberapa iklan mereka di sini. Dan seperkara juga lagi blog ini telah ditulis dalam bahasa inggeris dan bahasa malaysia secara berselang-seli. Dan dalam bulan ini juga saya telah menerima jemputan dari SmartZul untuk menulis post dalam blog beliau yang sangat popular iaitu SmartUsaha.com .
Mei 2007 – Bulan inilah saya mula menulis post tentang belajar bahasa inggeris di blog ini.. Selain daripada itu, blog ini juga dipaparkan dalam beberapa blog besar yang lain.. Ehem.. ehem.. Google juga memberikan page rank 3 kepada blog ini..
Jun 2007 – Bulan ulangtahun perkahwinan saya dan juga ulangtahun kelahiran suami saya.. Ooohh.. Bulan ini kami makan Kek Durian yang sedap tuh.. Agak mahal juga tau kek ini.. Tahukah anda berapa harganya? Ya, RM120 untuk 2 kg kek ini.. Tapi bila dah masuk ke mulut, memang berbaloi.. Ini adalah kali kedua saya makan kek ini.. Mungkin boleh dijadikan acara tahunan.. Hahaha.. Perkara yang tak bestnya, bulan ini saya dapati beberapa post saya di ambil oleh orang lain tanpa kebenaran dan tanpa memberikan acknowledgement untuk saya.. Sekurang-kurangnya berilah satu link balik ke blog ini kan.. Artikel pertama saya diterbitkan di blog SmartUsaha.com . Pembaharuan untuk bulan ini adalah bermulanya Round-up Post dan juga saya telah membangunkan Kelas English Online menggunakan sistem moodle..
Julai 2007 – Tanpa disangka-sangka, saya terima juga tawaran KPLI.. Macam tak percaya.. Yalah, orang kata takde hint-hint langsung, alih-alih jer terima surat tawaran..
Dan bermulalah kehidupan baru saya sebagai pelajar tua.. Hahaha..
Ogos 2007 – Bulan ini adalah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Juga ulangtahun kelahiran saya yang ke tutttt.. Ewah ewah.. Baru ke-28 jer.. Muda remaja gitu..
Anyway, sedar tak sedar rupanya KPLI ni memang sangat sibuk.. Saya cuma buat 8 posting saja bulan ini.. Bulan ini juga, abah saya sakit teruk.. Sampai akhirnya kami hantar beliau ke Ulu Yam, Selangor. Masa ini jugalah kita boleh kenal siapa sebenarnya kawan dan siapa yang berpura-pura..
September 2007 – Bulan ini juga saya tak banyak menulis post.. Hanya ada 13 post sahaja.. Sebab tuh jugalah, Roundup post untuk bulan 7 & 8 dibuat sekali.. Saya juga telah menempah logo baru untuk CikguAzleen.com yang direka oleh seorang pereka grafik professional dari luar negara..
October 2007 – Bulan ni lebih teruk.. Saya cuma tulis 5 posts sahaja.. Oppsss.. Bulan ni bulan raya.. Dan raya tahun ini adalah yang paling tidak seronok buat saya..
November 2007 – Banyak betul camping bulan ni.. Banyak ilmu, pengalaman dan persahabatan yang saya perolehi dari aktiviti sebegini.. Kesibukan kerja luar lah pulak.. Post masih tak begitu banyak dan saya gagal mengekalkan satu post sehari untuk blog ini.. Kesannya? Pagerank saya diturunkan jadi 0.. huhu.. Tapi nasib baik jugalah cuti sekolah pun dah bermula..
Disember 2007 – Secara peribadi salah satu perkara yang seronok menjadi pelajar adalah cuti yang panjang.. Sesuatu yang anda tidak mungkin perolehi jika anda bekerja – kecuali jika anda ingin dibuang kerja!. Satu bulan cuti.. Tapi masih lagi dipenuhi dengan aktiviti.. Ada yang berguna dan ada yang sekadar membuang masa terluang.. Hahaha.. Yang paling banyak saya lakukan adalah menulis blog – menyediakan post sehingga bulan 4 tahun hadapan, bermain computer game – The Sims 2, saya menggilai permainan ini sejak dari tahun 1999 lagi. Saya juga berusaha untuk menulis e-book – yang nampaknya tidak siap kerana sibuk bermain The Sims 2.. Saya pergi bercuti di Perak selama 5 hari 4 malam.. Memang seronok gila.. Ini adalah honeymoon kami buat kali yang keberapa entah.. Hahaha.. Saya juga membuat beberapa perubahan besar kepada blog network saya iaitu saya telah membuang semua blog lain dan mengekalkan blog CikguAzleen.com sahaja. Ya, memang bagus mempunyai niche blog, tetapi jika anda tidak dapat menyelenggaranya, ianya seumpama bangunan terbengkalai yang dipandang keji oleh orang yang lalu lalang.. InsyaAllah, tahun hadapan mungkin saya akan membuat sesuatu yang lebih baik.. Dan yang pentingnya, bulan ini saya berjaya mengekalkan satu post satu hari.. Yesssss!
P.S.: Jika anda masih tidak perasan, saya telah menambahkan satu forum di blog ini. Ianya boleh diakses dari link di bahagian header blog, atau melalui link ini: Forum Cikgu Azleen . Kat situ bolehlah kita sembang-sembang.. Jom..
Selamat tinggal 2007..
Membuat Analisis Statistik Blog – Part 3
Seperti yang anda tahu, saya ada menulis review blog. Apa yang anda tidak tahu adalah sejauh manakah review saya itu mampu menghantar pelawat ke blog anda.
Yok, kita tengok!
Pada 6 Disember, saya telah menulis review untuk Smartz dengan tajuk post Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing? Berikut, adalah klik keluar dari blog saya pada hari tersebut:

Seterusnya, pada 9 Disember saya telah menulis review blog Baloot yang bertajuk Guide to Attract Women. Berikut adalah klik keluar blog pada hari tersebut:

Pada 10 Disember, review blog saya untuk UnDark yang bertajuk Safiukhwah: Experiment, Experience & Enjoy juga mendapat klik keluar:

Pada 14 Disember, saya menulis review untuk blog Ktom bertajuk Jana Pendapatan Dengan eBook, dan klik ke blog beliau adalah klik keluar tertinggi pada hari tersebut:

Dan saya telah menulis review blog kesihatan Ali, yang bertajuk Perkongsian Info Gaya Hidup Sihat pada 17 Disember.

Dan pada 26 Disember, saya telah menulis review untuk blog NafieCarl bertajuk Making Money The Internet Way.

Secara keseluruhan, saya berjaya menghantar pelawat ke blog-blog yang telah saya review.
Membuat Analisis Statistik Blog – Part 2
Baiklah, semalam kita dah tengok secara kasar analisis blog. Dan saya juga telah keluarkan apakah post yang ditulis pada hari-hari yang tinggi pembacanya. Secara tidak langsung, kita boleh mengetahui apakah yang boleh menarik perhatian pembaca ke blog anda. Untuk meningkatkan lagi trafik anda, banyakkan lagi post-post dengan tajuk-tajuk yang berkaitan.
Tetapi, saya ada satu soalan. Betulke bahawa post tersebut yang menarik perhatian ramai pembaca?
Apakah cara untuk mengetahuinya?
Ya, kita semak pula, apakah post yang mendapat view tertinggi pada hari ramai pembaca..

Ya, sebenarnya, post yang mendapat bacaan tertinggi adalah post Tips. Page ini adalah tempat di mana saya senaraikan artikel-artikel belajar bahasa inggeris yang saya tulis untuk memudahkan rujukan bagi mereka yang mencari tips belajar bahasa inggeris. Jadi, sekarang saya tahu bahawa ramai orang yang datang ke blog ini mencari tips belajar bahasa inggeris.
Seterusnya, kita lihat pula trafik ke page Tips ini.

Jika ada lihat, trafik ke page ini meningkat sejak pertengahan Disember. Peningkatan tersebut juga berlaku dengan mendadak dan ekstrem sekali. Kenapa agaknya?
Sebenarnya, pada tarikh tersebut saya telah mengalihkan URL www.kelasenglish.com ke kategori Learn English di blog ini. URL KelasEnglish menduduki page pertama bagi carian kata kunci belajar bahasa inggeris, tips belajar BI, kelas bahasa inggeris dan sebagainya. Sebab itulah, sejak saya mengalihkan URL tersebut ke sini, trafik ke blog ini meningkat.
Esok, kita akan lihat pula sejauh mana keberkesanan review blog yang saya lakukan…
Membuat Analisis Statistik Blog
Percaya atau tidak, membuat analisis adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Tidak kiralah samada untuk perbelanjaan/ kewangan, hubungan cinta/ keluarga/ rakan, pencapaian akademik dan sebagainya. Jadi, tidak dapat tidak, kita juga perlu menganalisis blog.
Kenapa kita menganalisis?
Biar saya cuba jelaskan dalam konteks kehidupan seharian kita. Sewaktu saya ingin bercuti ke Perak, saya membuat perancangan. Menyediakan wang yang mencukupi adalah perkara utama
, sudah tentu. Tetapi tidak kurang pentingnya adalah bagaimana saya ingin ke Perak. Ya, kenderaan yang ingin digunakan juga sama penting, tetapi yang lebih penting adalah perjalanannya.
Saya boleh menggunakan google maps untuk mendapatkan peta ke Perak. Adakah itu mencukupi? Mengetahui di mana Perak adalah penting, tetapi lebih penting lagi adalah mengetahui dimana saya berada. Ya, saya mesti tahu bahawa saya berada di Johor, barulah saya boleh membuat perancangan perjalanan ke Perak. Jika saya tidak tahu bahawa saya berada di Johor, saya mungkin sebenarnya telahpun berada di Perak – tetapi saya tidak tahu.
Jadi, itulah maksud saya dengan membuat analisis blog. Tambah-tambah pula, tahun barupun dah tinggal lagi 3 hari. Ramai yang mula membuat perancangan untuk blog mereka. Ingin menulis post dengan lebih kerap? Ingin membuat iklan? Ingin menaikkan google PR? Ingin menambahkan traffik alexa?
Dimana anda ingin berada pada hujung 2008 adalah penting, tetapi mengetahui di mana anda berada pada awal tahun 2008 adalah lebih penting. Jika tidak, mungkin sebenarnya tiada kemajuan.
Ayuh, mari kita tengok di mana blog ini berada pada hujung 2007 dan awal 2008…

Ya, statistik ni baru sebentar tadi saya ambil. Jika anda ingin tahu, saya menggunakan WP-stats. Apa yang saya lihat adalah bulan ini sebenarnya blog ini telah beberapa kali memecahkan rekod pelawat hariannya. Kali pertama adalah pada 6 Disember, dengan post M.Rajoli Hidap Brain Cancer dan Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing? Jumlah pelawat pada hari tersebut adalah 296.
Seterusnya, pada 19 Disember, jumlah pelawat naik ke 313 orang apabila saya menulis tentang What Happened To My Claim? Kontroversial ya.. Walaupun saya tidak menulis nama syarikat berkenaan.. Huhu.. Oh ya, saya ingin memberitahu anda bahawa saya telahpun menerima cek dari syarikat tersebut pada hari Isnin yang lalu.. Belum di bank-in lagi.. Terima kasih Advertlets, tetapi saya rasa anda perlu menangani juga masalah orang lain.. Ramai yang mengadu mereka juga tidak menerima claim mereka..
Dan yang paling terkini adalah 340 views pada 24 Disember apabila saya menulis tentang Gunakan Teknik Scanning Untuk Mendapatkan Maklumat Dengan Cepat.
Baiklah, itu adalah analisis awal..
Saya akan sambung post ini esok hari…
Grand View Hotel: Comfortable and Affordable Place To Stay in Ipoh, Perak
We started out from KL at about 7 a.m. Straight to Ipoh because I wanted to see the Pasar Karat, which only be held on Sunday morning.
Luckily we had booked our room earlier, or we might end up searching high and low for room.. Anyway, I’ve summed up what you can get from the Grand View Hotel in the following video.. Trying out my talent in making movies.. Enjoy!
If you would like to know how to get there, check out the map at Goggle through this link: Click here!
Making Money The Internet Way
Baiklah, blog yang akan kita lihat hari ini adalah milik NafieCarl atau nama sebenarnya Mohd Hanafi.. Hmmm.. Saya tertanya-tanya adakah nama NafieCarl ini singkatan kepada Hanafi nakal? Huhu.. Jangan marah ye Nafie..
Visual: Saya pun pernah menggunakan theme TypoXP yang sama ini sewaktu awalnya saya membina blog CikguAzleen.com ini. Dulu, saya rasa ianya menarik.. Tapi maaf ya.. Sekarang tidak lagi.. Antara sebab utamanya adalah saiz font yang kecil.. Dengan bertambahnya saiz monitor dan juga resolution, saya rasa saiz font yang kecil kelihatan semakin kecil dan sukar dibaca.. Cuma nasib baiknya saya belum terlalu tua untuk menghadapi masalah ini, tapi saya pasti pembaca yang berusia lewat 40an pasti kurang gemar dengan saiz font sebegini..
User-friendly: Saya tak pasti samada ianya disebabkan oleh saiz font, atau kedudukan iklan advertlets yang bersebelahan dengan chatter-box, atau mata saya yang letih bermain The Sims 2, maka saya gagal melihat dimana terletaknya pages blog ini.. Saya telah scroll atas dan bawah beberapa kali sebelum saya nampak kedudukan pages About, Contact dan lain-lain..
Reading Enjoyment: Post pertama yang saya baca adalah MLM Oh MLM! Dan ayat pertama yang saya jumpa adalah mohon maaf kerana tidak mengemaskini blog..
Dan post tersebut ditulis 12 hari yang lepas. Saya teringat satu panduan berblog dengan baik yang saya baca tak lama dulu tetapi tak ingat di mana sumbernya, ialah blogger tidak ada sebab untuk minta maaf dengan pembaca jika mereka tidak update blog. Ianya dianggap buang masa pembaca.. Nasib baiklah Nafie turut menulis cerita lain selain dari minta maaf itu.. Jadi, menarik juga.. Saya rasa Nafie masih lagi tercari-cari gaya penulisan yang boleh menarik perhatian pembaca.. Teruskan usaha anda dan saya pasti anda boleh mencapainya..
Useful Info: Sekali lalu, saya tak pasti apakah maklumat yang sebenarnya ingin disampaikan di blog ini. Ianya lebih kepada coretan harian (mungkin juga mingguan atau bulanan) tentang perkara menarik, terkini dan terhebat yang dialami penulisnya.. Saya tidak nampak apa kaitannya post-post sedia ada dengan tajuk blog Making Money The Internet Way. Tapi ini adalah perkara biasa kerana Nafie baru saja mulakan blog ini bulan Julai 2007.. Saya juga mengalami keadaan yang sama, malah mungkin lebih teruk..
Overall Experience: Dari pemahaman saya, Nafie juga ada satu (atau beberapa?) blog lain, dan saya andaikan Nafie kurang memberikan tumpuan kepada blog ini.. Masih banyak perkara yang boleh diperbaiki disini, dan saya doakan Nafie berjaya dengan misinya untuk menjadikan ianya portal Panduan Perniagaan Internet.. 2 bintang dari 10 bintang!
P.S.: Review ini ditulis pada 23 Disember 2007.
Wish You A Merry Christmas!
To those who celebrate Christmas, I wish you a merry christmas.. Let’s enjoy the holiday while watching this funny video of Mr. Bean..
Gunakan Teknik Scanning Untuk Mendapatkan Maklumat Dengan Cepat
Sebelum ini saya telah berkongsi dengan anda teknik membaca skimming yang boleh digunakan untuk mendapatkan idea umum sesuatu bahan bacaan. Saya juga telah berkongsi dengan anda, 3 tips melakukan skimming dengan baik serta kaedah melaksanakan teknik skimming apabila membaca teks yang panjang.
Hari ini saya akan kongsikan dengan anda satu lagi teknik membaca yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat. Teknik yang dipanggil ’scanning’ atau imbasan ini sesuai digunakan bagi mereka yang melakukan penyelidikan atau mencari maklumat-maklumat tertentu. Saya juga menggunakan teknik ini sewaktu peperiksaan bagi kertas bahasa terutamanya untuk bahagian pemahaman. Mari kita lihat dengan lebih lanjut apakah yang dikatakan teknik scanning…
Proses mengimbas teks adalah seumpama mencari wajah seseorang di tempat yang sibuk dan dipenuhi ramai orang. Anda akan memandang ke seluruh tempat (mengimbas) tersebut bagi mencari orang itu. Anda juga tidak akan membuang masa untuk memerhatikan wajah setiap orang yang ada, sebaliknya hanya memandang lalu setiap orang sehinggalah anda menjumpai wajah orang yang anda inginkan.
Apabila kita mengimbas teks, kita juga sebenarnya mencari maklumat tertentu tanpa membaca keseluruhan teks tersebut. Mengimbas maklumat adalah teknik pencarian (searching). Adalah lebih praktikal jika kita mengimbas untuk mencari maklumat daripada membaca keseluruhan teks. Apabila mengimbas, kita kan mencuba mencari jawapan atau fakta yang diinginkan dengan cepat secara memilih apa yang perlu dibaca. Proses mengimbas sepatutnya tidak akan memakan masa lebih dari 2-3 minit.
Maklumat tertentu yang diinginkan boleh diperolehi daripada:
- tajuk artikel, sub-tajuk
- kata kunci dan frasa
- perkataan dalam bentuk italic atau dihitamkan
- bahan-bahan visual yang disertakan seperti graf, gambar, jadual
- tarikh
- nama orang
- definisi
- statistik
Setelah mengetahui apakah yang dikatakan teknik mengimbas, kita akan ketahui pula apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melaksanakan teknik mengimbas ini.
- Tentukan apakah maklumat yang anda inginkan
- Lihat tajuk, sub-tajuk, jadual, nombor, carta atau apa saja visual dalam teks yang dibaca
- Lihat teks tersebut dengan cepat, berikan perhatian kepada kaya kunci dan frasa
- Jangan baca setiap perkataan
Selamat mencuba!
Flood In Felda Jengka, Pahang
We started our journey from Johor to Pahang to attend my friends wedding at Felda Jengka 15. The weather is sunny in the morning and we just hope that everything will be fine, though its the rainy season.. Well, the sun is up there shining until about 3 o’clock.. Which we haven’t reach Pahang yet, and we are somewhere in Negeri Sembilan.. However, we managed to reach the bride’s house just before they take down everything..
Pahang’s wedding culture is quite different from Johor. For most part of Johor, our wedding day (or reception ceremony) usually starts from 12 p.m. to 6 p.m. However, in Pahang, I was made to understood that they start their ceremony as early as 7 in the morning and just after the bridegroom arrives, the ceremony ends. So, you can expect that by 3 p.m. they already packed up.. So, next time, if you were invited for wedding ceremony in Pahang, make sure you arrives by afternoon..
Another different thing is the food. In Johor, we used to have Nasi Briyani or Nasi Minyak as the main dishes. However, in Pahang, they served gulai kawah with ulam. It’s delicious though. There is special spices that were used to cook gulai kawah, and it’s not easy to find it in Johor. So, I make sure that my friend, Ijan, buy some for me and bring it to Johor when she came back here.. Oppss.. Ijan is not the bride.. I am not that bad..
From the bride’s house, we moved to Ijan’s house.. I’ve been friends with Ijan for about 10 years, but never went to her house. Since it’s not easy to get to Pahang, I make sure that I visited her house.
Before 7 p.m. we started our journey to KL. The rain hasn’t stopped since the evening. About 5 km from the Jengka 7 junction, we saw cars are slowing down, and some of them stopped moving. My husband asked another driver, and he told us that there was water overflowing the road.. Luckily, we were driving Ford Ranger or else we might end up at the relocation centre for flood victims in Pahang..
A Hidden Minority: Left-Handers
Beberapa hari yang lepas, kita telah mempelajari teknik skimming untuk teks yang panjang. Sudahkah anda mempraktikkannya? Kali ini, saya telah menjumpai satu teks menarik yang boleh kita gunakan untuk mempraktikkan teknik skimming ini. Jadi, apa kata anda baca teks berikut menggunakan teknik skimming, kemudian anda beritahu saya melalui ruangan komen, apakah yang anda faham dari teks ini.
Malaysia has hundreds of minority groups. Some of them are defined by their ethnic composition. Others have distinctive cultures and languages. Since Indipendence, much progress has been made towards providing equal opportunities for everyone. However, one minority group continues to face discrimination. This is the group of people who are left-handed.
Left-handers are not a small group. Nearly one person in ten is left-handed. This means that there are about 2 million left-handers in Malaysia and more than 600 million in the world.
There are no laws that prevent left-handers from living, working, eating or studying where they want to. They face a different type of discrimination from other minorities. They live in a world designed for the right-handed majority. Common items from can-openers to scissors, from golf clubs to controls on electrical appliances, pose problems for left-handers. They also have to make a special effort to learn how to do everyday things like writing or winding a watch.
Although modern society does not look down on left-handers, in the past the situation may have been different. A study of language suggests that left-handedness was regarded as inferior or even evil. The word left comes from an ancient English word meaning weak or worthless. If something is ‘left-field’, it is slightly odd; a ‘left-handed compliment’ is an insult. Words for lefts that have been borrowed from other languages also have negative meanings. ‘Sinister’, meaning evil or harmful in English is the Latin word for left. The French word for left, ‘gauche’, means awkward in English.
In English, the word right always has positive meanings. It also means proper or correct. If you say things are ‘going right’, you mean they are working out well. A ‘right-hand man’ is a very helpful assistant. Words meaning right borrowed from other languages all have positive meanings too. ‘Dextrous’ from Latin and ‘adroit’ from French both mean skillful or clever. Even in Bahasa Malaysia, we have orang kanan but not orang kiri.
Why are most people right-handed? If being right-handed or left-handed were simply a matter of chance, we world expect that the proportion of left-handers and right-handers would be almost equal. Anthropologists have suggested that it may have something to do with the development of right-handed tools, causing right-handed people to become dominant. Scientist are investigating the effect of prenatal influences on babies’ brains that determine right-or-left-handedness. However, no one has yet found an answer to the question.
Selepas membaca artikel ini, saya memang pasti bahawa apa yang dikatakan oleh Hindraf tentang kaum India di Malaysia adalah salah sama sekali
Saya rasa mereka bukanlah golongan minoriti yang ditindas di Malaysia. Malah mereka jauh lebih beruntung berbanding golongan minoriti bertangan kiri yang terpaksa hidup di alam tangan kanan..
Adakah ada antara pembaca blog ini yang bertangan kiri? Ohh.. Mungkin saya akan jalankan vote ini untuk bulan depan..
Jadi, anda telah lakukan teknik skimming ke atas artikel di atas bukan? Sekarang adalah masanya untuk anda tunjukkan pada saya adakah anda telah menggunakan semua tips skimming dengan betul.. Ceritakan semula kepada saya, dalam ayat anda sendiri, apakah yang telah anda fahami dari artikel A hidden minority: left-handers..
* Artikel diambil dari buku Vision, terbitan McGraw Hill Education.Â

