Archive for January, 2008
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 4
More song from Zainal Abidin with Koir Remaja Kebangsaan..
Membuat Ramalan
Tidak, topik ini tidak ada kaitan dengan ramalan menilik nasib.. Khurafat dan haram tuh.. Sebaliknya topik ini berkaitan dengan membuat ramalan sewaktu membaca.
Apa yang saya maksudkan dengan ramalan?
Ia bermakna kita meneka isi kandungan sesuatu teks sebelum kita membacanya.
Bagaimana kita membuat ramalan?
Selalulah melihat tajuk dan juga gambarajah yang disertakan. Buat ramalan topik yang akan dibincangkan dan juga perkataan-perkataan yang mungkin akan digunakan dalam topik tersebut. Fikirkan tentang apa yang telah anda tahu tentang topik tersebut.
Meramal membuatkan bacaan lebih senang!
Upgrade dan Pemindahan Server
Maaf ya, kalau ada dikalangan anda gagal akses ke blog ini semalam. Sebenarnya semalam saya melakukan proses upgrade wordpress ke versi 2.3.2 dan juga memindahkan blog ini ke server baru. Bagaimanapun, alhamdulillah kerana kedua-dua proses tersebut berjaya dilakukan dalam tempoh kurang dari 20 minit.. Namun, sekiranya anda mendapati sebarang masalah pada blog ini – contohnya gambar hilang, atau tidak dijumpai, atau apa saja kecacatan lain – saya harap anda dapat membantu melaporkannya kepada saya melalui contact form ataupun melalui forum. Terima kasih!
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana caranya memindahkan blog ke server yang baru tanpa perlu mengorbankan post dan komen yang ada beribu-ribu lemon tuh..
Tentu sayangkan kalau kita terpaksa pindah ke server baru tetapi tidak dapat mengekalkan post yang sedia ada tuh.. Lebih sayang lagi kalau kita terpaksa pula membazirkan terlalu banyak masa untuk membina semula blog kita..
Kenapa nak pindah server?
Ada banyak sebab kita perlu pindah server. Antara sebab yang paling popular adalah apabila host kita gagal memberikan perkhidmatan terbaik buat kita. Tetapi itu bukanlah sebab kenapa saya memindahkan server blog saya. Sebenarnya saya mempunyai 2 akaun hosting dengan NetKL – saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka yang pantas dan cekap. Salah satu daripada akaun hosting tersebut akan expired tidak berapa lama lagi. Oleh kerana saya dapati saya tidak begitu menggunakan kapasiti akaun saya sepenuhnya (not fully utilized), saya menyusun semula strategi dan merasakan lebih baik saya mengekalkan hanya satu akaun. Ehem.. Jimatlah duit kan?!
Sebab itulah saya perlu memindahkan server blog ini dari akaun 1 ke akaun 2.
Langkah 1 – Backup Blog
Ya, langkah ini bukan saja perlu dilakukan apabila anda perlu memindahkan blog, bahkan lebih baik jika anda lakukannya secara berkala dan sistematik. Ini untuk mengelakkan sebarang disaster sekiranya berlaku masalah pada server, host atau talian internet
. Caranya mudah.. Saya melakukan dua kaedah..
1- Melalui sistem wordpress. Pergi ke dashboard blog anda, Manage >> Export >> Download Export File. Simpanlah file yang dimuat-turun ini dengan baik dalam komputer anda.
2 – Melalui CPanel. Pergi ke Cpanel hosting anda, MySQL Databases >> phpMyAdmin >> Database yang anda gunakan untuk blog >> export : Di ruangan Save as File, letak nama pilihan anda, pilih zipped dan klik Go!
Langkah 2: Install Blog
Lakukan perkara yang sama seperti ketika anda install blog baru. Selepas selesai semuanya anda perlu memuat-naik backup database anda tadi. Untuk langkah ini, juga terdapat dua kaedah melakukannya.
1 – Melalui sistem wordpress. Pergi ke dashboard blog, Manage >> Import >> WordPress: Pilih file yang anda download dalam kaedah 1 di atas. Klik Upload file and import.
Sekiranya anda menggunakan kaedah ini, anda perlu memasang semula plugin, themes dan apa juga satu persatu seperti membuat blog baru.
Untuk memudahkan kerja kita, gunakan kaedah 2 di bawah ini untuk membolehkan blog wujud semula seperti sedia ada dalam sekelip mata – cehs, macam magic lah pulak ya!
2 – Melalui Cpanel. Login ke Cpanel hosting baru anda. MySQL Databases >> phpMyAdmin >> Database yang anda gunakan untuk blog: Check All dan pilih Drop. Klik yes apabila anda disuruh konfirm untuk delete table tersebut. Sekarang anda akan dapati bahawa database anda kosong sekosongnya. Seterusnya pergi ke import: Pilih file zipped yang anda muat-turun melalui kaedah 2 (Langkah 1) di atas. Biarkan yang lain tuh sebagai sediakala dan klik Go!.
Tunggu beberapa minit.. Wallaa… Buka blog anda dan insyaAllah, blog anda telah wujud seperti sediakala.. Termasuklah semua plugin yang ada sebelumnya.. Tak payah buat apa pun..
Selamat mencuba!
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 3
Burung kenek-kenek terbang cucur atap
Pesan datuk nenek hati kita mahu tetap
Burung kenek-kenek terbang atas pagar
Pesan datuk nenek rajin-rajinlah belajar
Burung kenek-kenek terbang tepi telaga
Pesan datuk nenek budi bahasa budaya
Proverb Vs Peribahasa
Setiap bahasa mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyampaikan pengajaran tentang kehidupan melalui kata-kata indah yang tersirat penuh makna. Seperti adanya peribahasa dalam bahasa melayu, begitu juga bahasa inggeris dengan ‘proverb’nya.
Tahukah anda bahawa kebanyakan pengajaran yang disampaikan melalui peribahasa melayu turut disampaikan melalui proveb bahasa inggeris? Contohnya, peribahasa “Musuh dalam selimut” yang bermaksud orang jahat yang kita sangkakan rakan baik. Proverb bahasa inggeris yang memberikan makna yang sama adalah “A wolf in sheep’s clothing”.
Seterusnya ada juga peribahasa inggeris yang disebut “It’s no use crying over spilt milk” yang membawa maksud tidak perlu susah hati atau menyesal atas sesuatu perbuatan/ kesilapan yang tidak boleh dibetulkan. Apa agaknya peribahasa melayu yang sesuai dengan makna ini?
Ya, saya rasa peribahasa melayu yang berbunyi “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” sama maknanya dengan proverb inggeris tersebut.
Contoh lain pula adalah “It never rains but it pours” yang sama maknanya dengan “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Kedua-dua peribahasa ini bermaksud perkara buruk/ malang yang banyak menimpa seseorang. Proverb “Lightning never strikes the same place twice” pula sama maknanya dengan “Pisang tak berbuah dua kali”. Ia bermakna sesuatu perkara/ kejadian tidak kira ianya baik atau buruk tidak akan berlaku lebih dari sekali.
Bagaimana pula dengan proverb “Like father, like son (like mother, like daughter)”? Ya, sudah tentu sahaja peribahasa”Bapa borek, anak rintik” sesuai maknanya dengan proverb tersebut.
Satu lagi contoh yang boleh saya kongsikan dengan anda adalah proverb “Like two peas in a pod” yang bermaksud seakan sama, serupa. Peribahasa melayu yang kita biasa gunakan adalah “Pelanduk dua serupa”.
Apa kata kalau anda pula cuba? Saya akan berikan beberapa proverb Inggeris beserta maknanya, dan anda berikan pada saya peribahasa melayu yang mempunyai makna serupa..
- Living from hand to mouth – hidup dalam kesusahan
- Out of the frying pan into the fire – dari satu situasi yang buruk ke satu situasi yang lebih buruk
- Still waters run deep – orang yang tidak banyak bercakap tidak bermakna dia tidak berfikir
- The blind leading the blind – orang yang bodoh cuba mengajar orang bodoh yang lain
- The pot calling the kettle back – mengkritik seseorang kerana sesuatu kesalah yang anda juga lakukan
- One rotten apple spoils the whole barrel – keburukan seseorang yang membuatkan orang-orang lain juga nampak tidak baik
- When in Rome, do as the Romans do – sesuaikan diri anda dengan adat budaya dan tingkah laku orang-orang di sekeliling anda
- There’s no smoke without fire – biasanya ada kebenaran di sebalik sesuatu khabar angin
Bagaimana? Dapat tak jawapannya?
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 2
This one is very funny.. I can’t stop laughing.. Enjoy!
Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal duaLetchum letchum letchum hulala
Letchum letchum letchum hulala
Letchum letchum letchum hulala
Burung kakak tua…
Skimming
Hmmm.. Rasanya mesti anda nak kata kan? Banyaknya cerita pasal skimming.. Asyik skimming jer..
Soalnya, anda dah praktiskan ke? Huhu.. Saya harap sudah..
Bagaimanapun, kali ni untuk mereka yang baru ke blog ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang teknik membaca skimming. Bagi anda yang dah tahu teknik ini, anggaplah ini sebagai ulangkaji ya..
Apa itu skimming?
Skimming adalah melihat teks bacaan dengan senyap dan cepat, tanpa membaca kesemuanya. Kita melakukan teknik ini apabila kita ingin mengetahui dengan cepat apa yang diceritakan oleh teks tersebut.
Bagaimana anda men’skim’ teks?
Mula-mula, bacalah tajuknya dan sebarang sub-tajuk. Kemudia baca ayat pertama sahaja bagi setiap perenggan dan beberapa perkataan dalam perenggan tersebut. Jangan baca kesemuanya. Dan yang penting, jangan berhenti.
Itu dia.. Tips mudah melaksanakan skimming..
Selamat mencuba!
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 1
Other than eating at the Greentown, we don’t have any plan to do at night in Ipoh. Luckily, we saw an advertisement about Konsert Lagu-lagu Rakyat at dewan budaya (or something like that!). And the appearance of Zainal Abidin is just a perfect bonus.
I’ve made an illegal recording of Zainal Abidin performance that night.. Enjoy the video, but please bear in mind that the recording was made by someone unprofessional ‘videoman’ which is me
..
Rasa Sayang
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana sama cik adik sorangSorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak tahuBuah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkanPulan Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juaKalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Professionalkah Cikgu?
Ini adalah sambungan dari cerita saya pada 11 Januari yang lalu tentang keprofesionalan seorang guru a.k.a. cikgu.
Jadi, apa agaknya jawapan seorang cikgu apabila ibubapa datang berjumpanya untuk mengadu atau memberitahu masalah anaknya yang tidak boleh membaca?
Raymond kata mungkin cikgu tersebut menyalahkan murid tersebut yang tidak tahu belajar. Itu adalah salah satu jawapan yang boleh kita terima dan kemungkinan besar memang ada cikgu yang melakukannya begitu.
Biar saya sambung apa yang Encik Ateh Salim ceritakan pada kami..
Jawapan yang biasa diberi adalah “Oh, tak apa pakcik/ makcik.. Lama-lama pandailah anak pakcik/ makcik tu.. Anak Pak Ali/ Mak Minah/ saya dulu pun macam tuh jugak.. Samalah macam anak makcik/ pakcik ni.. Bla… bla… bla..”
Mungkin ada yang tertanya.. Apa yang tak profesionalnya?
Yalah, makcik pakcik tuh datang nak mengadu tentang masalah mereka – anak mereka tak boleh membaca. Tetapi cikgu berkenaan tambah pulak masalah lain pada mereka – anak Pak Ali/ Mak Minah/ cikgu itu sendiri yang juga tak boleh membaca.. Kiranya bukan saja masalah anak makcik pakcik tadi tuh tak selesai, mereka terpaksa pula dengar masalah orang lain..
Berbeza kan dengan seorang doktor yang juga seorang profesional?
Begitulah rasionalnya..
Cerita ini dipaparkan bukan untuk menghina profesion keguruan (cikgu) tetapi semata-mata sebagai ingatan terutamanya buat saya sendiri – saya gemar mengorek post-post lama saya – dan juga buat anda cikgu-cikgu dan bakal-bakal cikgu. Kalau kita nak masyarakat mengiktiraf kita sebagai profesional, kita juga perlu berkelakuan sebagai seorang profesional. Kalau kita belum pernah menjawab seperti cikgu dalam cerita di atas, alhamdulillah, teruskan sikap tersebut, tetapi kalau kita pernah melakukannya.. Paham-pahamlah apa yang perlu kita buat selepas ini..
Opppss.. Nanti dulu.. Belum habis lagi cerita ini..
Sekarang, saya nak tanya pula.. Sebagai seorang profesional, apa agaknya yang patut dijawab oleh seorang cikgu dalam kes tersebut?
Char Kue Tiaw Original At Greentown Ipoh
Many of us loves to eat Char Kue Tiaw. As far as I know, Char Kue Tiaw origin from Penang, and it is a Chinese-style food. However, I’ve heard that there is ‘original’ char kue tiaw in Greentown Ipoh. How original is that ‘original’? You have to taste it yourself..
Here is the direction through Google Maps: GreentownÂ
P.S.: It’s simply delicious!

