Bagi saya, perkara yang paling menyeronokkan saya adalah apabila jumlah pembaca blog bertambah. Tanpa pembaca, blog hanyalah umpama diari sepi. Pendek kata, ia boleh membuatkan saya syok sendiri dan akhirnya terlena.
Justeru, adalah penting untuk kita memahami dan mendapatkan maklumat penting daripada tool statistic yang kita gunakan. Kalau sebelum ini, saya hanya setakat menggunakan plugin WP-Stats, saya dapati lebih banyak maklumat boleh saya perolehi daripada Awstats.
Bagaimanapun, agak sukar juga untuk memahami keseluruhan data yang dibekalkan oleh Awstats ini. Jadi hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda maklumat-maklumat yang boleh kita perolehi daripada Awstats ini.
Memahami Layout
Pertama sekali kita perlu memahami layout yang disediakan oleh Awstats. Layout Awstats adalah ringkas dan konvensional. Maklumat diberikan di ruangan utama manakala sidebar diletakkan di sebelah kiri. Pada ruangan sidebar terdapat semua link ke setiap bahagian maklumat di ruangan utama. Oleh itu, mendapatkan apa saja maklumat adalah mudah.
Di bahagian atas sekali ruangan utama, disediakan pilihan tempoh masa yang ingin dilihat. Ia diberikan dalam bulan dan tahun. Bagi tutorial ini, saya akan menggunakan maklumat blog cikguazleen.com bagi bulan Februari 2008.
Cukup itu sahaja untuk hari ini, berjumpa lagi dalam siri kedua.
P/S: Awstats didatangkan percuma bersama dengan Cpanel. Semak dengan hosting provider anda jika anda tidak dapat mencari fungsi ini.
Tags: analising blog, awstat, layout


Your Comments