Archive for May, 2008
Kursus Integriti Vs Pertandingan Zapin Johor 2008
Sepatutnya hujung minggu ini saya menghadiri satu kursus. Sewaktu ditawarkan kursus tersebut saya tidak diberikan butiran terperinci mengenainya. Saya hanya difahamkan bahawa kursus ini berkaitan dengan zapin. Tambahan pula ianya dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor, jadi tidak syaklah lagi ianya pasti benar.
Bagaimanapun pelik juga. Sebab minggu ini juga Yayasan Warisan Johor menganjurkan Pertandingan Zapin Johor 2008. Bagaimana mereka boleh menganjurkan dua acara yang berkaitan pada masa yang sama? Yalah, dah tentulah mereka yang menghadiri kursus zapin tersebut juga berminat menonton Pertandingan Zapin Johor 2008. Tidakkah dengan mengadakan dua acara dengan skop yang sama di dua tempat berbeza dalam masa yang sama akan menyebabkan jumlah peserta dan penonton berkurangan?
Pelik pelik..
Bagaimanapun, kepelikan saya itu akhirnya berjawab apabila saya pergi ke M-Suites untuk menyertai kursus tersebut. Yalah, walaupun saya memang menanti sekian lama nak menonton Pertandingan Zapin Johor 2008 ini, peluang belajar menari zapin secara formal (dan percuma) sayang untuk dilepaskan..
Apabila saya sampai ke M-Suites, saya cubalah cari tempat untuk saya mendaftar. Satu-satunya acara anjuran Yayasan Warisan Johor di situ adalah kursus integriti.. Hmmm.. Apa kaitan integriti dengan zapin? Sayapun cuba buat kesimpulan sendiri bahawa mungkin maklumat kursus zapin yang saya ingin hadiri tidak dipamerkan di board hotel tersebut.
Sayapun telefon rakan saya yang sudahpun check-in di hotel itu. Kami diberikan bilik percuma selama 2 malam, tetapi saya memilih untuk hujan batu di bumi sendiri (jika anda faham maksud saya!). Saya pun tanyalah rakan saya tentang kursus kami, dan bila saya katakan bahawa satu-satunya kursus anjuran Yayasan Warisan Johor yang berlangsung di hotel tersebut adalah Kursus Integriti, rakan saya mengiyakan. Kursus itulah yang akan kami hadiri.. Haaaa?
Setelah melihat tentatif kursus, saya memilih untuk menonton Pertandingan Zapin Johor 2008. Zapin yang terlibat dengan kursus integriti hanyalah 2 slot selama 3 jam daripada kursus selama 2 hari 2 malam itu. Maaflah, bukan mengatakan integriti tidak penting bagi saya, tetapi saya lebih merasakan Pertandingan Zapin Johor 2008 itu lebih penting buat saya pada masa ini.
Jadi, dengan segera, sayapun cabutlah dari hotel tersebut. Nasib baiklah saya belum mendaftar untuknya. hehehe.. Dan apa lagi, segeralah saya ke stadium tertutup MBJB untuk menonton Pertandingan Zapin Johor 2008.
Sememangnya tidak rugi bagi saya.. Malam tadi 14 kumpulan yang hebat-hebat dari seluruh negeri Johor berentap di atas pentas. Ada yang dari SMK Sri Rahmat, SMK Sri Gading, Jabatan Belia dan Sukan, Kemas Segamat dan Majlis Bandaran Muar. Ada banyak lagi, tapi saya tak ingat nama mereka. Sayangnya, saya sampai agak lewat dan terlepas untuk menonton kategori sekolah rendah..
Antara zapin yang paling popular ditarikan adalah zapin putar alam. Ada juga kumpulan yang membawa zapin tanjung labuh, zapin melayu Johor asli dan zapin pekajang. Hebat-hebat semuanya dengan pakaian yang berwarna-warni dan menarik perhatian..
Ada juga peristiwa yang lucu apabila salah seorang penari perempuan tertanggal kainnya. Mujurlah tarian zapin sering memakai samping. Jadi, dapatlah cover dengan memegang kain yang tertanggal ikatan pinggangnya itu bersama dengan samping yang dililit di lengan. Kesian juga.. Yalah, demi semangat berpasukan, penari tersebut tetap menari dalam keadaan yang tidak selesa sehingga ke akhir muzik. Bukan mudah nak melakukan perkara tersebut..
Malam ini, 14 lagi kumpulan akan berentap di atas pentas. Jadi, kalau anda tidak ada perancangan malam ini, datanglah ke stadium tertutup MBJB untuk bersama-sama menonton seni warisan zaman ini.. Sangat menarik..
P/S: Saya bercadang ingin membawa dua orang ahli Setia Dansa menonton Pertandingan Zapin Johor 2008 malam ini. Itupun jika ibubapa mereka bersetuju dan keadaan mengizinkan..
Mari Bantu Saya Membantu Anda Belajar Bahasa Inggeris Dengan Lebih Efektif
Salam buat semua,
Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan gembira. Saya juga mendoakan semoga perjalanan kehidupan anda semakin berjaya tidak kira apa yang anda inginkan dalam kehidupan ini.
Saya masih lagi sibuk dengan KISSM. Tetapi dalam pada itu, saya juga mencuri-curi masa untuk menulis di blog ini dan membina perniagaan internet saya.
Jadi hari ini saya ingin meminta bantuan anda untuk membantu saya mengenalpasti kemahuan dan keperluan anda dalam belajar bahasa inggeris ini. Saya telah membina satu survey untuk tujuan ini. Dan apa yang perlu anda lakukan mudah saja.
Pergi ke survey tersebut di Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris dan penuhkan survey tersebut.
Terima kasih.
Model Perniagaan: Laman Web Keahlian (Membership)
Jika anda merupakan seorang peniaga online, anda pasti sedar kewujudan banyak model perniagaan internet. Samalah juga seperti perniagaan fizikal..
Jenis Laman Web Keahlian (Membership)
Salah satu model yang popular adalah laman web keahlian atau dipanggil juga sebagai membership site. Terdapat pelbagai jenis laman web keahlian seperti:
- Sosial contohnya friendster, facebook, myspace dan sebagainya
- Hobi contohnya penjagaan binatang peliharaan, kapal terbang mini
- Perniagaan contohnya IKS dan ada satu juga laman web keahlian untuk peniaga internet malaysia yang diasaskan oleh Gobala Krishnan (saya lupa apa namanya)
- Pendidikan
- Dan banyak lagi…
Walaupun kedengaran remeh, sebenarnya menjalankan perniagaan berasaskan model perniagaan laman web keahlian atau membership ini banyak kelebihan dan keuntungannya ($$$)
Keuntungan Membina Laman Web Keahlian (Membership)
Antara sebab yang paling popular adalah keuntungan berulang (recurring) apabila anda mengenakan yuran harian, bulanan, mingguan atau tahunan kepada ahli laman web anda.
Bagaimanapun, jika anda menyediakan laman web keahlian (membership) secara percuma juga ada banyak untungnya. Ini kerana secara tidak langsung anda telah merekrut sekumpulan pelayar internet untuk bekerja secara percuma dengan anda mempromosikan laman web anda. Jadi, jika anda tidak mahu mengenakan bayaran untuk laman web keahlian (membership), anda boleh mempelawa syarikat-syarikat berkaitan meletakkan iklan di laman web keahlian (membership) anda. Lebih tinggi jumlah keahlian anda, lebih besar peluang untuk syarikat ini membayar lebih tinggi kepada anda.
Untung juga kan?
Tapi, apa agaknya yang membuatkan tidak ramai orang Malaysia ni bina laman web keahlian?
Kenapa Tidak Ramai Membina Laman Web Keahlian (Membership)?
Salah satu sebabnya saya percaya adalah pengurusan yang remeh. Yalah, jika anda memberikan keahlian percuma, anda perlulah manually approved keahlian. Jika tak, alamatnya laman web keahlian anda akan dipenuhi dengan SPAMMERS..
Dan jika anda mengenakan bayaran pula, anda perlu memeriksa bayaran dan juga manually approved juga – disebabkan masih ada sejumlah besar pelayar internet malaysia yang tidak menggunakan PayPal.
Sebab yang keduanya adalah anda perlu tahu serba sedikit tentang programming dan coding jika anda ingin menggunakan laman web keahlian (membership) sebagai model perniagaan anda. Kerana anda perlu tahu bagaimana untuk memasangan sistem laman web keahlian (membership) yang ingin anda gunakan. Ada sistem yang wujud secara bersendirian – maknanya anda boleh mencipta page bagi ahli anda melalui sistem tersebut, dan ada juga sistem yang diintegrasikan bersama sistem lain – maknanya sistem ini menyediakan satu folder member-only bagi anda memasukkan page untuk ahli anda.
Namun, jika anda ada sejumlah duit untuk dilaburkan, anda boleh mengupah saja programmer amatur (tidak dinasihatkan) dan profesional untuk membantu anda membina laman web keahlian (membership) anda ini.
Satu lagi sebab yang menjadi punca tidak ramai melibatkan diri dengan model perniagaan Laman Web Keahlian (membership) ini adalah keperluan untuk menyediakan bahan berkualiti bagi menarik perhatian pelayar internet menyertai keahlian anda. Tidak ramai yang sanggup memberikan komitmen terhadap perkara ini. Dan oh ya! Ini lah juga punca kenapa saya mengambil masa yang lama untuk merealisasikan keinginan saya mempunyai Laman Web Keahlian (membership).
P/S: Dalam post akan datang, saya akan buat review tentang beberapa sistem Laman Web Keahlian (membership). Jadi, jika anda tidak mahu ketinggalan review ini, pastikan anda subscribe blog ini melalui e-mel dan review tersebut akan diemel ke inbox anda sebaik sahaja ianya diterbitkan!
Suffixes
Suffixes are less important than roots and prefixes in vocabulary building because they are usually added on to a root or word after the primary meaning of the word has been established by the basic root and prefix. In such cases, the sffix serves to indicate the function of the word.
Suffixes are attached to the end of the words just as prefix are attached to the beginnings. Suffixes can sometimes change the meaning of a word, but they are primarily used to reveal its functions.
For example, suffixes can indicate the number of noun by changing the singular form to a plural form. Thus, the suffix -s added to the word boy forms boys. The suffix -s in boys is showing that boy is plural.
For another example, suffixes can indicate the time of a verb by showing whether the action is in the past or the present. Thus, the suffix -ed added to the verb walk forms the past tense walked.
To state it another way, the meaning of many suffixes is general:
- they serve primarily to tell you whether a word is used as an action word (verb), a modifier (adjective or adverb), or the name of a person, place or thing (noun)
- and the serve to distinguish between such things as number and tense.
KISS ME?
Surprise surprise.. Saya bukan suruh anda cium saya.. :p Cuma saya akan mengikuti kursus induksi sistem saraan malaysia selama lebih kurang 3 minggu mulai Isnin ini.. Singkatannya KISSM kan lebih kurang macam KISS ME..
Tengok jadualnya aje dah rasa pening.. Dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat, dan dipenuhi dengan lectures, lectures dan lectures.. Hmmm.. Dapat saya bayangkan.. Yang pastinya, bekalan minyak angin dan gula-gula mesti penuh dalam beg.. huhu…
Anyway, bukan itu saja yang ingin saya beritahu pada anda.. Memandangkan saya pun dah selesai peperiksaan akhir, dan akan menjalani KISSM diikuti BTN.. Dan akhirnya menunggu posting yang entah ke mana.. Opppss.. saya pasti di Pasir Gudang
Amin…
Dalam beberapa minggu akan datang ni saya sedang dan akan mencuba beberapa sistem membership management.. Anda pun tahu kan, ada banyak model bisnes internet.. Dan yang paling menarik perhatian saya adalah model membership.. Untuk apa?
Ohh.. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, inbox saya dihujani emel meminta kelas bahasa inggeris. Jadi sudah tentu sahajalah saya akan menggunakan sistem membership itu untuk www.kelasenglish.com .. Sekarang ni saya sedang mencuba Profile Manager ..
Peringatan: Tak perlulah anda daftar di www.kelasenglish.com buat masa ini kerana saya tidak akan approve dan akhirnya pendaftaran anda itu mungkin akan terdelete jika saya tukar ke sistem lain..
Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek saya yang pernah terbengkalai sekian lama ni
teruskan membaca di blog ini kerana sebarang announcement akan dibuat secara official di sini..
Atau lebih baik lagi, jika anda mendaftar dengan blog ini (gunakan butang Register di bahagian atas kanan blog ini) kerana tawaran istimewa (jika ada?!) hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar..
Oh, dah tentulah saya tidak lupa dengan mereka yang begitu setia menjadi ahli komuniti MyBlogLog Cikgu Azleen Dot Com.. Saya pernah berjanji kepada anda kan?
OK, nampak gayanya anda janganlah marah kepada saya jika saya agak sibuk beberapa minggu akan datang ini.. Selewat-lewatnya saya akan mengeluarkan sesuatu yang baru pada hari lahir saya yang ke-** tahun ini..
Belajar Bahasa Inggeris Sambil Berhibur: My Way
Seterusnya, langkah dua dalam cara belajar bahasa inggeris sambil berhibur, kita kena membaca dan memahami lirik lagu My Way ini.. Mari kita lihat..
My Way
And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, I’ll say it clear,
I’ll state my case, of which I’m certain.
I’ve lived a life thats full.
I’ve traveled each and every highway;
And more, much more than this,
I did it my way.
Regrets, I’ve had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.
I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.
Yes, there were times, I’m sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.
I’ve loved, I’ve laughed and cried.
I’ve had my fill, my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.
To think I did all that;
And may I say – not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.
For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!
Tun Mahathir Keluar Dari UMNO?
Dua hari lepas, Tun Mahathir mengejutkan Malaysia dengan tindakannnya keluar dari UMNO. Well, it’s Tun, nothing surprises me when it related to him
Though I did not expected it..
Wise Vs Harsh
Bagaimana ya? Is it a wise decision or just harsh?
Tun Mahathir is always referred to as a wise and smart leader. He always plan his action and take action according to his plan.
However, I failed to foreseen what he is trying to achieve with his action this time.
Adakah dengan keluar dari UMNO, UMNO akan berubah?
Tetapi kalau terus memberi sokongan kepada pucuk pimpinan, adakah UMNO akan berjaya?
Support UMNO
My mother is a hard-core supporter of UMNO. She has been UMNO’s member eversince I’ve known her. She is also an active member and held posts in UMNO. I’ve never heard she bad-mouthed UMNO. Not even once. She is the kind of people that always claim “kalau kerat tangan, darah yang keluar tuh adalah darah UMNO”.
However, recently after the PRU12, she began to talk as “parti bebas”. She points out things that should be straighten out within UMNO.
I did argued with her, why she didn’t voice it out in UMNO’s meeting. Well, she said that UMNO Johor did said it out – only Pak Lah didn’t hear. I wonder what kind of spies Pak Lah’s have. Maybe he wants to offer Totally Spies a job
They did better job that his son-in-law.
I also heard about Dato’ Radzi. Why he put down his resignation? It’s much related to the PRU12 list of proposed MP and KJ. Heard it from a reliable and trusted source. First hand.
Country Or Family?
I do agree with Tun Mahathir that nowadays Malaysia are run by a bunch of family which only care about themselves. That is pathetic. We do know about Pak Lah and KJ. There might be lots more than what we know. Keeps reading Che’ Det Dot Com to get updated with the recent issues.
*sigh* How come Tun’s spies works better than PM’s spies?
UMNO’s Membership
If you are asking about me, yes, I am a member of UMNO and will remain as one until I found another party that have the same vision as mine. And yes, I also hold a few post within UMNO (not a national level!) but I am not active now as I am staying in a state which I am not a member of that state. That’s quite hard to explain, right?
Anyway, I just can’t wait for the December UMNO’s Meeting as I am eager to loose down all that posts and transferred my membership to where I stay.
Belajar Bahasa Inggeris Sambil Berhibur: My Way!
Kali ini kita akan lakukan pula dengan lagu My Way – Frank Sinatra. Masih ingat lagi langkah 1?
Ya, kita hanya perlu dengar dan menikmati lagu ini..
Belajar Asas Bahasa Inggeris: Past Tense
Agaknya pada masa anda sedang membaca posting ini, saya sedang menghadapi peperiksaan akhir.. Eh, ada ke peperiksaan awal? Sedangkan saya cuma periksa sekali jer sepanjang sesi pembelajaran.. hehehe.. Anyway, posting ini telahpun saya sediakan sebulan lebih awal, bagi memastikan anda terus dapat belajar bahasa inggeris walaupun saya sibuk..
Inilah features WordPress yang paling saya suka.. Anda boleh mengaturkan bila anda inginkan posting anda disiarkan.. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan Pakej Kit Blogger sekarang juga daripada saya atau daripada penulis asalnya..
OK, kita terus ke topik utama.. Selepas mempelajari present tense dan present continuous tense, sampailah masanya untuk kita mengetahui pula tentang past tense.
Yalah, saya pasti kebanyakan daripada pembaca pun tahu bahawa past tense ni tentulah digunakan untuk perkara yang dah lepas..
Masa-masa yang memerlukan anda menggunakan past tense adalah:
- yesterday
- just now
- last week
- last night
- last month
- a few days ago
- a few times ago
- a few years ago
Manakala bagi masa-masa yang berikut, selain daripada menggunakan past tense, anda juga boleh menggunakan present tense, present continuous tense atau future tense, bergantung kepada kesesuaian keadaan. Masa-masa ini adalah:
- today
- tonight
- this evening
- this month
Bagaimana pula dengan keadaan verb yang kita gunakan dalam past tense?
Terdapat 3 jenis keadaan verb apabila digunakan dalam past tense.
- Bagi regular verb, anda perlu tambahkan -ed kepada verb asas. Contohnya watch -> watched atau play -> played
- Bagi irregular verb, bentuk asas verb akan berubah. Contohnya, fall -> fell atau eat -> ate
- Bagi sesetengah jenis verb, bentuknya tidak akan berubah langsung. Contohnya cut -> cut atau shut -> shut
Terdapat juga 2 peraturan asas dalam menambahkan -ed kepada verb asas:
- Verb yang berakhir dengan konsonan + vowel + konsonan. Bagi kebanyakannya, huruf konsonan yang akhir diulang dua kali. Contohnya cancel -> cancelled atau mop -> mopped
- Verb yang berakhir dengan konsonan + y. Huruf y akan ditukar kepada i + ed. Contohnya cry -> cried atau hurry -> hurried.
Contoh ayat pula:
- My mother baked chocolate cake yesterday.
- Last week, I ate fried chicken.
- The water looked dirty.
- You took my pencil just now.
- She smiled at me last week.

