Agaknya pada masa anda sedang membaca posting ini, saya sedang menghadapi peperiksaan akhir.. Eh, ada ke peperiksaan awal? Sedangkan saya cuma periksa sekali jer sepanjang sesi pembelajaran.. hehehe.. Anyway, posting ini telahpun saya sediakan sebulan lebih awal, bagi memastikan anda terus dapat belajar bahasa inggeris walaupun saya sibuk..
Inilah features WordPress yang paling saya suka.. Anda boleh mengaturkan bila anda inginkan posting anda disiarkan.. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan Pakej Kit Blogger sekarang juga daripada saya atau daripada penulis asalnya..
OK, kita terus ke topik utama.. Selepas mempelajari present tense dan present continuous tense, sampailah masanya untuk kita mengetahui pula tentang past tense.
Yalah, saya pasti kebanyakan daripada pembaca pun tahu bahawa past tense ni tentulah digunakan untuk perkara yang dah lepas..
Masa-masa yang memerlukan anda menggunakan past tense adalah:
- yesterday
- just now
- last week
- last night
- last month
- a few days ago
- a few times ago
- a few years ago
Manakala bagi masa-masa yang berikut, selain daripada menggunakan past tense, anda juga boleh menggunakan present tense, present continuous tense atau future tense, bergantung kepada kesesuaian keadaan. Masa-masa ini adalah:
- today
- tonight
- this evening
- this month
Bagaimana pula dengan keadaan verb yang kita gunakan dalam past tense?
Terdapat 3 jenis keadaan verb apabila digunakan dalam past tense.
- Bagi regular verb, anda perlu tambahkan -ed kepada verb asas. Contohnya watch -> watched atau play -> played
- Bagi irregular verb, bentuk asas verb akan berubah. Contohnya, fall -> fell atau eat -> ate
- Bagi sesetengah jenis verb, bentuknya tidak akan berubah langsung. Contohnya cut -> cut atau shut -> shut
Terdapat juga 2 peraturan asas dalam menambahkan -ed kepada verb asas:
- Verb yang berakhir dengan konsonan + vowel + konsonan. Bagi kebanyakannya, huruf konsonan yang akhir diulang dua kali. Contohnya cancel -> cancelled atau mop -> mopped
- Verb yang berakhir dengan konsonan + y. Huruf y akan ditukar kepada i + ed. Contohnya cry -> cried atau hurry -> hurried.
Contoh ayat pula:
- My mother baked chocolate cake yesterday.
- Last week, I ate fried chicken.
- The water looked dirty.
- You took my pencil just now.
- She smiled at me last week.
Tags: asas, bahasa inggeris, belajar, past tense, simple


Cikgu,
The water looked dirty.
Boleh tolong jelaskan tak? Ayat lain tu ada yesterday,just now, last week jadi boleh nampak la past tense kat situ. Tapi kalau yang water looked drty tu camne nak tau?
Apa beza the water looked dirty dengan the water looks dirty?
terima kaseh daun keladi…
Comment by belasungkawa on May 20, 2008 at 1:48 pm
Oh ini samalah macam kita puji seseorang. Contohnya “You looked beautiful”. Maknanya perkara itu (beautiful atau dirty) telah berlaku – barulah kita boleh sebut kan?
Kalau dalam present tense, kita akan kata “You are beautiful” atau “The water is dirty”.
Penggunaan “look” adalah bermakna telah dilihat, atau telah dinampak.. Jadi past tense lah kan?
Jelas tak agaknya?
Comment by Cikgu Azleen on May 20, 2008 at 7:29 pm
Jelas dah rasanya, terima kasih cikgu. =p
Comment by belasungjkawa on May 21, 2008 at 2:44 pm
You are welcome!
Comment by Cikgu Azleen on May 23, 2008 at 11:40 pm
aaa
mmg nampak jelas skali
Comment by Facebook User on June 25, 2008 at 8:31 pm
Oppss.. Sorry, saya baru jer beri penjelasan kat bwh, tapi rupanya awak dah baca yang ni.. Sib baik..
Comment by Cikgu Azleen on June 26, 2008 at 1:54 am
Best pasal present tense ni sebab saya memang teramat lemah tang ni..
Kalau cikgu boleh buat ebook kan best..
er ada isu sikit berkenaan cikgu kat blog saya
kalau cikgu kesempatan berilah komen
http://ligakampung.com/blog/2008/05/20/guru-masuk-lokap/
Comment by zool on May 20, 2008 at 9:00 pm
eBook? Saya ada plan yang lebih baik dari eBook untuk anda..
Isk isk isk.. Bile plak saya masuk lokap.. hahaha..
Comment by Cikgu Azleen on May 20, 2008 at 9:25 pm
Bukan cikgu azleen.. cikgu lain…
Huhuhuh
Comment by zool on May 26, 2008 at 9:42 am
Kesian kan? Banyak cabaran jadi guru ni.. Yang penting, sabar mahu lebih..
Comment by Cikgu Azleen on May 26, 2008 at 8:50 pm
Saya dah bekerja selama hampir 12thn kat company ‘besar’. di sebabkan agak bermasalah dlm percakapan bahasa Inggeris.. so agak tergugat sikit la utk naik ke position yg lebih tinggi.. so, saya amat berharap segala sumbangan cikgu Azleen dlm blog ni dapat membantu saya memperbaiki mutu percakapan dlm bahasa inggeris.. terima kasih di atas segala jasa anda.
Saya pun tak tahu dari mana nak mulakan belajar BI ni.. nak menulis pun lintang pukang.. apatah lagi bercakap.. tetapi.. kebanyakkannya saya faham kalau sesorang tu bercakap menggunakan bahasa inggeris dgn saya.. kekadang tu… naik malu pun ada bila tgk anak yg baru berumur 3thn lagi byk vocab dari saya.. (mgkn sbb dia selalu duk depan tv tgk mickeymouse clubhouse, jojo’s circus, handy manny.. dll dlm playhouse disney channel kot..)saya cuba jgk tumpang sekaki.. sbb rasanye dia gunakan simple english je dlm tu… macam biasa.. saya faham kebanyakkan ayat yg digunakan.. tapi bila saya nak bercakap dlm BI.. still tak boleh jgk.. kekadang bila tgh bercakap.. nak cari simple words pun leh lupa.. cthnye.. lembu.. puas duk fikir apa yek perkataan lembu dlm bahasa Inggeris.. hmm.. camne yek nak atasi masalah nie.?
Comment by zmshari on May 24, 2008 at 5:39 pm
Saya rasa masalah awak ni lebih kepada masalah keyakinan.. Yalah, kalau dah tak biasa bercakap dalam bahasa inggeris, dah tentulah susah.. Macam cakap bahasa alien jer gitu.. Dan bila jarang (atau tak pernah) bercakap BI, memang mudah nak hilang perkataan.. Terutamanya bila anda berfikir dalam bahasa melayu, tetapi cuba bercakap atau menulis dalam BI.. payah payah.. Mungkin anda cuba rancang dulu apa yang anda nak cakap.. Tuliskan di kertas, praktis depan cermin.. Kemudian cakap pulak ngan orang.. Mungkin ngan anak.. atau isteri.. Bila dah biasa macam tuh, cuba pulak bercakap depan cermin tentang apa saja dalam BI.. tengok camne..
Comment by Cikgu Azleen on May 24, 2008 at 11:45 pm
Tima kasih byk2..
Comment by zmshari on May 25, 2008 at 10:09 am
Sama-sama..
Comment by Cikgu Azleen on May 26, 2008 at 8:46 pm
selamat petang cikgu, apakah keburukan memancing ikan? pls help me….thank you
Comment by dave on June 24, 2008 at 8:54 pm
Ni macam pula boleh cerita pasal memancing ikan? Hmmm.. CUba jelaskan sikit..
Comment by Cikgu Azleen on June 24, 2008 at 11:47 pm
Apa beza the water looked dirty dengan the water looks dirty ??
berkaitan dgn nih,, adakah kedua2 ayat nih mmg boleh diguna pakai?/
the water looked dirty ==== ayat nih adalah past tense kan??
the water looks dirty ===== ayat nih adalah ??
maafkan saya yg baru mau belaja dan masih ada sikit kekeliruan.
Comment by Facebook User on June 25, 2008 at 3:34 pm
Sebenarnya perkara ni telah pun di tanya kat atas tadi.. Tapi takpe, saya berikan penjelasan lain pula..
Cuba awak baca balik ayat “The water looks dirty”. Looks adalah satu perbuatan. Jadi, kalau ikut ayat di atas, water sedang melakukan satu perbuatan looks (lihat) dirty. Doesn’t make sense, right?
Sebabnya water itu bukanlah sesuatu yang boleh melihat (looks) tetapi dilihat (looked).
Saya harap saya dapat jelaskan ini dengan baik, tetapi sekiranya ianya masih tidak jelas, sila beritahu saya..
Comment by Cikgu Azleen on June 26, 2008 at 1:49 am
salam,
saya bekerja lebih 5 tahun dicompany sekarang,komunikasi dlm bahsa inggeris memang failed sebabnya saya tidak berkomunikasi dlm bahsa itu.bila ada customer dr singapore telefon saya rasa mcm nak demam mengelabah habis,itu yg buat saya stress bila ingat masalah komunikasi.
mintak sngt cikgu membantu saya menangani masalh ini.
Comment by faezah on July 25, 2008 at 11:54 am
Bila dah tak biasa tuh.. memang macam-macam timbul..
Penyelesaiannya satu jer..
Praktis, praktis, praktis..
“Practice makes perfect!”
Comment byNor Azleen Abd Rahim on October 29, 2009 at 11:53 pm
my name is yunus. my age is 21 years.now,i learn in UPSI..i am very excited to speak english..everyday i try speak english althought,i know i still weak in english..my problem here is i want to speak english but?? dengan siapa saya hendak cakap english..mereka tak beri sokongan pada saya..hanya saya seorang mahu berkomunikasi dalam english..boleh cikgu bagi komen..please???..sincerily,yunus..nick name is nus
Comment by nus on October 8, 2008 at 11:16 pm
Takpelah Yunus.. You can always communicate in English & let them reply in BM.. At first, they might laugh at u, but just ignore them..
Comment byNor Azleen Abd Rahim on October 29, 2009 at 11:58 pm
salam cikgu.Saya ni dah umur 23 thn.Semasa bersekolah dulu saya langsung tak minat mata pelajaran bi,tp sejak saya berumah tangga ni minat untk belajar bi makin menjadi jadi lak.Leh tak bgthu saya langkah pertama yang perlu saya belajar untk memulakan pembelajaran saya ni.plzzzzzzzzz….
Comment by aien_85 on November 19, 2008 at 10:46 pm
Langkah pertama – beli kamus dan baca!
Comment by Cikgu Azleen on November 22, 2008 at 1:43 pm
hi there teacher Azleen…hope u r in well condition whr ever u r..
ok regarding to the dictionary..could u please tell me as i’m a new beginner in english..what are the criteria that i should consider before buying a dictionary?
t.azleen…i’m also confused when some of the online english teacher told me to never learn GRAMMAR…is it true?
my biggest problem in english was the GRAMMAR…so when he told me that never ever learn english grammar..i’m got shocked directly…so how could i improve my english without learning the grammar..for…as i knew that GRAMMAR is the HEART of english??
tq
Comment by KOING on July 25, 2009 at 11:21 pm
Hi Koing!
FYI, I always bought Oxford dictionary for English-English dictionary. From my experience, Oxford’s is easy to understand, plus the font is readable and it’s high quality. But anyway, you can always bought any dictionary because I don’t think there are many differences between the dictionary.
And regarding the ‘never learn grammar’, I do agree with them. You have to know grammar but don’t get obsessed with it. Lots of people get obsessed with the grammar that make them feel english is hard because it wasn’t easy to remember everything. Even for myself, I still have to refer to books for some of the grammar that we don’t use a lot.
The important thing is to read good english sources a lots because when you read a lot, the grammar will make sense automatically to you.
Comment byNor Azleen Abd Rahim on October 30, 2009 at 12:05 am
cikgu nak tanya,ermm saya tak tahu nak tulis karangan dalam peperiksaan English..boleh bagi ayat asas tak…???
Comment by niesha on July 26, 2009 at 11:39 am
Hehe.. Untuk peperiksaan adalah lebih baik anda bertanya kepada guru di sekolah.. Pasti mereka ada solution yang sesuai untuk anda…
Comment byNor Azleen Abd Rahim on October 30, 2009 at 12:07 am
Assalamualaikum T.Azleen. i’m 32 years old and a housewife. My question is how do i learn english through dictionary teacher? What is the method? Can you explain a bit detail? Because what i tried before, i will read through one page a day. My problem is, i will forget then or i don’t know what kind of sentence those word can be use because the meaning with other word sometime are similar.
It makes me more confused and i would feel more dumb.
But your explanation on past tense are very clear. TQ very much.
By the way, i simply write my respond in english. Could you correct it if there is any mistake. TQ very much again…
Comment by Shay on October 28, 2009 at 5:09 pm
assalamualaikum
umur saya 31, saya berminat…… sangat-sangat nak belajar bahasa english, dulu …saya pernah belajar english, tapi……. saya susah nak FAHAM apa yang diajar, dan lagi…. daya ingatan saya susah untuk mengigatinya, cikgu azleen TOLONG SAYA………, dan sekarang ni, saya memilih untuk bekerja sebagai ejen takaful, jadi…saya sentiasa berdepan dengan guru, doktor, dan lain2 lagi.. mereka semuanya ni…bila bercakap, mereka bercakap english.
assalamualaikum…
Comment by zaida binti omar on October 29, 2009 at 3:55 pm
cikgu azleen…. kalau cikgu azleen tidak keberatan boleh tak kalau saya nak minta no.fon cikgu azleen? nnti cikgu hantar di emal saya ek.
rose_layu@yahoo.com.my
yang berharap zaidan.
Comment by zaida binti omar on October 29, 2009 at 4:01 pm
Saya ada cadangan.. apa kata cikgu buat service semak kertas BI. Pelawat boleh antar karangan / article utk cikgu semak. Jadi kita sama2 boleh belajar dari kesilapan. Mungkin juga cikgu boleh kenakan harga tertentu utk upah checking article.
Comment by Jimmy on December 27, 2009 at 10:07 am