Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Archive for June, 2008

Cat Or Cat?

Cuba anda bayangkan.. Saya sebenarnya mengajar Pemulihan Bahasa Melayu. Dan saya sedang menunjukkan perkataan ini CAT kepada murid saya. Saya meminta mereka untuk menyebutnya.

Anda tahu apa yang disebut? CAT (Sebutan Ket atau bermaksud kucing dalam bahasa inggeris).

Cuba anda bayangkan perasaan saya..

Ya, anda pun rasa kan.. Berkali-kali saya membetulkan sebutannya, dan puas saya jelaskan beza CAT dengan CAT (kucing)..

Namun, setiap kali saya tunjukkan perkataan ini, mereka tetap sebut CAT (kucing).

Hmmm.. Hebat juga kan? Siapa kata budak kampung bermasalah untuk menguasai bahasa inggeris. Budak pemulihan pun boleh.. :D

Sejak-sejak Matematik dilaksanakan dalam BI, saya juga perasan yang murid-murid ini lebih kenal one, two, three daripada satu, dua, tiga.

Yang kelakarnya, saya juga buat pemulihan matematik – dalam dwibahasa. Kalau pada awalnya saya sangka mereka tidak faham arahan bahasa inggeris, rupanya sangkaan saya itu meleset.

Mereka tidak tahu apa makna tambah, atau campur, tapi mereka tahu apa nak buat kalau ianya plus. Mereka juga tahu multiply tapi tak tahu darab atau kali.. :D

Jadi, rasanya OK juga kot ajar dua subjek itu dalam bahasa inggeris. Kalau budak pemulihan boleh menguasai sehingga ke tahap itu, apatah lagi budak yang tidak ada masalah pembelajaran.

P.S.: Cuma saya sedikit risau, jika lepas ini Bahasa Melayu pula yang bermasalah..

P.P.S.: Dan bila itu berlaku, kita akan kembali belajar dalam Bahasa Melayu.. Dan akhirnya Bahasa Inggeris pula bermasalah..

P.P.P.S.: Dan lepas itu, kita belajar pula dalam Bahasa Inggeris.. Akibatnya bahasa Melayu pula bermasalah..

P.P.P.P.S.: Hmmm.. Dan masalah ini akan terus berulang…

Roundup Post June 2008

Kalau ikut perancangan, sepatutnya hari ini saya ke Muar. Ada kenduri kahwin, sambil tuh nak jalan-jalan sikit buat isi artikel di eXplore Johor. Malangnya, sejak 2-3 hari ni saya mengalami batuk-batuk yang agak kronik jugalah.. Sehingga mengganggu saya tidur malam..

Jadinya, terpaksalah dibatalkan cadangan nak ke Muar itu.. Tak larat rasanya badan ni..

Oleh itu, saya rasa ada baiknya jika saya buat roundup post untuk bulan Jun ini. Sebab bulan lepas terlalu sibuk sampai tak sempat nak buat roundup post.

Jika anda pertama kali di blog ini, dan anda tak tahu apa itu roundup post.. Atau jika anda mempunyai blog dan anda tak tahu bagaimana roundup post ini boleh memberi kebaikan kepada blog anda.. Bolehlah anda baca posting saya pada bulan 5 tahun lepas Kelebihan Buat Roundup Post.

Apa kata kita mulakan dengan perkembangan terkini Cikgu Azleen Dot Com?

Bulan Sibuk Dan Santai

Bulan 6 ni merupakan bulan yang separuh sangat sibuk dan separuh sangat santai.. Kenapa? Dari 1hb hingga 15hb saya sibuk menghadiri KISSM dan PTK1.. Dan selepas 16hb, saya duduk saja di rumah.. Mengadap komputer hampir 16 jam sehari. Mujurlah saya menggunakan laptop dengan wireless internet facility. Jadi, saya tidak perlu berada di atas meja untuk masa 16 jam itu.. Sesekali bawa laptop ke atas katil di bilik dan menyusuri internet sambil berbaring..

Macam seronok aje bunyinya? Anyway, saya telah pun berjaya menamatkan KPLI tanpa sebarang masalah yang besar. Masa di peringkat akhir tuh nyaris-nyaris juga kedatangan saya tidak cukup. Yalah, saya ambil cuti untuk menyelesaikan masalah arwah bapa saya banyak juga.. Kedatangan untuk KPLI pula memang sangat strict. Bagaimanapun, alhamdulillah setahun KPLI itu berjaya juga saya harungi dan penuh dengan kenangan suka dan duka..

Nanti saya akan tulis satu post khusus kenangan suka duka KPLI.. Saja buat peringatan untuk saya dan mungkin panduan untuk anda yang berminat menyertai profesion perguruan.. Tentu seronok jika lepas 15 tahun kelak saya baca kenangan sebegini..

Program Easy English

Seterusnya saya telah memanfaatkan tempoh santai saya itu untuk projek Easy English Kelas English. Banyak hari tidak tidur memikirkan mekanisme pengedaran lesson yang boleh dilakukan dengan mudah dan selamat. Akhirnya dapat juga saya usahakan sesuatu yang agak ortodoks untuk program ini.

Sejauhmana keberkesanannya, saya masih lagi dalam peringkat ujian. InsyaAllah, saya berharap supaya program ini dapat dilancarkan dalam tempoh 2-3 minggu lagi.. Sebenarnya sangat mencabar membina program ini.. Kerana itulah, kalau menurut perancangan awal, saya bercadang memberikannya secara percuma saja..

Namun, dengan segala kepayahan, masa dan tenaga yang saya peruntukkan, saya perlu mengenakan sedikit bayaran. Ya, anda pun tentu inginkan sesuatu yang berkualiti bukan.. Apa yang saya boleh katakan adalah program ini dipenuhi dengan rakaman audio dan video.. Sebab itu memakan masa saya.. :D Saya belum lagi memutuskan jumlah bayaran..

Tetapi, saya ada tawaran khas untuk mereka yang mengisi borang survey untuk program ini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Kelas English kerana saya dah jelaskan secara terperinci di sana.

Jom Makan Angin Di Johor

Oh ya! Saya juga telah membuka semula blog eXplore Johor. Cuma kali ini konsepnya lebih kepada e-magazine. Jadi, saya akan update apabila saya ada berita menarik tentang percutian.

Oleh kerana saya tidak akan memperuntukkan sejumlah masa yang khusus untuk blog ini, saya ingin membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk menulis artikel di blog tersebut. Tidak ada sebarang tawaran keuntungan kepada anda, kerana blog tersebut tidak menjana sejumlah wang yang cukup untuk saya berkongsi dengan anda. Hasil dari Adsense nya hanya cukup untuk maintenance domain dan hostingnya..

Tetapi, anda boleh gunakan blog tersebut untuk mempopularkan blog anda sendiri. Anda boleh letakkan link ke blog anda, atau ke program affliate anda atau ke mana saja website yang menjana wang untuk anda sendiri. Selain daripada anda tidak perlu berkongsi pendapatan anda itu dengan saya, secara tidak langsung anda juga membina nama anda.

Mungkin anda adalah pengusaha chalet atau home stay? Anda boleh letakkan no kontek anda sendiri – kerana jika anda perasan, saya tidak berikan no telefon ke mana-mana tempat yang saya lawati.. :D

Jika anda berminat, daftarkan diri anda kepada blog tersebut, kemudian hantar message kepada saya memberitahu minat anda serta username anda.. Saya akan setkan anda kepada contributor atau author..

Rahsia 10K

Dalam bulan June ini juga, saya telah mempromosikan Pakej Rahsia 10K yang ditulis oleh Labanon. Dalam Pakej Rahsia 10 K ini, Labanon telah berkongsikan rahsia dan teknik yang beliau gunakan sewaktu mempromosikan ebook 101 Tips Adsense Terbongkar. Rahsia dan teknik tersebut telah membuatkan beliau berjaya memperolehi lebih RM1K dalam sehari serta lebih RM10K dalam seminggu..

Dan anda tahu? Minggu pertama beliau mempromosikan Pakej Rahsia 10K dengan menggunakan rahsia dan teknik yang sama seperti dalam ebook 101 Tips Adsense Terbongkar, beliau berjaya memperolehi RM13K ++.

Hebat bukan? Beliau baru berusia 17 tahun dan sudah berjaya memperolehi wang sedemikian.. Adusss.. Ibu bapanya sudah tentu tidak perlu runsing akan masa depannya..

Baiklah, itulah serba sedikit perkara yang berlaku dalam Cikgu Azleen Dot Com sepanjang bulan June 2008. Mari kita tengok pula siapa yang paling popular bulan ini..

Top Commentator

5 Post Paling Popular

Apa Rahsia Remaja 17 Tahun Menghasilkan RM1.3K Dalam Masa 24 Jam?
Harga Minyak Naik Lagi?
Hikmah Kenaikan Harga Minyak Yang Melampau!
Apakah Rahsia Dalam Rahsia 10K?
Tips Elak Dimarah Bos Walau Kerja Tak Siap

5 Post Paling Tak Popular

Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS – Siri 3
Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS – Siri 2
Ketahui Rahsia Menghasilkan RM10K Sebulan Dengan Produk Informasi Digital
Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou
Alternatif Mengatasi Kenaikan Harga Minyak

How Frequent You Read My Blog?

Bulan June juga saya telah membuat satu undian tentang kekerapan anda membaca blog ini. 67% mengatakan bahawa mereka kali pertama membaca blog saya. Itu tidaklah mengejutkan saya kerana blog ini berada di tangga teratas carian google untuk keyword belajar bahasa inggeris. 28% pula mengatakan mereka membaca blog ini setiap hari. Terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Teruskan memberi sokongan dan saya akan berikan yang terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit untuk roundup post bulan June ini. Sekiranya anda ada pertanyaan, bolehlah berbuat demikian melalui Contact Me, atau gunakan ruangan forum yang telah saya sediakan.

Update: Projek Kelas English

Anda dah tengok laman web kelasenglish saya yang terbaru? Tidak, itu bukan surat jualan. Cuma sedikit pengenalan tentang projek Kelas English saya. Anda boleh pergi ke sana www.kelasenglish.com untuk maklumat lanjut.

Anyway, hari ini saya menghabiskan hampir 4 jam semata-mata menyiapkan laman web tersebut. Oh, 4 jam itu tidaklah termasuk dengan merekacipta design laman web tersebut. Saya cuma gunakan yang percuma saja.. 4 jam tersebut adalah untuk menulis dan mencipta ayat-ayat yang diletakkan pada laman web tersebut..

Susah juga ya.. Itu belum lagi menulis surat jualan.. Kalau nak tulis surat jualan entah berapa lama pula masa yang akan digunakan.. Kalau anda pernah menulis sendiri surat jualan anda, apa kata berkongsi pengalaman tersebut dengan saya?

Semalam saya berjaya menyiapkan Lesson 2 dalam masa sehari.. Bukanlah 24 jam, kerana saya tidak menghabiskan 24 jam sehari untuk perniagaan online ini.. Mungkin dalam 8 jam kot.. Oh, saya rasa saya kena setkan masa apabila saya mula menyediakan Lesson 3 nanti..

OKlah, saya rasa banyak juga rahsia tentang projek ini telah saya dedahkan.. Kalau banyak sangat beritahu anda tak suspenlah pulak.. Jumpa lagi!

Sistem Ortodoks Untuk Selesaikan Masalah

Aduishh.. Hari tuh bila saya berjaya memasang Sistem Laman Web Keahlian Caribou CMS, saya sangkakan masalah platform saya sudah selesai.. Rupanya, selesai masalah platform, masalah lain pula timbul..

Yalah, masalahnya adalah sistem tersebut gagal memenuhi kaedah distribution lesson yang saya inginkan.. Berminggu-minggu jugalah saya mencuba dan gagal dengan sistem tersebut.

Puas saya fikirkan bagaimana saya nak mengedarkan lesson Kelas English saya dengan mudah dan selamat.. Berhari-hari sejak saya balik BTN tuh saya sukar tidur malam..

Yalah, yang pertamanya kerana saya sedang memerah otak bagaimana nak edarkan lesson Kelas English saya dengan mudah dan selamat.. Saya ni pulak memang suka berfikir di atas katil sewaktu nak tidur.. Banyak idea bernas saya datang dalam masa tersebut..

Dan yang keduanya adalah disebabkan sejak balik BTN ni saya bangun tidur lewat.. Hahahaha.. Memandangkan bangun tidur lewat dah tentulah sukar nak tidur malam kan? Padan ngan muka saya..

Walaupun saya tahu dan sedar ianya agak kurang baik untuk rutin saya, saya ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian.. Ini adalah masa cuti saya.. Saya ingin berehat sepuas-puasnya kerana selepas ini saya akan ke sekolah semula dan mungkin saya kena bangun seawal 5 pagi.. Huhu..

Tapi sedikit perkembangan, hari ini saya bangun lebih awal berbanding minggu lepas.. :D

Baiklah, apa pula kita bercerita tentang tidur ni.. Oh ya, selepas beberapa hari tidur saya tidak lena, akhirnya malam tadi saya berjaya menyelesaikan masalah saya..

Saya akan menggunakan sistem ortodoks untuk mengedarkan lesson Kelas English dengan cara yang mudah dan selamat.. Oh tidak, sistem ortodoks ini tidak dapat anda download dari mana-mana website.. Hehehehe..

Ianya bermaksud saya tidak menggunakan mana-mana sistem sedia ada.. Ianya juga tidak dibina oleh saya.. Saya hanya memanipulasi beberapa sistem sedia ada dengan menggunakan logik saya..

Oh, saya akan terangkan perkara ini apabila Lesson saya siap nanti..

P.S.: Setakat ini saya baru siap Lesson 1. Mencabar juga, 2 hari baru siap satu Lesson.. Berapa banyak lesson saya perlu ada?

Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS – Siri 3

Hari ini kita akan sambung lagi langkah ke – 8..

Langkah 8 – Configuration File

Anda akan diberikan satu link Download Configuration File. Klik link tersebut dan save configuration file di komputer anda. Seterusnya upload file config.php ini ke folder /includes/ di hosting anda. Kemudian klik proceed with installation..

Anda akan dibawa ke beberapa laman .. Klik proceed with installation untuk setiap laman ini sehinggalah anda diberikan default login information ke laman web Caribou CMS anda..

Klik finish installation..

Dalam page seterusnya anda akan diberikan link ke contol panel laman web anda, dan pastikan anda menukar password dengan segera..

Tips Elak Dimarah Bos Walau Kerja Tak Siap

Cuba anda bayangkan…

Anda adalah seorang pekerja yang baik dan berdedikasi. Anda sentiasa melaksanakan tanggungjawab anda dengan sepenuh perhatian. Anda juga seorang rakan sekerja yang baik. Kerana itu, anda selalu membantu rakan sekerja anda yang menghadapi masalah, tidak kira samada ianya masalah kerja atau masalah peribadi..

Oleh kerana anda terlalu baik, anda sering dipergunakan oleh rakan sekerja untuk melaksanakan tugas yang tidak ingin mereka lakukan. Akibatnya, anda mengalami lambakan kerja..

Adussss.. Bos pula meminta anda menyerahkan satu tugas yang belum anda siapkan sepenuhnya.. Bagaimana ni?

Anda rasa anda pasti dimarah oleh bos kerana kerja tidak siap..

Okey, berhenti membayangkannya.. Sekarang, cuba anda beritahu saya apa yang anda akan lakukan dalam keadaan sedemikian?

Sebenarnya saya terbaca satu post di blog WanWma tentang Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar. Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh WanWma.. Cuma apabila membacanya saya teringat cara yang saya gunakan untuk melepaskan diri dari kena marah apabila kerja tidak siap..

Dulu saya pun tidak tahu cara ini, dan sering kena marah.. Tapi, suami saya memang seorang pengurus yang baik – well, dia berjaya menguruskan saya menjadi seorang yang berjaya.. ewah.. macamlah saya dah berjaya sangat.. hehehehe..

Berbalik semula kepada persoalan pokok, apa yang anda akan lakukan apabila kerja yang diberikan oleh bos anda tidak siap sedangkan due date nya telah tiba?

Apa Nak Buat Ni?

Ya, bagi kebanyakan orang, anda mungkin juga seperti saya suatu ketika dulu.. Dua cara.. Cara pertama, mengelak dari berjumpa dengan bos sepanjang hari due date itu sementara saya cuba menyiapkan kerja tersebut sepantas mungkin.. Cara kedua adalah jumpa bos, beri alasan dan terima sajalah kemarahannya itu..

Dan seperti yang anda dapat bayangkan, di akhir kedua-dua cara itu, memang saya tetap juga kena marah kan.. Bila kena marah, saya stress.. Bila stress, saya sakit.. Dan bila sakit, suami saya risau.. Hahahaha..

Jadi, suami saya berikan saya satu tips.. Yang akan saya ceritakan kepada anda.. Nak tak?

1 – Bos Juga Seperti Kita

Sebenarnya mudah saja.. Pertama, jangan anggap bos itu sesuatu yang menakutkan.. Sesuatu yang makan orang.. Sesuatu yang kerjanya hanyalah nak marah aje.. Sebaliknya, kita bayangkan bos adalah seseorang yang berhati perut, sama seperti kita..

2 – Mesti Ada Sedikit Hasil

Kedua, sediakan kerja yang perlu dihantar itu, walaupun ianya belum siap.. Jika separuh siap, maka print lah yang separuh itu.. Jika ada bahagian yang masih lagi kosong, print lah dalam keadaan yang kosong itu.. Tetapi janganlah pula sebenarnya anda memang tidak melakukan apa-apa pun ke atas kerja tersebut..

3 – Jumpa Sebelum Dicari

Ketiga, berjumpalah dengan bos anda sebelum dia mencari anda.. Beritahu dia bahawa anda sedang menyiapkan kerja yang dimintanya tetapi belum siap.. Berikan alasan anda – yang munasabah.. Seperti anda menunggu maklumat daripada orang lain, komputer anda dimasuki virus malam tadi hehehe.. dan apa juga seribu satu alasan yang logik.. Pastikan yang bos anda tidak tahu tentang komputer jika anda ingin beri alasan komputer rosak..

4 – Tunjukkan Apa Yang Ada

Keempat, tunjukkan hasil kerja anda yang separuh siap itu.. Bos akan percaya anda telah berusaha jika anda menunjukkan bukti kepadanya – walaupun tidak sempurna.. Berbanding jika anda hanya bercakap anda ada buat, tetapi tanpa bukti..

5 – Tempoh Baru

Kelima, minta tempoh baru untuk menyelesaikan kerja tersebut..

Dalam semua situasi yang berlaku ke atas saya, saya berjaya melepaskan diri dari kena marah setiap kali.. Dan kebiasaannya bos akan lebih percaya kepada saya dan mereka merasakan saya adalah seorang yang bertanggungjawab.. Malah, lebih dari sekali, bos akan memuji sikap saya dan memberitahu apa yang saya lakukan itu adalah tindakan terbaik.. Dan akhir sekali, saya akan mendapat lebih masa untuk menyiapkan kerja tersebut..

Tetapi awas, jangan ulang taktik ini kali kedua untuk kerja yang sama.. Dan pastikan juga anda ada sebab yang baik untuk tidak menyiapkan kerja tersebut..

Selamat mencuba!

Potret Percuma Daripada WanWmaBlog

Bayangkan: Anda menerima sekeping sampul surat besar yang alamatnya ditaip dengan komputer. Anda sangkakannya adalah keputusan peperiksaan akhir atau keputusan peperiksaan KISSM atau keputusan peperiksaan PTK.. Fikir semula.. Terlalu awal pula keputusan ini sampai.. Hmmm.. Mungkin penggunaan komputer mempercepatkan proses yang selama ini memakan masa berbulan-bulan..

Memikirkan yang ianya masih lagi sesuatu yang penting – Sebab itu dibahagian luar sampul tertera perkataan “Jangan Dilipat”, anda pun membukanya dengan seribu tanda tanya.. Sekeping kertas putih ada di dalam sampul surat tersebut.. Anda menariknya keluar dan terlihatlah wajah anda yang dipotretkan atas kertas putih tersebut..

Hehehe.. Terima kasih WanWma kerana memberikan saya potret percuma yang comel itu.. :D

Kalau anda juga nakkan potret percuma daripada Wanwma, anda bolehlah layari blog WanWma sekarang!

Belajar Asas Bahasa Inggeris: Future Tense

Dah agak lama saya tidak menulis tentang perkara asas yang perlu anda tahu dalam berbahasa inggeris. Justeru hari ini mari kita luangkan sedikit masa untuk belajar asas bahasa inggeris iaitu Future Tense.

Taklah begitu susah sangat. Future tense ini digunakan untuk future – masa depan. Jadi, apa-apa saja masa yang melibatkan masa depan seperti tomorrow, afterwards, next week, next month, next year, later, soon, again akan menggunakan future tense.

Emmm.. Tapi macamana pula rupa future tense tuh ya?

Mudah saja.. Tambahkan will atau shall di hadapan root word verb anda..

Contohnya:

My mother will cook curry tomorrow.

His fiancee will come next week.

The water will flow again.

I shall see you later.

Mahmud will help you afterwards.

Bagaimana? Senang kan? Harap tips ini dapat membantu anda belajar bahasa inggeris dengan lebih baik lagi.

Apakah Rahsia Dalam Rahsia 10K?

Sebenarnya saya sedang menjawab soalan Fizzi yang bertanyakan tentang betulkah rahsia dalam Rahsia 10K itu adalah rahsia? Jadi, sewaktu menjawab itu saya dapati bahawa jawapan saya sudah terlalu panjang, jadi lebih baiklah jika saya jadikan ianya satu post, supaya semua orang pun boleh baca juga..

Adakah betul ini rahsia?

Untuk soalan pertama, adakah betul ini rahsia? Mungkin tidak bagi sesetengah orang yang dah pakar macam awak, tetapi ya bagi mereka yang baru nak bermula macam saya.. Sebab itulah saya katakan bahawa Pakej Rahsia 10K ini sangat sesuai bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan informasi digital.. Memulakan bukan sedang menjalankan…

Walaupun kebanyakan langkah yang dinyatakan itu saya telah tahu, tetapi saya tidak tahu bagaimana nak menyusun langkah-langkah tersebut supaya berjaya.. Sudah tentu sahaja boleh kalau nak try and error sendiri, tapi bagi saya memandangkan ada pilihan berjaya yang lebih mudah dan kurang risikonya, saya pilih yang kedua..

Adakah Irfan Khairi betul-betul memberitahu orang rahsianya?

Untuk soalan kedua, adakah Irfan Khairi betul-betul memberitahu orang rahsianya? Saya memiliki kesemua buku Irfan Khairi. Apa yang dapat saya simpulkan adalah jika anda hanya memiliki 1 atau 2 buku saja, anda tidak dapat keseluruhan rahsianya.. Bahkan walaupun selepas membaca semua buku beliau saya pasti masih ada lagi rahsia yang tidak beliau berikan.. Tetapi, ada banyak juga rahsia yang saya pelajari dalam buku-buku tersebut dan cukup untuk membantu saya menjalankan perniagaan internet saya dengan berjaya tanpa perlu menipu orang..

Rahsia sebenar adsense dalam blog adsense

Untuk soalan yang ketiga, saya tidak mempromosikan buku 101 Tips Adsense tersebut.. Labanon sendiri akui bahawa semua tips tersebut boleh anda perolehi samada melalui blog adsense mahupun buat search di enjin carian.. Jadi apa yang membezakannya?

Tips yang diberikan oleh Labanon dalam bahasa melayu, justeru memudahkan mereka yang ada masalah bahasa. Tips yang dikumpulkan oleh Labanon telah dicuba sendiri oleh Labanon dan dibuktikan berjaya, jadi mengurangkan risiko anda untuk mencubanya.. Labanon telah menggunakan masa beliau untuk mencari, mencuba dan menulis tips dalam bahasa yang mudah orang Malaysia fahami, jadi anda dapat menjimatkan masa anda untuk mencari, mencuba dan memahami tips-tips tersebut.. Dan yang paling tidak dapat ditandingi adalah anda juga dapat sokongan daripada Labanon sendiri sekiranya anda hadapi masalah sewaktu mencuba tips-tips tersebut.. Sokongan ini tidak anda perolehi sekiranya mendapat tips tersebut melalui enjin carian..

Jadi, saya tidak mempromosikan eBook 101 Tips Adsense tersebut, saya hanya berikan link ke produk tersebut. Kenapa? Salah satu peraturan blog yang baik adalah membantu pembaca blog mendapatkan seberapa banyak maklumat yang ada.. Jadi, itu yang saya cuba lakukan..

Saya tidak mempraktikkan adsense.. Walaupun ada dalam blog saya, ia bukanlah sumber utama.. Tetapi saya tahu ramai pembaca blog ini yang ingin menggunakan adsense sebagai sumber pendapatan perniagaan internet mereka, jadi saya berikan mereka salah satu sumber maklumat yang saya percaya boleh membantu mereka..

TONTO?

Jika anda masih menganggap ini satu perbuatan Tolong Orang Nak Tipu Orang, terpulang.. Saya pasti anda tidak rugi apa-apa dan saya juga tidak rugi apa-apa..

P.S.: Sayangnya kerana anda juga tidak menang apa-apa dan begitu juga dengan saya..

P.P.S.: Typical Malay!

Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS – Siri 2

Dalam post minggu lepas kita telah buat 4 langkah. Jadi hari ni , kita akan sambung pula langkah seterusnya.

Langkah 5 – Mengubah CHMOD File

Ya, gunakan perisian FTP anda untuk mengubah kebenaran akses ke file-file tertentu dalam sistem laman web keahlian (membership) caribou cms yang telah anda upload tadi.

Berikut adalah folder dan file yang perlu anda ubah access permissionnya kepada 777:

  1. Folder Install dan kesemua folder dan file di dalamnya
  2. Folder /misc/
  3. Folder /misc/backups/
  4. Folder /includes/smarty/templates_c
  5. Folder /includes/smarty/cache
  6. Folder /uploads/
  7. Folder /uploads/gimages/
  8. Folder /uploads/cimages/
  9. Folder /uploads/files/

Seterusnya, sistem ini akan memeriksa untuk memastikan semua folder tersebut telah di tukar CHMOD nya. Jika semuanya OK, klik Proceed With Installation.

Langkah 6 – MySQL Database

Oleh kerana sistem ini akan menggunakan satu sistem MySQL database anda perlu membina satu database dahulu di Cpanel hosting anda. Buka satu window lain dan login ke CPanel hosting anda. Pilih MySQL Database dan create database baru. Pastikan anda masukkan juga user database dengan full privilleges. Ingat maklumat ini.

Langkah 7 – Maklumat Konfigurasi

Anda akan dibawa ke page configuration file generator di mana anda perlu memasukkan maklumat-maklumat yang diminta.

Isi maklumat yang diminta:

  • Complete path : laluan ke folder di mana anda ingin pasang sistem ini. Sekiranya anda memasang di root hosting anda, tidak perlu ubah apa-apa kecuali gantikan username dengan nama laluan anda ke hosting. Tetapi jika anda pasang ke folder tertentu, maka anda perlu tambah laluan ke folder tersebut selepas /public_html/ .
  • Database host: biasanya anda tidak perlu ubah apa-apa
  • Database user : masukkan nama user ke database yang telah anda bina dalam langkah 6
  • Database password: masukkan password yang telah anda letak sewaktu bina database
  • Database name: masukkan nama databse yang anda bina dalam langkah 6
  • Domain site folder: masukkan URL dimana anda ingin pasang sistem ini
  • Cookie prefix tuh anda biarkan saja..

Klik Generate Configuration File…

P/S: bersambung ke minggu hadapan..

Tags & Categories