Maafkan saya, saya tahu bahawa saya telah berjanji kepada anda untuk membuat review Pakej Rahsia 10K hari ni. Bagaimanapun, disebabkan tiba-tiba malam semalam saya perlu menghadiri taklimat oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Balik pun dah hampir tengah malam, jadi tak boleh nak berfikir banyak-banyak untuk buat review.. Kang tak ngantuk pulak bila dah berfikir dan dah tak boleh tidur..
Anyway, hari ni saya nak mengajak anda bersama-sama saya berbincang apakah alternatif yang boleh kita ambil untuk mengatasi kenaikan harga minyak. Yalah, minyak dah naik, kita nak buat macamana.. Ianya diluar bidang kuasa kita untuk mengubah harga minyak tersebut..
Tetapi, saya nak kita berbincang dan berkongsi idea apakah langkah alternatif yang berada dalam kawalan kita untuk mengatasi kenaikan harga minyak ini. Satu cadangan saya adalah…
Tukar Kepada NGV
Harga NGV pun belum naik lagi.. Kalau naikpun, saya percaya ianya tidak akan naik setinggi harga minyak.. Menurut mereka yang pakai NGV pun, banyak yang mereka save kan..
Cuma, mungkin kita perlu melaburkan sedikit wang untuk memasang sistem NGV ini ke kereta. Saya dengar ianya boleh didapati pada harga serendah RM2800.
Apa pandangan anda? Sesuai tak kita pasang NGV? Atau anda ada juga cadangan lain?
Tags: mahal, malaysia, minyak, naik harga, politik


Adakah anda bersedia dengan keadaan ekonomi yang serba naik ini?
Apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk mengatasi kemelut ini?
Comment by lunchai on June 6, 2008 at 11:32 am
Apa yang boleh saya lakukan ialah tingkatkan pendapatan saya.
Sebenarnya saya tak kisah sangat akan kenaikan harga minyak. Saya cuma harapkan kenaikan matawang USD.
Pendapatan saya jatuh lebih 18% akibat kejatuhan matawang tersebut.
Cara kedua
Jadi macam Mahatma Ghandi. Kumpul dan didik pengikut. Lepas tu ubah sejarah bangsa dan negara.
Saya lebih suka cara pertama.
Comment by Raymond Chua on June 6, 2008 at 12:20 pm
tingakatkn pendapatan-mmg perkara ni mmg kite perlu buat, sblm harga minyak naik lagi patut da buat..
psg ngv- langkah yg bagus..
cara lain:
1) kongsi kereta: da lama di sarankan oleh kerajaan.
2) naik pengangkutan awam..
Comment by alia on June 6, 2008 at 5:22 pm
pengangkutan awam pun naik harga..
aper citer
Comment by izie on June 9, 2008 at 8:40 am
Ye ke? Saya tak naik kenderaan awam, jadi tak perasan pula.. Yang saya dengar memang ada teksi yang naikkan harga dengan alasan minyak naik.. Walhal dia guna NGV.. Justeru, sebagai pengguna kita kena aware dengan isu semasa supaya kita tak dibodoh-bodohkan oleh peniaga sebegini..
Comment by Cikgu Azleen on June 10, 2008 at 12:32 pm
Nanti kalau dah ramai pakai NGV, kerajaan pun naikkanlah harganya sebab tak sanggup tanggung subsidi yang jadi banyak. Harga NGV murah sebab Petronas bagi subsidi sampai company lain pun tak sanggup jual. Pi mai pi mai tang tu.
Comment by flowergirl on June 25, 2008 at 11:03 am
So, what is the suggestion?
Comment by Cikgu Azleen on June 26, 2008 at 1:14 am
harga minyak dah naik, semua pon jadi naik tak kira la harga tambang bas, lori, boat, rakit..
petrol yg kita isi sekarang bukan minyak kita. minyak negara kita lebih mahal di pasaran dunia kerana kualiti tapisannya. sekarang, minyak malaysia adalah 30% lebih tinggi harganya dari minyak biasa.
dengan 490ribu barrel setahun kalau ikut tong ke tong (exchange 490k barrel malaysia’s oil with 490k barrel us’s oil), kita masih mempunyai baki 160ribu barrel sehari. persoalannya, dimanakah minyak kita?
sepatutnya, kalau kita isi 1 liter harini, kita boleh dapat balik 1.8 liter dari kerajaan berikutan subsidi dari 160ribu barrel tadi.
cadangan saya, kerajaan banyakkan guna gas ngv dekat dalam malaysia. semua orang tau gas ngv yg petronas dapat diexport ke jepun 10 ribu barrel setahun. sedangkan petrol, diexport 490 ribu barrel setahun ke sluruh dunia.
kerajaan tingkatkan penggunaan ngv di seluruh negara, dan jual minyak negara kita yg mahal itu ke negara lain. dengan ketungan tersebut, gunakannya untuk menanggung subsidi ngv misalnya memberi perkhidmatan percuma kpd rakyat yg ingin menggunakan ngv.
tambah lagi stesen gas ngv di seluruh negara. buat masa sekarang, hanya ada 56 di seluruh negara.
kami perlukan perubahan
Comment by helmy on June 28, 2008 at 5:30 am
Masalahnya stesen NGV berape kerat jer kat malaysia ni…..kat kampung mana ada lagi. kat belah2 kuantan n timur ni x banyak NGV.
lagi satu, pemasangan NGV dalam RM 2800..itu harga dulu….sekarang sudah naik maaa…..RM 3500 – RM 8000…
Kerajaan merancang untuk membanyakkan stesen NGV dalam masa 2 tahun dari sekarang……abih kalau aku pasang NGV lagi 2 tahun, lagi naik harga pemasangan tu….kalau aku pasang sekarang, buat hiasan je la jawapnyer….
harga NGV sendiri sure akan naik dalam tempoh star 2 tahun selepas ni…
Comment by B8210 on July 8, 2008 at 10:44 pm
NGV? Well, last year saya ada handle one project yg melibatkan machineries upgrading. Kalau dulu the machine pakai oil for circulation, now pakai steam n this steam pulak the fuel will be NGV, no more using diesel or MFO. However, project ini terpaksa ditangguhkan kerana masalah gas supply. Well, discussion dengan pihak yang berkenaan dengan GAS SUPPLY ini tidak membenarkan kami meneruskan projek ini walaupun gas consumption cuma akan increase dlm few % sahaja dr apa yang kami pakai sekarang. Sebab utama bukan faktor harga dan sebagainya tetapi masalah limited supply. So the maximum consumption for any refineries of factories will be whatever yg diorg usually pakai. No increment encouraged sebab supply dah limited. So i wonder why now ada juga org yg promote utk pakai gas sedangkan berdasarkan pengalaman saya dalam projek ni memberitahu bahawa gas supply sangat limited even for industries consumption. Menurut sumber ini pulak, kalau nak increase gas production pun, terpaksa upgrade facilities kat Paka…..So terpulang kepada semua utk buat keputusan sendiri…..
Comment by onesue on July 18, 2008 at 1:37 pm
Rugi la kalau masa skrg ko org tak install NGV la (kepada yg berada di negeri yg ada NGV).. bukan apa.. so far both of my car (Nazaria & Proton) are using 95% gas..and 5% petrol..tu pun just for share je in case gas habis.. really save my money..dulu kalau nak bawak nazaria..pikir 2-3 kali sbb minyak.. but skrg ni..jgn kata long distance..nak pegi kedai kedai pun naik Nazaria..Bukan apa..dh tak sanggup lagi diperbodohkan oleh pihak yg berkenaan pasal harga market minyak ni.. bila harga minyak dunia turun..pihak yg berkenaan buat cool je..kononnya nak monitor dulu..pastu..kira sampai kesudah la mcm tu..but kalau minyak dunia naik..sat je..dlm tempoh 1 hari je terus naik.. dah macam mana..!!Sementara harga NGV pada kadar 0.68sen..so better la cepat..jgn tunggu bila dah minyak/kit NGV naik nanti baru nak kalut nak pasang..masa tu dah terlambat la..jadi renung2 kan la..harga minyak $1.8~2.00 VS NGV 0.68sen seliter..Tu pasal kaum lain terutama sekali cina tak cakap byk pasal ni..as long murah..Mercedes-Benz E class pun dia hentam pakai NGV..!!! Nak tau..pegi tengok/tanya kat mamat yg jaga NGV tu..kereta paling besar/mahal pasang NGV ni kereta apa…
Comment by nazri on September 17, 2009 at 1:25 am