Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Kontrak Sosial dan Perlembagaan Malaysia

Pada hari Sabtu yang lepas, Majlis Peguam telah mengadakan satu forum Kontrak Sosial. Apabila berita itu disiarkan di Buletin Utama, ia menarik perhatian saya. Lalu saya pun mencari mengenainya di internet. Kerana anda sedia maklum bahawa Buletin Utama ni kadang-kadang menyiarkan berita yang tidak penuh, dan boleh menyebabkan kita salah faham.

Bagaimanapun saya tidaklah mahu berbicara tentang forum tersebut kerana anda boleh membaca laporan lengkapnya daripada blog Thirteen Million Plus Ringgit. Memang menarik.

Hari ni saya cuma nak kongsikan sedikit tentang apa yang saya tahu. Semua yang akan saya catatkan disini adalah mengikut pemahaman saya, jadi sekiranya ada yang tidak betul pada pandangan anda, anda berhak untuk memberitahu saya. Tetapi sila gunakan bahasa yang sesuai ya. Jika tidak, saya akan padamkan saja komen tersebut.. Hehehehe..

Kontrak Sosial

Ini adalah perjanjian, lebih sesuai dikatakan sefahaman yang dipersetujui bersama antara tiga kaum utama di Tanah Melayu sewaktu usaha menuntut kemerdekaan daripada British. Tiga kaum tersebut adalah Melayu, Cina dan India.

Seperti yang kita tahu, Melayu memang telah berada di Tanah Melayu sejak berzaman lamanya. Saya tidak mahu membincangkan tentang sejarah, bukti-bukti kewujudan Melayu.. But hey, that’s why this place was named Tanah Melayu.. :D

Sewaktu orang Melayu menuntut kemerdekaan daripada British, British telah mengarahkan supaya orang Melayu menerima orang Cina dan India (yang dibawa masuk oleh British) sebagai rakyat dengan hak yang sama di Tanah Melayu. Sudah tentu sajalah orang Melayu ketika itu tidak bersetuju.. Oleh kerana tidak bersetuju, British enggan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu..

Adakalanya kita kena bertolak ansur.. Kemerdekaan adalah perkara terpenting pada masa itu.. Oleh itu, demi mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu, orang Melayu bersetuju menyerahkan hak kerakyatan Tanah Melayu secara bersyarat.

Disitulah datangnya Kontrak Sosial ini.. 5 hak orang Melayu, tetapi orang Melayu bersedia berkongsi satu hak tersebut dengan orang Cina dan India..

5 hak orang Melayu itu adalah:

1. Raja berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak istimewa orang Melayu
5. Kerakyatan

Kerakyatan Secara Jus Soli

Dan daripada 5 itu, orang Melayu kongsikan yang ke-5 dengan orang China dan India, iaitu

1. Kerakyatan diberi secara prinsip Jus Soli kepada orang China dan India yang tinggal di Tanah Melayu sebelum tahun 1957 dan kepada orang Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu selepas tahun 1957.

Sebab itulah, bila akhir-akhir ada beberapa kumpulan yang cuba menuntut supaya hak istimewa orang Melayu dihapuskan, maka mereka kena ingat bahawa apabila mereka berbicara tentang hak istimewa orang Melayu, itu bermakna secara tidak langsung mereka sedang berbicara tentang kerakyatan mereka. Kerana semua 5 perkara di atas datang secara pakej. Pakej 5 dalam 1. :D

Kaitan Dengan Perlembagaan Malaysia

Dan perlembagaan Malaysia digubal berasaskan kepada kontrak sosial yang 5 itu. Sebab itulah juga, seandainya kita bercakap tentang menghapuskan hak istimewa orang Melayu, bermakna kita juga kena menukar Perlembagaan Malaysia. Kerana hak istimewa orang Melayu adalah salah satu asas yang membentuk Perlembagaan Malaysia.

Semasa kontrak sosial ini dibincangkan antara Melayu, Cina dan India sebelum merdeka, British telah menawarkan kepada orang Cina dan India – sekiranya mereka tidak bersetuju untuk menerima syarat yang ditetapkan ini, British memberi mereka 2 pilihan:

1. Pulang ke negara asal mereka
2. Berpindah ke negara-negara Asia di bawah jajahan takluk British

Pada masa itulah, beratus ribu (mungkin berjuta?) orang Cina dan India keluar dari Tanah Melayu kerana mereka tidak percaya orang Melayu mampu mentadbir Tanah Melayu secara bersendirian. Maksudnya mereka lebih percayakan British.

Tapi itu tak apa kan.. Jadinya, orang Cina dan India yang mendapat kerakyatan pada hari ini, nenek moyang mereka telah bersetuju dengan kontrak sosial tersebut. Kecualilah jika sebenarnya nenek moyang mereka adalah pendatang secara haram.. Hehehe.. Jika nenek moyang mereka tinggal sebelum merdeka, pasti mereka lebih arif dengan hal ini..

Baiklah, itulah serba sedikit yang saya faham tentang Kontrak Sosial ini..

18 Responses to “Kontrak Sosial dan Perlembagaan Malaysia”

  • Affuan says:

    I think every one of us should read this.

  • n3xtz says:

    Mansuh ekuiti bumiputera
    Oleh ARSHAD KHAN

    KUALA LUMPUR 27 Okt. ; MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing. Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

    Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan keyakinan unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

    Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

    Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera. Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

    Katanya, syarat pemilikan 30 peratus ekuiti dalam syarikat senaraian awam hanya menjadi halangan dalam mewujudkan satu bentuk kerjasama yang sedemikian rupa. Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera), katanya.

    Beliau bagaimanapun pada masa yang sama mengakui kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu pemilikan ekuiti sebelum ini.

    Saya rasa memang banyak langkah telah diambil seperti dalam bidang perkilangan, 100 peratus ekuiti untuk semua pihak untuk memastikan pertumbuhan dalam sektor perkilangan, katanya.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.h

    tm

    woooo amacam UMNO?? mau ***** lagi kaaa? suh si ****** tu angkat keris ***** tinggi2 sket

    Datuk Liow Tiong Lai ini masa jd ketua pemuda lagi nampak kebengongannya.. jelas nyata.. pasal keris la.. biasiswa la, ekuiti la.. dan macam2 lg.. itu yg umum kita nampak.. yg kita tak nampak lg bnyk weh!!! sedar la diri skit.. ********************************************************

    sekolah **** sekolah ***** ,kat indonesia ada ker sekolah2 mcm ni?? bukan setakat sekolah.. universiti versi **** pun diluluskan.. dan korang boleh buat syarat mcm2 utk ambil perkerja dgn syarat tambahan mahir bahasa ******** dan memanopoli perniagaan.. dgn tidak memberi ruang kpd bumiputera.. bumiputera ni nsb baek ada kerajaan yg bantu..

    org **** kebanyakkannya tolong **** sahaja.. org **** yg nak buat perniagaan besar.. ada ramai **** kaya2 yg bleh bantu…

    **** nie ada ker nak bantu melayu??? tu laaa kerajaaan bt syarat mcm tu… ******* btol.. bt2 tak tau plak..

    sebenarnya agenda **** nie nak kuasai malaysia.. satu masa nanti.. diorg nak pastikan satu hari nanti tanah melayu ni jatuh ke tangan **** sepenuhnya.. dan org melayu nie semua cuma jadi boneka dan kuli2 mereka sahaja.. itu la impian utama mereka.. cuma mereka pndai mengatur langkah sahaja.. korg ingat org melayu nie ******* sgt ker???? apa kata kerakyatan korang ditarik balik.. stuju ker??

    sebenarnya persamaan matematik bg kontrak sosial malaysia ialah:

    hak keistemewaan melayu=kerakyatan diberikan kepada cina dan india..

    jd secara logiknya.. kl dibuang keistemewaan melayu maknanya.. perlu juga dibuang kerakyatan kepada non bumiputera nie..

    *************************************************************************

    by n3xtz

  • lebaimie says:

    cikgu saya rasa elok sangat dah petikan dan laman ini. cuma lagi baik jika tambah lagi dan kaitkan dengan perlembagaan sebab ia akan lebih memberi kefahaman kepada adik-adik kita.

  • insama says:

    salam…:-)
    ni la bagusnya belajar sejarah..

  • mie says:

    thanks cikgu, sblum ni saya xfaham tentang kontrak sosial ni..skang dah paham.

  • Tahniah ini salah satu cara untuk kita mempatriotikkan bangsa,supaya mereka tahu hak mereka dan supaya mereka tahu siapa yang berkongsikan siapa……..Semua yang kita lakukan adalah demi Agama, Bangsa dan Negara. Semoga kita terus aman dan makmur di bumi bertuah ini…MALAYSIA

  • reza says:

    leh tak terangkan tentang
    perlembagaan malaysia merupakan asas pembentukkan negara
    send to my email please
    knights_rider89@hotmail.com

  • safwah says:

    salam cikgu,mcm mn pula perkaitan kontrak sosial ke atas hubungan etnik di m’sia?
    adakah ia membawa kepentingan kpd etnik, kpd msyrakat di m’sia ataupun sebaliknya?
    hrp cikgu boleh menerangkannya kpd saya : trenegy_scomi@yahoo.com

  • hazman says:

    …………………….

  • che says:

    time ksih ckgu..info kat ats btul2 tlg sye buat research ni..

  • online says:

    mengapa tidak:)

  • anie says:

    Apa yang di tulis oleh cikgu azleen tu mudah difahami. Di sini kita dapat tahu dengan lebih jelas kedudukan orang melayu , cina dan india sebenarnya. Generasi sekarang pun perlu tahu di mana kedudukan mereka sebenarnya bagi yang buta sejarah mereka memandang perkara ini terlalu remeh dan buat tidak ambil peduli aje. Sebagai rakyat Malaysia terutamanya orang melayu kena sedar mereka sentiasa mencari helah untuk menimbulkan sesuatu isu walaupun 5 perkara itu telah tercatat di pelembagaan Negara. Tambahan pula sekarang ekonomi negara dia yang pegang secara pelahan-lahan dia ingin mengoyangkan politik yang dipegang oleh kaum kita.

  • ain says:

    baru hari ni tau ape tu kontrak sosial

Leave a Reply

Tags & Categories