Kongsi Cerita: Belajar & Mengajar

CikguAzleen.com » Blog & Internet » Macam-macam Berita

Macam-macam Berita

Truttttt.. Trutttt… Tipulah tuh, ada ke bunyi handphone macam tuh.. Sekarang kan orang pakai bunyi lagu-lagu.. Namanya phone 3G kan.. Walaupun DiGi belum berikan 3G, handphone tetap juga nak yang 3G.. pigidah…

“Hello…”

“Hello.. Cik Nor ke tuh?”

“Haaa? Nor? Emmm.. Ada apa ya?”

“Cik Nor nak beli kereta ke?”

Ohhh.. Betullah dia cari aku.. Tapi aku bukan nak beli kereta..

“Tak, saya nak test drive jer..”

“Haa.. Yalah tuh.. Mesti nak kena test drive dulu.. Cik Nor nak kereta apa ya?”

Waduhh.. Sebenarnya memang dah lama berhajat nak beli kereta baru.. Yalah, kereta yang ada sekarang pun dah nak masuk 7 tahun..

Nissan Grand Livina

Hari tuh semasa berjalan ke Pusat Bandar Pasir Gudang tuh, terpandang kan si Grand Livina ni.. Sebenarnya saya sangat sukakan Naza Citra, tetapi bila memikirkannya banyak juga komen negatif tentang kereta ni.. Terutamanya dari segi “kuat makan minyak”.. Hmmm..

Tuh yang bila tengok Grand Livina ni nampak orait juga.. Kalau dari segi cantik, memang saya rasa Citra lagi cantik.. Tapi bila tengok Livina claim dia pakai 14 sen sekilometer..

Hei, itu sangat jauh lebih murah daripada kereta yang saya gunakan sekarang.. Kereta saya sekarang lebih kurang 17 sen sekilometer.. Itu sebelum harga minyak naik 40%..

“Oh.. Saya nak test drive Grand Livina 1.6 auto. Tapi saya belum nak beli tau, saya nak test jer dulu..”

Risau betul saya kalau dia marah saya tak beli.. Saya memanglah nak beli.. Kalau boleh, hari ni juga nak angkat.. Tapi dengan keadaan sekarang ni..

“Yalah.. Barang 100K mana boleh beli terus.. Mesti test dulu.. Tengok kereta kita ada bagus ke tak!”

Pandai betul budak ni bercakap..

Apa Yang Best Pasal Kereta Ni?

Pendek cerita, besok pukul 2.30 saya berpeluang mencuba Grand Livina ni.. Bagaimana agaknya? Ada tak kalangan anda yang memandu kereta ini? Best tak? Saya ingin nak tahu dari segi penggunaan minyak dan juga maintenance nya..

Perkara yang lain-lain seperti ia boleh memecut 100km/j dalam tempoh 2 saat adalah sangat tidak penting buat saya. Sebab saya bukannya nak jadikan ianya kereta lumba.

Atau seperti ia boleh mengisi sehingga 7 orang dewasa. Malah lebih kalau kita susun betul-betul.. Saya bukan nak jadikannya bas atau van pelancong..

Tukhmenistan – Wait For Me!

Lepas tuh, sayapun SMS suami saya memastikan dia takde perancangan lain besok petang. Dia telefon balik..

“Abang kena pergi Tukhmenistan!”

Haaaa? Aiseh.. what happened?

Takpelah, kalau jadi saya akan beritahu anda dalam posting lain..

Kumpulan 3 Program Easy English

Sementara itu, saya telahpun menghantar emel kepada Kumpulan 3 Program Easy English sebentar tadi. Kali ni cuma ada 8 orang saja dan mereka adalah:

  1. Ahmad Fazli bin Khalid Tajuddin
  2. Rafis Asyran bin Rahim
  3. Sahar Husin (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
  4. Hasan bin Latip
  5. Tuan Zawari Tuan Kechik
  6. Rohanatunaja Abdul Azit (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
  7. Zainol bin Abdul Jalil
  8. Huzaini Hasan

Dan setakat ni, saya lihat ke-lapan-lapan emel ni takde masalah. Bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerimanya kerana telah memberikan emel palsu kepada saya, maka tawaran ini terbatal secara automatik.

Salam ceria.

Leave a Comment

Your Comments

No comments so far.

CikguAzleen.com

© DSMDESIGN | All Rights Reserved

Designed for and powered by Wordpress

exclusively by DSM Design Ltd