Kongsi Cerita: Belajar & Mengajar

CikguAzleen.com » News » Soalan #10 Saya Ingin Belajar Bahasa Inggeris Tetapi Tidak Ada Masa…

Soalan #10 Saya Ingin Belajar Bahasa Inggeris Tetapi Tidak Ada Masa…

Ada orang telefon saya dan bertanya, “Cikgu, kelas bahasa Inggeris ni cikgu adakan bila ya? Hari apa? Pukul berapa?

Tahun lepas, saya memang ada mengadakan kelas bahasa Inggeris untuk orang dewasa. Sempatlah saya mengajar selama 6 minggu sebelum saya dipanggil masuk KPLI.

Walaupun singkat tempoh 6 minggu itu, sempatlah saya membuat beberapa pemerhatian tentang sikap kebanyakan orang dewasa terhadap kelas.

Semua orang dewasa yang menghadiri kelas saya itu memang benar-benar ingin menguasai bahasa Inggeris. Sebab utamanya adalah kerana penguasaan bahasa Inggeris adalah satu faktor penting untuk kenaikan pangkat dan gaji. Dah tentulah kritikal kan?

Dan mereka juga kena bayar untuk menghadiri kelas saya.

Minggu pertama dan kedua, memang bersemangat. Mereka tiba lebih awal dari saya. Saya sampai saja pasti semua peserta dah duduk ditempat masing-masing.

Minggu ketiga, mula lah ada beberapa peserta yang tidak hadir. Alasan?

Ada kerja…”

Kena hantar isteri ke …”

Nak ambil anak balik tuisyen…”

Hari hujan…”

Takde kenderaan…”

Nak pergi dating…”

Dan minggu keempat… Saya perlu tunggu 15 minit ke 25 minit untuk mereka tiba…

Ya, itu hakikat.. Orang dewasa ada banyak tanggungjawab.. Terhadap keluarga… majikan… kereta… cuaca.. girlfriend dan boyfriend… :D

Saya tidak salahkan mereka. Mereka memang ingin belajar, tetapi ada banyak sebab yang menghalang mereka untuk menghadiri kelas.

Untuk mengumpulkan semua sekali pada satu waktu yang semua boleh hadir adalah hampir mustahil.

Tentu saja, jika anda sanggup boleh ada 1to1 session dengan saya.. Maksud saya sanggup bayar.. Tak ramai yang sanggup.. Dan saya juga tak sanggup nak mengadap satu muka saja selama satu jam.. Hehehe..

Lagipun, kalau belajar komunikasi mana boleh 1to1.. At least kena ada 8 orang dalam satu kelas barulah seronok..

Sebab itulah saya cipta Program Easy English. Dengan program ini, anda pilih sendiri waktu dan tempat anda belajar. Tak perlu terikat pada jadual waktu saya dan orang lain.

Jika anda rasa otak anda berfungsi pada tahap maksima di waktu tengah malam, maka belajarlah tengah malam. Jika ianya berfungsi pada waktu awal pagi belajarlah awal pagi.. Tak kiralah, ikut pilihan anda..

Anda tentukan masa dan tempat..

Saya memberikan anda kebebasan menyeluruh.. Jadi, alasan “tidak ada masa..” bukan lagi penghalang..

Tentu tak logik kan, anda tidak ada masa walaupun sejam seminggu untuk diperuntukkan kepada mempelajari sesuatu yang boleh meningkatkan nilai diri anda.. Yang boleh membantu anda mendapat pekerjaan.. Yang boleh membantu anda naik pangkat.. Yang boleh membantu anda lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang lain..

Jika anda masih tidak ada masa, anda memang tak layak dapat itu semua..

Leave a Comment

Your Comments

  1. nak belajar kena ada pengorbanan masa, tenaga, perasaan dan wang ringgit

    Comment by jobs on July 27, 2008 at 8:30 pm

  2. ya,lah tak ramai yang sedar ni..

    Comment by fahmi on September 4, 2008 at 6:17 pm

  3. Hi Cikgu Azleen, I’m interested to teach English, as a freelance English teacher.
    I can speak English, write in English & I think I can also teach English. :)
    I don’t know how to find students for this purpose.
    I’d like to teach Malay students, particularly adults as I can relate to them better.
    Please give me some advice, opinions, suggestions.
    Thank you.

    Comment by Anuar on October 12, 2009 at 4:59 am

  4. Oooops, sorry…I forgot to mention…
    Please get back to me ASAP.

    Thank you.

    Comment by Anuar on October 12, 2009 at 5:02 am

CikguAzleen.com

© DSMDESIGN | All Rights Reserved

Designed for and powered by Wordpress

exclusively by DSM Design Ltd