Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Archive for August, 2008

Hari Merdeka Atau Hari Kebangsaan?

Apa bezanya pun?

Entahlah.. Saya tak rasa nak buka kamus hari ni.. Sebab saya rasa nak selesema.. Hehehe..

Minggu ni minggu yang sibuk.. Setiap pagi, guru besar naik atas cek bilik saya.. Huwa huwa…

Argghhh.. Saya tak mahu cerita tentang itu…

Walaupun weekend ni cuti panjang 4 hari tetapi 2 hari ini akan dihabiskan dengan mengecat rumah.. 2 hari lagi pastinya mengemas semula rumah..

Berbalik kepada topik kita.. Saya cuma pelik..

Adakah kita menyambut ulangtahun kemerdekaan atau menyambut hari kebangsaan? Dalam bahasa Inggeris kita sebut National Day. Kalau diterjemahkan saya pasti akan jadi hari kebangsaan..

Tetapi kita kata ulangtahun kemerdekaan… Patutnya independence day lah kan?

Argghhh.. Kalau sesiapa tahu, sila beritahu saya ya..

Apapun, saya ucapkan selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke 51… Semoga negara kita kekal merdeka selamanya.. Dan InsyaAllah, marilah kita sama-sama memerdekakan minda kita..

Tokyo’s Hotel Rules & Regulations:

“Guests are requested not to smoke or do other disgusting behaviors in bed.”

Hmmmmm??!! So what can we do on bed?

Soalan 11# Kenapa File Easy English Tidak Dapat Dibuka?

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan Program Easy English dilancarkan, ianya mendapat sambutan yang baik. Ramai juga yang meminta untuk mencuba Lesson 1 program ini.

Bagaimanapun, ramai juga yang tidak begitu mahir sehinggakan tidak dapat membuka file-file yang diberikan. Oleh itu, di sini tunjukkan langkah demi langkah bagaimana menggunakan file-file tersebut.

Langkah 1 - Klik link yang diberikan kepada anda melalui e-mel. Lihat contoh gambar di bawah:

Sila isikan borang di laman berikut, jika anda berminat untuk mencuba Lesson 1 ini.

http://www.KelasEnglish.Com

Langkah 2 - Klik OK pada window download yang dibuka (bergantung juga kepada jenis browser serta download manager yang anda gunakan.

Langkah 3 - Pilih tempat di mana anda ingin file tersebut di muat turun.

Beginilah rupa file yang telah di muat turun ke komputer anda:

Langkah 4 - Letakkan cursor pada file, dan klik kanan mouse anda. Window seperti dalam gambar berikut akan terbuka.

Pilih extract all seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Langkah 5 - Window seperti berikut akan dibuka.

Klik Next, Next dan akhir sekali selesai klik Finish.

Anda akan mendapat satu lagi file seperti yang ditandakan dalam gambar berikut:

Langkah akhir - buka saja file tersebut dan anda akan mendapat file PDF atau video atau audio atau MS Word yang diberikan.

Sekiranya anda menghadapi masalah lagi, saya cadangkan anda download menggunakan Free Download Manager yang boleh di muat turun secara percuma di laman web berikut:

http://www.freedownloadmanager.org/download.htm

P.S.: Sila rujuk laman web tersebut bagaimana memasang serta menggunakannya.

P.P.S.: Bagi peserta Easy English, saya telah menulis panduan langkah demi langkah bagaimana memasang serta menggunakan Free Download Manager untuk memuat turun file-file Easy English di blog khas KelasEnglish.Com. Sila rujuk di sana.

P.P.S.: Klik di sini untuk menyertai Program Easy English untuk belajar bahasa Inggeris cara mudah.

Apakah Penyelesaian Masalah Bahasa Inggeris Untuk Subjek Sains Dan Matematik?

Alahai… bila sebut aje tentang bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik, ramai betul yang marah-marah.. Masa inilah nak mengaku yang mereka adalah pejuang bangsa yang tidak mahu melihat bahasanya tenggelam di arus zaman..

Rasa pelik saya pula saya.. Yalah, jika benar anda pejuang bangsa sudah tentulah anda tidak mahu bangsa anda mundur.. Rasanya kemunduran akan lebih cepat menenggelamkan sesuatu bangsa…

Lebih pelik lagi bila ada yang kata belajar dan bercakap bahasa Inggeris akan menyebabkan anda bertopengkan Inggeris.. Hmmmm..

Ia buatkan saya tertanya-tanya.. Adakah dengan makan dengan chopstick menjadikan saya bangsa Cina? Bagaimana pula dengan makan guna daun pisang? Bertukarkah bangsa saya?

Apa pula jadi jika saya memandu Mitsubishi menjadikan saya bangsa Jepun? Oh, kalau begitu sudah ramailah orang yang bertukar bangsanya kepada German kerana memandu Mercedes Benz…

Itu belum kira lagi dengan pelbagainya barang elektronik yang kita pakai bukan buatan Melayu…

Malang sekali, saya tidak dapat melihat kenapa pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh menenggelamkan dan mungkin memupuskan bahasa Melayu…

Bagaimanapun, bukan ini yang saya nak bincangkan dalam posting ni. Tak ada gunanya jika kita menuding jari tuduh sana tuduh sini salahkan orang tuh salahkan orang nih dalam kes ini. Yang pentingnya kalau kita nak subjek sains dan matematik ni diajar semula dalam bahasa Melayu, kenalah kita atasi dahulu masalah yang menyebabkan dua subjek ni diajar dalam bahasa Inggeris dahulu..

Kenapa ya?

Dahulu, tindakan itu diambil kerana didapati graduan tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. Sekaligus ini menyebabkan graduan sukar mendapatkan pekerjaan.Pelajar universiti berbangsa Melayu juga kurang yang mendapat keputusan cemerlang kerana menghadapi kesukaran belajar akibat bahan rujukan banyak dalam bahasa Inggeris.

Hmmm.. Jadi, sebenarnya saya rasa kita masih boleh kalau inginkan subjek ini diajar dalam bahasa Melayu semula, tetapi kita perlu atasi masalah tersebut.

Pelajar universiti sukar belajar kerana bahan rujukan banyak dalam bahasa Inggeris. Di Jepun, mereka menterjemahkan lebih 30 juta muka surat buku setahun. Sebab itu di sana adalah kelebihan jika anda boleh berbahasa asing.

Di Malaysia pula, cuma 56 buah buku diterjemahkan ke bahasa Melayu pada tahun 2006. Saya yakin angka itu tidak berubah dengan drastik pada tahun ini.

Kalau kita berkeras enggan belajar bahasa asing yang menguasai teknologi, kita akan ketinggalan. Adakah kita mahu menghabiskan masa, wang dan tenaga kita menjalankan semua eksperimen dan kajian demi membangunkan teknologi sendiri sedangkan kita boleh mendapatkannya secara mudah dari bangsa lain yang telah melakukannya?

Jika begitu, nampak gayanya kenalah Malaysia ini dipindahkan ke planet lain kerana kelihatannya seolah-olah kita ingin menutup diri kita dari dunia luar.

Penyelesaiannya, saya pasti jika kita ada lebih banyak pakar multi-bahasa yang boleh membuat kerja-kerja menterjemah ini sudah tentu kita tidak perlu memaksa anak-anak kita belajar subjek yang sedia sukar dalam bahasa asing.

Bangsa Melayu Pupus Jika Pupus Bahasa Melayu

Tajuk hari ni agak konstroversi.. Mesti ramai yang nak marah.. Nanti, jangan marah tak tentu pasal.. Lebih baik anda baca dulu..

Ingat, baca dengan hati dan fahami.. Bukan sekadar baca di mata..

……………………………………………………

Selepas SPM, saya bekerja sambilan di sebuah pasaraya sebagai cashier. Tetapi almaklumlah, dalam syarat pekerjaan di clause terakhir pasti ada “Melaksanakan apa jua arahan majikan dari masa ke masa”. Jadi, salah satu tugas tidak rasmi saya adalah kira stok – tambahan pula saya adalah antara segelintir yang terpelajar dan dipercayai di pasaraya yang sederhana besar saiznya itu..

Suatu hari semasa saya sedang mengira stok…

Jejaka tampan: Assalamualaikum…
Saya: Waalaikumussalam…
Jejaka tampan: Oh, Melayu rupanya.. Ingatkan tuttttttttttt…

Itu bukan kali pertama orang menegur saya begitu.. Seringkali juga kalau ke kedai bukan Melayu, orang akan bertutur bahasa lain dengan saya..

Semasa saya melawat ke Perak tahun lepas, saya berkesempatan merendamkan diri di kolam air panas di Tambun Water World. Sedang saya menikmati pemandangan Tambun yang cantik tuh, seorang kanak-kanak dalam usia 7-8 tahun merapati saya dan berkata sesuatu dalam bahasa bukan Melayu (bukan bahasa Inggeris juga).

Terpaksalah pula saya menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut yang saya tidak faham bahasa yang beliau tuturkan..

Ini bukanlah luar biasa kerana ibu saya berketurunan Banjar. Orang Banjar ni memang banyak kelihatan seperti Cina.

Apa pulak kaitan cerita ini dengan topik sensasi kita hari ini ya?

Begini, semalam semasa menyemak komen di blog ini – setiap komen pertama akan di-moderate-kan.. Saya membaca komen dari saudara yang mengaku dirinya Anak Melayu. Menarik sungguh komen beliau di post paling popular sepanjang zaman blog CikguAzleen.Com ini iaitu 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran Sains dan Matematik. Anda boleh baca komen beliau melalui gambar di atas atau pergi terus ke komen beliau di link ini: Komen Anak Melayu.

Memandangkan banyak benda yang saya boleh cerita tentang bahasa Melayu, bangsa Melayu dan juga bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) saya memutuskan untuk menjawab saja komen beliau melalui posting baru.

Pertamanya, Anak Melayu nak tahu apa komen saya tentang “Pupus bahasa pupuslah bangsa”. Eh, terasa macam selebriti pulak… Hahaha..

No komen… Jawapan standard… Itu kalau selebriti lah.. Oleh sebab saya ni guru, kalau anak murid tanya apapun, kita kena jawab.. So saya jawab ya.. Dengan seberapa daya upaya saya menggunakan bahasa yang halus supaya tidak ada yang terasa.. (Siapa makan cili, dia terasa pedasnya!)

Mari kita lihat dulu apa makna BANGSA.. Sat, saya semak kamus Dewan Bahasa ya..

Menurut Kamus Dewan ms 122, BANGSA bermaksud jenis manusia dari satu asal keturunan.. atau maksud kedua adalah kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan..

Hmmms.. Takde sebut langsung pun pasal bahasa ni.. Payah juga ya nak bagi komen kalau dah maksud bangsa macam tuh..

Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan Anak Melayu, biar saya berikan definisi bangsa bagi diri saya sendiri..

Bagi saya bangsa adalah jenis manusia dari satu asal keturunan. Ia meliputi segala aspek yang meliputi kehidupan manusia tersebut seperti agamanya, adatnya dan juga bahasanya. Bangsa itu wujud dan akan kekal wujud jika manusianya itu kuat jati dirinya..

Bangsa itu mungkin tidak akan pupus jika bahasanya pupus, tetapi bahasanya sudah pasti pupus jika bangsanya pupus..

Ini kerana bangsa tidak berdiri atas bahasa semata-mata.. Bangsa itu mungkin akan kurang keunikan dan kekuatannya jika ia tidak mempunyai bahasa sendiri.. Tetapi ia tidak akan pupus.. Kita masih ada lagi Melayu di Filipina dan yang terbaru dijumpai di kawasan Afrika.. Mereka ini masih lagi mengaku Melayu walaupun tidak tahu langsung bertutur bahasa Melayu..

Sebaliknya, bahasa akan pupus jika tidak ada bangsanya.. Yalah, jika dah tak ada orang nak bertutur dalam sesuatu bahasa tu, siapa yang nak mengekalkannya.. Contohnya adalah sebahagian bahasa-bahasa yang dituturkan semasa zaman batu.. Bangsanya masih ada, tetapi bahasanya telah tiada..

Kesimpulannya, saya kurang bersetuju dengan pepatah pupus bahasa pupuslah bangsa..

Sekian dulu hujah saya..

e-eh.. Awalnya nak balik.. Bukan ni baru mukadimah jer.. Ada banyak lagi yang akan saya ceritakan pada esok hari dan hari berikutnya tentang bahasa Melayu, bangsa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jangan menilai saya dengan membaca satu posting saja.. Kembali semula ke blog ini esok hari untuk lebih mengenali diri saya atau subscribe saja blog ini di sini. Klik sini untuk subscribe!

Dan klik sini jika anda teringin menguasai satu lagi bahasa supaya anda boleh menakluki dunia!

A Sign Seen On A Rest Room Automatic Hand Dryer…

“Do not activate with wet hands.”

Aren’t it supposed to dry the wet hands?

In A City Restaurant

“Open seven days a week and weekends.”

So how many days are there in a week not including the weekends?

Apa Tandanya Laman Web Anda Semakin Popular?

Amaran: Ini adalah post “masuk bakul angkat sendiri”. Jangan baca jika anda tidak boleh menahan perasaan!

Saya sedang membuat carian di google untuk kata kunci “belajar bahasa Inggeris” bila saya terkasima memandang iklan yang saya bulatkan dalam gambar.

Saja aje buat carian kata kunci tersebut. Selain untuk memeriksa ranking laman web saya, saya juga ingin mengenali dengan lebih dekat competitors saya. Hehehehe..

Hmmm.. Siapa agaknya yang meletakkan iklan tersebut ya? Saya tidak ada menempahnya..

Bagaimanapun, disebabkan curiosity yang melampau, saya klik iklan tersebut untuk lihat ia ke mana..

Rupanya ia berakhir di laman web Sistem Affiliate CikguAzleen.Com ..

Anyway, saya tidak tahu siapa yang mengiklannya.. Mungkinkah google memang apabila tiada iklan untuk sesuatu kategori, dia letak saja laman web mana-mana…

Ah.. tak mungkin..

P.S.: Terima kasih kepada sesiapa yang mengiklankan itu.. Semoga anda mendapat pendapatan yang baik daripada Sistem Affiliate CikguAzleen.Com ya!

Akui Kesalahan Sendiri Tidak Bermakna Anda Kalah

Beberapa hari yang lepas, tiba-tiba aje astro saya tidak berfungsi.. Geramnya rasa hati sebab setahu saya ianya telah dibayar. Saya mempunyai 2 akaun astro – satu dipasang di kampung. Jadi mustahillah saya membayar satu akaun tetapi tidak membayar akaun satu lagi…

Jadi, kita pun telefon astro…

Selepas bersembang-sembang hampir 15 minit, ewah!.. Rupanya saya ada berhutang RM17.60.. Kalau anda jadi saya, anda geram tak?

Akaun saya sebulan 59.95 dan akaun kedua di kampung sebulan RM37.95. Setiap bulan saya membuat bayaran RM60 untuk akaun 1 dan RM40 untuk akaun kedua. Saya memang tidak membuka langsung surat bil yang sampai tuh..

Dan saya membayar setiap bulan. Cuma ada sekali sewaktu saya praktikum dahulu, kerana terlalu sibuk saya miss bayar 1 bulan. Tetapi bulan berikutnya saya membuat bayaran 2 kali…

Dan cuma kerana RM17.60, astro potong akaun saya?

Huh… Memang nak kena ni.. Dahlah tuh nak cas lagi RM10 untuk penyambungan semula..

Jadi, saya tidak setujulah dengan cas RM10 tuh..

Cakap punya cakap, astro setuju tidak mengenakan cas RM10 tuh kepada saya. Dan saya pun membayar RM17.60 tuh serta-merta melalui Maybank2u.

Selang beberapa hari, astro potong lagi akaun saya.. Dan menelefon pulak tanya kerana mereka tidak terima bayaran..

Huh camne tuh?

So, tadi saya call astro berbincang.. Cakap punya cakap punya cakap.. Akhirnya astro suruh saya emel saja bukti bayaran.. Saya kata OK..

Nasib baiklah, sebelum saya emel tuh tergerak hati saya nak semak no akaun.. Huhu..

Anda pun tahulah kesudahannya..

Rupanya saya telah membuat bayaran RM17.60 tuh ke akaun kedua di kampung.. Patutlah mereka tak terima.. :D

Anyway, saya telah menelefon semula astro, meminta maaf dan memberitahu bahawa saya telah tersilap membuat bayaran. Dan saya juga telah membuat bayaran semula ke akaun yang betul.. Hehehe..

Morale of the story: Kalau anda memang sedar anda membuat kesilapan, tidak rugi jika anda mengakuinya dan meminta maaf dari orang lain. Walaupun orang lain itu adalah pekerja anda, pasangan anda, rakan baik anda mahupun cuma anak anda.

In A Cemetary…

“Persons are prohibited from picking flowers from any, but their own, graves.”

Well, how do I pick flowers from my own grave when I am still alive?

Tags & Categories