Anda seorang blogger? Atau anda bercita-cita untuk menjadi seorang blogger?
Lebih spesifik lagi anda ingin hidup hanya dengan melakukan aktiviti blogging?
Macam nama-nama besar blogger seperti John Chow, Yaro Starak dan ramai lagi?
Mahu?
Kalau mahu, saya pasti anda pun mahu membaca report khas setebal 72 muka surat yang disediakan oleh Gideon Shalwick dan Yaro Starak.
Saya dapat report ni daripada John Chow. Yalah, kalau dah John Chow cadangkan saya andaikan ianya sudah tentu saja mempunyai maklumat yang berguna untuk saya.
Dan memang ya, selepas download, saya terus membacanya..
Secara ringkasnya, report ini memberikan anda pelan untuk berjaya sebagai blogger. Ya, menjadi blogger mudah saja, ada baaaaaaanyak perkhidmatan blog percuma disediakan jika anda tidak bersedia untuk mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk memiliki domain sendiri seperti saya. (Ada orang terperanjat dan bertanya berkali-kali apabila saya beritahu alamat blog saya CikguAzleen.com sahaja!)
Tetapi, bukan mudah untuk menjadi blogger yang berjaya. Mengikut definisi saya blogger yang berjaya adalah blogger yang mendapat pendapatan daripada aktiviti bloggingnya. Tidak kiralah samada melalui sponsor reviews, jual beli link, affliate program mahupun produknya sendiri.
Blogger Berjaya Menjana Duit Dari Aktiviti Blogging
Berapa banyak duit yang perlu diperolehi barulah boleh dianggap sebagai berjaya? Hmmm.. Kalau ikut definisi saya, selagi jumlah wang itu mencukupi untuk menanggung kos operasi blog (ini termasuklah dengan jumlah jam yang anda gunakan untuk aktiviti blogging) maka bagi saya itu adalah satu kejayaan. Tetapi jika anda boleh meninggalkan kerja 9-5 anda hanya dengan aktiviti blogging, itu satu kejayaan besar..
Berbalik semula kepada ebook The Roadmap To Become A Blogger, penulis ebook ini telah berkongsi satu pelan untuk berjaya sebagai blogger. Beliau menerangkan dengan agak jelas bagaimana untuk mengorak langkah sebagai blogger:
- Mengenalpasti minat anda
- Mengenalpasti keperluan dalam bidang yang anda minati
- Menguji market dengan 3 idea utama anda
- Fokus kepada blog anda yang paling berjaya dan bina isi yang menarik
- Monetize blog anda
Baiklah, anda mungkin rasa semua langkah yang diterangkan ini adalah biasa saja. Memangpun, itu semua adalah langkah tipikal yang sesiapapun yang serius untuk menjadi blogger boleh tahu melalui banyak sumber.
Tetapi dalam ebook ini, penulis juga kongsikan 13 X Factor yang boleh meningkatkan keberkesanan 5 langkah tipikal di atas. Hehehehe..
13 X Factor Untuk Berjaya Sebagai Blogger
Sebahagian daripadanya mungkin anda telah tahu tetapi anda mungkin tidak sedar betapa ianya boleh digunakan untuk membantu anda meningkatkan kejayaan anda sebagai blogger. Dan sebahagian daripadanya adalah rahsia baru yang anda ketahui dengan membaca ebook ini.
Emmm.. Saya rasa saya tak mahu beritahu anda apa X Factor itu kerana adalah lebih jelas jika anda membaca ebook ini sendiri. Lagipun tentu tak seronok kan membaca ebook ini jika anda telah tahu apa isinya.
Ebook The Roadmap To Become A Blogger boleh di download secara percuma di link berikut: Klik di sini sekarang!
P.S.: Ebook ini dalam bahasa Inggeris, jadi sekiranya anda ada masalah penguasaan bahasa Inggeris, anda boleh sertai saya di Kelas English. Klik sini untuk ke Kelas English.


Your Comments