Salam ceria,
Malam tadi saya ada kelas malam bersama murid-murid tahun 5 di SK Pasir Gudang 2. Biasanya saya hanya membuat latihan grammar semasa kelas malam ini kerana saya dapati mereka sebenarnya terlalu penat untuk belajar dan berfikir.
Bagaimanapun, memandangkan sekarang ni sedang cuti sekolah, malam tadi saya membuat latihan menulis ayat bersama mereka. Dalam latihan ini, mereka diberikan gambar dan juga 10 perkataan sebagai guide. Mereka dikehendaki menulis 5 ayat berdasarkan gambar dan boleh menggunakan perkataan diberikan untuk membantu. Kalau dalam peperiksaan, ini adalah dalam Section B (Kalau saya tak silaplah!).
Selepas menerangkan serba sedikit kepada murid-murid, saya memberikan mereka sedikit masa untuk membina ayat mereka sendiri. After all, mereka dah biasa buat latihan ini dalam kelas kan…
Sewaktu membincangkan jawapan yang diberikan oleh murid-murid, saya dapat mengesan satu perkara. Ada murid-murid yang agak hebat dalam bahasa Inggeris dan mereka memberi ayat yang agak bagus.. Salah satu contoh adalah seperti berikut:
The Berjaya Bookstore is having a book fair to promote books to the young and olds.
Dari sudut idea, ayat ini memang bagus kerana ternyata murid ini mempunyai idea sendiri tentang gambar tersebut sedangkan antara perkataan yang diberikan yang boleh membantu cumalah dua saja iaitu ‘book exhibition’ dan ‘Berjaya Bookstore’. Ia juga menunjukkan bahawa murid ini mempunyai pengalaman yang luas dan suka membaca.
Bagaimanapun, menulis ayat yang panjang seperti itu memungkinkan anda membuat kesalahan grammar atau salah guna perkataan. Jika markah penuh bagi 1 ayat adalah 2, dan anda dipotong satu markah kerana kesalahan tersebut markah anda akan tinggal 1 saja. Ini adalah risk yang anda tidak mahu ambil sekiranya anda menduduki peperiksaan.
Ayat yang lebih mudah dan pasti dapat markah penuh adalah seperti berikut:
There is a book exhibition at Berjaya Bookstore.
Lebih pendek ayat anda lebih rendah risiko untuk membuat kesalahan. Beerti lebih tinggi peluang untuk anda mendapat markah penuh.
Peperiksaan bertujuan untuk mengesan sejauhmana anda menguasai pelajaran yang diajar dalam kelas. Saya rasa tidak ada markah tambahan sekiranya anda boleh membuat ayat yang panjang berjela-jela, berbunga-bunga mahupun menggunakan perkataan bombastik.
Jadi selepas ini, gunakan ayat yang mudah dan ringkas sahaja. Afterall, tujuan anda dalam peperiksaan bukan untuk impress penanda kertas anda. Jika anda berjaya impress penanda kertas anda pun, tetapi tidak menepati skema jawapan yang disediakan, nak buat apa ya?
Selamat belajar!
P.S.: Ayat yang mudah dan ringkas juga lebih difahami oleh kebanyakan orang.


Salam,
lama tak singgah sini, dah tukar them ye
anyway, saya suruh anak saya yang darjah 4 tadi baca. harap-harap ia boleh dijadikan panduan olehnya nanti.
Comment by azwan on June 9, 2009 at 7:15 pm