Kongsi Cerita: Belajar & Mengajar

CikguAzleen.com » Life Long Learning » Norhayati: Macam Mana Kita Nak Memahirkan Diri Kita Untuk Bercakap Dalam Bahasa English Ni?

Norhayati: Macam Mana Kita Nak Memahirkan Diri Kita Untuk Bercakap Dalam Bahasa English Ni?

Salam ceria,

Ini pula emel yang saya terima daripada Norhayati. Anda juga boleh menghantar emel kepada saya melalui borang contact yang disediakan.

Assalammualaikum,

Seronok bila baca web site cikgu azleen banyak cerita-cerita yang menarik..

Cikgu nak tanya sikit macam mana kita nak memahirkan diri kita untuk bercakap dalam bahasa English ni… saya memang berminat sangat dengan bahasa ini. Cikgu boleh bagi tips untuk memahirkan diri dalam bahasa ini..saya ingat nak belajar sendiri dulu… lepas tu baru yang nak mengikuti kelas cikgu Azleen.

Besarlah harapan saya kiranya cikgu sudi memberi tips untuk memudahkan saya memahami bahasa ini…

Terima kasih.

Norhayati

Salam ceria Norhayati,

Terima kasih kerana berminat dengan blog saya.

Kalau nak mahirkan diri bercakap (bukan cakap aje, kemahiran lain pun sama jugak) caranya adalah dengan berlatih. Saya tak rasa ada cara lain. Tapi kalau anda tahu ada cara lain boleh mahir tanpa melakukan latihan, sudi-sudikanlah kongsi dengan saya. Hehehe..

Semoga kita dapat berjumpa dalam Kelas English kelak. Salam ceria dan selamat berlatih!

Leave a Comment

Your Comments

No comments so far.

CikguAzleen.com

© DSMDESIGN | All Rights Reserved

Designed for and powered by Wordpress

exclusively by DSM Design Ltd