Kongsi Cerita: Belajar & Mengajar

CikguAzleen.com » Life Long Learning » Iman: Bagaimana Handle Murid Pemulihan Khas?

Iman: Bagaimana Handle Murid Pemulihan Khas?

Salam ceria semuanya,

Agaknya ramai juga yang dah tahu saya ni Guru Pemulihan Khas. Saya ni masih lagi kategori Cikgu Freshie.. hehehe.. maksudnya, teramatlah barunya.. Lebih kurang 2 hari lagi, genaplah setahun saya menjadi Guru Pemulihan Khas..

Anyway, Iman adalah seorang guru pelatih KPLI opsyen Pemulihan Khas. Beliau sedang praktikum dan ingin nak tahu camne saya handle (uruskan) murid pemulihan. Anda boleh baca komen beliau di post saya bertajuk Siapa Nak Ajar Kita?

Apa yang akan saya terangkan di sini bukanlah satu maklumat rasmi yang boleh anda petik ke dalam thesis atau tugasan anda ya. Ianya hanyalah satu eksperimen tidak rasmi saya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Guru Pemulihan Khas. Dan saya dedahkan perkara ini di sini sebagai perkongsian kepada semua pembaca blog ini.

Kalau anda baca mana-mana buku rujukan mahupun bertanya kepada mana-mana guru berpengalaman, mereka pasti bersetuju bahawa saat pertama anda bertemu murid adalah saat yang paling penting. Itulah saat yang mesti anda pakukan ke dalam kepala anak murid anda, apakah dan bagaimanakah personaliti anda.

Malang sekali, sebagai guru baru yang over-excited bertemu murid, kita selalu lupa tentang ini. Sama seperti kebanyakan guru baru yang lain, waktu saya mula memperkenalkan diri Ogos 2008, saya telah bermula sebagai guru yang lembut dan penyayang. Hasilnya, murid pemulihan khas yang kebanyakannya mempunyai masalah personaliti berani ‘berlawak’ dan ‘berloyar buruk’ dengan saya. Dan mula melayan saya seperti adik kecilnya.

Tahun ini, saya menambah satu lagi title personaliti saya. Bukan sekadar lembut dan penyayang, saya juga tegas – maknanya tiada tolak ansur dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan.

Hari pertama saya bertemu murid, saya menerangkan kepada mereka 5 peraturan asas yang perlu dipatuhi sepanjang mereka berada dalam kelas saya dan juga sewaktu berada dalam bilik pemulihan khas. Peraturan ni cuma peraturan mudah seperti:

  1. Buka kasut dan stokin, stokin masuk dalam kasut dan kasut disusun dengan rapi di kawasan yang ditetapkan dalam kiraan 10.
  2. Beratur dengan senyap sehingga guru memberi kebenaran masuk.
  3. Sebaik masuk, letak beg di tempat yang disediakan dan segera duduk dalam kiraan 10.
  4. Berdiri tegak, tangan di sisi dan pandang muka guru sewaktu memberi ucap selamat.
  5. Sentiasa panggil nama guru dan bukan sekadar sebut ‘Cikgu’. – Saya pastikan mereka sebut Cikgu Azleen.

1 hingga 2 minggu pertama saya memastikan murid mematuhi peraturan ini. Sekiranya mereka tidak mematuhi, mereka akan disuruh mengulang perbuatan yang sama sehingga berjaya melaksanakannya dengan betul.

Dari masa ke masa saya terus menambah peraturan-peraturan tersebut mengikut kesesuaian dan juga tingkah laku mereka. Contohnya:

  • Dilarang berlari. Tak kira samada dari kelas nak ke bilik pemulihan khas, atau sewaktu balik, ataupun semasa berada dalam bilik pemulihan khas sendiri. Bila ada murid yang berlari, saya akan menyuruhnya berjalan semula ke tempat asalnya dan berjalan kembali ke tempat yang ingin ditujunya. Saya mendapati bahawa selepas 1-2 minggu melaksanakan peraturan ini, murid tidak lagi berlari sepanjang di bawah pengawasan saya. Malahan, bila ada murid yang nak berlari, pasti ada rakan-rakan yang mengingatkannya bahawa nanti dia kena ulang perkara yang sama. Ini lebih efektif berbanding jika guru marah atau mendenda murid tersebut.
  • Membawa beg setiap kali ke bilik pemulihan khas. Peraturan ini saya perkenalkan kerana mendapati murid kerap tertinggal buku dan pelbagai barang lain di kelas. Kadang-kadang mereka saja je nak cari alasan untuk keluar dari bilik pemulihan dan idle sekitar sekolah. Hasilnya, penurunan 99% murid yang cuba nak berleceh-leceh..

Dalam masa yang sama, saya turut menggunakan sistem token untuk memberi penghargaan dan galakan kepada murid. Bergantung kepada lokasi anda, pilih hadiah yang bersesuaian dengan minat dan keadaan persekitaran murid. Biasanya saya gemar bertanya (meninjau) apakah hadiah yang diingini oleh murid. Jangan hadkan semata-mata kepada alat tulis dan buku. Elakkan sama sekali memberi hadiah berupa gula-gula dan coklat serta manisan lainnya kepada murid pemulihan khas ni. Bila dah tinggi kandungan gula dalam badan diorang, sukar nak kawal pula nanti.

Tetapi saya kerap juga berikan makanan seperti buah-buahan dan biskut berkhasiat. Pisang bukan saja baik untuk otak malahan ianya juga murah dan mampu dibeli.. Hehehe.. Kismis pun bagus juga. Beli jer yang timbang kilo tuh.. Murah aje.. Pendek kata, jangan lokek beri makanan kat murid ni.. Macam orang kata nak pikat suami dari perutnya. Nak pikat budak pun guna perut juga. Percayalah.. Jika anda pemurah dengan murid-murid ni, mereka hormat dan sayang anda. Lepas kalau mereka dah sayang tuh, anda marah ke, rotan ke denda ke.. Mereka tetap sayang anda dan tahu bahawa kemarahan anda adalah sebab anda sayangkan mereka.. Dalam erti kata lain, mereka tidak mengadu kepada sesiapa…

Selain daripada itu, tips lain adalah dengar luahan perasaan mereka dengan ikhlas. Maklumlah, siapa lagi nak sayang diorang ni kalau bukan guru pemulihan khas. Tapi pandai-pandailah nak stopkan cerita mereka yang panjang berjela tuh. Macam-macam rahsia boleh terbongkar kalau mereka ni dah mula bercerita kepada guru yang dipercayainya.  Dan bila mereka dah percayakan anda sebagai guru, jangan sekali-kali menyalahgunakan kepercayaan itu. Faham kan?

Maksud saya, kadang-kadang murid ni melakukan kesalahan yang besar. Sebelum anda nak membawa kes tersebut ke pengetahuan mana-mana pihak, pastikan anda ceritakan hal tersebut kepada orang yang benar-benar perlu tahu. Supaya ianya tak diwar-warkan ke serata sekolah dan murid tidak menjadi bahan ejekan murid lain mahupun guru lain.

Rasanya itulah saja yang saya boleh kongsikan dengan anda. Saya nipun baru setahun jagung, banyak lagi benda yang perlu saya pelajari.

Bagaimanapun, alhamdulillah dengan strategi dan teknik yang saya amalkan tuh terdapat perubahan besar bagi murid-murid saya. 90% murid kelas saya meningkat pencapaiannya dalam kelas pemulihan khas. Hampir separuh murid kelas pemulihan khas saya mendapat markah lebih tinggi dan kedudukan dalam kelas lebih baik daripada murid bukan pemulihan khas semasa peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.

5-6 orang murid pemulihan khas saya lulus BM dan MT semasa peperiksaan walhal 90% masa BM dan MT mereka berada bersama saya. Dan saya tidak pernah mengajar mereka cara menjawab kertas peperiksaan atau mengikut sukatan KBSR. Jadi, pada pemikiran saya kalau dengan itupun mereka boleh dapat markah 40, bayangkan kalau saya ajar mereka ikut sukatan KBSR?

Yang penting, GB saya kata “Azleen, kalau kita ikhlas mengajar murid-murid ni, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar seperti yang kita rancang.”

Leave a Comment

Your Comments

  1. salam cikgu Azleen..
    Saya pun ckgu baru PKHas yg mngajar di pdalaan Sarawak. dari apa yg saya baca ttg Pngalaman Cikgu Azleen, rasanya ia sedikit sebnyak mbantu kita semua guru2 Pkhas bkongsi idea dan pandangan ttg cara dan bmana utk mnjadi seorang guru Pkhas yg efisien .
    Tahniah dan ribuan terimakasih kpd anda krn sudi berkongsi idea dgn kami..di harap pd masa2 akan dtg akan ada lebih maklumat serta cadangan utk dikongsi bersama…insyaallah

    Comment by Cikgu Fazleee on September 5, 2009 at 9:47 am

  2. salam cikgu azleen…suke baca pendapat cikgu ni..ia menarik untuk dikongsi

    Comment by mia on November 30, 2009 at 7:27 pm

  3. Assalamualaikum..
    cikgu Azleen..
    selepas sy bc nie..sy rasa pengalaman cikgu dapat memberi panduan kepada saya dan bakal guru2 yang lain apabila kami mengajar kelak..

    Comment by cikNuha on January 6, 2010 at 8:35 pm

  4. Salam cikgu azleen….saya lah iman yang minta cikgu ceritakan pengalaman sbg guru pml. Sekarang, sy sudah bergelar seorang guru. Walaupun tidak mengajar kelas pml, tp sy rase sy tetap sbg guru pml sebab sy mengajar murid-murid di kelas hujung. Tahu lah murid-murid kelas hujung ni especially subjek matematik. Doakan saya dapat buat yang terbaik.

    Comment by iman on February 1, 2010 at 9:16 pm

  5. salam cekgu..
    saya ni student lg dan insyaallah dalam masa 3 tahun lg sy akan bgelar seorang guru…saya ingin betanay kepada cikgu mengenai pljr pemulihan khas ini kerana sy akn membuat pebentangan mengenai muid pemulihan khas ini..soalan saya sepeti bagaimana perkembangan pljr pemulihan khas ini, jenis program yang boleh dilaksanakan bersama mrka,bagaimana langkah2 nk mengajar diorang nie,,,sy da jumpe isi ttg hal ini tp sikit je,hrp cikgu dpt membantu sy ekk…~~

    Comment by delia delila on July 22, 2010 at 11:50 am

  6. Saya bukan guru kelas pendidikan khas tetapi saya ditakdirkan mengambil bidang pendidikan khas untuk degree saya.Bukan atas pilihan sendiri. Yang peliknya saya kini menyambung master di bidang yang sama kerana saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah. masalahnya saya langsung tidak ada pengalaman untuk mengajar murid-murid pendidikan khas. Ilmu ada tapi pengalaman kosong. Saya bercadang untuk memohon mengajar di kelas pendidikan khas, namun saya rasa curiga adakah saya mampu mengajar kanak-kanak istimewa ini sedangkan sebelum ini selama 13 tahun saya hanya mengajar di aliran perdana. Boleh Cikgu Azreen bantu memberi keyakinan pada saya…

    Comment by Wan on August 4, 2010 at 11:48 pm

CikguAzleen.com

© DSMDESIGN | All Rights Reserved

Designed for and powered by Wordpress

exclusively by DSM Design Ltd