Senario 1
Baru-baru ini menteri mengumumkan bahawa jumlah murid Tahun 1 yang buta huruf semakin meningkat. Di facebook pula, berlaku perbincangan mengenai hal ini.
Seorang ibu telah mencadangkan supaya kanak-kanak diberi pendidikan seawal usia 3 tahun. Justeru saya telah membalas cadangan beliau seperti berikut:
Adik ipar saya telah membuat survey harga kerana nak hantar anaknya berusia 3 tahun mendapatkan pendidikan awal. Yuran termurah adalah RM500 sebulan. Dengan yuran semahal itu, berapa ramai agaknya ibu bapa yang mampu menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan awal?
Dan ibu tersebut menyatakan bahawa di sinilah peranan kerajaan wujud. Dalam erti kata lain, sekolah patut membuka kelas atau program baru untuk mendidik kanak-kanak seawal usia 3 tahun.
Senario 2
Rakan guru saya menceritakan perbualan beliau dengan seorang ibu. Ibu tersebut komplen kerana mendapati anaknya tidak lagi mempunyai homework. Anaknya dalam Tahun 6 dan akan menduduki UPSR pada bulan 9 ini.
Rakan guru tadi menerangkan kepada ibu tersebut bahawa sekarang ini sudah tiba fasa di mana latih tubi dilaksanakan dalam kelas dan jawapan dibincangkan serta-merta. Ini bagi memastikan murid benar-benar faham dengan soalan serta menjawab soalan tersebut sendiri, bukan meniru.
Seterusnya rakan guru juga mencadangkan bahawa si ibu boleh membantu anaknya membuat ulangkaji pelajaran dengan membuat latihan-latihan sendiri (ada banyak buku latihan di pasaran) walaupun tiada homework diberikan.
Dan jawapan si ibu:
Tapi macamana saya nak tengok anak saya buat latihan sendiri? Saya kerja!
P.S.: Apa pendapat anda tentang 2 senario di atas ya?
P.P.S.: Perlukah kerajaan membuka sekolah untuk murid seawal usia 3 tahun? Kalau ini dikatakan peranan kerajaan, adakah peranan ibubapa semata-mata menyediakan makan dan minum sahaja?
P.P.P.S.: Adakah sekiranya kedua-dua ibubapa bekerja, tanggungjawab terhadap pendidikan dan perkembangan anak jatuh sepenuhnya ke pihak sekolah @ guru @ kerajaan?
P.P.P.P.S.: Adakah ibubapa yang bekerja memang langsung tiada masa untuk membantu anak mengulangkaji?


well, actually kanak2 yg masih kecil seusia 3 thn x wajar lg didedahkan dengan sekolah..mereka boleh blajar secara x langsung drp ibubapa..ibubapa memainkan peranan utama dlm pendidikan awal kanak2.
Comment by esskay on August 9, 2009 at 3:14 pm
Kanak-kanak berumur 3 tahun boleh belajar melalui permaian, tidak semestinya dipaksa dengan kelas bacaan yang baginya membosanknan. Peranan ibubapa amat penting mengikuti tahap pembelajaran kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun supaya tidak ketinggalan setelah masuk alam persekolahan rendah. Jangan terlalu mengharap guru kelas prasekolah menyelesaikan kecemerlangan anak-anak kerana tahap pemikiran dan penerimaan mereka juga berbeza.
Comment by zulmie on September 1, 2009 at 8:34 am
Sebagai ibu bapa yang inginkn ank2 berjaya pastikan anda memainkan peranan anda sendiri. Kita selalu meminta pihak2 sekolah dan kerajaan buat itu..buat ini..mana peranan kita sebagai ibu bapa? Sedangkan kitalah berperanan dan memegang amanah terhadap ank2 kita..guru2 akn terus menjlnkn tggjwb mereka tp pastikan kita juga sama2 main peranan demi membentuk generasi cemerlang. Jgn lepas tangan..dan asyik meminta-minta dr phk lain…asyik mencari salah..tp masalah tak jg selesai.
Comment by fatma on January 9, 2010 at 10:26 am
****** adalah portal pendidikan yang dapat menyelesaikan masalah bagi ibu bapa yang sibuk bekerja untuk memantau prestasi pelajaran anak mereka. Portal pendidikan ini adalah untuk pelajar dari Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5. Sangatlah sesuai untuk membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR & SPM. Telah terbukti berdasarkan testimonial selama 8 tahun membantu ribuan pelajar mendapat straight ‘A’. Mendapat pengiktirafan dari PIBG Nasional dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
**Komen ini telah diedit oleh pemilik blog kerana bersifat pengiklanan!
Comment by Rahayu Kassim on February 21, 2010 at 8:15 pm