Kongsi Cerita: Belajar & Mengajar

CikguAzleen.com » Life Long Learning » Perumpamaan Baru – Guru Ibarat…

Perumpamaan Baru – Guru Ibarat…

Salam ceria dan sihat-sihat selalu,

Kalau dulu, selalu orang kata guru ibarat lilin.. sanggup membakar dirinya sendiri demi untuk menerangi orang lain..

Tapi, zaman pun dah berubah..

Sekarang, lilin pun dah susah nak cari.. Yang tinggal cuma lilin ‘Happy Birthday’ jer.. Kaler merah plak tuh.. Kecik laginya.. Isk isk isk..

Sekarang plak TNB dah bukan main hebat lagi.. Jarang berlaku keputusan elektrik..

Psssttt.. Kalau kat rumah saya sekarnag ni, memang sangat jarang.. Rasanya selama 4 tahun saya berada di sini, baru 4 atau 5 kali jer keputusan elektrik.. Tuh pun tidak berlaku secara tiba-tiba.. Pasti ada notis seminggu…

Dan pula, tidak akan ambil masa lama.. Lebih-lebih pun 2 jam saja.. Tuh yang selesa gile duduk sini..

Sebabnya, kawasan rumah ni sangat-sangat-sangat berhampiran ngan kawasan perindustrian.. Giler apa kalau TNB nak potong elektrik.. Berapa banyak dia nak bayar kat kilang-kilang tuh.. hehehe..

SaltTuh yang untungnya.. Yang tak berapa nak untung adalah asap-asap kilang yang kian menyesak dada.. Apatah lagi bila time hujan malam.. Wah wah.. bukan ke main lagi Titan tuh bukak api dia.. Besar banget!!

Anyway, sekarang ni..

Guru Ibarat Garam…

Mudah didapati, ada di mana-mana.. Murah pulak tuh.. Dan disebabkan begitu murah dan mudahnya untuk didapati.. Sampaikan orang dah tak heran pun.. Langsung tak pandang pun ada..

Tapi awas..

Cuba bayangkan masakan tanpa garam.. Sanggup ke nak makan? Air tanpa gula, takde hal punya.. Tapi makanan tanpa garam??

Macam tuh ler kalau kehidupan tanpa guru…

Leave a Comment

Your Comments

  1. salam…memang zaman dah berubah..maka pandangan masyarakat tentang guru pun turut berubah.Kalau dulu guru amat disanjung tinggi oelh masyarakat,dipandang mulia malah ada yang akhirnya menjadi wakil rakyat..tapi zaman sekarang nilai-nilai itu telah terhakis kerana kebanyakan yang menjadi guru hanya sekadar profesyen semata-mata atau cari makan sahaja bukannya atas minat dan bakat semulajadi.Lantaran pasaran pekerjaan yang sukar maka setelah habis pengajian di universiti maka terpaksa memilih profesyen perguruan semata-mata hendak dapatkan kerja.Kita boleh mengambil lilin ataupun garam dalam anologi ini tapi kita harus realistik dengan apa yang kita cuba gambarkan.Himpitan kebendaan dan sifat materialistik telah mengubah segala-galanya.Pada pandangan saya,bukan semua warga pendidik seperti itu tetapi kebanyakannya memang menjurus ke arah itu.Hendak mencari guru sejati amatlah sukar dewasa ini lebih-lebih lagi pihak jabatan..sekolah mahupun kementerian pelajaran hanya inginkan kejayaan mee segera..contohnya kalau murid tahun satu seboleh-bolehnya sudah serba tahu bila melangkah dari alam pra sekolah,begitulah seterusnya hanya berorientasikan peperiksaan semat-mata tanpa melihat secara mendalam dalam bidang ilmu didik yang sepatutnya dipraktikan di sekolah.Di manakah silapnya ?

    Comment by edie on November 12, 2009 at 11:09 am

  2. Kata orang, “once a teacher, always a teacher”… Saya setuju tapi saya tujukan kepada saya sajalah sebab saya memang jiwa seorang guru. “Born teacher”, bukan “Made teacher”… Sudah berpuluh tahun saya menjadi guru dan saya rasa kebenarannya bahawa profesyen guru merupakan satu profesyen yang “underrated, underpaid and overworked”. Sorang guru yang dilahirkan menjadi guru dapat dibuktikan apabila kita bertemu dengan seorang guru yang memberi kepentingan kepada profesyennya yang pada guru jenis ini adalah sama penting dengan kebersihan udara yang disedut setiap hari. Guru ini mungkin lupa tentang bulan kenaikan gajinya walaupun “money matters” sebab guru ini tahu “money is not always the answer to happiness”. Apakah profesyen yang lebih mulia dari profesyen perguruan? Doktor, jurutera (yang terbaik sekalipun), peguam dan semuanya dalam satu ketika dalam hidup mereka telah diajar oleh guru. Istilah guru berubah mengikut institusi. Jika sekolah agama dipanggil Ustadz atau ustadzah. Kolej atau universiti dinamakan pensyarah. Hakikatnya mereka dari kategori yang sama : guru. Nasihat saya untuk mereka yang telah menceburi profesyen ini tetapi sebenarnya tidak berminat, tukarlah profesyen. Untuk pelajar-pelajar yang malas belajar, nasihat seorang guru : If you want to love a subject, love the teacher!

    Comment by Nora Md. Salleh on March 19, 2010 at 3:06 pm

CikguAzleen.com

© DSMDESIGN | All Rights Reserved

Designed for and powered by Wordpress

exclusively by DSM Design Ltd