Alamak, Adik Terlupa Kerja Sekolah Yang Cikgu Bagi…
Salam ceria,
Bagi anda yang ada anak yang baru memulakan persekolahan, pasti ayat-ayat yang berbunyi ala-ala tajuk posting ni bukanlah sesuatu yang tidak pernah anda dengar kan?
Hari ni saya mendengar keluhan seorang teman tentang anaknya yang baru masuk Tahun 1 tahun 2010 ni. Waktu nak pergi sekolah agama (pagi), si anak merengek enggan pergi kerana baru teringat ada satu lagi homework yang diberi oleh gurunya terlupa hendak diselesaikan malam tadi.
Tentu anak anda pun sering kali berlaku perkara yang sama kan? Kadang-kadang tuh bukannya anak kecil Tahun 1, sekolah menengah pun boleh lupa homework yang diberi oleh guru..
Yalah, terlalu banyak sangat benda yang kanak-kanak perlu ingat, perlu fikir dan perlu lakukan sekarang ni.. Bukan macam 30-40 tahun yang lalu.
Jadinya, apa penyelesaian yang anda beri kepada anak anda?
Selepas saya dengar teman tadi bercerita, saya berikan satu jalan penyelesaian kepadanya. Saya rasa anda pun boleh aplikasikan kepada anak anda.
Begini caranya:
- Berikan anak satu buku 555 atau buku nota kecil, nipis bersaiz poket.
- Beritahu kepada anak supaya sebaik saja guru beri homework, terus tulis dalam buku nota tersebut.
- Tidak perlu tulis detail apa kerjanya, bagi sekolah rendah, saya yakin memadai dengan tuliskan saja subjeknya. BM, MT, AG, BI, SN, PM, PK, PJ, PS…
Majoriti kanak-kanak sekarang dah tahu menulis sikit-sikit. Jadi saya yakin setakat nak tulis ‘BM’ bila guru BM bagi latihan, anak anda pasti boleh lakukan.
Kalau tak, pada muka surat pertama anda boleh senaraikan saja singkatan untuk subjek-subjek tersebut. Mudahlah anak nak merujuk kalau dia terlupa di sekolah.
Bila anak pulang, anda pun tak perlu lagi selongkar satu beg membelek semua buku yang ada dalam beg sekolahnya. Rujuk saja pada buku nota, dan terus aje buat latihan yang diberi.
Jimat masa, jimat tenaga dan selamat daripada dimarahi guru tak siap homework! Hehehehe..
Selamat mencuba!

