Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Apa Yang Penting?

Kerjasama..

Opsss.. Maaf, ini bukan nak cerita tentang Wonder Pets.. Ataupun tentang siri kartun lainnya.. Tapi…

Sekarang ni saya ada mengambil seorang anak saudara tinggal bersama. Beliau baru tingkatan 1.Namanya Adiba.

Balik tadi, Adiba beritahu saya yang esok ada latihan rumah sukan di sekolah. Bagaimanapun, beliau tidak mahu pergi dengan alasan “banyak kerja sekolah”.

Jadi, saya beritahu Adiba supaya menyiapkan kerja sekolahnya malam ni, dan esok pagi boleh pergi latihan rumah sukan.

Kemudian, Adiba beritahu saya lagi yang ibunya selalu cakap, “Apa yang penting? Akademik!”. Maksudnya, menyiapkan kerja rumah lagi penting dari pergi latihan rumah sukan. Dalam erti kata lain, alasan”banyak kerja rumah” boleh diterima untuk mengelak dari ke latihan rumah sukan.

Seterusnya saya jelaskan kepada Adiba, malang sekali kerana sekarang beliau di bawah jagaan saya maka kata saya “Lagi penting adalah keseimbangan”. Individu yang tidak aktif, 99% bukanlah dari mereka yang cemerlang.

Itu statistik yang saya suka-suka sendiri buatlah..

Tapi saya yakin kalau kajian dibuat pasti akan menyokong kenyataan saya tuh..

Melalui pengalaman dan pergaulan saya, saya dapati rakan-rakan yang semata-mata memfokuskan kepada akademik dan keputusan peperiksaan memang pasti akan dapat keputusan peperiksaan yang hebat. Tetapi malangnya mereka kurang kreativiti dan kurang pengetahuan untuk menghadapi ‘kehidupan sebenar’ a.k.a real life. Sebab itu juga kebanyakan rakan-rakan sebeginilah yang sukar mendapatkan pekerjaan…

Tetapi, rakan-rakan saya yang aktif dalam gerak kerja kokurikulum, biasanya tidaklah mendapat keputusan peperiksaan yang teruk. Walaupun mungkin tidak sehebat rakan type A tadi, keputusan peperiksaan mereka masih lagi berada pada tahap yang baik. Dan type B ini juga lebih kreatif dan lebih mudah mendapat pekerjaan.

Pembelajaran tidak semestinya berlaku semata-mata secara formal melalui kelas dan buku sahaja. lebih banyak pembelajaran yang berfaedah untuk menghadapi real life dipelajari melalui aktiviti ko-kurikulum, ko-akademik, luar kelas dan pergaulan harian individu.

Justeru, saya tidak dapat menerima ‘banyak kerja sekolah’ sebagai alasan skip latihan rumah sukan.

Kerja memang banyak.. Bukan setakat kerja sekolah, kerja rumah dan kalau dah dewasa besok ada banyak lagi kerja harian yang kalau nak disenaraikan 250GB hard disk pun tak cukup rasanya.

Tapi yang penting adalah bagaimana kita menyusun hidup kita dan menyeimbangkan segala aktiviti harian.

P.S.: Saya harap ibu bapa yang membaca post ini juga janganlah menerima alasan ‘banyak kerja sekolah’ untuk anak skip sebarang aktiviti penting sekolah.

Leave a Reply

Tags & Categories