Salam ceria pembaca yang saya hormati,
Ini bukanlah kali pertama saya menerima emel yang seumpamanya. Maksud saya yang bertanya bagaimana saya membolehkan pembaca mendaftar di blog saya dan posting baru dihantar terus ke emel pembaca.
Mungkin saya pernah memberitahu mengenai perkara ini sebelum ini. Tapi mungkin juga ramai yang masih lagi tak tahu. Terutamanya blogger-blogger newbie.. hehehehe.. Saya ni bulehlah kategorikan otai, muahahaha.. (Dilanda perasaan perasan..) Maklumlah, 2010 adalah tahun ke 8 saya menceburkan diri dalam dunia blogging..
Anyway, sebenarnya banyak cara anda boleh menghantar posting kepada pembaca blog anda.
Cara #1: Hantar Secara Manual
Cari jalan macamana nak collect alamat emel pembaca blog anda (topik ini perlu dibincangkan separately kerana panjang giler kalau kita nak discuss bagaimana nak collect alamat emel pembaca). Lepas tu, setiap kali anda tulis posting baru, hantar emel kepada mereka.
Alaaa.. macam anda hantar emel kepada rakan-rakan anda.. Macam tak biasa pulak.. Tapi cara ni berpotensi besar untuk emel anda dimasukkan ke dalam kategori SPAM/ JUNK..
Cara #2: Guna Plugin
Hmmm.. Mudah jer.. Anda cari jerlah plugin-plugin yang berlambak dalam pasaran (guna function search kat search engine). Antara contoh yang saya jumpa sekejap tadi adalah WordPress Email Notification Plugin. Plugin ni membolehkan emel dihantar kepada pembaca (yang mendaftarkan diri mereka saja ya!) setiap kali anda update blog anda.
Tetapi sejauhmanakah plugin ni berkesan saya tak pasti. Seketika dahulu saya pernah menggunakan plugin sebegini, tetapi hasilnya tidak memberansangkan. Panjang ceritalah kalau nak beritahu apa yang tak memberansangkan. Apa kata anda pulak cuba, kemudian ceritakan di blog anda.
Cara #3: Guna Autoresponder
Rasanya nilah cara yang paling popular, selamat dan digunakan hampir 99% blogger profesional. Ianya melibatkan sedikit modal kerana perlu bayar perkhidmatan autoresponder. Saya gunakan Aweber (Klik sini untuk ke laman web mereka) dan setakat hampir setahun ni saya memang puas hati.
Saya cuma perlu setkan sekali saja untuk hantar emel ke pembaca. Dan setiap kali ada posting baru di blog, Aweber akan buat semua kerja-kerja penghantaran emel update.
Jadi saya rasa itulah 3 cara yang boleh anda cuba untuk menghantar posting secara automatik ke emel pembaca blog anda. Kalau anda tahu ada cara lain, apa kata anda kongsikan dengan saya.
Selamat mencuba!



terim kasi cikgu …
Comment by zul on January 29, 2010 at 3:14 pm