Program Sekolah, Shake Party Dan Yok Menari Dengan Saya!
Salam ceria para pembaca yang saya kasihi,
Minggu ini adalah minggu yang agak ‘menyeteresskan’ saya.. Huhu.. Rosak penggunaan bahasa.. Maksud saya minggu ini memberi banyak tekanan kepada saya..
Bukannya apa.. Penandaan kertas IKAM sebenarnya masih belum selesai. Mujurlah PPD minta pada 28 Januari nanti. Masih ada seminggu. Mujur juga saya dah mulakan ujian seawal hari pertama persekolahan.. Memang tak tunggu-tunggu.. Pengalaman tahun lepas cukup mematangkan saya.. hehehe..
Kemudian pula, saya juga sedang menyelaraskan program untuk ibu bapa yang julung-julung kalinya saya lakukan.. Hehehe.. Ianya bukanlah kali pertama di adakan.. Tapi guru yang melaksanakan program ni sebelum ni dah berpindah. Jadi, pada siapalah saya nak merujuk? Melainkan buat-buat macam tahu segalanya..
Ewah.. Nasib baik juga saya dah biasa terlibat dengan event-organising. So, takdelah giler sangat. Itupun ada juga beberapa bahagian yang tertinggal. Yang cuma saya perasan ketiadaannya pada hari ni. Contohnya, saya lupe nak menetapkan siapa yang nak pergi membeli roset. In fact, roset pun tak dimasukkan ke dalam bajet..
OKlah tuh.. Kalau setakat jadi penyelaras saja, still OK.. tapi ni saya pun kena jadi penceramah ni.. Adussss.. Tuh yang rasa malam tidur tak lena.. Rasa macam dah tidur.. Tapi bila tersedar jer, otak saya mesti sedang berfikir..
Tambah pulak tak semua AJK melaksanakan tugas dengan baik. Saya tidak salahkan mereka kerana selain dari jumlah yang agak sengal ni cume 1-2 orang jer, mungkin juga AJK yang tidak dapat laksanakan tugas tuh tidak sesuai ditugaskan di situ. Itu peringatan untuk saya lah.. Yalah, sebagai ketua yang baik, kita juga mesti kenal orang2 kita dan jenis tugas yang sesuai untuk mereka, betul tak?
Anyway, most of the AJK banyak membantu saya.. Cakap sekali jer… Zasssss… Terus siap.. Alahai, kalau setiap orang macam ni kan aman sekolah ni.. Hahahaha…
Oppsss.. Don’t read between the line.. It’s just a joke OK..
Kemudian, pada hari Ahad juga saya buka rumah saya untuk shake party. Tahun ni, konsep shake party saya lain sket..
Apa yang lain?
Sebab kali ni kita kenakan bayaran.. Hahahaha.. Sebabnya tahun lepas bila saya buat FREE ramai yang rasa tak sedap hati.. Dapat makan, dapat minum, dapat scan.. Semuanya FREE.. Diorang rasa tak selesa..
Pelikkan manusia ni? Bagi free pun tak nak..
So, tahun ni, saya kenakan bayaran.. Tak mahal pun.. RM8 jer.. Dan anda akan dapat shake 1 shaker cup.. Maknanya sila bawa shaker cup sendiri kerana siapa tak bawa shaker cup, kenalah beli shaker cup.. huhu.. Harga shaker cup RM10 jer..
Dan Inner body scan dan health analysis masih lagi diberi secara percuma.. cuma shake party jer tau..
Sesiapa yang nak maklumat lanjut sila SMS saya di 0162949298. (Amaran: Sesiapa yang SMS saya menawarkan pelbagai perkhidmatan yang tidak saya perlukan, akan saya repot ajer nombornya ke Polis..)
Dan yang akhir sekali.. Mesti ramai yang nak tahu ni.. Pasal part yang yok menari tuh kan..
Sebenarnya begini.. Saya tidak ada menawarkan sebarang kelas tarian. Bagaimanapun, entah mengapa.. saya kerap menerima emel orang nak belajar menari lah, orang nak cari grup tarian untuk persembahan lah.. Dan macam-macam lagi..
Jadinya, sebentar tadi saya baru jer terima emel dari Azizah yang beria-ia nak belajar zapin.. Sampaikan siap dah pergi cek ngan Yayasan Warisan Johor. Unfortunately, YWJ tak terima orang dewasa. Pelik pulak.. Tahun lepas ada..
Anyway, emel dari Azizah membuka hati saya untuk berkongsi sedikit ilmu tarian yang saya ada.. Yalah, kalau saya simpan lama-lama kang terbuku pulak dalam hati.. Hahahaha..
Jadinya, saya telah memberitahu Azizah bahawa saya akan luangkan sedikit masa untuk membantu beliau. Mungkin juga ini akan menjadi titik permulaan untuk memulakan kelab tarian. Kan?
Dan saya juga menjemput sesiapa yang berminat nak turut sama.. Ahad, 24hb Januari 2010, jam 9.00 pagi (latihan selama 90 minit). Untuk alamat, sila SMS saya 016 294 9298. Ingat SMS tau, jangan telefon!
OK, time’s up.. Got to get home..
Chiow!!

