About

Hi, saya Cikgu Azleen. Berusia 42 tahun dan sekarang menetap di Pasir Gudang, Johor.

Saya mempunyai 3 orang cahaya mata, 2 perempuan dan 1 lelaki.

Seperti kebanyakan ibu bapa lain, saya juga berharap agar anak-anak saya cemerlang dan gembira dalam kehidupan mereka.

Saya amat menitikberatkan pendidikan secara keseluruhan, dan menjadi keutamaan saya memastikan anak-anak saya menguasai literasi seawal yang mungkin.

Bertugas sebagai Guru Pemulihan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia, memberikan saya peluang untuk bereksperimen dengan pelbagai kaedah dan teknik mengajar membaca.

Pendek kata, saya telah mencuba hampir semua kaedah dan teknik mengajar membaca yang ada dalam pasaran.

Saya juga telah menghabiskan ribuan ringgit dan ratusan jam membeli dan membaca pelbagai buku mengajar serta menghadiri pelbagai kursus.

Sehinggalah saya bertemu dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Synthetic Phonics.

Ternyata kaedah ini sangat sesuai dengan pelbagai umur serta latarbelakang kanak-kanak. Ia juga disokong oleh kajian sains neurologi dan psikologi.

Sekarang, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada kaedah belajar membaca ini supaya kita dapat mengurangkan jumlah kanak-kanak buta huruf di Malaysia khususnya.

Saya ada menjalankan kelas membaca, dikenali sebagai Whiztots Cepat Membaca yang terletak di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Kini kelas ini mempunyai hampir 100 orang pelajar aktif.

Saya juga giat menjalankan program latihan untuk ibu bapa dan guru supaya mereka juga dapat bersama-sama membantu anak-anak bawah didikan mereka belajar membaca.

Program saya juga ada yang dijalankan secara online bersesuaian dengan kehendak dunia semasa.

Kalian dijemput untuk melihat ruangan portfolio untuk melihat dengan lebih jelas program-program yang saya jalankan.

Semoga hasrat murni ini mendapat sokongan dari kalian semua. Doakan saya terus tabah, kuat dan sabar dalam mencapai cita-cita ini.

Terima kasih.

Cikgu Azleen