Mengatasi Masalah Bayi Sembelit

Ramai ibu yang tertanya-tanya samada Afiah mengalami masalah sembelit memandangkan Afiah terus makan makanan pejal tanpa melalui makanan semi-pejal seperti puree dan bubur.

Ini kerana banyak bayi yang mengalami masalah sembelit apabila mereka mula makan makanan semi-pejal..

Oleh kerana makan makanan semi-pejal pun boleh sembelit, ramai ibu membuat andaian jika makan makanan pejal seperti Afiah pun, tentu lagi terus sembelitnya.

Alhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi Afiah mengalami masalah sembelit sungguhpun Afiah diberikan makanan pejal seperti ayam, daging dan lempeng.

Nak tahu rahsianya?

Hehehe.. Sebenarnya taklah begitu rahsia.. Saje je saya buat gimik.. Menjadi tak?

Tidak, saya tidak memberikan Afiah air kosong walaupun setitik.. Tidak kira samada selepas makan, sebelum makan, selepas menyusu atau pada hari yang panas.

Pemberian air masak adalah salah satu punca utama bayi mengalami sawan tarik.

Saya ada membaca satu artikel yang menerangkan dengan jelas mengenai kaitan air masak dan sawan tarik, tetapi saya tidak ingat di mana.

Mengikut pemahaman saya (hasil dari bacaan artikel tersebut OK), pemberian air masak akan menyebabkan kepekatan darah dalam tubuh bayi berkurangan (dalam erti kata yang lebih mudah, darah bayi menjadi cair).

Apabila darah menjadi lebih cair, kandungan oksigen dalam darah juga berkurangan.

Lalu menyebabkan jumlah oksigen yang dihantar ke otak bayi juga menurun dengan mendadak.

Kekurangan oksigen dalam otaklah yang menyebabkan berlakunya sawan tarik.

Macamana keadaan sawan tarik?

Hakikatnya saya tidak tahu kerana saya tidak pernah melihatnya.. :D Dan rasanya saya tidak mahu tahu, tidak mahu mengalaminya.. Oleh itu saya membuat pilihan untuk tidak memberikan Afiah walau setitik pun air kosong.

Baiklah, berbalik kepada topik utama yang sedang kita bincangkan iaitu masalah bayi sembelit.

Pemberian makanan kepada bayi adalah tambahan kepada pemberian susu ibu, bukannya sebagai pengganti kepada susu ibu.

Justeru, ibu perlu pastikan bahawa pemberian susu ibu kepada bayi masih menyamai (jika tidak melebihi) dengan pemberian susu ibu sewaktu bayi belum memulakan makanan pejal (bawah 6 bulan).

Maknanya, jika sebelum ini bayi menyusu 12 kali sehari, selepas bayi memulakan makanan pejal, bayi masih lagi perlu menyusu sekurang-kurangnya 12 kali sehari.

Dalam kes Afiah, Afiah menyusu lebih banyak sejak beliau memulakan makanan pejal.

Ramai ibu yang memilih untuk menggantikan pemberian susu dengan makanan.

Cara ini menyebabkan pengambilan susu (70% dari kandungan susu adalah air ya!) berkurangan. Bila kekurangan cecair dalam badan, memanglah bayi sembelit..

Bagaimana nak memastikan pengambilan susu mencukupi?

Cara saya adalah dengan menyusukan Afiah sebelum memberikan beliau makan. Sekiranya beliau tidak mahu menyusu (seringkali beliau excited melihat meja makan sudah disiapkan), saya tidak akan memberi beliau makan.

Kejam bunyinya?

Biar kejam begitu daripada melihat Afiah mengalami masalah sembelit yang boleh menyebabkan bontot beliau luka.. No no no..

Bagaimanapun, biasanya apabila Afiah enggan menyusu, saya akan memberitahunya:

Afiah nak makan kan? Kena menyusu dulu OK, kalau tak kita tak makan..

Dan percayalah bahawa bayi anda cukup bijak untuk memahami apa yang anda katakan jika anda memberi mereka ruang untuk memahaminya..

Biasanya selepas saya beritahu begitu, Afiah akan terus menyusu dengan cepat.. Dan sedia untuk bangun ke meja makan.. Hahaha..

Selepas makan, saya juga menawarkan Afiah untuk menyusu sekali lagi..

Kadang-kadang beliau mahu, kadang-kadang beliau tidak mahu. Tetapi selalunya memang beliau mahu menyusu kerana sepanjang waktu makan saya memang tidak menawarkan susu langsung..

Kesimpulannya, itulah rahsia saya untuk mengelakkan masalah bayi sembelit pada Afiah.

Berikan susu sebelum memberi makanan, dan tawarkan susu sekali lagi selepas bayi makan.

Mudah kan?

***********************************************************************************

Pengumuman:

Pasir Gudang Breastfeed Support Group Meeting 2/2012 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Hari/ Tarikh: Sabtu/ 25 Februari 2012
Masa: 3 petang hingga 5 petang
Tempat: Taman Bukit Layang-layang (Hadapan Muzium Layang-layang)
Topik: Breastfeeding And Working Mom (Perfecting The Balancing Act) 

Semua individu yang terlibat atau ingin mengetahui tentang penyusuan ibu dijemput hadir. Anda boleh membawa bayi, keluarga, saudara mara, jiran tetangga, rakan sekerja dan sesiapa saja untuk menghadirinya.

Masuk adalah PERCUMA! Kami mengadakan Potluck!

Sila layari: http://www.facebook.com/events/283668671696748/ untuk keterangan lanjut atau hubungi Azleen 0162949298 atau Ina 0177293047.

***********************************************************************************

2 comments
HasifBakhtiar
HasifBakhtiar

bayi sy baru 1bln..and then hanya minum susu badan je.tp masalahnya dua tiga hari kebelakangan ini anak sy seolah sembelit dah 2 hari anak tidak mebuang air besar.macam mana nak atasinya. tp dia kerap keluar angin

( kentutlah)

CikguAzleen
CikguAzleen moderator

 @HasifBakhtiar Assalam.. Bayi cerewet tak? perutnya kembung tak? Meragam atau tidak?

 

Kalau jawapannya tidak, anda tidak perlu risau.. Susu ibu mengandungi enzim penghadaman (tidak ada dalam susu formula). Oleh itu hampir 100% kandungan susu ibu dihadam oleh perut bayi dan tidak ada apa yang nak dibuang keluar.. 

 

Sebab itu, adalah normal untuk bayi yang disusukan secara eksklusif dengan susu ibu untuk tidak buang air besar berhari-hari lamanya.. Selagi bayi sihat, aktif, tidak cerewet, tidak meragam dan tidak mengalami perut kembung, anda tidak perlu melakukan apa-apa..

 

Tetapi sekiranya bayi anda dalam keadaan yang tidak selesa, anda boleh cuba membuat urutan pada perutnya.. Gosok dengan minyak bayi perlahan-lahan secara ILU atau secara pusaran.. Mana-mana pun boleh..

 

Boleh rujuk video di YouTube tentang teknik mengurut bayi kecil:

http://www.youtube.com/results?search_query=baby+massage+tummy&oq=baby+massage+tummy&aq=f&aqi=&aql=&gs_sm=12&gs_upl=0l0l1l2781l0l0l0l0l0l0l0l0ll0l0

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes