Bagaimana Merujuk Hasil Orang Lain Tanpa PLAGIAT?

Dua hari lepas saya dah cerita pada anda bagaimana hasil tulisan saya dan juga SmartZul diplagiat. Saya pasti kejadian ni bukan saja berlaku pada saya dan SmartZul, bahkan ramai lagi penulis lain menghadapi masalah yang sama. Kecewa, geram, rasa macam nak gigit jer orang yang buat tuh :twisted: Maaf ya, ini bukan aksi gigitan manja ala dracula.. Tapi gigitan ganas seorang blogger.. Hahahaha..

Menurut Wiki:

Plagiat atau plagiarisme atau penciplakan adalah penggunaan gagasan, informasi atau tulisan orang lain tanpa memberi informasi yang cukup tentang sumber aslinya.

Naahh.. Saya rasa penjelasan Wiki itu telah cukup jelas bagaimana anda nak merujuk hasil orang lain tanpa melakukan plagiat. Mudah saja, selepas anda ambil apa yang ditulis oleh orang lain, anda nyatakan siapa orang yang menulisnya atau anda letakkan link ke tulisan asal tersebut.

Saya sendiri pernah melakukan perkara ini, malah sering melakukannya.. Anda boleh lihat contoh dalam posting saya seperti berikut: Making The Most Of Your Productive Time. Dalam post tersebut, di bahagian akhir saya telah menyatakan tips produktiviti yang saya ambil dari hasil tulisan orang lain – ramai orang sebenarnya. Dan untuk setiap tip itu, saya letakkan link ke penulis tips tersebut. Tambahan pula, saya tidak mengambil keseluruhan post, hanya tips terbaik pada pandangan saya.

Adakah RSS Juga Plagiat?

Saudara Raymond telah bertanya jika RSS juga dikategorikan sebagai plagiat. Dan jawapan saya, bergantung kepada tatacara penggunaannya, ia boleh menjadi ya dan juga tidak.

Rujuk kembali makna plagiat di atas. Jika anda ambil RSS penuh dan masukkan ke dalam laman web anda (yang selalunya dipanggil splog), tetapi anda membuang maklumat penulisnya, ia adalah plagiat.

Cara terbaik jika anda membina laman web anda berasaskan RSS adalah sebelum mengambil tulisan seseorang itu, apa kata anda beritahu kepadanya yang anda ingin syndicate content dari blog beliau, dan akan meletakkan link ke blog beliau. Saya rasa kebanyakan penulis akan bersetuju jika anda melakukannya begitu. Tetapi lebih baik lagi jika anda tidak meletakkan artikel penuh di website anda, sebaliknya hanya ambil summary saja dan letakkan link untuk bacaan penuh di laman web asal.

Kebanyakan orang yang ambil RSS ini tujuannya adalah untuk membuat duit. Selalunya melalui Goggle Adsense dan rakan seangkatan dengannya. Jadi adalah baik juga, jika anda kongsikan hasil anda itu dengan penulis yang anda ambil RSS nya itu.. :twisted: Mungkin anda boleh buat bayaran tetap bulanan – RM10 sebulan, atau lebih jika sebenarnya anda mendapat lebih dari sepatutnya..

Dan saya rasa paling baik sekali jika anda langsung tidak melakukan perkara ini. Buat apa anda nak ambil content orang lain? Lebih baik anda menulisnya sendiri atau mengupah orang lain melakukannya. Terutama sekali kalau tujuan anda syndicate content tu untuk membuat duit. Bagi orang Islam, hal ini akan berbalik kembali kepada menggunakan sumber yang halal untuk mencari rezeki.. Sudah tentu tidak halal untuk anda mengambil hak orang orang lain tanpa kebenaran. Jika sumbernya tidak halal, bagaimana dengan rezeki yang diperolehi? Anda boleh baca penjelasan RajaBlog tentang isu penggunaan sumber yang tidak halal untuk mencari rezeki.

Tidak Sama Dengan Melanggan RSS

Ooohh.. Jika anda maksudkan melanggan RSS untuk pembacaan anda sendiri, itu memang baik untuk anda. Itu memang dibenarkan oleh penulis – selalunya.. Kalau dia tak benarkan, bagaimana anda boleh dapat RSS nya?? Hehehehe..

Saya harap isu ini jelas, dan lepas ni sama-samalah kita berhati-hati bile mengambil atau merujuk tulisan orang lain.. Jangan sampai kes dibawa ke mahkamah pulak.. Kecoh pulak nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
19 comments
Kieran
Kieran

hi i enjoyed the read

zool
zool

Hm.. saya akui saya selalu gak plagiat dalam blog saya..
mungkin disebabkan tak berapa bagus dalam english tu yang kengkadang cut n paste n lepas tu edit sket2...
Tapi saya akan cuba untuk mencuba mengupdate blog tanpa plagiat cuma menggunakan idea2 yang telah didapati melalui sumber2 n gunakan backlink ..
Tq

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Kalau dapat kebenaran dari owner nya ianya taklah dipanggil plagiat.. Sebaiknya jika terpaksa anda boleh gunakan ideanya, tapi cuba sampaikan dalam bahasa anda sendiri.. Kemudian buat penjelasan dan huraian dalam bahasa anda sendiri.. Dan berikan backlink kepada tuan punya artikel sebagai tanda berterima kasih..

Paypal2u Bloggers
Paypal2u Bloggers

Plagiat memang memberikan masalah samaada kepada penulis asal mahupun kepada sistem enjin pencarian. Ianya memang tidak bermoral.

Akan tetapi banyak pihak yang menganggap penggunaan RSS yang tidak berhemah akan menyebabkan plagiat dan pagerank sesebuah laman web akan menurun apabila didapati melakukan plagiat.

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Ya, hanya orang yang tidak bermoral juga yang akan menyokong perlakuan tidak bermoral :twisted:

Jika kita membiarkan perkara ni berterusan berlaku, akhirnya industri blogging juga akan jadi seperti industri muzik (kerana cetak rompak) - semakin kurang hasil yang berkualiti diterbitkan, kerana kebanyakan penulis yang berkualiti akan mulai bosan dengan suasana plagiat. Kemudian, pemplagiat tak ada bahan berkualiti untuk di plagiat. Dan masyarakat pun tak ada bahan berkualiti untuk dibaca..

Yang pentingnya, sebagai ingatan untuk saya dan anda semua, amalkan etika blogging yang betul..

Putera Emas
Putera Emas

Kalau tak nak kena diplagiat, tak usah tulis kat dalam internet, tulis je dalam buku diary. hahaha.. jangan marah ya...

Satu cara untuk memastikan si pencuri tu link balik kepada web anda ialah dengan meletakkan link/copyright anda di bawah tulisan anda.

Kebaikan diplagiat ialah hasil tulisan anda akan terus dibaca oleh orang lain kerana web anda tidak akan kekal selamanya.

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Plagiat tidak hanya berlaku di internet.. Ianya juga boleh berlaku jika anda menerbitkan buku, menulis lagu, mencipta software, dan macam-macam lagi..

Meletakkan link/ copyright tidak menyelesaikan masalah.. Kerana dengan mudahnya orang boleh delete aje link/ copyright tersebut..

Soalnya adalah etika.. Mengapa mahu ambil sesuatu yang bukan milik anda? Dan susah sangat ke untuk meminta dari pemiliknya? Kebanyakan blog biasanya menyediakan contact form..

Putera Emas
Putera Emas

hahaha... siapa Putera Katak tu? Ayatnya macam ku kenal je..

Cikgu Katak kata "Mengapa mahu ambil sesuatu yang bukan milik anda?"

Kenapa nak lokek-lokek? Mungkin dia suka artikal cikgu tu. Mana email cikgu?

Kalau tak silap, di wordpress ada option untuk RSS dimana orang yang gunakan RSS blog anda hanya akan mendapat summary content sahaja.

Putera Emas
Putera Emas

Hmm.. mungkin cikgu punya BM sungguh POWER sampai saya tak faham.

Oklah.. nampaknya cikgu ni suka marah2 kat murid2nya? Maaplah zahir dan batin sebab buat kacau disini.

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Oh ya,

"Mengapa mahu ambil sesuatu yang bukan milik anda?"

Itu Cikgu Azleen yang tanya, bukan Cikgu Katak..

Mungkin awak juga perlukan cermin mata dengan power yang mencukupi..

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Awak ada masalah ke dengan artikel saya? Berdasarkan komen awak, saya rasa awak tidak membaca artikel ini sepenuhnya, sebab segala soalan awak tuh, telah pun saya jawab terlebih dahulu dalam artikel ini.

Atau mungkin awab baca sepenuhnya, tapi awak ada masalah pemahaman Bahasa Melayu. Ya ke begitu? Sebab itu artikel yang ditulis dalam bahasa melayu yang mudahpun sukar difahami. Mungkin awak kena cari cikgu bahasa melayu dan belajar lagi..

Apapun terima kasih kerana memberi komen dan memeriahkan lagi perbincangan ini, tetapi saya harap lain kali sebelum awak bertanya, pastikan dulu yang jawapannya tak ada dalam artikel yang ditulis.. Ini pun bukannya kali pertama awak bertanyakan soalan yang telah dijawab..

Raymond
Raymond

Hmm... semua kontent dalam blog saya ni datang dari minda dan sanubari ku ni. So, boleh dikatakan original lah.

Tapi kadang-kadang rasa tak selesa juga kalau-kalau ada orang yang mencuri artikel aku. Soalnya, macam na nak tau ade orang yang curi atau plagiat artikel aku ni?

Nanti pembaca ku ingat aku yang curi daripada si plagiat tu.

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Sila beri nasihat :)

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Hahaha.. Itulah.. Bagaimana nak tahu ada orang ambil artikel kita? Kecuali dia meletakkan link ke blog kita (seperti yang berlaku kepada saya).. Jika tak, memang tak akan tahu..

Jangan bimbang.. Jika pembaca anda biasa membaca tulisan anda, dia akan tahu siapa penulisnya..

Azmeer
Azmeer

saya setuju dengan masalah plagiat ini. tapi cara terbaik ialah dengan pemplagiat itu meletakkan link ke website yg diplagiatnya. ini lagi bagus dan menguntungkan dua-dua belah pihak.

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Ya betul.. Apalah salahnya berikan link semula ke penulis asalnya.. Both parties win..

(abdfatah) blog only for money?
(abdfatah) blog only for money?

oppsss dah terambik posting orng lain daaaa... maaf banyak2... tapi itulah yang selalu saya buat. bukan tiru bulat-bulatan gitu je...

tanda quote pun kena bubuh jugak...

tapi ada juga saya tak taruk... agaknya2lah kalu ada. cuma nak suruh orang cari siapa penulis asalnya. dah jumpa nanti kalu ada yang sebijik je. ada report saya akan link ke website beliau. itulah cara saya...

pada saya lebih baik buat ulasan sendiri terhadap tulisan beliau yang berpenat lelah menulis dan akhirnya terima kasih banyak...

sekian terima kasih...

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Ya.. Kalau dalam penulisan formal, bila mengambil hasil tulisan orang lain kita kena quote dan sebut dari mana.. Tapi dalam blogging, bagi saya ianya boleh dilonggarkan.. Mencukupi dengan memberikan satu link kembali kepada tulisan asalnya itu.. Bukan luak pun jika anda memberikan kredit kepada penulis asalnya kan? Google tak minta duit pun untuk mengira link tersebut..

Trackbacks

  1. [...] Bagaimana Merujuk Hasil Orang Lain Tanpa PLAGIAT? [...]

  2. [...] referensi : – bagaimana-merujuk-hasil-orang-lain-tanpa-plagiat – Blogging Guide – wiki : Plagiat [...]

  3. [...] Bagaimana merujuk hasil orang lain tanpa plagiat – Almaklumlah, walaupun internet adalah satu dunia tanpa sempadan, ianya tidak bermakna anda boleh mengambil hasil penulisan orang lain sesuka hati.. Ketahui bagaimana anda ingin menggunakan hasil penulisan orang lain di blog anda dengan cara berhemah.. [...]