Belajar BI Dengan Kamus BI-BI Atau Kamus BI-BM?

Saya sedang menonton rancangan So You Think You Can Dance (America) di Channel 5 Singapore sewaktu saya terfikir tentang kamus untuk belajar BI. Sebenarnya banyak masa saya digunakan untuk memikirkan cara termudah untuk mengajar pelajar menguasai bahasa inggeris. Dan perkara tentang kamus ini tiba-tiba terlintas di fikiran saya.

Macam yang anda semua tahu, saya memang menitikberatkan penggunaan kamus. Seberapa boleh, saya akan memaksa pelajar mencari sendiri perkataan yang dia tak tahu maknanya di dalam kamus. Jika selepas melakukannya beliau masih salah (hairan saya macamana boleh salah?), barulah saya akan beritahu maknanya. Sehingga kadang-kadang rasa nak naik angin juga bila pelajar endah tak endah dengan penggunaan kamus.

Kenangan Semasa Dulu

Saya teringat bahawa sepanjang tempoh persekolahan saya, dari tadika hinggalah ke universiti, saya hanya ada dua kamus iaitu BI-BI dan BM-BM. Saya tidak pernah memiliki kamus BI-BM atau BM-BI. Dan saya tidak pernah ingat jika guru saya (samada di sekolah rendah ataupun menengah, saya mendapat pengecualian untuk subjek BI semasa di universiti) pernah menyuruh, memberitahu atau menunjukkan kamus BI-BM atau BM-BI. Pada saya, jika dikatakan kamus, ia bermakna kamus BI Oxford atau kamus BM DBP. Itu saja.

Saya diperkenalkan kepada kamus dwibahasa hanya setelah saya masuk bekerja. Itupun secara tidak sengaja apabila suami saya (masa tuh tunang jer) membeli kamus dwibahasa untuk kegunaan kerja beliau. Masa tuh saya agak hairan mengapa wujud kamus sedemikian. Saya tidak pasti samada kamus sebegini telah wujud sejak saya kecil atau tidak :twisted: Saya rasa ianya telah ada.

Saya masih ingat juga, kadang-kadang apabila menggunakan kamus untuk mencari makna sesuatu perkataan BI, dalam maksud yang diberi juga ada perkataan yang tidak tahu. Oleh itu, saya akan mencoretkan makna tersebut di atas sehelai kertas conteng, dan mencari pula makna perkataan dalam makna tadi yang saya tidak tahu. Jika ada lebih dari satu perkataan yang tidak tahu, memang banyaklah kerja saya. Lebih banyak lagi jika makna perkataan kepada makna perkataan yang dicari pada awalnya juga tidak diketahui dengan tepat :twisted: Boleh faham ke?

Contohnya begini, katalah saya sebenarnya mencari makna perkataan dodge. Dalam kamus dinyatakan dodge sebagai evade by cunning or trickery. Saya masih tidak tahu apa itu evade dan cunning. Trickery saya teka ada kaitan dengan trick. Saya akan cari pula makna evade. Evade bermaksud escape from, avoid. Cunning pula bermaksud deceit. Hmmm.. Sekarang saya kena cari pula makna perkataan deceit. Ianya bermaksud mislead atau trick. Dan sekarang saya tahu bahawa dodge bermaksud melarikan diri/ mengelak dengan cari menipu/ helah.

Begitulah yang berlaku setiap kali menggunakan kamus. Memang habis banyak masa tetapi ianya berbaloi, kerana dalam mencari satu perkataan tadi, saya telah menjumpai banyak perkataan baru. Cuba anda kira berapa perkataan yang saya pelajari dengan mencari satu saja perkataan dodge?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
16 comments
cik sue
cik sue

Cikgu...Anak lelaki saya yang tuisyen dgn cikgu tu angat malas nak belek kamus..cemane nak pupuk yer?..dh sediakan kamus bm-bi dan bi-bi..pokoknyer dia malas nak belek dan sanggup bersusah payah tnyer kwn by hp.Saya dan suami?..xkan bagi jawapan melainkan suruh tgk kamus..sampai sudah tak bukak kamus tu..tesennnn2

nabila
nabila

maksud biodiesel dalam makna kamus bm

student
student

pling bgus study english pakai kamus yang mcam kak ker

risau
risau

kerajaan menyarankan kita belajar bahasa inggeris....tapi saya tak pernah jumpapun kamus eletronik kat intenet ni....yang ada hanyalah kamus (indonesia - inggeris) dan juga inggeris ke bahasa2 lain itu je yang percuma...kalau yang malay - inggeris semuanya berbayar...agaknya (orang kita) ni suka cari makan dengan bahasa sendiri.

wantrose
wantrose

sy ni lemah dlm bi...kdg2 faham org ajr..kdg2 x...
sy da xtau nk study camne...da mcm2 cara sy wat...tp sama jer..
sy kdg2 malu dgn org yg pdai bi ni...skrg ni sy cuba cr software kamus utk tpon saya...
doakan sy berjaya belajar bi nti erk... :)

sharifah
sharifah

nak sangat pandai belajar bahasa inggeris

Syeikh
Syeikh

Huhu...kritikal jugak budak lemah ni yer. Bagi saya, xde jalan singkat utk dapatkan sesuatu..melainkan kita buat Skim Cepat Kaya..hehe.

Dulu sy pun lemah gak BI. Dlm UPSR saya dpt 4A, 1B (B adalah english), PMR saya dapat 7A,1C ( C adalah english ) , SPM saya dapat 7A, 2B, 1C ( C adalah english...)huhu.

Bila sy fikir, sampai bila sy harus rosakkan result sy? Lagi pulak, sy dapat masuk matrikulasi. Kat matrikulasi, semua subjek di ajar dlm BI. So, sejak lepas SPM sy mula improve BI sy. Cara saya ialah bykkan baca paper in english, dengar lagu english (yang kita minat) dan kenalah tau liriknya.. Kalau kita minat, kita mesti nak tau apa maksud yg inin di sampaikan dalam lagu tu..

Skang kat Universiti, saya ada kawan2 dari Sudan, Arab dan sebagainya... So, banyakkan conversation dgn diorg...kenalah ckp BI, diorg x paham BM ni..hehe. Dari situ, kita boleh improvekan BI kita. Klu dgn chinese, seboleh-bolehnya sy speaking la.

Alhamdulillah... Skang dah ok BI... :)

Budak Lemah boleh ! Mula dari sekarang ... Kamu pun boleh !

arisha
arisha

saya ada masalah dengan penggunaan b.i...so saya igat nak ambil kursus b.i...ada tak mana-mana tempat yang bagus yang boleh membaik pulihkan b.i saya ni....tolong lah bagi...saya nak sangat..sebab saya bekerja dengan bos sgpore..so tau lah macamaner kan...tolong emailkan kepada saya yer..saya menetap di johor bahru di permas jaya.thanks...

budak lemah
budak lemah

saya ini ingin mencari tips bagaimana nak belaja bi...saya amat khuatir sbb bi saya agak lemah...kadang2 di sekolah slalu dapat 'C' & 'D'...dahlah tak lama lagi spm...tolong saya dalam masa suntuk ni nak belajar bi...dahlah sekarang ni bi amat penting...hampir kesemua subjek diaja dlm bi...kalau tak tahu bi susah nak phm....huhuhu

azwanhadzree
azwanhadzree

saya tak ada kamus dwi-bahasa .. sebab ia sebenarnya memeningkan. unless BI is alien. Kalau kita dah tahu sikit2 lebih baik guna BI-BI. kalau diw-bahasa ni .. selalunya kita akan lebih pening. ia hanya sesuai untuk mencari makan satu perkataan tapi ukt mencari makna sesuatu ayat. jauhkan, lebih baik bertanya.

Another tip, is learn a new word everyday. macam saya ni ..sedang mencuba untuk belajar mandarin :)

-----------------------------------
Azleen: Memangpun.. Selalunya, lain yang nak dicari, lain yang diberi.. Tapi ada juga yang bagus.. Macam DBP punya, dia bagi semua makna perkataan beserta contoh ayat sekali. Tetapi, ianya berbalik juga kepada sejauhmana penguasaan BI pengguna. Kalau tak berapa bagus, akan jadi keliru juga.

Azahari
Azahari

Sepanjang saya belajar BI ni..banyak perkataan yang saya ingat adalah kerana hasil saya mencarinya sendiri.Kalau orang bagitau kita atau ajar kita, esok atau lusa mungkin kita dah lupa.Sebab kita sendiri tak de minat untuk mengingati atau berusaha mencari maknanya sendiri.

Dalam banyak hal pun contohnya matematik, orang yang cari jawapan sendiri lebih ingat dari orang yang menerima jawapan dari orang lain.faham ke tak saya cakap ni..hehehe..

--------------------------------
Azleen: Ya, betul tuh.. Saya pun macam tuh.

Putera Emas
Putera Emas

Tu antara sebab budak-budak sekolah malas nak tengok kamus. Nak cari satu erti perkataan kena cari 2-3 makna perkataan lain. Lebih baik cikgu/guru terangkan apa makna perkataan itu dari menyuruh murid-murid mencarinya sendiri.

---------------------------
Azleen: Lebih baik? Boleh Putera Emas jelaskan, dari segi apa yang lebih baiknya jika guru menerangkan perkataan tersebut berbanding pelajar mencarinya sendiri? Adakah supaya pelajar boleh jimat masa dari belajar 2-3 perkataan lain yang turut berkaitan dengan perkataan yang dicari? Atau supaya pelajar tidak membazir masa menambah jumlah perkataan dalam vocabulary bank mereka? Dan mungkin juga supaya pelajar sentiasa memerlukan orang lain melakukan kerja untuk mereka? Jadi pelajar boleh meminimakan penggunaan otak mereka dalam kehidupan seharian. Jimat banyak tuh.. :twisted:

Saya rasa tak banyak yang boleh dilakukan kalau penyebabnya adalah malas. Ini masalah attitude yang negatif. Saya yakin, kalau dibuat bancian, pelajar yang gemar menggunakan kamus lebih baik penguasaan bahasanya berbanding pelajar yang lebih suka "disuap". Lagipun, teknik pembelajaran hari ini adalah pelajar sepatutnya bersikap proaktif dan meneroka ilmu pengetahuan sendiri. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing.

Azahari
Azahari

Menarik la info cikgu hari ni.Masa saya sekolah dulu guna BI-BM je.Tapi abang saya kata, elok guna BI-BI sebab penjelasan lebih detail dan tak lari maksud.

Yang paling best pada saya ialah katakan hari ni saya cari makna perkataan "Cunning" la katakan..tiba-tiba esok atau lusa saya akan terdengar di TV atau dalam paper siar perkataan tu.Waktu tu saya rasa paling seronok belajar BI ni sebab saya faham dan saya tahu maknanya.Kalau masa nak SPM tu saya buat list dalam sehari mesti belajar 2 atau 3 perkataan baru.Tapi skang dah lama tak buat..kalau tak mesti dah improve BI saya. :) Apa pendapat cikgu?

-------------------------------
Azleen: Betul kata abang awak tuh.. Rasanya kalau awak ikut pendapat dia masa tuh, mesti lagi terer sekarang ni.. :D Kaedah buat list tuh pun bagus. Saya masih lagi suruh pelajar buat benda yang sama pada hari ni. Sayangnya kebanyakan orang merasakan kerja ini membuang masa.. Ia memang tidak akan nampak improvement dalam masa tuh juga, tapi bagus untuk jangka panjang. Belum terlewat untuk melakukannya semula..

www.jombelajar.tk
www.jombelajar.tk

Yg ada kamus BM-BI-BM online. kalau nak percuma, kena ada sukarela sponsor. Sapa nak bagi percuma kalau susah payah buat.

student
student

abg guna kmus yg cmner??