Roots – Kata akar, kata dasar?

Ingat lagi tak kalau dalam pelajaran bahasa melayu, kita ada belajar kata dasar (atau kata akar?). Dari kata dasar inilah perkataan-perkataan lain terbentuk dengan penambahan imbuhan.. Contohnya perkataan bakar.. Apabila ditambah imbuhan, bakar akan menjadi membakar, pembakaran, dibakar…

Mungkin kita tak sedari, perkataan bahasa inggeris juga ada kata dasarnya yang dipanggil roots.. Cara yang paling cepat, berguna dan mudah untuk meningkatkan penguasaan bahasa kita adalah dengan memahami bagaimana sesuatu perkataan itu dibina. Bila kita boleh mengenali blok-blok dalam sesuatu perkataan, kita akan dapati bahawa banyak perkataan yang selama ini kita tak tahu maknanya atau tidak biasa gunakan, menjadi bermakna dan lebih mudah digunakan.

Contohnya perkataan salary. Biasa gunakan perkataan ini? Salary atau dalam bentuk pluralnya salaries. Apa yang kita tahu salary/ salaries ini bermakna gaji. Kalau salaried pula bermaksud dibayar gaji.

How much they pay your salary?

He has salaried job at the supermarket.

Yang menariknya, perkataan salary ini adalah dari kata dasar Latin sal yang bermaksud salt (garam). Pada zaman dulu, askar Roman diberikan elaun khas untuk membeli garam.

Jadi, sekarang anda dah tahu kenapa perumpamaan “He’s not worth his salt” bermaksud dia tidak layak menerima bayaran/ gajinya.

OK, mari kita bermain dengan perkataan SAL ini.

Where do we put salt on?

SALads

What is a highly salted, spiced meat?

SALami

What do chemists call water, soil or a solution containing salt?

They call it SALine.

Kesimpulannya, apabila kita dah mengetahui kata dasar/ kata akar kita boleh menambahkan vocabulary kita.

P.S.: Cuba perhatikan persamaan perkataan berikut dan cuba teka apakah kata dasarnya:

revive vitamin viviparous

vital vivacious vivid

P.P.S.: Lepas ni sesapa nama Sal bolehlah kita panggil garam ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 comments

Trackbacks

  1. [...] Roots – Kata akar, kata dasar? [...]

  2. [...] pertama yang telah kita pelajari adalah ’sal’ yang bermaksud garam (salt). Contoh perkataannya adalah salary, salads, dan salami. Kita juga telah tahu bahawa pada zaman [...]

  3. [...] kata dasar perkataan tersebut, malahan saya telah membincangkan beberapa root words seperti SAL yang bermaksud garam, VIV yang bermaksud untuk hidup, ACU yang bermaksud tajam dan ACT yang bermaksud [...]