Tentukan Makna Dengan Suffix & Prefix

Selain daripada menggunakan konteks untuk menentukan makna sesuatu perkataan, anda juga boleh menggunakan pengetahuan tentang suffix dan prefix untuk menentukan makna perkataan yang baru dijumpai.

Prefix

Prefix adalah kumpulan huruf yang diletakkan di permulaan sesuatu perkataan untuk membentuk satu perkataan lain. Contohnya co-worker. Anda pasti tahu bahawa worker bermaksud pekerja. Co- pula bermaksud bersama-sama. Apabila dicantumkan perkataan ini membawa makna rakan sekerja.

Prefix lain yang sering digunakan adalah anti-, hyper-, ill-, in-, mal-, mono- dan non-. Setiap jenis prefix ini membawa makna yang berlainan. Prefix anti- bermaksud menentang, manakala prefix hyper- bermaksud keterlaluan atau terlalu banyak. Oleh itu, apabila perkataan war (perang) ditambahkan anti- (menjadi anti-war), ia akan menjadi menentang peperangan, atau tidak suka dengan peperangan.

Ada banyak lagi jenis prefix yang ada, dan saya pasti anda sering terjumpa dengannya. Mungkin anda boleh menyenaraikan jenis-jenis prefix yang ada jumpai, dan tentukan makna prefix tersebut.

Suffix

Suffix pula adalah kumpulan huruf yang ditambahkan di bahagian akhir sesuatu perkataan untuk membentuk perkataan yang baru. Contohnya adalah -er yang bermakna orang yang melakukan sesuatu pekerjaan.

A person who teach is called a teacher

A person who blogs is called a blogger

Contoh suffix lain adalah -able, -ful dan -less. Suffix -able membawa makna boleh atau mungkin. Apabila -able ditambahkan ke perkataan accept, ia menjadi acceptable (boleh diterima). Prefix -less pula bermakna tanpa, tiada. Perkataan hope menjadi hopeless (tiada harapan) apabila ditambah prefix -less. Ada banyak lagi jenis suffix yang ada, anda boleh cuba mengenalpastinya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2 comments
Athiyyah
Athiyyah

hai...

quote "Saya nak kongsikan dengan anda video Teaching English (funny version) dari rancangan Ah-Ha.. Sesiapa yang main snooker kat wilayah kompleks masa kelas BI tuh, tahu-tahu ajelah.."

saya nak sangat tgk tu... tp x dpt buka... saya mohon kalau tidak menyusahkan cikgu untuk menghantar klip itu ke emel saya.....

terima kasih banyak2.....:)

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Saya sudah emelkan link nya kepada anda..