Social Media

Tips Mengeja Perkataan Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memperbaiki ejaan perkataan bahasa inggeris kita. Cara yang terbaik adalah menggunakan kamus. Sentiasa jadikan kamus sebagai bahan rujukan utama apabila menghadapi kekeliruan sewaktu belajar bahasa inggeris.

Cara kedua adalah dengan membuat senarai perkataan yang anda rasa susah nak mengejanya. Anda boleh menggunakan buku nota kecil (buku 3 lima – 555) untuk membuat senarai ini. Saya sendiri ada satu buku yang saya namakan Vocabulary Book.. Setiap kali terjumpa perkataan baru yang saya tidak tahu maknanya, saya akan senaraikan di dalam buku ini.. Bila-bila senang, baru rujuk kamus.. :twisted:

Anda perlu meneliti senarai perkataan yang susah dieja tadi. Anda boleh praktikkan langkah-langkah berikut:

  1. Perhatikan perkataan tersebut dan pecahkannya mengikut suku kata (syllables). Contohnya, perkataan auspiciously boleh dipecahkan kepada 4 suku kata: aus | pi | cious | ly . Cara ini lebih mudah untuk mengingati perkataan, terutamanya yang panjang-panjang. Anda boleh melihat perkataan ini dalam bentuk suku kata.
  2. Sebut perkataan tersebut dengan kuat. Cuba sebut suku kata demi suku kata. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak menyebutnya, semak kunci pronunciation (perkataan ini juga susah dieja kan?) dalam kamus. Sebut setiap suku kata aus | pi | cious | ly dengan kuat dan ingatkan bunyinya yang berbeza.
  3. Bayangkan perkataan tersebut dalam minda anda. Bolehkah anda mengingati bunyi dan huruf setiap suku kata?
  4. Tulis semula perkataan tersebut. Bolehkah anda ingat ejaan bagi setiap suku kata?
  5. Semak ejaan anda. Adakah ianya betul?
  6. Ulang langkah-langkah di atas sekiranya ejaan anda masih salah.

Untuk membolehkan anda menulis dalam bahasa inggeris dengan baik, anda juga mestilah menguasai 3 rules asas ejaan bahasa inggeris. Rules ini akan saya kongsikan dalam posting berikutnya…

Selamat belajar bahasa inggeris!

, , , , ,

9 comments
zul
zul

cikgu ni mank baik lah.. in ever... ty cik guoo..

oh ye nk tnye ni.. cmane nak betulkan grammer dalam karangan cikgu? hehehe :)

alicesona19
alicesona19

Tips saya senang mengeja perkataan dalam inggeris mmg macam yang cikgu suruh tu. saya pecahkan kepada beberapa suku kata yang saya senang nak ingat dan saya gunakan sebutan baku untuk mengingatinya. masalahnya sometime terikut-ikut pulak sebutan tu dalam bahasa baku. tapi tak per kan at least kalau orang tak faham saya boleh eja :P

MalaysiaMaju
MalaysiaMaju

Bagus juga cikgu wujudkan laman web ni...sekurang2 nya dapat timba ilmu bahasa.

iznan
iznan

cikgu, dalam you tube ada byk video pasal english learning...upload lah salah satu dalam blog ni....baru ada interactive contents...hehe....cikgu, saya ingat nak tambah dalam moodle elearning saya, course english..saya ada baca dalam forum cikgu berkenaan projek learn english online cikgu....kalau nak kolaborasi...boleh dibincangkan

megat
megat

Terima kasih cikgu atas info di atas. Saya sering mengalami kelemahan dalam memahami perkataan-perkataan dalam bahasa inggeris. Cara seperti dalam entri ini saya gunakan untuk mengatasi masalah saya.

Mungkin selepas ini banyak lagi tip-tip yang cikgu boleh kongsi bersama eheh

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Mungkin anda jangan gunakan sebutan baku untuk mengingatkannya.. Gunakan sebutan cara Inggeris yang betul.. Jadi, bila nak menyebutnya taklah tersalah sebut pula..

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

InsyaAllah.. Sama-samalah kita kongsi ilmu yang ada..

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Ya, memang sekali sekala saya ada masukkan ke dalam blog ini.. Bergantung kepada kesesuaiannya dengan pembaca blog ini juga..

Terima kasih atas pelawaan anda.. Saya juga membangunkan projek itu menggunakan platform yang sama..

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

InsyaAllah.. Saya gembira tips-tips ini dapat membantu anda dan pembaca lain..

Powered by WordPress. Designed by WooThemes