5 Perkara Pertama Dalam Hidup Saya

Nampaknya dalam dua tiga minggu ni tagging game ni kembali rancak. Kalau sebelum ni saya telah menjawab tag abdfatah berkenaan 8 perkara yang anda tidak tahu mengenai saya, kali ni Kakeru pula mengetag saya untuk memberitahu anda 5 perkara pertama dalam hidup saya.

Tag kali ini telah dimulakan oleh Afzai Afandi. Dan berikut adalah syarat-syaratnya..

  1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
  2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
  3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.
  4. Jawab dengan segera jika anda di tag..

Baik, saya mulakan dengan 5 perkara pertama dalam hidup saya..

  1. Kali pertama saya berkenalan dengan suami saya adalah di Yahoo! Chatroom Malaysiaku Indah pada tahun 1999. Dan kali pertama kami berjumpa adalah 2 minggu selepas itu dan kami pergi dinner kat Sofitel. Saya makan laksa.. uwekk.. harap aje mahal, langsung tak sedap! Bazir duit jer.. Sib baik suami saya yang bayar!
  2. Pekerjaan profesional saya yang pertama adalah sebagai Marketing & Business Development Manager di sebuah syarikat juruukur di SetiaWangsa. Saya sangat menyukai kerja tersebut, tetapi saya berhenti selepas dua bulan kerana dicabar oleh pemiliknya – Beliau kata kami semua tak pandai sebab tuh government tak nak ambil kami bekerja, government cuma ambil orang yang pandai-pandai. Dalam erti kata lain, kami ni macam graduan reject shop ler.. Sebaik sahaja habis meeting yang beliau cakap macam tuh, saya terus jumpa beliau untuk meletakkan jawatan, sebab sebenarnya saya dah terima tawaran dari kerajaan sejak seminggu yang lalu. Asalnya saya nak tolak tawaran bekerja dengan kerajaan tersebut, tapi kata-kata beliau menyebabkan saya menukar fikiran.
  3. Domain name saya yang pertama adalah www.relaxsama.com .. Dah tak wujud dah pun.. Dulu kononnya nak buat social website.. Saya teringin sangat nak buat servis speed-date..
  4. Blog saya yang pertama adalah di blogspot. Dah tak wujud lagi.. Blog tuh blog personal.. Sangat personal sebenarnya.. Saya telah berblog sejak tahun 2001.
  5. Kereta saya yang pertama (dan belum ada lagi yang kedua ketiga keempat) adalah Proton Satria kaler putih. Ramai orang tanya kenapa beli kaler putih. Malu nak cakap. Sebenarnya itu ajelah yang saya mampu beli masa tuh.. Lagipun masa tuh memang terdesak sangat nak pakai kereta.. tempat kerja saya takde kenderaan awam yang masuk.. Kalau nak jalan kaki, boleh ambil masa setengah jam dari tempat bas yang terdekat. teksi pulak sekali masuk RM20.. Kalau kira hari-hari serupa bayar installment kereta juga!

Baiklah, sekarang giliran saya pula mengetag orang lain.. Sapa ya?!

  1. Zool
  2. Nadlique
  3. Zuhairy
  4. Zaki Blogjer
  5. knizam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

, , , , ,

13 comments
Shueqry
Shueqry

Fuh, nasib baik saya tak kene tag!

hehe :)

-Shueqry-

zaki blogjer
zaki blogjer

Erm, testing, asal saya nyer comment hilang

zaki blogjer
zaki blogjer

Nnti saya jwb 3 dlm 1. Dah ada 2 dari Am Starstreet and Am Tazsara yg blom berjawab. Hehe

Maizul
Maizul

Kalau dah jodoh sebelah rumah pun boleh jadi calon. Menarik la sebelum ni yang saya tahu Wardina juga bertemu jodoh melalui online ni. Betul jugak kata CikguAzleen tu alang-alang bayar tambang lebih kurang sama je bayar ansuran kete baik ambik kete terus...

megat
megat

rasanya dah pernah dapat tag nie!? waduh banyak lagi tag yang belum dijawab

KNizam
KNizam

aisey kena tag untuk kali ke 29. hehe ok saya akan usahakan

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Hehehe.. Kesian pulak kalau setiap kalipun tag shueqry aje.. Eh, shueqry dah ada domain sendirii ya?

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Boleh, sekarnag ni bukan takat 3 in 1, 8 in 1 pun ada - card reader..

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Ya, kalau dah jodoh tuh memang tak disangka pun kan.. Ramai juga rakan-rakan saya yang bertemu jodoh melalui online ni.. Cuma ramai juga yang malu nak cakap..

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Hehehe.. Mesti dapat dari orang lain.. Ala, korek jer balik tag tuh..

afham
afham

senang kan zaman skang..tk reti ar kak nk ngorat depan2.. :D

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes