Hubungan, Keturunan, Salahsilah dan Asal-usul…

Salam ceria,

Beberapa hari yang lepas saya terlihat di TV1 menyiarkan rancangan mengenai adat dan budaya orang Bugis. Wah wah wah.. Sejak-sejak PM kita ni orang Bugis, selalu pulak orang Bugis ni diberi perhatian. Kalau tak sebelum ni, yang selalu dikatakan adalah orang Bugis adalah LANUN.. Hehehe..

Anyway, sebenarnya saya juga berketurunan Bugis tetapi dah tak pure lah sebab mak saya orang Banjar.. Jadinya saya ni Bujar.. Heheheh.. Dan malang sekali kerana bukan saja saya tidak tahu apa-apa tentang adat dan budaya Bugis, saya juga tidak tahu apa-apa tentang adat dan budaya Banjar. Mungkin saya boleh memulakan adat dan budaya Bujar.. :lol

Bagaimanapun, saya merasakan bahawa tentu seronok kalau kita tahu serba sedikit tentang ancestors kita kan. Begitu juga jika kita tahu serba sedikit tentang adat dan budaya kita.

Arwah bapa saya sering juga bercerita tentang atuk saya dan atuk bapa saya a.k.a moyang saya. Bagaimanapun, cerita-cerita ini mati setakat moyang saya saja kerana tidak tahu siapakah di atas moyang saya. Maksudnya, tidak tahu siapakah ibu bapa kepada moyang saya.

Dan saya teringin nak tahu siapakah sebenarnya moyang saya ini sehingga beliau begitu berahsia tentang asal-usulnya. Tambah-tambah lagi bila saya diberitahu bahawa beberapa tahun yang lepas ada rombongan dari Riau yang datang untuk menyerahkan harta pusaka kepada waris tunggal yang masih hidup iaitu nenek saya. Bagaimanapun, nenek saya menolak untuk menerima harta pusaka tersebut dan menyerahkan segala harta pusaka itu (saya diberitahu juga yang harta pusaka itu adalah tanah) kepada kerajaan Riau.

Hmmm.. Nasib baiklah mereka dapat mengesan waris ini sebelum nenek saya meninggal. Kalaulah nenek saya telah meninggal, pastinya harta itu (dikatakan banyak tapi sebanyak mana tidak dapat saya bayangkan, lagipun betul ke banyak?) menjadi rebutan.. Sedangkan harta arwah atuk saya yang tak sebanyak mana itupun sampai sanggup adik beradik (bapa saya) menipu sesama sendiri dan menikam dari belakang (tidaklah sampai mati – ini perumpamaan sahaja)..

Anyway, saya sebenarnya menulis di sini kerana berharap agar ada sesiapa yang mengenali moyang saya ini dan dapat memberitahu saya siapa sebenarnya moyang saya ini. Ya, kalau di google memang ada info mengenai moyang saya tetapi tidak ada info mengenai ibu bapanya. Takkanlah moyang saya ni tiba-tiba wujud dengan sendirinya.. Mustahil kan..

gunung-daikMari saya perkenalkan.. Nama moyang saya Awang Daik.. Ya, ya.. Awang Daik yang dikaitkan dengan Buah Pukul Mersing, Silat Awang Daik, Jalan Awang Daik dan Mersing..Tak pasti pulak apa kaitannya dengan Gunung Daik yang bercabang tiga dan Pulau Pandan yang jauh ke tengah.. :D

Awang Daik bukanlah nama sebenarnya. Menurut cerita bapa saya, Awang Daik melarikan diri dari negeri asalnya kerana perselisihan faham dengan adik beradiknya. Khabarnya berkaitan dengan perebutan sesuatu – harta atau takhta – saya tidak pasti kerana kedua-duanya pun berbunyi agak sama.

Awang Daik turun di Mersing. Sebaik saja turun, beliau telah menukarkan namanya dan sejak itu tiada siapa yang tahu apakah nama sebenarnya.

Pull stop. Itu saja yang saya dengar dari bapa saya. Sejauhmanakah kebenarannya saya tidak dapat pastikan.

Bagaimanapun menurut ibu saya ada satu buku biografi yang ditulis mengenai Awang Daik dan buku ini pernah dibaca oleh ibu saya semasa beliau masih kecil. Masa tu manalah ibu saya tahu yang beliau akan berkahwin dengan keturunan Awang Daik. Kata ibu lagi buku ini disimpan di perpustakaan istana Pahang. Bagaimana ibu saya dapat baca? Hmmm.. Itu juga satu misteri..

Ya, kalau menurut carian di Google, yang dikisahkan mengenai Awang Daik adalah mengenai beliau sebagai personal bodyguard Sultan Ibrahim dan juga High Commissioner of Mersing. Saya juga telah baca cerita-cerita penglibatan beliau dalam dunia seni silat atau lian.

Apa yang saya cari adalah siapa beliau sebelum menjadi bodyguard Sultan Ibrahim? Dimanakah tempat lahirnya? Siapakah ibubapanya? Mengapa beliau berhijrah ke Malaysia/ Tanah Melayu?

Mungkin cerita sebenarnya tidaklah seindah yang diceritakan sekarang. Tetapi saya tetap ingin tahu. Mungkin beliau membunuh orang di tempat asalnya, tetapi saya tetap juga ingin tahu.

Dan saya amat berharap jika ada sesiapa yang tahu tentang Awang Daik dan asal-usulnya dapatlah menghubungi saya melalui contact form yang disediakan.

P.S.: Jika anda ingin bertanya, belajar mahupun berguru tentang Silat Awang Daik, Buah Pukul Mersing, Lian dan sebagainya, maaf… Saya tidak tahu tentang itu semua. Cuma arwah bapa saya yang sempat berguru dan berjumpa dengan Awang Daik – dengarnya bapa saya memang sangat rapat dengan Awang Daik. Malahan lebih kerap dengan Awang Daik dan isterinya berbanding dengan datuk dan nenek saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
55 comments
budak endau
budak endau

asalamualikum.nama saya joe herry.moyang saya namanya ragam bin daik.ayah saya kata ragam bin daik adalah adik beradik dengan awang bin daik.sila jelaskan

aisyah
aisyah

sya ingin brtnya pakah awk mngtahui lgi tntg salasilah kturunan raja pattani dn pa kah awk mngtahui sjarah lbih drp itu....jka awk mngatahui tlg kngsi la wlaupn sdkit....btulkh awk ini ktrunan rja pattani jga??jka benar...sya hrp awk dpt mngmpul kn ksemua cucu cicit kaum krabat raja pattani wlaupn skian lma trpsah...dan dpt mgratkn silaturrahin antra kerabat raja pattani....

cikguazleen
cikguazleen

Assalam Aisyah,

Rasanya saya takde pun menyebut yang saya keturunan Raja Pattani.. Saya pun tak pasti samada Awang Daik itu raja pattani ke, yang saya tau dia memang salah seorang anak raja riau.. Sama ke raja pattani ngan raja riau ni?

azudin
azudin

aslmkum....sy nak tanye mcm mane nak tahu keturunan awang daik..sebab nenek sy di binti kan awang daik .

Amrullah Bin Abdullah H. M. Yusuf
Amrullah Bin Abdullah H. M. Yusuf

Assalu'alikum warahmatullahiwabarakatuh...
mungken saye yang lambat bace dah 2 taon tulisan ini di tuliskan....ternyate tulisannye mengenai Awang Daek....sebelum melanjutkan penulisan ini ade baiknye saye memperkenalkan diri saye, name saye Amrullah umo 27 th,tinggal di Daik Lingge Bunda Tanah Melayu Kepulauan Riau,saye nak bekomentar sedikit aje mengenai Alm. Awak Daik, menurut pengetahuan yang saye dapat, beliau adelah orang kepercayaan Sultan Lingge, yang pade waktu itu menyelamatkan diri ke Malaysia mengingat ade terjadinye peperangan di Kerajaan Lingga waktu itu,tetapi Alhmdllh bapak saye menyampaikan niat nye untuk beziarah ke makam Alm. Awang Daek,tapi ape yang terjadi ketike memperkenalkan diri kepade salah satu keluarge di Malaysia,org2 disane tak mengakuinye bahkan mereke tak pecaye, jadi hati kecik saye bekate bialah cerite2 ini kite simpan didlm hati aje.....

cikguazleen
cikguazleen

Maaf diatas kekeliruan tersebut walaupun saya tidak pasti siapakah keluarga yang bertemu dengan bapa awak. Sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu di mana Awang Daik dikuburkan.

puteri
puteri

salam,nama saya puteri sorfina shah bt idros shah.saya juga adalah cicit mat riau.mat riau adalah moyang saya.saya baru berumur 13tahun tapi saya telah meminati bidang meneliti family abad dahulu,atuk saya moyang perempuan saya orang indonesia tetapi moyang lelaki pula orang bugis...mat riau adalah ayah kepada moyang lelaki saya....mohon kalau ada cerita yang selanjutnya,please share with me....wassalam

cikguazleen
cikguazleen

Hi Puteri, Saya tidak pasti samada Mat Riau ada kena mengena dengan Awang Daik..

nurfatekah rais
nurfatekah rais

salam...saya da baca ape yang ditulis...
kebanyakannya sama seperti cerita nenek moyang saya...tapi saya tak pasti betul ataupun tidak...menurut cerita ayah saya...moyang saya lari ke pahang dan menukar nama kepada coming..saya tak pasti kebenarannya..
menuurut kata ayah saya lagi,moyang saya ada kena mengena dengan sultan pahang tapi moyang saya merajuk lalu membawa diri ke singapura dan berkahwin sehingga lah mempunyai anak,salah sorang anak nya ialah atok saya mahmood,atok saya bekerja sebagai askar melayu di raja pahang.atok saya juga merajuk dan pindah ke singapura,atok saya ada menerima sebidang tanah berukuran 10 ekar dari sultan pahang.yang menimbulkan tanda tanya saya ialah bagaimana atok saya semudah itu memdapatnya..jadi saya harap kepada sesiapa yang tahu tentang cerita ini,tolongla beri maklum balas...salam

cikguazleen
cikguazleen

Hi Nurfatekah, Maaf kerana saya tidak dapat membantu..

zulqarnain bin othman
zulqarnain bin othman

Salam semua. hanya nak bertanya ada sesiapa yang kenal dengan Arwah Fatimah bt Sultan Daik iaitu Nenek sy?

lin
lin

hi, i'm lin. Alhamdullilah, banyak saya baca tentang moyang saya. Saya cuma tahu serba sedikit about salasilah bapa saya..Awang Daik berkahwin dengan Cik Minah(not sure wife yg ke brp) mendapat 3 anak, Ismail & 2 org anak pompuan). Ismail berkahwin dengan Daeng Siti Ara..

cikguazleen
cikguazleen

Di mana ya awak baca tentang moyang awak tu?

ezie
ezie

slm semua.byk btl kisah2 yg berkaitan dgn gng daik bercbg 3 ni.sy sendiri pun msh lg tertanya2 siapa moyang sy yg diceritakn arwah ayh.moyang sy tu org pgl che awang pulau..itu gelaran dia ketika dia samapi kesini.dia hanyut hgg ke pantai beserah ktn.ketika org kmpg jumpa bdnnya penuh dgn teritik,siput2 ala2 cerita pirate caribn tu..siput2 dh melekat selrh bdn.ms tu penghulu kmpg kikis teritik dibdnya.bebln jg hanya mnm air kanji akhirnya kuasa Allah moyang sy pnjg umur.ms dia sedar dia ada ckp dia berasal dr p.daik.dia mtk nm dia ditkr kepada che awang pulau.ketika hanyut dia diselamtkn ikan haruan taek yg besar.yg dia hgg kepesisir pantai.Disebakn ikan haruan ni yg menolong dia.so dia berpesan jgn mkn ikan haruan tasek.or apa shja yg berasal dr tasek.Pesanan mmg btl,mg family sy kalau mkn apa2 shj yg berasal dr tasek sure muka,bdn2 gatal or bengkak tiba2,pernah arwah ayah dl sampai bertongkat kerana terslh mkn ikan tasek.so ms moyang sy dh ok beberapa thn dl penghulu kmpg ada story ada adik kepda moyang sy dtg melwt abgnya selepas mendpt tahu yg abgnya berada di Pahang.cuba anda semua pastikan 5org adik beradik yg terpisah tu ada x slh seorg yg xdiketahui..sbb sy nk tahu jg salasilah moyang sy..nm sebnrya Daeng apatah sy pun xpasti..sbb mengikut cerita mak sy moyang sy bkn calang2 org.orgnya berkebolehan.

mohd azhar bin mohd salleh
mohd azhar bin mohd salleh

Assalam semua

saya Mohd Azhar bin Mohd Salleh bin Mohd Akil (mejar Agil) bin Awang Daik bin Ali
Menurut Arwah ayah saya dan sebuah buku ada menceritakan bahawa Prof Awang bin Ali (Awang Daik)berasal dari Indon ..Aceh..anak angkat Sultan Sulaiman...dia yg bertanggungjawap membuka Wilayah Mersing.....ada nama Jalan dan Kampung sempena nama beliau...
Yg saya ada adalah sebuah buku Variasari1983 rasanya..dan gambar2 lama yg pernah disimpan oleh Arwah ayah saya tapi saya tak pasti masih ada tak brg2 tersebut disimpan oleh Ibu saya.. nanti saya check ya...
saya tak pasti apakah amalan beliau menurut buku tu...dia mesti ada 3 beristeri dlm satu2 masa....jika bercerai atau meninggal dunia isterinya...dia akan cukupkan 3...menurut ayah saya org kampung akan dtg membawa anak2 mereka utk di kawinkan kepada beliau ...cerita ni saya tak pasti kebenarannya...ini menurut buku tu dan cerita Arwah saya...nama Tok Adik tu pernah saya dgr...ada gambar dlm buku tu...Arwah ayah saya ada juga gambar masa beliau meninggal dunia...org berarak membawa jenazah beliau mcm kerabat.....
boleh hubungi saya melalui facebook (mohd azhar mohd salleh), HP 017-3505674, email azhar.salleh@eonbank.com.my...

Harap2 dpt berjumpa semua kerabat Awang Daik

awiez
awiez

ada maklumat yang saya dpt.. awang daik adalah orang yang membuka kampung pulau jawa ,pekan pahang. dan sepupu saya yang berada di kampung tersebut menceritakan semasa ulang tahun ke 100 sek sri maulana, kg pulau jawa pekan. ada di edar kan risalah salasilah awang daik. tetapi malangnya x da org yang simpan.awang daik merupakan panglima di istana pahang. tetapi cerita sebelum beliau menetap di pahang saya tidak tahu. dan banyak keturunan awang daik dikebumikan di perkuburan di kuala pahang berhampiran dengan makam di raja pahang.

mohd azhar
mohd azhar

assalam semua

Saya mohd azhar bin mohd salleh bin mohd akil (major agil) bin awang daik..

saya ada menyimpan gambar2 lama Awang daik dan sebuah buku variasari1982 rasanya...semuanya ada di JB di rumah mak saya....arwah ayah saya yg kumpul...(nanti saya pastikan dgn ibu saya)

cerita dlm buku tu lain sikit...cite pasal beliau buka daerah Mersing, beliau anak angkat Sultan Sulaiman, Aceh dan beristeri 3 (mesti dlm setiap masa....akan kawin lain kalau bercerai atau kematian isteri) ...tapi tak di beritahu kenapa....

boleh add saya di FB (saya dah add awak ..cikgu dan hj mohd ali), hp 0173505674 dan email saya azharsalleh@yahoo.com / azhar.salleh@eonbank.com.my

YusofSpring
YusofSpring

A'kum Encik Azahar, Nama saya Yusof bin Hj Hashim.

Arwah Ibu saya ailah Hjh Hashimah binti Major Mohd Akil bin Awang Daik (Awang Ali) dari Daerah ENDAU Dan Pesuruhjaya Jajahan ENDAU. No h/p 019-3870187. Salam

awiez
awiez

salam kepada saudara jauh ku.. saya salah seorang waris awang daik yang berada di pahang..
saya terdetik untuk mencari saudara mara saya (keturunan awang daik) semasa raya baru ini 2010.semasa menziarah pusara arwah datuk saya. di mana bertemu dengan saudara jauh yang berhampiran dgn pusara datuk saya. terdengar di situ salahsilah keluarga saya berpunca dr awang daik. dari situ saya terdetik untuk mencari keluarga jauh saya..

Amryl Hj.Othman
Amryl Hj.Othman

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Jutaan terima kasih diucapkan pada PakCu (Mohd Ali Hj.Jaafar) kerana dgn gigih dan semangat yg tinggi mengusahakan utk melengkapkan buku salasilah keluarga sebagaimana yg diharapkan oleh bapa saya (Hj.Othman Hj.Jaafar).
Saya amat bersetuju ttg idea PakCu supaya ditubuhkan satu committee agar usaha dpt dijalankan bersama dan juga mcm2 faedah dpt kita peroleh sekiranya kita bermuzakarah.. Committee = bermuzakarah. Dimana bermuzakarah adalah sgt digalakan oleh Nabi saw. Kalau Nabi suruh buat tu maknanya pasti ada kebaikkan...
So.. nnti saya akan ke mersing berjumpa dgn PakCu utk membincangkan perkara ini. Saya harap sesiapa yg berminat utk penubuhan comittee ini boleh meninggalkan contact info supaya senang dihubungi..
Sekian...

cicit awang daik
cicit awang daik

Saya juga cicit awang daik. Kalau nak berkenalan, sila lah email saya.

Mohd Ali Hj Jaffar
Mohd Ali Hj Jaffar

Salam semua kpd anak dan cucu-cicit Awang Daik.Untuk pengetahuan you all, orang yang telah lama mencari Nama Awang Daik yang sebenarnya hingga ke hari ini ialah anak saudara saya sebelah Tuk Mejar Akil ialah Akil bin Abu Kassim bin Ahmad bin Mejar Akil. Dia ni kalau nasap sebelah ibunya ada kena-mengena dengan Kesultanan Selangor. Banyak cerita ada disimpan oleh beliau.Kami masih ada contact with each other dan akan buat satu lagi program perjumpaan Ahli Keluarga Awang Daik.

scha
scha

If you like Wing Chun & the fight scenes in the movie, you will appreciate Lian Padukan even more.

Helmi
Helmi

?????? ????? ????? ???? ??????
Menurut allahyarhamhu abah saya, datuknya (moyang saya) waris kelima takhta diraja bugis di Riau. Tapi membawa diri ke Pekan dan berkahwin dgn pegawai feudal (pengutip cukai) Sultan Pahang. Moyang saya juga membawa diri sebab tak mau bergaduh adik beradik. Moyang saya dari sebelah nenek sebelah ibu pulak diceritakan nenek saya, keluarga diraja Banjar lari dari Belanda. Lalu pergi ke Terengganu (Hj. Sidek & Isteri). Moyang sebelah datuk sebelah mak saya keturunan Megat Kelantan. Itu semua cerita2 org2 tua dari keluarga ibu dan abah saya. Saya cuma nak cari kaum kerabat utk sillaturrahmi.

Mohd Ali hj Jaffar
Mohd Ali hj Jaffar

Salam semua kepada keturunan Awang Daik terutama kpd Cikgu Azleen. Thanks kpd anakanda Mahanum kerana dah mula berminat dgn Salasiah Keluarga.Mengenai Family tree Geni, dah ada ahli keluarga kita sebelah atuk/moyang lain yang dah masukan. Pakcu pun dah mula tetapi tersalah berikan maklumat terus step family dah lari sedikit drpd asal.Anyway jangan putus asa. Kalau nak serius, kita kena tubuh commitee. Apa macam semua yang berminat tentang sejarah tok dan nenek kita.

wan abu bakar
wan abu bakar

asalamualaikum .. adapun kita sukalah mendengarnya.. diharap pencarian ini akan berhasil jua.. adapun jika benarlah dato' panglima itu pngiring ninda kita itu jua.. maka besarlah jasa akan dato' itu.. moga allah pelihara jualah akan seluruh keturunannya jua.. Allahu Akbar..

Amirudin Sungyip
Amirudin Sungyip

tapi ape yang penting moyang kami lah yang mula membuat pembukaan penempatan di pulau pulau di sekitar mersing johor

Amirudin Sungyip
Amirudin Sungyip

salam, saya pun berketurunan bugis. Dalam kedewasaan ini membuat saya lebih berminat untuk mencari asal usul keluarga saya. Saya tak pasti berasal dari keturunan awang daik atau tidak. Tetapi mengikut cerita arwah datok dan nenek kami berasal dari adk beradik bugis yang belayar menuju ke tanah melayu dan dalam perjalanan kapal tersebut hampir karam dan dalam masa yang sama adik beradik tersebut di selamatkan oleh seekor ikan dan sehingga kini keturunan kami bersumpah tidak akan makan itu. Kalau sesiapa tahu cerita itu boleh lah dikongsi bersama

Mahanom Mohammad
Mahanom Mohammad

salam, tahniah kepada cikgu krn pengkongsian cikgu telah membawa kami semua bertemu di persada blog cikgu ini.

nama saya seperti diatas, anak kepada Badariah Hj Jaa'far (kakak kpd Ibrahim & Mohd Ali Hj Jaa'far).. ibu saya adalah anak perempuan ke-2 kpd Khadijah Abu Bakar Bt Kapten Abu Bakar.

saya difahamkan secara ringkas dan berlisan bahawa Kapt Abu Bakar + Cik Ara + Mejar Agil adalah anak-anak kepada Awang Daik B Ali. Cuma kurang pasti samada dari satu ibu atau tidak. Itupun setelah di "google" di beberapa facebook, blogspot dan sumber2 sesawang (website) yang lain.

wow... bayangkan sekiranya perakuan-perakuan berlisan berlanjutan hingga ke generasi kita yang akan datang..menjadikan saya tertanya-tanya, apakah sumber sahih yang dapat generasi akan datang jadikan rujukan?

Mungkin dengan teknologi jalur lebar yg sedia ada seperti facebook, twitter dan forum2 terbuka yg lain dapat membantu pencarian.

sbg cth terdapat website www.geni.com dimana kita boleh memasukkan susur galur dan menjemput/mengajak mereka yg kita kenali - sistem ini akan generate secara auto.

sekiranya terdapat keizinan dari Pakcik Yem dan Pakchu Atan, sukacita saya ingin memasukkan susun galur bermula dari nenda saya khadijah abu bakar.

sekian. semoga lebih ramai lagi yg akan terserempak dgn blog cikgu dan mencantumkan semula kepingan-kepingan "puzzle" ini.

dina
dina

Salam, sudah pastinya sy mnemui blog ini krna sya mula berminat hendak mngetahui asal usul saya yang dikatakan keturunan raja-raja bugis 9 beradik yang diberitahukan oleh ibu saya. pada mulanya saya kurang berminat dan mengabaikan hal ini. namun bila semakin dewasa saya mula prlu mnyrtai adat2 sprti hal prkahwinan dan adat-adat lain sprti ckur jambul bayi lepas lahir, saya dimaklumkan oleh ibu supaya membuat seringkas mungkin. mulanya saya berkecil hati. tapi akhirnya saya faham ibu risau jika saya membuat majlis tanpa mengikut peraturan adat. pada mulanya saya tidak mengendahkan hinggalah terjadi bencana dan hal ini mula mnakutkan saya dan saya rsa perlu mngkaji smula. saya juga didatangi mimpi2 yang mana hampir sama dgn mmpi ibu. ibu mnyatakan bhwa ia rsau mnceritakan hal ini kerana bimbang dikatakan gila bg org yang mendengarnya. namun prkara ini sprti darah yg mengalir atau krana janji2 yg dibuat oleh ktrunan yang sblumnya. saya diceritakan oleh ibu bahawa ada tiga atau empat beradik yang telah datang ke malaysia krana mmbawa diri akibat ketamakn adik kedua mrebut takhta. adik2 yang lima lg msih berada di indonesia. saya tidak berani bercerita banyak lgi, ntah apa yg sya bimbangkan ya..yang pastinya ibu memang sdang mncari kturunan ini dan saya mrasakan mahu tidak perlu mnerima hakikat sy tlah trikat dgan adat pantang larang ini, antaranya adalah berkain kuning pada majlis trtntu yg brkaitan ktrunan ini.

aidid taib
aidid taib

salam...saya masih tercari2 dan samar2 mengenai keturunan saya...yang saya tau saya dari keturunan jaafar bugis,baru2 ini saya telah berjaya menjejak sedara mara saya di kg semaloi endau...baru lah saya tau atok saya ader beberapa orang adik beradik,tentah bt jaafar (atok saya),tok ali (arwah),tok awang(arwah)tok man(arwah),tok lah(arwah),tok minah ngan tok munah...semuanya anak2 jaafar bugis,saqya di fahamkan keturunan jaafar banyak lg di belah endau rompin,pekan nenasi dan (yg lain dah lupa).......arap2 saper2 yg tau mengenai jaafar bugis nih dapat terangkan kpd saya k...wasalam...

fendi
fendi

askm..saya hazarul affendiy bin isamail...saya ingin sangat nak tahu asal usul saya..yang saya tau saya keturunan bugis,asal nya dari arwah moyang saya yang berdagang dan terus menetap disini.dia seorang pendekar bugis dah pernah bekerja di istana..

Mohd Ali Hj Jaffar
Mohd Ali Hj Jaffar

Assalamualaikum semua, terutama kpd Cikgu Azleen.
Terlebih dahulu marilah kita bacakan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham ke bawah DYMM Sultan Iskandar yang baru mangkat pada 21/01/2010 yang baru lepas. Al-Fatihah. Ni dah masuk Januari 2010, masih lagi kita tercari-cari mengenai Awang Daik. Apa kata kita tubuhkan committe ikut tempat masing-masing. Kemudian kita buat satu lagi perjumpaan saperti yang telah saya lakukan pada 2005. This time kena belanja besar sikit. Mungkin di Hotel Sri Malaysia Mersing. Bagaimana?

azman Tahir
azman Tahir

Salam, nak tanya kat Encik Ibrahim Jaafar ni, kalau ayahnya pernah berkhidmat kat Hospital Mersing dulu, tapi dah lama meninggal (alfatihah). Pernah gak masa kecik-kecik berguru gan pak jaafar, belanjar ngaji kat rumahnya.
Betulke En.Ibrahim? Maklumlah dah terlalu lama.
Saya ni pun sepupu ngan Cikgu Azleen, semoyanglah kita.

Terima kasih.

Kamaruddin Mohd Said
Kamaruddin Mohd Said

mungkin ada sesiapa yang bolih bantu mencari adik beradik Mohd Yazik dan ibunya(isteri Daik yang ke berapa?).Mohd Yazik meninggal tahun 1945, masa tu bapa saya masih kecil,6 tahun, jadi tak tahu apa apa berkenaan salahsilah keluarganya. Apa yang pakngah saya beritahu, bapanya taknak cerita susur galur keluarganya(mungkin takut)

Kamaruddin Mohd Said
Kamaruddin Mohd Said

assalamualaikum,saya juga ingin mencari salahsilah keluarga saya. Nama bapa saya Mohd Said bin Mohd Yazik bin Daik (saya tak pasti samada keturunan saya berkait dengan apa yang dibincangkan disini atau orang lain) Apa yang saya tahu melalui Pak Ngah saya, Sahadi Mohd Yazik (arwah) bapanya (Mohd Yazik) lari ke Batu Pahat setelah bapanya (Daik) terbunuh.

muhammad bin yusop
muhammad bin yusop

assalamualaikum,saya ingin bertanya kalau anda semua keturunan wan awang,ape sumpahan keturunan wan awang yang xleh dilanggar sehingga sekarang????

cikgu azleen boleh bagi penjelasan tentang keturunan ini....

terima kasih

Nor Azleen Abd Rahim
Nor Azleen Abd Rahim

maaf.. tapi saya bukan keturunan wan awang.. nih ler kali pertama saya dengar pasal wan awang..

Dan setakat ni takde ler plak dengar kitorang ada sebarang sumpahan yang xleh dilanggar..

Rasanya En Muhammad yang kena jelaskan kat kitorang ni..

Nazarina Binti Abd Majid
Nazarina Binti Abd Majid

Salam kepada semua keturunan Awang Daik.Saya berasal dari Mersing dan merupakan generasi ke-4 (cicit)kepada Awang Daik.Emak saya Wan Zainab Binti Wan Mohamed Bin Wan Awang.Dari apa yang diceritakan oleh pakcik saya Wan Mustafa Bin Wan Mohamed,Awang Daik berasal dari Riau.Beliau adalah salah seorang dari Daeng Lima Beradik.Mereka berlima merantau ke Tanah Melayu dan berpecah apabila sampai.Awang Daik naik terus ke Pattani,Siam dan menetap di sana.Semasa berada di sana beliau cuba menukar nama dari nama Daeng kepada nama biasa.Tetapi beliau hanya dapat menukar nama kepada Wan Awang manakala nama Daik adalah satu nama tempat yang tidak diketahui di mana.Mgkn Gunung Daik kot..hehe.Selepas itu beliau merantau sehingga ke Singapura sebelum kembali semula ke Johor.Semasa di Singapura beliau bersama Chu Aman beradu tenaga dengan Abd Rahman Al-Yunani (merupakan seorang mubaligh Islam yang berasal dari Yunan/China).Dari sumber yang saya perolehi,beliau tewas kepada Abd Rahman Al-Yunani dan menjadi anak murid.Selepas menamatkan pengajian,beliau terpilih sebagai 'pengawal peribadi' Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim manakala Chu Aman pula balik ke Muar.Selepas menamatkan perkhidmatan kepada Sultan Ibrahim,beliau kembali ke Daerah Mersing dan membuka gelanggang di sana.
Aadalah dipercayai,keturunan Awang Daik banyak terdapat di sepanjang persisiran Pantai Timur dari Kelantan hingga ke Johor.Tapi hanya di persisiran sahaja.
Semasa di Mersing,beliau dipercayai tinggal di Kampung Seri Lalang.Nama isterinya iaitu emak kepada datuk saya ialah Fatimah Binti Mohd Tahar.Saya tak pasti samada Fatimah itu isterinya yang keberapa.Cuma apa yang saya tahu beliau mempunyai anak yang agak ramai,tetapi kebanyakkannya telah dibunuh semasa zaman komunis dan jepun.salah seorang anak Awag Daik telah diburu oleh jepun atau komunis dan melarikan diri ke dalam hutan Endau.Ada juga anaknya yang dipancung oleh jepun.Isterinya telah meninggal antara tahun 1998 hingga 2000.Pada masa ini anak beliau yang masih hidup ada seramai 4 orang lagi.Saya tak tahu nama mereka cuma nama tok saya je yg saya tahu iaitu Wan Mohamed dan yang lain saya panggil mereka dengan gelaran Tok Chik, Cik De n Chu Piah.Tok Chik tinggal di Taman Seri Mersing, Cik De tinggal di Kg Sri Pantai manakala Chu Piah tinggal di Parit Sulong Batu Pahat.Pada masa sekarang anaknya yang ke-3 (tok saya) sedang sakit di Hospital Sultan Ismail,Johor Bahru.

Nor Azleen Abd Rahim
Nor Azleen Abd Rahim

Terima kasih kerana berkongsi maklumat ni dengan kami.. sungguh detail..

Daik Indra Ku Ghozua
Daik Indra Ku Ghozua

Hendak juga saya terangkan disini, seperti tertulis pada mana-mana buku dan cerita sejarah yang Awang Daik adalah pengawal peribadi raja.Cuba kita semak balik apakah gelaran sebenar kepada 'pengawal peribadi raja'. Rujuk buku teks sejarah ataupun kamus dewan bahasa.
"Tugas utama 'Laksamana' adalah sebagai 'pengawal peribadi sultan'.

Daik Indra Ku Ghozua
Daik Indra Ku Ghozua

Dipendekan cerita, setelah beberapa bulan menetap di Tanah Melayu (Johor), beliau telah diberi jawatan di dalam Istana Johor..
tidak eloklah kita kata beliau diberi jawatan 'bodyguard' kerana sesungguhnya DAULAT Awang Daik tinggi.
Menurut cerita Engku Hamzah (seorang tua yang berdiam di pinggir Gunung Sorga, Johor) Sultan Ibrahim telah mengambil Awang Daik sebagai anak/adik angkat (tak pasti) dan memberi gelaran Panglima Istana....itu yang sebetulnya.( maafkan saya jika menegur).
Gelaran itu diberikan kerana jasa-jasa Awang Daik itu sendiri.
Ada banyak lagi cerita-cerita mengenai Awang Daik yang saya dengar dan baca...tapi mungkin lain kali kita berkongsi
'Saya juga berketurunan Capt. Abu Bakar...dan sekeluarga dengan Ibrahim bin Hj.Jaafar dan Ali bin Hj. Jaafar' tapi saya lebih senang jika identiti saya disembnyikan kerana seperti saya kata tadi, saya masih 'anak'dalam hal ini....dan selalunya yang lama tidak akan pernah dengar cakap yang baru.......Seperti mana Azazil (lama) tidak mahu mengaku pada Adam (Adam)

Daik Indra Ku Ghozua
Daik Indra Ku Ghozua

Mungkin saya masih 'anak' lagi dikalangan kalian (21 tahun), tetapi saya sudah mula mengkaji tentang sejarah moyang saya ( Panglima Awang Daik) lebih kurang 5 tahun. Hasil dari sumber bacaan beberapa buah buku lama dan mendengar cerita orang-orang tua, memang benar Awang Daik berasal dari Riau dan beliau adalah berketurunan Raja di sana (anak sulong) dan pernah menjawat gelaran Panglima Perang, sebelum membawa diri ke Tanah Melayu selepas kemangkatan ayahanda beliau. Ada cerita mengatakan beliau membawa diri kerana tidak mahu berlaku perebutan takhta siapa yang bakal mengganti gelaran raja. (nak cerita terlalu panjang).