Social Media

Amalan Bertungku: Baik Atau Buruk?

Salam ceria,

Yalah, diam tak diam dah lebih 5 bulan saya hamil.. tinggal lagi 4 bulan jer, InsyaAllah, saya akan bersalin..

Justeru, dah tentulah saya mencari-cari maklumat tentang persediaan bersalin.. Manalah tahu terbersalin awal pulakkan.. hahaha..

Minta dijauhkanlah harapnya..

Anyway, antara perkara yang menarik perhatian saya adalah amalan bertungku..

Asalnya saya memang mencari-cari juga mak bidan untuk bertungku.. Saya turut melihat-lihat produk bertungku sendiri…

Dan semalam pulak, saya menghadiri Seminar Antenatal di Regency Hospital.. Seminar tersebut sebenarnya ditaja oleh CellSafe International (lebih kurang gitulah namanya) yang bertujuan mempromosikan produk mereka iaitu bank stem cell..

Tetapi yang menyebabkan saya menghadiri seminar tersebut adalah talk daripada Dr Tokha tentang Vaginal Delivery Vs Ceasarean Delivery..

Ya, terus terang saja dengan begitu banyaknya pendapat yang saya terima dari orang sekeliling saya.. Saya ingin tahu dengan pasti apa pendirian OB-Gyn saya ni tentang kaedah delivery..

Tak payahlah saya nak menceritakan panjang lebar tentang pendapat-pendapat di sekeliling saya.. Ya tak?

Dulu, waktu saya belum mengandung saya memang berfikir yang saya nak bersalin C-section jer.. Sebabnya saya takut giler dengan kesakitan..

Tapi sebaik saja saya tahu saya mengandung, saya ingin pastikan saya dapat bersalin secara normal.. So adalah benda yang saya boleh ceritakan pada baby genius saya ni tentang sakitnya nak keluarkan beliau.. Hahaha..

Dan bila saya disahkan GDM pulak, perkara yang sering orang sekeliling saya ulang-ulang adalah:

“Ni beranak operate lah ni?”

“Kena ceasarean lah kan?”

Dan bila orang tahu saya pergi private hospital for check-up plak, orang kata:

“Kalau private hospital mesti nak ceasarean aje..”

So, kesimpulannya, saya memang agak risau jika OB-Gyn saya pun berfikir sedemikian..

Dan kalau berdasarkan apa yang saya faham semalam, OB-Gyn saya ni akan berikan saya peluang untuk bersalin normal seberapa boleh unless if it really necessary to do c-section..

Senanglah hati saya ni..

OK, berbalik kepada amalan bertungku ni.. Dr Tokha tuh ada sentuh tentang hal ni..

Menurut beliau, amalan bertungku ni memang satu tindakan bijak pada zaman dahulu.. Kerana ianya menghilangkan rasa sakit pada rahim.. Waktu dulu ianya disebut sebagai ‘batu merian’..

Sebenarnya yang sakit itu adalah rahim yang mengecut dan menjadi keras.. Rahim ini perlu mengecut untuk mengelakkan pendarahan…

Bagaimanapun, seperti yang kita semua tahu.. benda kalau dipanaskan akan mengembang kan?

Begitu juga dengan rahim yang dipanaskan melalui amalan bertungku itu..

Seeloknya supaya ia kecut untuk mengelakkan pendarahan, tetapi bertungku telah menjadikan ianya mengembang semula dan berdarah..

So, Dr Tokha tidak menggalakkan amalan bertungku ni.. Urut ya, boleh dilakukan.. Tetapi bertungku tidak..

So, saya pun cancel lah niat saya nak bertungku..

Chiow dan salam ceria!

1 comments
pearl peah
pearl peah

pinjam ayat2 yg last tu..nak kongsi dgn kwn2 yg sedang pregnant tetang amlan bertungku :)

Powered by WordPress. Designed by WooThemes