Kenali Pembaca Blog Anda
April 28, 2007 by Cikgu Azleen
Filed under News
Saya telah membincangkan tentang kepentingan mengetahui statistic blog anda dalam posting Tidak Ramai Pembaca Blog Pada Hujung Minggu. Melalui statistic anda boleh mengetahui bilakah waktu puncak blog anda, hari yang paling ramai pembaca, posting apa yang paling digemari pembaca dan banyak lagi maklumat lain. Maklumat-maklumat ini amat berguna apabila anda ingin membuat launching product atau membuat apa-apa announcement yang penting. Ianya juga boleh dijadikan panduan supaya anda tidak membuat pengubahsuaian blog atau mengalih server atau membuat updating sistem pada waktu puncak dan hari paling ramai pembaca blog. Itu akan membuatkan ramai pembaca blog anda lari.
Kali ini saya nak mengajak anda mengenali pembaca blog anda pula.
Aik, Nak Kenal Dengan Diri Sendiri?
Yalah, anda kan pembaca blog saya. Ekekeke.. Anda gunakanlah maklumat yang saya kongsikan ini untuk mengenali pembaca blog anda pula, OK?
73% Pembaca Blog Ini Adalah Kaum Lelaki
Hmmm.. Kenapa ya? Mungkin kerana saya perempuan? Atau mungkin kerana saya tidak menulis novel cinta di sini? Dan mungkin juga kerana saya tidak mengajar anda tentang tips kecantikan disini? Anda boleh dapatkan tips kecantikan di JAMU+Online - itu blog saya juga!
Segalanya mungkin. Tapi saya rasa sebab paling utama adalah kerana blog ini membincangkan pelajaran saya membuat duit dari blogging. Dan lebih ramai lelaki yang minat belajar bersama bagaimana membuat duit. Perempuan pula kebanyakannya berminat bagaimana menghabiskan duit - hahahaha.. Sebab itu blog-blog yang menjual kain baju, perfume, alat mekap mendapat sambutan hangat.
Kaum perempuan, jangan marah ye. Saya katakan itu kebanyakan perempuan, tidak semua. Lagipun apalah faedahnya saya mengata kaum sendiri.
Lebih 50% Daripada Pembaca Blog Ini Berusia Di Antara 21-25 Tahun Dan 31-40 Tahun
Ahaaa.. Saya tahu bahawa kebanyakan daripada mereka yang telah berjaya membuat duit online berusia di antara 21-25 tahun. Contohnya SmartZul. Muda kan? Untung diorang ni? Ewah, macamlah saya ni tua sangat.
Dan saya agak pulak, kebanyakan mereka yang berusia di antara 31-40 tahun adalah mereka yang sedang ingin mencuba sesuatu yang berlainan dalam hidup mereka. Di saat usia ini juga mereka mula memikirkan tentang persaraan dan merancang masa depan juga keluarga. Sebab itu memilih untuk belajar bersama saya cara membuat duit dengan blogging.
Perniagaan internet membolehkan anda menentukan masa depan anda sendiri. Selain daripada risiko yang jauh lebih rendah daripada berniaga di dunia sebenar, ianya juga sesuai untuk orang yang malu menjual seperti saya (Ya ke saya malu?). Selain daripada itu, anda juga boleh mempunyai lebih banyak masa lapang.. Oh tidak.. saya tidak setuju dengan pernyataan lebih banyak masa lapang dengan berniaga/ bekerja sendiri.
Saya lebih suka mengatakan bahawa dengan berniaga/ bekerja sendiri anda mempunyai lebih kebebasan untuk menyusunatur jadual dan aktiviti harian anda. Bermakna saya boleh berhenti bekerja pada pukul 12 tengahari untuk memasak makanan tengahari, kemudian menghantarnya ke pejabat suami saya sebelum masuk semula bekerja pada jam 3 petang hingga 10 malam. Itu contoh jerlah. Setakat ni tak pernah lagi saya memasak makan tengahari dan menghantarnya ke pejabat suami saya.
Lebih 50% Daripada Pembaca Blog Ini Terdiri Daripada Pelajar dan Eksekutif
Ini mungkin ada kaitan dengan usia tadi. Kebanyakan pelajar berusia di antara 21-25 tahun. Dah tentulah saya bercakap tentang pelajar universiti. Dan kebanyakan pelajar ini jugalah adalah mereka yang paling mudah ada access ke internet - dahlah FREE pulak tuh.
Sementara mereka yang berusia di antara 31-40 tahun adalah terdiri daripada eksekutif dan bekerja di pejabat. Hmmmm.. Internet FREE jugaklah nampaknya. Hahahaha.. Bagaimanapun, 18% daripada pembaca blog ini adalah PROFESSIONAL.. Hmmm.. bangganya saya.. Mungkin ada kalangan anda bekerja sebagai Doktor, Arkitek, Guru, Jurutera ya? Dan anda memilih untuk belajar bersama saya bagaimana membuat duit dari blogging.
40% Daripada Pembaca Blog Ini Tidak Mempunyai Blog
Wahhhh.. Dah tentulah market yang besar untuk saya menawarkan perkhidmatan Pakej Kit Blogger kepada mereka ni. Jika mereka tidak mempunyai blog tetapi masuk ke blog ini untuk belajar bersama saya bagaimana membuat duit dari blogging, satu hari nanti mereka juga tentu ingin mempunyai blog sendiri dan membuat duit daripadanya. Nahhh.. saya akan tawarkan kepada mereka Pakej Kit Blogger yang juga telah membantu saya bermula untuk membuat duit dari blogging.
Jadi sekarang, anda dah tentu punya idea mengapa penting kita mengenali pembaca blog kita? Bila kita dah kenal siapa mereka dan latarbelakang mereka, kita boleh fokuskan penulisan kita kepada pembaca blog majoriti. Selain daripada itu, kita juga tahu produk apakah yang sesuai untuk ditawarkan kepada pembaca blog ini.
Bagaimana Mendapatkan Data Demografik Untuk Blog Anda?
Rahsianya - Advertlets.com . Walaupun saya belum qualify untuk menyiarkan iklan Advertlets di blog ini, tetapi ianya telah membantu membekalkan saya dengan maklumat berguna berkaitan blog saya. Untuk membaca review saya tentang Advertlets boleh baca di Putting The ‘Bling’ In My Blog.



memang la fre kalau access dari ofis, tapi access masa time break saja tau. btw fyi, most of the people who commented on my blogs are female. (the other blog
)
————————
Azleen: Hahaha.. Kalau time break, takpe kot.. Tapi ni ada jugak yang access time keje.. Azwan, that is something to pondered about - why female?
ermmm… hebat jugak cikgu azleen. kalau james bond tau dia pun malu..
——————-
Azleen: Nasib baik dia tak tau.. Flowergirl jangan bitau plak!
salam leen. weit.. makin menjadi la ko punya site nih. last aku masuk site ko yang maharani ke ape ntah tu. ini pun blog hop dari blog wan. aku ingatkan cikgu mana ntah yang dia link kan, rupanya ko punya blog.
eh eh dah tukar hp number ke? masa nak gi jb dulu aku ada sms ko tapi tak berbalas.
————————
Azleen: Hai Wina, terima kasih.. Blog wan? Wan mana ek?? Taklah, aku takde tukar HP.. Masa ko sms tuh aku tengah sibuk sukan sekolah - kredit lak takde.. Tuh yang tak reply..
[...] CikguAzleen.com - Kenali Pembaca Blog Anda Cikgu Azleen menggunakan Poll Advertlets untuk mengenal pembaca blog dia yang berkaitan dengan menjana wang melalui internet! 73% Pembaca Blog Ini Adalah Kaum Lelaki. Hmmm.. Kenapa ya? Mungkin kerana saya perempuan? Atau mungkin kerana saya tidak menulis novel cinta di sini? Dan mungkin juga kerana saya tidak mengajar anda tentang tips kecantikan disini?” [...]
Just to say hi n be a friend….
————————
Azleen: Hi! TQ for visiting my blog.
well done..
——————————
Azleen: TQ.