‘Bling’ RM50 Dalam Akaun Advertlets!

May 4, 2007 by Cikgu Azleen  
Filed under News

Beberapa hari yang lepas saya telah membuat satu posting tentang Advertlets.com yang telah membuat pesanan Review untuk 300 Blogger yang bertuah. Maybe the lady luck is smiling on this blog! Dan review yang saya lakukan itu telah diterima oleh Advertlets dan mereka telah memasukkan RM50 dalam akaun Advertlets saya.

Naaahhh.. Itu satu permulaan yang baik, walaupun saya masih lagi belum boleh mengeluarkannya..

Dapatkan Review Dari Blog Advertlets Dengan Membuat Post Data Demografik

Dan sehari selepas itu, saya menulis pula artikel tentang Mengenali Data Demografik Pembaca Blog Anda yang sumbernya saya ambil daripada poll yang dijalankan oleh Advertlets. Nampaknya, artikel tersebut telah menarik perhatian Josh Lim dari Advertlets kerana selain daripada beliau menghantar e-mail kepada saya, beliau juga telah memaparkan blog ini - spesifiknya artikel tersebut - pada blog Advertlets beliau..

Beliau juga telah membuat tawaran kepada bloggers Advertlets untuk membuat post menggunakan maklumat demografik yang diperolehi melalui poll Advertlets. Selepas anda membuat post tersebut, anda perlu menghantar e-mail kepada Josh Lim memberitahunya. Siapa tahu, jika post anda menarik perhatian beliau, blog anda akan dipaparkan di blog Advertlets juga. Ini adalah satu lagi langkah yang bagus untuk mempromosikan blog anda - saya belum check lagi samada blog ini meningkat kadar pembacanya sejak ianya dipaparkan di blog Advertlets semalam.

Advertlets Turut Menerima Blog Dengan Trafik Yang Rendah

Pada hari yang sama jugak, Advertlets telah mengubahsuai requirement mereka untuk membolehkan anda menjadi blogger mereka. Requirement yang baru adalah:

  1. Jumlah pelawat unik ke blog anda: 100 50
  2. Jumlah poll demografik dari blog anda: 100 50
  3. Jumlah bayaran minimum yang boleh dikeluarkan: RM200 RM100

Lebih baik kan? 50% diskaun! Hahahaa.. Saya rasa mereka terpaksa mengubahsuai requirement ni kerana terdapat saingan daripada syarikat yang satu lagi tuh. Hahahaha.. Ohhh.. Saya tidak akan memberitahu anda dalam posting ini siapa saingan mereka, kerana anda sendiri tahu dan faham bahawa sekarang ini hanya ada dua syarikat pengiklanan blog dari Malaysia.

Iklan Advertlets Pada Blog Ini

OK, kalau anda perasan, saya pasti anda perasan kerana iklan itu sangat obvious.. Advertlets telah meletakkan iklan dalam blog ini. Sebelum ini saya meletakkan iklan/ poll Advertlets di bahagian Single Post, iaitu selepas artikel. Tetapi Josh telah memberitahu saya supaya mengalihkan iklan tersebut ke tempat yang lebih sesuai kerana mereka telah bersedia untuk menghantar iklan ke blog ini.

Jadi seperti anda sedia maklum, saya telah mengubahsuai theme blog ini - nanti saya akan beritahu apa lagi yang telah saya lakukan pada blog ini - dan meletakkan poll Advertlets di bahagian kiri atas sidebar. Selepas itu, saya lihat Advertlets telahpun menghantar iklan exabytes ke sini.

Hostkan Blog Anda Di exabytes

exabytes adalah syarikat penyedia hosting dari Malaysia. Ramai juga IM terkenal di Malaysia yang menggunakan hosting dari syarikat ini kerana kata mereka ianya reliable - boleh diharap dan servis nya juga bagus.

Sewaktu saya nak beli hosting, saya juga ada mempertimbangkan syarikat ini. Tetapi sebagai newbie yang kureeeennggg modalnya, pada saya hosting yang dijual agak mahal. Kalau anda tengok pada frontpage company ini memang dia menulis harga serendah RM149.50. Tetapi anda hanya akan dapat harga itu jika anda membayar untuk dua tahun. Ini bermakna modal permulaannya agak tinggi.

Bagaimanapun, untuk long-term dan apabila business anda telah berkembang, hosting yang ditawarkan oleh exabytes adalah berpatutan. Kerana selain daripada anda boleh parking 50 domain, anda juga boleh setup 50 mysql databases.. Jadi, mungkin tahun depan saya akan tukar ke hosting mereka.. Oppsss.. janganlah hosting sekarang ni dengar.. Kang merajuk pulak diorang ngan saya.. :D

Satu lagi kelebihan exabytes adalah mereka ada menyediakan hosting khas platform untuk blog di iloveblog.com . Sama seperti blogger, wordpres, live journal etc.. Ianya disediakan percuma.. Selain dari blog dengan nama anda di iloveblog.com , anda juga dapat e-mail address dan album gambar. Agak menarik jugak kan kerana ada platform blog dari Malaysia. Semakin majulah dunia blogging Malaysia.

Tetapi saya masih lagi menggemari blog wordpress di hosting sendiri. Kerana kuasa yang saya ada untuk mengawal segala-galanya.. hahahaha.. Gila kuasa! Kalau anda nak rasakan kegilaan kuasa ni dan keseronokan mempunyai blog sendiri, dapatkan Pakej Kit Blogger hari ini juga!

Comments

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by mohdismail
2007-05-04 20:52:05

tahniah!

:)

kita sokong industri pengiklanan online kita :)

——————————-
Azleen: Ya, dah tentu.. Kitapun lagi senang nak amik duit.. Tak payah susah susah nak convert..

 
2007-05-04 23:42:29

[...] You can get the above information from this post in their blog. At the bottom of the same post, they quoted a sentence from Cikgu Azleen’s blog: CikguAzleen also mengatakan bahawa Advertlets telah mengubahsuai requirement mereka untuk membolehkan anda menjadi bl… [...]

 
2007-08-15 13:11:05

Awak sudah coba Advertlets, hanya belum dapat menghasilkan seperti yang saya mau. Awak pikir, Adverlets masih muda dan perlu diberi kesempatan untuk berkembang.

 
2007-12-19 08:25:52

[...] you do remember, I wrote a few good articles about that particular company when they have just started. The owner did e-mailed me personally a few times.. Since I have his [...]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.