5 Perkara Pertama Dalam Hidup Saya

April 21, 2008 by Cikgu Azleen  
Filed under News

Nampaknya dalam dua tiga minggu ni tagging game ni kembali rancak. Kalau sebelum ni saya telah menjawab tag abdfatah berkenaan 8 perkara yang anda tidak tahu mengenai saya, kali ni Kakeru pula mengetag saya untuk memberitahu anda 5 perkara pertama dalam hidup saya.

Tag kali ini telah dimulakan oleh Afzai Afandi. Dan berikut adalah syarat-syaratnya..

  1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
  2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
  3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.
  4. Jawab dengan segera jika anda di tag..

Baik, saya mulakan dengan 5 perkara pertama dalam hidup saya..

  1. Kali pertama saya berkenalan dengan suami saya adalah di Yahoo! Chatroom Malaysiaku Indah pada tahun 1999. Dan kali pertama kami berjumpa adalah 2 minggu selepas itu dan kami pergi dinner kat Sofitel. Saya makan laksa.. uwekk.. harap aje mahal, langsung tak sedap! Bazir duit jer.. Sib baik suami saya yang bayar!
  2. Pekerjaan profesional saya yang pertama adalah sebagai Marketing & Business Development Manager di sebuah syarikat juruukur di SetiaWangsa. Saya sangat menyukai kerja tersebut, tetapi saya berhenti selepas dua bulan kerana dicabar oleh pemiliknya - Beliau kata kami semua tak pandai sebab tuh government tak nak ambil kami bekerja, government cuma ambil orang yang pandai-pandai. Dalam erti kata lain, kami ni macam graduan reject shop ler.. Sebaik sahaja habis meeting yang beliau cakap macam tuh, saya terus jumpa beliau untuk meletakkan jawatan, sebab sebenarnya saya dah terima tawaran dari kerajaan sejak seminggu yang lalu. Asalnya saya nak tolak tawaran bekerja dengan kerajaan tersebut, tapi kata-kata beliau menyebabkan saya menukar fikiran.
  3. Domain name saya yang pertama adalah www.relaxsama.com .. Dah tak wujud dah pun.. Dulu kononnya nak buat social website.. Saya teringin sangat nak buat servis speed-date..
  4. Blog saya yang pertama adalah di blogspot. Dah tak wujud lagi.. Blog tuh blog personal.. Sangat personal sebenarnya.. Saya telah berblog sejak tahun 2001.
  5. Kereta saya yang pertama (dan belum ada lagi yang kedua ketiga keempat) adalah Proton Satria kaler putih. Ramai orang tanya kenapa beli kaler putih. Malu nak cakap. Sebenarnya itu ajelah yang saya mampu beli masa tuh.. Lagipun masa tuh memang terdesak sangat nak pakai kereta.. tempat kerja saya takde kenderaan awam yang masuk.. Kalau nak jalan kaki, boleh ambil masa setengah jam dari tempat bas yang terdekat. teksi pulak sekali masuk RM20.. Kalau kira hari-hari serupa bayar installment kereta juga!

Baiklah, sekarang giliran saya pula mengetag orang lain.. Sapa ya?!

  1. Zool
  2. Nadlique
  3. Zuhairy
  4. Zaki Blogjer
  5. knizam

Comments

RSS feed | Trackback URI

14 Comments »

Comment by KNizam
2008-04-21 11:11:30

aisey kena tag untuk kali ke 29. hehe ok saya akan usahakan

Comment by Cikgu Azleen
2008-04-21 19:16:43

Hahahaha.. Nanti bolehlah cukupkan 30..

 
 
Comment by megat
2008-04-21 17:02:34

rasanya dah pernah dapat tag nie!? waduh banyak lagi tag yang belum dijawab

Comment by Cikgu Azleen
2008-04-21 19:17:20

Hehehe.. Mesti dapat dari orang lain.. Ala, korek jer balik tag tuh..

 
 
Comment by Maizul
2008-04-21 17:31:18

Kalau dah jodoh sebelah rumah pun boleh jadi calon. Menarik la sebelum ni yang saya tahu Wardina juga bertemu jodoh melalui online ni. Betul jugak kata CikguAzleen tu alang-alang bayar tambang lebih kurang sama je bayar ansuran kete baik ambik kete terus…

Comment by Cikgu Azleen
2008-04-21 19:18:14

Ya, kalau dah jodoh tuh memang tak disangka pun kan.. Ramai juga rakan-rakan saya yang bertemu jodoh melalui online ni.. Cuma ramai juga yang malu nak cakap..

Comment by afham
2008-04-23 23:24:00

senang kan zaman skang..tk reti ar kak nk ngorat depan2.. :D

Comment by Cikgu Azleen
2008-04-24 21:18:12

hehehe.. Ngorat online pandai plak ye?

 
 
 
 
Comment by zaki blogjer
2008-04-21 20:37:10

Nnti saya jwb 3 dlm 1. Dah ada 2 dari Am Starstreet and Am Tazsara yg blom berjawab. Hehe

Comment by Cikgu Azleen
2008-04-21 22:10:20

Boleh, sekarnag ni bukan takat 3 in 1, 8 in 1 pun ada - card reader..

 
 
Comment by zaki blogjer
2008-04-21 20:48:57

Erm, testing, asal saya nyer comment hilang

 
2008-04-22 22:56:23

[...] cikgu2 sedunia mengetag saya lagi. [...]

 
Comment by Shueqry
2008-04-23 11:31:04

Fuh, nasib baik saya tak kene tag!

hehe :)

-Shueqry-

Comment by Cikgu Azleen
2008-05-09 19:49:18

Hehehe.. Kesian pulak kalau setiap kalipun tag shueqry aje.. Eh, shueqry dah ada domain sendirii ya?

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.