Rupa Baru Selepas Tamat Cabaran Menulis 40 Hari

May 6, 2007 by Cikgu Azleen  
Filed under Spirit

Mungkin anda dah perasan, mungkin juga ini adalah kali pertama anda masuk ke blog ini. Bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada anda kerana memberi sokongan kepada blog ini. Tidak kiralah samada anda memang regular a.k.a top commentators di blog ini ataupun anda telah sesat ke mari.. Tanpa anda tak mungkin blog ini boleh mencapai pagerank google. Terima kasih sekali lagi.

Theme Baru CikguAzleen.com Ini Nampak Lebih Menarik

Opppsss.. Itulah bila tulis tanpa berfikir, baca semula baru perasan. Apa yang anda dah perasan tentang blog ini kalau anda pernah masuk ke sini sebelum ini? Ya, saya dah tukar theme nye.. Suka tak? Heheehe.. Sila angkat tangan kalau anda setuju dengan theme ini.

Sebelum ni saya suka pakai theme 3 column.. Tapi lama-lama saya rasa macam serabut ler plak.. Dahler dengan kaler theme typoXP tuh sebelum ni yang kusam.. Dan saya rasa fontnya pulak kecil.. Saya nasib baiklah pakai laptop skrin LCD tak sakit mata.. Tapi saya rasa kalau pembaca saya pakai komputer kat CC mesti lama-lama dia kene pakai kanta pembesar.. Jadik, saya pun beralih kepada theme 2 column.. OK tak? Kalau anda tak setuju, sila beritahu saya..

Selamat Menamatkan Cabaran Menulis 40 Hari

Semalam, saya telah pun menamatkan Cabaran Menulis 40 Hari.. Sajalah tak nak tulis post ni semalam, sebab nak kasik cukup 40 hari dulu.. heehe.. Saya nak ucapkan juga terima kasih kepada RajaBlog kerana menganjurkan Cabaran ni. Sekejap lagi saya akan kongsikan dengan anda apa yang saya pelajari sepanjang 40 hari ni.. Kemudian saya juga nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menamatkan cabaran ini dengan jayanya iaitu:

  1. RajaBlog yang banyak menulis tentang blogging.. Banyak jugak ilmu saya dapat dari blog beliau ni.. Dan ada ke patut, dia panggil saya akak hari ni.. :( Rasa tua lah plak.. :p
  2. DikMal yang memberi motivasi.. Bagus jugak ni.. Anda patut baca blog beliau jika anda rasa anda perlukan sesuatu sebagai panduan..
  3. Amanz pakar komputer.. hehehe.. muda-muda dah tau banyak tentang komputer.. Kalau anda ada soalan, bolehlah e-mel dia..
  4. OnlineBisnes pakar forex.. Saya banyak kali juga try memahami apa yang dia tulis dalam blog dia.. Tapi fail lah.. Memang tak boleh faham langsung.. Saya nampak ada graf turun naik.. Tapi ntahler..
  5. Noushy Syah menulis tentang cinta.. Kalau anda nak tahu macamana nak tingkatkan kadar percintaan anda hehehe.. bolehlah dapat tips dan panduan di sini..
  6. Along dari penggila.com tapi dia ni taklah gila rasanya.. Hehehe.. entahlah plak.. setakat ni tengok tulisan dia takdelah menunjukkan ciri-ciri seorang gila.. Tak tahu pulak kalau bila jumpa orang dia ni jadi gila.. Ehemmm.. Along jangan gila (mad) baca tulisan saya ni ye..
  7. IbnuHassim ni nama bapak dia.. hehehe.. Dia ni ada juga satu lagi blog tentang Chess..

Kalau berdasarkan blog tokei Cabaran Menulis 40 Hari ni, itu ajerlah yang selamat menghabiskan 40 hari ni buat masa ini. Kepada mereka yang sedang melalui saat-saat getir tuh, caiyo caiyo caiyo! Hahahaha.. Dan kepada mereka yang telah terkantoi.. Cuba lagi tahun hadapan ye.. Ewahhhh.. Anda boleh mulakan sendiri Cabaran Menulis 40 Hari ni.. Tak perlu tunggu RajaBlog buat.. Cuma yalah kan.. Bila beramai-ramai ni rasa lebih bersemangat waja..

Apa Yang Saya Pelajari Selama 40 Hari Ini?

  • Dapat ramai rakan baru - ada yang mempunyai blog dan ada yang tidak mempunyai blog.. Eh, siapa yang takde blog tuh tak teringin ke nak ada blog .com nama anda sendiri? Dapatkan Pakej Kit Blogger untuk belajar cara mudah pasang WordPress.. Ala, senang citer, kalau anda nak ada blog nama anda sendiri macam saya punya ni, beli je Pakej Kit Blogger..
  • Bila ada fresh content setiap hari, bukan saja Search Engine suka blog ni, malahan kadar pembaca pun meningkat..
  • Bila kadar pembaca meningkat, blog dapat PR, advertising agency pun mulalah terima blog ni.. Yang terbaru, ReviewMe terima blog saya ni.. PayPerPost tak nak blog ni sebab dia kata bukan blog BI.. Elehhh.. NuffNang ngan Advertlets kan ada.. Hahahaha..
  • Semangat saya lebih berkobar-kobar sekarang ni.. Tahu tak? Siang malam saya kat komputer.. Tapi bukanlah terus menerus.. Maklumlah bila blogging ni adalah aktiviti sepenuh masa saya, saya ada kebebasan penuh untuk menyusun waktu saya.. Bila nak masak.. Bila nak amik anak.. oppss.. Saya mana ada anak yang nak diambil..:D
  • Semakin banyak menulis semakin banyak idea.. Kadang-kadang tuh punyalah banyak benda nak tulis sampai tak tahu nak tulis yang mana satu.. Ekekeke.. Ada ke patut?
  • Bila dah jadi kebiasaan, anda akan jadi tak selesa jika tidak dapat mengupdate blog anda.. Masa saya bercuti seminggu hari tuh, saya terpaksa menulis 9 post sekaligus untuk memastikan saya dapat bercuti dengan tenang.. Dan dalam masa seminggu tuh, saya langsung tak jenguk internet.. Tapi dengan adanya fungsi TimeStamp kat WordPress ni, saya tahu yang saya masih lagi selamat dalam Cabaran Menulis 40 Hari ni..
  • Bila kita konsisten menulis kita akan mencapai satu tahap yang mana kita tahu gaya terbaik penulisan kita.. Tak percaya? Cuba anda tengok posting-posting di blog ini pada peringkat awal.. Bukan saja posting-postingnya pendek-pendek, bahkan gaya pun membosankan.. Ehem.. Saya rasa saya tidaklah membosankan anda kan?? Tapi sekarang saya boleh menulis dengan lebih baik.. Baru-baru ni jugak saya berjaya menulis satu artikel sepanjang 3 mukasurat MS Word.. ahaha.. Terpaksa dipecahkan kepada dua bahagian.. Itu pun sebenarnya banyak lagi saya nak tulis..

Cukuplah kot.. Saya rasa posting ni pun dah cukup panjang.. Banyak lagi sebenarnya kesan positif yang diperolehi daripada Cabaran Menulis 40 Hari ni.. Kesan negatif? Saya rasa buat masa ni takde.. Kecuali bil internet saya bulan March dan April naik 2 kali ganda. Hahaha.. Tapi saya dah tukar kepada unlimited punya.. Nanti saya cerita macamana saya naik angin ngan Service Centre Streamyx pasal bil saya.. Tengok.. Kan saya dah kata ada banyak idea??

Comments

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by ramzwatcher
2007-05-06 08:48:13

nice post! nanti saya hotlinkingkan utk post esok. Arinie je dah post 2 - kan makin banyak idea tu..haha

theme skang kurang serabut la sket dari yang sebelumnya. eh, sebelum terlupa, post arini tentang plugin threadedcomments (beri komen kepada komen).

So bleh la cikgu try ye :D

————————
Azleen: Hehehe.. Kurang serabut? Masih serabut lagi ler tuh.. :)

 
Comment by abdfatah
2007-05-06 12:33:50

haaa… lepas nih boleh la buat cabaran untuk diri sendiri dan bagi reward kepada diri sendiri untuk terus menulis dengan lebih baik dari kebiasaan… wahhaa…

hari-hari bersaing dengan diri sendiri…

————————–
Azleen: Yup.. The Biggest Enemy Is Oneself..

 
Comment by Budiey
2007-05-06 17:00:31

Salam Cikgu Azleen,
Ini pertama kali saya membaca blog cikgu. Dan komen ini adalah komen pertama saya. Teruskan menulis blog ya sebab saya akan lawat blog cikgu ini setiap hari.

Happy blogging
Salam kenal
~budiey.com

—————————
Azleen: Hello Budiey, terima kasih kerana melawat ke sini.. Wah wah.. menarik juga blog awak ye.. Sensasi selebriti lagi..

 
Comment by aman
2007-05-06 18:51:03

mane muda lagi…dah tua dah pun.. :P

—————————
Azleen: Eh, bukan umur baru dua dekad ke? 1 dekad 10 tahun kan??

 
2007-05-07 00:03:05

[...] Di sini rasa rakamkan ucapan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menghabiskan cabaran ini iaitu raja blog, dikmal, amanz, online business, noushy syah, alongtxv, dan cikgu azleen. [...]

 
Comment by JimieRay
2007-05-07 21:49:04

“Suka tak? Heheehe.. Sila angkat tangan kalau anda setuju dengan theme ini.”

Saya suka sbb bole tengok nenek cikgu yg kat sebelah tu sama… He..hee.. Mentang2 la cikgu, siap suh angkat tangan lagi :)

TAHNIAH! kerana cikgu berjaya menamatkan cabaran tersebut. Memang saya akui semakin lama gaya penulisan cikgu cukup menarik. Teruskan usaha anda w/pun tanpa cabaran.

Errr…Betul ker cikgu lum ada anak lagi???

—————————-
Azleen: TQ.. Belum Jimie.. Kalau ada orang nak serahkan anak dia untuk dijadikan anak angkat, beritahulah saya..

 
Comment by alongovtx
2007-05-08 23:00:18

cikgu,orang gila pun tak akan mengaku dirinya gila.Hatta orang yang gilakan sesuatu pun kadang-kadang tak berapa nak mengaku dirinya sedang gila atau angau.Apa ke gilanya komen saya ni…apa pun cabaran tu tetap menghasilkan sesuatu…

———————————
Azleen: Bahyer bahyer.. Ni kalau tanya orang, dia tak ngaku gile.. gile lah kot dia ye??

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.