Balik Kampung Ho Ho Ho Balik Kampung…
October 6, 2007 by Cikgu Azleen
Filed under Spirit
Salam Ramadhan buat semua yang berpuasa..
Yang berpuasa aje tau, yang tak puasa tak payah.. Hehehe.. Macamana ada lagi lebih kurang 6 hari lagi kita akan berpuasa sebelum meninggalkan Ramadhan dan beralih ke Syawal.. Sudah berapa hari anda tinggal? Oppss.. Kalau yang lelaki dan sewaktu dengannya tuh anda tak ada sebab ya untuk meninggalkan puasa..
Persiapan menyambut Syawal macamana? Baju raya, langsir raya, sofa raya, lampu raya, kereta raya, kasut raya, dan macam-macam raya lagi dah disediakan ke? Janganlah buat last minute ya, nanti over shoot the budget pulak.. Kang susah.. Nak tunggu gaji bulan berikutnya agak lama jugak tuh..
Saya takdelah tukar apa-apa pun.. Baju memang pasti beli sebab yalah kena ada banyak baju bila nak ke sekolah tahun hadapan.. Kasut raya belum beli lagi sebab tak jumpa yang berkenan di hati.. Memang banyak tempat dah round tapi takde yang cantik.. Saya kalau pasal kasut ni memang sangat cerewet.. Sebabnya nanti kalau beli sesuatu yang tak cantik dan tak selesa akhirnya ianya tak akan digunakan.. Kalau gunapun mungkin sekali atau dua kali semasa raya aje.. Dah rugi pulak.. Jadi kalau sampai raya nanti masih tak jumpa yang sesuai, guna ajelah kasut pergi kuliah.. Cantik juga!
Hmm.. Rasanya minggu ni dah bermula perang balik kampung kot.. Atau ada yang dah bermula sejak sebelum Ramadhan lagi? Hahaha.. Apapun, nasihat saya adalah supaya bermusyawarah, bertolak ansur dan sama-sama bersikap adil untuk menentukan kampung mana nak balik tuh..
Pada yang belum kahwin dan masih mencari calon tuh, saya sarankan anda cari sajalah yang sekampung atau sekurang-kurangnya senegeri. Nanti nak raya senang, InsyaAllah..
Saya dan suami tak pernah lagi berperang.. In fact, selalunya kitorang akan putuskan nak balik mana lagi 1-2 hari nak raya.. Sebab macamanapun pasti berpeluang balik ke rumah kedua-dua belah orang tua..
Itulah faedahnya kalau duduk senegeri.. Kalau malam raya di rumah saya, selepas sembahyang raya bertolak ke rumah suami.. Begitulah sebaliknya.. Tahun ini malam raya di rumah suami, dan selepas sembahyang raya bertolak ke KL sebab abah saya masih lagi menjalani rawatan di KL.. So, kami akan beraya di sana aje..
Semasa mencari video yang sesuai untuk balik kampung ni, saya terjumpa video yang comel dan bermesej ini.. Video ini dibina menggunakan game The Sims 2 - University Expansion Pack.. Anda pernah mencuba permainan ini? Hmm.. Ini memang favourite game saya, tapi sejak belajar semula, tak berpeluang langsung nak on game ni.. Dulu kalau main game ni dari pukul 8 malam sampai 8 pagi esoknya pun boleh.. Hahaha.. Memang addicted.. Pernah sampai suami saya bisingkan saya kerana terlalu asyik bermain game ni sampai tak layan dia..
Oppss, pada suri rumah jangan jadi macam saya tau!
Dan kalau anda tak puas dengan video itu, mari dengar sepenuhnya nyanyian Sudirman.. Jom balik kampung!




wow, for me, i’m gonna balik kampung at this 11 October, next week, nearly one day to hari raya day ..
hopefully i can spend evening time berbuka with my family .. i’m still dont have much time for shopping raya ..
hehe .. my english tunggang langgang, but i’m learning to improve it.
- shueqry -
Hi Shueqry,
Hope you had a wonderful ‘balik kampung’ experience.. I will write about my raya experience after this.. I hope you will share yours.. It’s fun to know how other people celebrate their victory..
Feel the heat, have the fun.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Raymond,
Selamat Hari Raya for you too
owh, kalau dekat tadi, boleh gak pas kad raya
- Shueqry -
Oh, Kad Raya!
Dah lama tak melihatnya.
Thank you Raymond..
I like the song. Even though I don’t balik kampung during that time. But I feel the joy too.
Thank you for the sentimental feeling.
I guess the Malaysian spirits of holiday is on everyone..
saya & isteri wlpn tak senegeri, tak pernah gaduh pun pasal nak beraya kat mana…heran la apasal la ada yg gaduh2…apa susah sangat ke nak ikut sistem giliran tu..kan3
jgn gaduh2 haa, selamat hari raya, berhati2 di jalanraya/lebuhraya di mana jua anda beraya jangan sampai terlanggar balairaya…maaf zahir batin.
Betul tuh.. Paling mudah ikut sistem giliran.. Saya pun heran kenapa nak gaduh2..
Saya dan suami ikut sistem budi bicara.. Maknanya memandangkan adik beradik saya sikit, selalunya saya akan tanya dulu kakak saya balik raya tak.. Kalau dia balik, kitorang akan raya rumah suami.. Kalau dia tak balik, memang akan raya rumah mak saya.. Sebab nanti tak ada orang nak tolong mak saya masak-masak..
Belah mak suami saya tak kesah sangat sebab ada kalangan menantu dia (biras saya) yang anak yatim piatu, jadi diorang memang pasti akan balik rumah mak mertua saya..
[...] sorry for my broken english, cikguazleen i need your help Enter your email [...]
kelakar juga tgk youtube tu… anyway pasal balik kg ni, timbangrasa mesti ada, baru rumahtangga happy dan tenteram. mesti bersikap adil.. selamat hari raya untuk cikgu azleen
Selamat hari raya buat anda sekeluarga juga..
[...] pada petang Jumaat ni. Oppss…sebelum balik kampung jom kita layan lagu balik kampung kat blog Cikgu Azleen atau lagu Anuar Zain kat blog AliCyber. Orang kata raya-raya ni kalau tak layan lagu raya macam [...]
hohoooo… hari raya dapat duit raya…
Ya.. Tak sangka tahun ini saya dapat duit raya juga dari bekas-bekas student saya..
P.S.: Student dari kelas dewasa saya..
selamat hari raya dan berhati-hati dijalan raya
Selamat hari raya buat megat juga!
Selamat hari raya, hati-hati di jalan raya.
Selamat hari raya buat ros juga!
[...] jom kita balik kampung Hohohohooo [...]
[...] jom kita balik kampung Hohohohooo [...]
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya buat Azwan sekeluarga!
Betullah cikgu..
Memang nak cari yang satu negeri.. tapi tak jumpa2 gak.. Huhuhuhu
Hahaha.. Tak jumpa? Cari di tempat yang salah kot!
bukan tempat yang salah cikgu…
minat orang yang salah..
Huhuhuhu..
Slamat hari raya cekgu.. Enjoy ur holiday.. Maap zahir batin..
Selamat hari raya buat fuad sekeluarga..
cikgu,
saya suka video sudiman ni…
menarik…
bila tengok sudiman, ingat DR irfan…hehe
han
selamat hari raya buat semua yang mengenali diri ini.
Kalau ada salah silap , ku susun jari sepuluh mohon ampun dan maaf.
semua kita ada kesilapan, jangan simpan dalam hati.
Walaupun jauh dikutup utara, hari raya tetap sama.
cuma suasana hari raya tak sama macam malaysia.
selamat hari raya buat semua dimalaysia.
amin
Salam aidil fitri buat anda juga shidah..