Anak Tidak Mahu Minum Susu Dalam Botol

Diam tak diam rupanya dah lebih 3 bulan saya bercuti.. Dan nampaknya akhirnya dengan berat hati minggu depan terpaksa juga saya naik kerja..

Pasti saya akan rindukan saat-saat santai waktu siang saya dengan Afiah..

Bila mana setiap pagi saya mengejutkan Afiah dengan ciuman I Love You dan disambut dengan sengihan yang cuma nampak gusinya..

Bila mana saya mengurut seluruh badan Afiah tanpa perlu risau tentang masa yang tik tok tik tok berlalu pergi..

Bila mana saya bawa Afiah duduk depan laptop untuk belajar melalui Little Reader dan Little Maths..

Bila mana saya berlatih bersama-sama Afiah menggunakan program Smart Baby Glenn Doman..

Dan banyak lagi..

Selepas ini, walapun semua itu masih boleh dilakukan, pasti akan agak terkejar-kejar kerana perlu menjalankan tugas kepada bangsa dan negara pula..

Ahahaaaa.. Emosi lah pulak..

Takpe, takpe.. Alternatifnya nampaknya saya dan Afiah perlu bangun lebih awal lagi lahh..

Sudah dua hari saya menghantar Afiah ke rumah pengasuhnya..

Saja nak membiasakan Afiah dengan pengasuhnya juga hendak membiarkan Afiah belajar minum dalam botol..

Selain itu, saya juga pergi ke sekolah.. Tengok-tengok kelas.. Kemas-kemas kelas..

Orang kata amik feel sebelum naik kerja minggu depan..

Alahai..

Terus terang saya katakan kalau tak kerana kereta saya itu dibayar melalui potongan gaji, sudah tentu saya akan ambil cuti menjaga anak (tanpa gaji) lebih lagi..

Apalah yang saya hairankan sangat dengan gaji saya sebagai guru tu.. Hehehehe..

Konon kononlah..

Tapi memanglah, gaji saya itu cuma digunakan untuk kami bersantai-santai, bercuti-cuti, makan-makan di restoran mewah, beli baju yang cantik-cantik untuk saya dan Afiah.. hahaha..

Hmmm.. Penting juga tu kan?

Tapi lebih penting lagi andai saya dapat terussssss 24 jam sehari ngan Cik Afiah..

Ini buat saya berfikir, alangkah bagusnya kalau mereka membuat peraturan membenarkan bayi yang berusia bawah 1 tahun dan masih disusukan dengan susu ibu sepenuhnya dibenarkan mengikut ibunya ke tempat kerja..

Mesti seronokkan?

Ibu-ibu yang memang sedia menyusukan anaknya memang seronok gile..

Ibu-ibu yang memberikan susu dalam tin kepada anaknya pasti akan berusaha untuk menyusukan anak mereka sendiri disebabkan timbul rasa cemburu terhadap ibu-ibu yang boleh membawa anak ke tempat kerja..

Hmmm..

Balik semula kepada cerita Afiah, nampaknya 2 hari ni Afiah puasa dari minum susu sewaktu di tempat pengasuh..

Mungkin juga kerana beliau telah disusukan sebelum saya menghantar ke rumah pengasuh.. Dan saya cuma tinggalkan beliau dengan pengasuh lebih kurang 2 ke 3 jam..

Dan Afiah memang mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap kelaparan – buktinya beliau tidur 5-6 jam pada waktu malam..

Tapi bila saya sampai saja dan susukan AFiah, amboi… Beliau menyusu macam tak ingat dunia.. Hahaha..

Pengasuh rasa bimbang.. Afiah cuma minum 1 ke 1.5 oz saja.. Tak habis pun susu yang dibekalkan..

Tetapi saya beritahu pengasuh supaya jangan bimbang sekiranya Afiah tidak mahu minum. Dan supaya tidak memaksa Afiah minum susu..

Yang pertamanya adalah memang terdapat sebahagian bayi yang sanggup berlapar dan menahan diri tidak mahu minum dari botol.. Bayi sebegini akan membayar semula hutang susu itu pada waktu malam atau apabila dapat bersama dengan ibunya..

Selagi berat bayi meningkat, bayi sihat, tidak meragam, aktif.. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.. InsyaAllah..

Yang keduanya, nanti bila dah lama-lama kena tinggal, bila Afiah terasa lapar dan tidak dapat menahan lagi rasa laparnya, tentu akhirnya dia akan minum juga..  Hahaha.. Terutamanya kerana dia tahu bahawa mummy tidak ada dan cuma akan kembali beberapa jam selepas itu..

Bayi kan genius, mereka bukan bodoh.. Setiap bayi dilahirkan dengan naluri survival untuk meneruskan kehidupan mereka dalam dunia yang fana ini.. Percayalah!

Jadi, kalau anak anda masih tidak mahu minum susu dalam botol, biarkan mereka tinggal dengan orang lain untuk tempoh masa anda akan bekerja itu.. Lakukan secara berperingkat lah…

Menukar puting atau botol tidak akan banyak membantu kerana tidak ada puting dan botol yang dapat menggantikan breast ibu dan juga memberikan kepuasan yang sama pada bayi..

Untuk meninggalkan bayi dengan orang lain pula, anda boleh tinggalkan bayi di rumah sementara anda berpoya-poya di luar rumah – pergila salon ke spa ke tengok wayang ke.. Oh betapa saya merindui masa untuk tengok wayang..

Atau anda boleh hantar bayi ke rumah pengasuh @ nurseri sementara anda berehat di rumah atau pergi menjenguk pejabat untuk mendapatkan feel keje nanti..

Ianya boleh dilakukan 1-2 minggu sebelum naik kerja..

Mulanya tinggalkan bayi antara 2-3 jam.. Kemudian tambahkan lagi waktu 4-5 jam.. Terus tambahkan waktu sehingga benar-benar menyamai waktu anda bekerja..

Ini bermakna sekiranya anda biasanya bekerja waktu yang panjang (10-12 jam) anda perlu memulakan langkah membiasakan bayi dengan botol dan penjaga lebih lam..

Kalau anda macam saya yang bekerja antara 6-7 jam sehari, setakat seminggu sebelum naik kerja tu dah boleh dilakukan..

Besok saya akan tinggalkan Afiah lebih lama dengan pengasuh.. Dari pukul 12 tengah hari hingga lah ke pukul 4 petang.. Kita tengoklah apa yang akan terjadi besok..

Semoga semuanya selamat dan Afiah gembira dengan rutin baru ini..

P.S.: Masuk saja kereta tidak berhenti-henti Afiah berbunyi.. Agaknya menceritakan apa yang berlaku sepanjang beliau berada di rumah pengasuh, meluahkan perasaan lah agaknya.. Sampailah akhirnya beliau terdiam kerana tertidur keletihan.. Muahs muahsss anak mummy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
10 comments
sue ai ni
sue ai ni

salam..sy nak kongsi pengalaman sy yg menyusukn susu ibu melalui botol (sbb hantar ke pengasuh kan)..mula baby mmg x nak..pastu sy try cari puting brand NUK (ada 2 jenis cylicon ngn latex) ..sy try yg latex (wrna kuning) mmg soft mcm breast..pertama kali bagi tu mula2 mmg baby akan main2 dgn puting..dlm 4-5 minit tu baru dia nak..mummy kena sabar sikitlah

aishah
aishah

salam cikgu and kawan2 lain,
sya pun ada masalah yang sama. walaupun sya aware ada bayi yang sanggup lapar sbb tunngu mami balik keje, tapi tetap sya risau. Setiap hari ada je EBM terbuang. Sya harap anak lelaki sya yg berusia 2 bulan lebih ni tetap sihat...tp betul kata cikgu, dapat direct feed memang mcm tak ingat...sampai muntah2...oleh sebab anak sya kurang susu di rumah pengasuh, so sya cuma bekalkan 3 botol ebm = 5oz x 3, banyak jugak kan...

Rozie
Rozie

assalammualaikum...
Saya juga ingin berkongsi masalah dan harap-harap adalah yang sudi membantu. Anak kedua saya - Nur Arina masih tidak mahu minum susu menggunakan puting botol, saya telah membeli lebih kurang 12 jenis puting botol dan dua puting kosong, saya cuba memberi anak saya susu botol sejak sebulan sebelum saya mula bekerja, kini saya telah bekerja selama 2 minggu dan arina masih tidak mahu minum susu, saya juga memerah susu dan menyimpan kepada pengasuh untuk di beri kepada anak saya, tetapi tidak menjadi. Saya juga belikan anak saya susu tepung kot2la dia mahu tapi masih tak berjaya. Arina hanya akan menangis dan menurut pengasuh saya dia tidak minum sepanjang ketiadaan saya, mula2 saya pulang juga waktu tengahari untuk susukan dia,tapi jarak rumah pengasuh dan tempat kerja agak jauh jadi ianya agak mengambil masa, dan kini tengahari saya tidak lagi balik untuk susukan anak memandangkan telah di tegur rakan setugas kerana masuk lewat pada petangnya. Pengasuh saya menggunakan alternatif menggunakan picagari untuk memberi susu kepada anak saya tetapi sehari ( tempoh 8pg-5.30ptg) anak saya hanya minum 1oz susu, selebihnya dia akan menangis dan tertidur. Itu pun belum tentu susu masuk kerana menggunakan picagari susu akan meleleh keluar. Saya kini buntu dan kasihankan anak saya. Arina sanggup berlapar dari jam 8pg hingga 5.30 ptg kerana tidak mahu minum susu guna botol. Badan anak saya juga tidak kelihatan montel lagi dan doktor hanya menyuruh saya bersabar kerana lama-kelamaan akan menyusu botol, tetapi harini dah masuk minggu ketiga dan apabila saya hubungi pengasuh, katanya anak saya di suapkan susu perahan saya menggunakan picagari dan hanya sempat masuk dalam 8ml sahaja. Anak saya masih tidak menyusu menggunakan botol.Bantulah saya.

Ardina
Ardina

Salam cikguazleen dan kawan2.. Saya juga mempunyai masalah yang sama di mana situasi bayi saya-Aleeya juga tidak mahu menyusu botol. Walaupun sy meletakkan susu badan didalam botol, Aleeya tetap tidak mahu meminumnya. Apabila sy cuba memasukkan puting botol kedalam mulutnya, terus Aleeya meraung2. Pelbagai jenis botol di pasaran telah sy cuba, tetapi masih tidak berjaya.Lagi 2 minggu, sy akan memulakan tugas. Sebagai guru, sy terpaksa berenggang dengan Aleeya dr pukul 7pg hingga 3ptg. Apa yang merungsingkan saya, bagaimana keadaan Aleeya di rumah pengasuhnya? Mampukah dia bertahan sekiranya dia tidak mahu minum susu botol untuk tempoh yang lama? Bagaimana keadaanya jika dia terus menangis? Pelbagai persoalan mengganggu fikiran sy. Sekiranya kawan2 yang mempunyai situasi yang sama, sy ingin minta pendapat semua. Thanks..

wan nadia wan endut
wan nadia wan endut

salam... saya pun ada masalah sama mcm azleen juga. minggu depan saya nak start kerja. tapi baby saya taknak minum dr botol walaupun dah 3 minggu sy perkenalkan botol. masa mula-mula dulu adalah nak hisap botol jugak tapi sekarang ni memilih. Puas dah sy mencari puting botol yg sama seakan puting ibu. sy bertambah risau krn kalau sy suapkan botol dlm mulutnya, dia akan menangis tak ingat dunia. sampai selak. tapi ada jugak sy try tinggalkan dgn pembantu rumah dan sy keluar dr rumah 2 jam, nak pula dia hisap bila pembantu suapkan. macam ni?? boleh ke berkongsi pengalaman anda dgn sy bgmana dah skrg baby azleen?? sy takut rasanya nak tinggal lama-lama baby sy dgn pengasuh. lagipun, tpt mengajar sy jauh.. nak balik 40 minit baru sampai... tolonglah saya...

cikguazleen
cikguazleen

Terima kasih kerana berkongsi.. Memang ramai ibu yang kata bila pakai puting latex, baby ok.. saya pun pernah cuba, tapi tetap tidak OK.. hehehe.. Tapi akhirnya sekarang, Afiah dah minum gak guna MAM...

cikguazleen
cikguazleen

5oz setiap kali minum terlalu banyak untuk anak berusia 2 bulan.. Sebab itu ada je EBM yang terbuang... Jangan samakan EBM dengan susu tepung ya.. Pemberian EBM hendaklah dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.. Bayi saya sendiri berusia 4 bulan setengah, saya berikan 4 botol x 2.7 oz untuk masa bekerja 6.5 jam.. Dan walaupun minum dalam tangisan, ianya tetap habis.. Hehehe.. Anda boleh baca lebih lanjut di post saya yang berikut:
http://www.cikguazleen.com/alam-keibuan/2011/bayi-tidak-mahu-minum-susu-dari-botol-bahagian-2.html

cikguazleen
cikguazleen

Dear Rozie,
Bersabarlah.. Dah cuba berikan melalui cawan atau sudu? Tapi sebelum anda cuba berikan melalui cawan atau sudu, pelajari teknik yang betul kerana dikhuatiri boleh menimbulkan bahaya kepada bayi.. Link berikut ada memberikan panduan untuk memberikan bayi minum melalui cawan:
http://www.sarakids.com/blog/?p=4493
Saya dapati anda juga memberitau bahawa anda membeli puting kosong.. Untuk apa ya? Sebab penggunaan puting kosong boleh mengganggu breastfeeding..

cikguazleen
cikguazleen

Alhamdulillah, walaupun Afiah masih menangis setiap kali disuakan botol, habis juga 4 x 2.7oz setiap hari.. Kiranya kuat juga anak saya menyusu ni.. Syukur kerana babysitter sangat penyabar dan tetap memberikan Afiah susu walaupun dia menangis dan kadang2 meraung-raung.. Hahaha.. Tapi memang saya tetap beritahu babysitter supaya tidak memaksa Afiah minum susu dan tidak perlu risau jika dia minum tidak banyak, kerana ianya boleh ditampung semula pada sebelah malam atau bila Afiah ada bersama saya.. Malam letih sikitlah, sebab saya pastikan setiap 3 jam saya akan bangun menyusukan Afiah walaupun beliau tidak memintanya..

Trackbacks

  1. [...] Masa saya nak naik kerja tempoh hari, saya telah tuliskan satu post berkaitan topik yang sama ni juga, iaitu bayi tidak mahu minum susu dari botol.. [...]