Apa Yang Bagus Sangat Tentang Susu Ibu Ni?

Sewaktu pregnant, kita memang tahu susu sangat penting kan untuk ibu mengandung. Sebelum pregnant pun saya memang mengamalkan minum 2 gelas susu Anlene sehari.

Pengambilan susu memang amat saya titikberatkan sebab saya didiagnoskan dengan masalah kekurangan kalsium dan tulang tidak kuat sejak saya sekolah rendah lagi..

Bila mengandung, saya bertukar kepada susu Anmum.. Bagaimanapun susu Anmum ni manis dan tidak sesuai untuk orang yang menghidapi diabetes macam saya..

Kemudian, OB-Gyn memberikan saya sampel susu EnfaMama A+. Sedap ler juga susu ni walaupun saya rasa susu Anlene lagi sedap..

Tapi, susu EnfaMama A+ ni boleh tahan mahalnya..

Yalah, kalau susu Anlene, sepaket baru lebih kurang RM20 jer.. Kalau Anmum pulak dalam RM30++.. Tapi EnfaMama A+ harganya RM50++ setin.. Saiz packaging semuanya lebih kurang sama..

Tapi berpadanan jugalah dengan khasiat yang dibekalkan oleh setiap jenis susu..

Oleh itu, waktu mengandung hari tu, saya memang tercari-carilah susu apa nak bagi pada Afiah bila bayi lahir ni nanti kan..

Alamak, kalau dah mummy minum EnfaMama A+, takkan bayi kasik Dugro jer kan?? Dah tentulah lawannya Enfagrow A+.

Jadi, mulalah tengok harganya.. Mak oiii.. RM100++ setin dan setiap tin mengikut kiraan saya boleh tahan lebih kurang seminggu..

Maknanya sebulan kita akan perlukan 4 tin dan kosnya lebih kurang RM400..

Ala, memang tahupun yang susu dan lampin adalah kos terbesar membela bayi..

Sebab itulah kalau ada orang nak kata saya breastfeed Afiah kerana tak mampu beli susu formula (sapelah tu ya!), saya katakan iya aje.. RM400 sebulan untuk susu saja buat Afiah, bukanlah satu kos yang kecil..

Kalau setakat saya nak kasik susu murah-murah harga RM20 sepek tu, pejam mata pun boleh kasik.. Tapi apa yang Afiah boleh dapat? Gula tambahan banyaklah..

Sedangkan susu EnfaGrow A+ tu pun belum dapat menyamai 50% daripada apa yang susu ibu berikan untuk Afiah..

Jadinya, apa yang bagus sangat tentang susu ibu ni?

Mengikut Doktor Tokha, dan juga hasil bacaan saya dalam internet ni, susu ibu disesuaikan secara automatik untuk keperluan bayi.

Kadang-kadang badan kita kekurangan nutrien tertentu kan, dan tak semua nutrien dalam susu formula tu diperlukan oleh bayi kita kan.. Tapi susu ibu akan sesuai sendiri kandungan nutriennya mengikut keperluan bayi kita pada masa itu..

Bagaimana itu berlaku?

Arghh.. Rasanya itu semua tak penting untuk kita tahu, itu semua kuasa Allah, Dia yang buatkan semua ini berlaku..

Pada hari yang panas, susu ibu akan mengandungi lebih banyak cecair bagi mengatasi rasa haus bayi.. Dan sebaliknya pada hari yang sejuk, ianya akan lebih pekat, supaya bayi lebih mudah kenyang..

Dan yang paling pentingnya, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula adalah susu ibu mengandungi sejarah penyakit ibu.

Maknanya jika ibu pernah demam, selesema, sakit tiruk, atau apa saja jenis penyakit yang dialaminya sejak dari ibu itu bayi lagi, sejarah ini akan turut diturunkan kepada bayi melalui susu ibu.

Oleh itu, jika bayi terkena penyakit yang sama, badan bayi akan menghasilkan antibodi untuk penyakit tersebut lebih cepat daripada bayi yang minum susu formula.

Macamana ini boleh berlaku?

Arghhh.. Sekali lagi pada saya tak payahlah kita tahu sehingga ke perincian tersebut.. Itu bukan tugas kita, itu semua telah diaturkan dengan cantik dan sempurna oleh Allah Taala..

Sebab itulah bayi yang diberikan susu ibu sangat sukar menghidapi penyakit (terutamanya penyakit berjangkit) dalam masa setahun pertama hidupnya..

Dan kalau terkena juga (kuasa Allah kan), bayi tersebut akan lebih cepat sembuh berbanding bayi yang diberikan susu formula.

Jadi, ingatan untuk diri saya mengapa saya nak berikan Afiah dengan susu ibu..

Sewaktu kecil saya memang selalu sakit.. Hampir setiap bulan membuat lawatan ke klinik kerana demam dan sebagainya..

Jadi, saya amat berharap agar saya dapat elakkan segala masalah ini dari Afiah, supaya dia membesar dengan sihat dan cergas..

Yang paling penting juga, apa yang bagus sangat tentang susu ibu ni?

Ianya menjimatkan lebih dari RM400 sebulan.. hahaha..

Membesarkan anak tidak lagi menjadi masalah kerana seolah-olah tiada kos tambahan..

Chiaow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
4 comments
wann hairani
wann hairani

lps dh berhenti bf sbb pregnant lg, tpaksalah bg fm...cuma si bongsu ni la bertuah sket dh hampir 2 thn dpt menyusu lg :)

wann hairani
wann hairani

sian anak aku,minum susu murah je...iaitu Dugro :)

cikguazleen
cikguazleen

owhhh.. dah terpaksa nak buat camno kan? hehehe.. tp aku baca2 sebenarnya waktu pregnant still bleh bf anak yang lebih tua.. as long as takde rasa contraction ler..

cikguazleen
cikguazleen

hahaha.. jangan kecik ati wann.. bukan ke ko bf anak ko?