Selalu tak dengar pasal milk booster?
Saya pun selalu dengar..
Ada orang kata milk booster dia kurma, ada yang kata air soya, halba, lobak putih..
Tak kurang juga yang pelik-pelik macam durian, sardin..
Cuma yang belum pernah saya dengan milk booster makan petai atau jering.. Hahahaha..
Sebelum ni pun saya ada tulis satu post tentang milk booster… Saya ada cakap tentang milk booster saya adalah kurma..
Saya nak minta maaf banyak-banyak kerana ternyata maklumat tentang milk booster itu tidak betul, diperbesar-besarkan dan boleh menyelewengkan..
Milk booster tidak memperbanyak air susu badan..
Teori breastfeeding masih lagi sama iaitu supply vs demand..
Mana ada sebut pasal milk booster kan?
Lagi banyak susu badan yang baby perlukan, badan akan hasilkan lebih banyak lagi susu..
Bila baby dah tak perlukan banyak susu badan, penghasilan susu badan pun akan berkurangan..
Betapa saya telah terpesong sebentar.. hahahaha.. Minta maaf sekiranya posting saya tersebut juga telah memesongkan anda..
Untuk membanyakkan air susu badan, kita cuma perlu kerap kosongkan payudara..
Bila payudara kosong, ia akan sampaikan message kepada otak bahawa susu tidak cukup..
Dan otak akan keluarkan arahan supaya lebih banyak susu dihasilkan..
Jadi, kalau nak susu lebih banyak, kerap kosongkan payudara..
Cuma ada dua cara nak kosongkan payudara:
1. Beri baby menyusu dengan lebih kerap..
2. Perah susu..
Jadi, kosonglah payudara..
Dan satu lagi juga, kalau kita nak susu badan kita banyak, kena pastikan juga yang bila baby menyusu, dia menyusu sehingga payudara kosong..
Bagi saya, selalunya saya akan tunggu sehingga Afiah melepaskan sendiri puting susu, barulah saya hentikan penyusuan, kecuali kalau ada kecemasan, tapi cuba elakkan seberapa boleh..
Kalau kita hentikan penyusuan sebelum payudara betul2 kosong, akan ada baki susu yang tertinggal dalam payudara..
Lebih banyak baki susu yang tinggal dalam payudara, akan lebih bahaya..
Taklah, bukanlah bahaya boleh kena kanser atau sebarang penyakit lain.. Walaupun saya dengar ianya boleh menyebabkan puting susu tersumbat.. Tak pasti ya ni..
Bila ada baki susu dalam payudara, mesej yang disampaikan adalah susu berlebihan.. Maka otak akan keluarkan arahan supaya kurangkan pengeluaran..
Itulah yang menyebabkan pengeluaran susu semakin merosot..
Mana ada sebut tentang milk booster kan?
Yang pentingnya, kita kena tahu bahawa komposisi susu terdiri daripada air, protein dan lemak.. Untuk menghasilkan susu, kita perlu bekalkan air, protein dan lemak kepada badan..
Kalau macam saya, lemak tak perlu dibekalkan banyak sangat sebab lemak boleh diambil dari lemak-lemak berlebihan kat badan saya yang comelllll ini..
Jadi, ambil air dan protein dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan susu yang berkualiti..
Ada sebut tentang milk booster tak?
Takde kan..
Teorinya tetap sama, supply vs demand.. nak lebih banyak susu, kerap kosongkan payudara dengan cara bagi baby menyusu atau perah..
Tak kisahlah nak perah guna pam atau guna tangan..
Dan satu lagi tips yang diberikan kepada saya adalah jangan biarkan payudara tidak dikosongkan melebihi 3 jam.. Sebab tu kalau malam baby tidur lama, 3 jam kena kejutkan juga supaya menyusu ataupun kenalah pam..
Tak percaya?
Anda cuba menyusukan bayi atau memerah susu setiap 3 jam dan beritahu saya apa hasilnya..
Kerana saya telah mencubanya dan memang betul teori breastfeeding supply vs demand..
Tak perlu milk booster, yang pentingnya amalkan pemakanan berkhasiat, amalkan pengambilan supplemen untuk keishatan badan (sebab susah nak pastikan kita makan makanan seimbang kan?), ambil air lebih 3 liter sehari dan menyusukan bayi atau perah payudara setiap 3 jam (walaupun pada waktu malam)..
Lihatlah hasilnya nanti..
Kongsi-kongsikanlah dengan saya ya..

[...] pun dah tahukan yang untuk menghasilkan susu yang banyak anda cuma perlu makan makanan berkhasiat, minum air mencukupi dan kerap kosongkan [...]