Bayi Tidak Mahu Minum Susu Dari Botol – Bahagian 2

Masa saya nak naik kerja tempoh hari, saya telah tuliskan satu post berkaitan topik yang sama ni juga, iaitu bayi tidak mahu minum susu dari botol..

Afiah telah mula diajar minum dari botol susu sejak dari awal lagi.. Sebab waktu tu kan Afiah kena jaundis.. Jadinya, cara termudah dan tercepat untuk menurunkan jaundis tanpa perlu menggadaikan breastfeeding adalah memerah susu ibu dan memberinya melalui botol secara berselang-seli dengan direct feeding..

Dengan cara ini, kita dapat memastikan bayi minum susu ibu yang mencukupi bagi menurunkan jaundis dan dalam masa yang sama tidak akan menolak direct feeding dengan ibu.. Taklah nanti jadi exclusive pumping mommy pula bila bayi dah pulih jaundis ni..

Bila tiba musim raya hari tu pulak, disebabkan kemalasan yang besar nak bawa botol susu dan pam (walaupun waktu tu dah ada Medela Freestyle), maka Afiah direct feeding sepanjang masa..

Sebenarnya leceh kan beri minum bayi dalam botol ni.. Saya pun tak tahuler macamana ibu-ibu yang memberikan bayi mereka minum dalam botol ni boleh bertahan.. Tak kiralah samada mereka exclusive pumping mommies atau formula feed mommies..

Rasanyalah, kalau saya mesti cepat2 nak suruh bayi wean-off.. Hahaha.. Bayangkan, nak cuci botol, nak sterile, nak cari air panas, nak bawak susu lagi.. Argghhh..

Lagipun, saya sangat mencintai waktu-waktu direct feeding dengan Afiah.. Sebab saya terasa yang seluruh dunia saya waktu itu tertumpu kepada Afiah dan dia kepunyaan saya seorang.. Hahahaha.. Masa ni, suami pun saya macam tak perasan, apatah lagi kalau mak mertua.. Lebih syioklah dari makan kari kepala ikan..

Sebab tu sepanjang raya tu memang saya tidak mengepam dan juga tidak memberikan Afiah minum dalam botol..

Akibatnya, selepas itu pulak Afiah langsung tak mahu botol.. Hahaha.. Meraung-raungler kalau disuakan botol ke mulutnya.. Aiseh…

Memang agak pening juga saya waktu tu.. Terutamanya yang paling saya risau sekiranya babysitter pulak yang cerewet..

Alhamdulillah, babysitter Afiah sangat penyabar orangnya dan banyak membantu saya.. Walaupun pernah sehingga sejam beliau memberikan Afiah minum, disebabkan asyik menangis jer kan.. Beliau tetap penyabar..

Walaupun saya telah menjelaskan kepada babysitter Afiah supaya tidak bimbang dan jangan memaksa Afiah minum jika dia tidak mahu, beliau tetap bersabar dan memberi Afiah minum sambil memujuk Afiah..

Untung kan saya?

Dan lebih untung lagi kerana sebenarnya pihak pentadbir sekolah membenarkan saya keluar menyusukan Afiah pada waktu bekerja.. Tetapi buat masa ini saya menolak kerana pada saya sekiranya saya mengambil jalan penyelesaian tersebut, ianya hanya akan menyelesaikan masalah saya buat sementara waktu..

Akhirnya nanti Afiah tetap akan bergantung kepada saya untuk menyusu.. No, no, no…

Selagi Afiah kekal aktif, ceria, sihat dan berat badannya meningkat, saya rasa tidak perlu saya risau samada beliau menyusu atau tidak sepanjang di rumah babysitter..

Tetapi, bak kata saya yang beruntung ni tadi, babysitter memang penyabar.. Kerana walaupun Afiah meraung sewaktu feeding, setiap hari beliau menghabiskan 4 botol x 2.7 oz susu ibu yang diperah… Saya cuma meninggalkan Afiah dari pukul 11 pagi hingga 6.30 petang saja.. Banyak juga kan?

Saya tahu juga ada ibu-ibu yang menghadapi masalah yang sama kan..

Ada yang komen terus di blog ini dan ada juga yang menghantar emel kepada saya..

Sebenarnya ada beberapa cara untuk memberi anak minum susu.. Tidak semestinya melalui botol, dan yang pentingnya anda tidak perlu membeli semua jenis botol di pasaran..

Ahaaaa.. Saya pun hampir terkena juga ni.. Saya pun telah membeli 2 jenis botol dan beberapa jenis puting..

Nasib baiklah saya tersedar sebelum lebih banyak duit saya rugi..

Saya tersedar bahawa Afiah adalah bayi yang bijak (sama juga dengan bayi anda ya!).. Dia tidak mahu menyusu dari botol bukan kerana botol tidak sedap, puting tidak sama dengan puting ibu.. Hakikatnya mana ada puting getah yang boleh menyamai mana-mana puting ibu.. Gimik iklan saja tu..

Tetapi oleh kerana bijaknya bayi kita ni, dia tahu membezakan antara yang original dengan yang tiruan..

Jadi, bersyukurlah jika bayi anda menolak untuk minum dari botol.. Itu adalah tanda pertama bahawa bayi anda sudah boleh membezakan sesuatu perkara..

Berbalik semula kepada cara memberi bayi minum, selain daripada botol, kita juga boleh memberi bayi minum melalui cawan atau sudu..

Malahan kajian menunjukkan bahawa bayi yang disusukan ibu secara eksklusif lebih sesuai diberikan minum melalui cawan atau sudu berbanding botol jika ibu ingin memastikan bayi tidak keliru puting..

Jadi, kalau bayi anda menolak untuk minum dari botol, anda boleh cuba untuk memberi bayi minum melalui cawan atau sudu..

Awas ya, sebelum anda memberi anak minum dalam cawan atau sudu, pelajari teknik yang betul dulu tau..

Sarakids ada menyediakan satu post tentang teknik memberi bayi minum melalui cawan..

Saya pun bercadang untuk melatih Afiah minum melalui cawan waktu cuti deepavali ini nanti.. Kalau lebih mudah, nanti saya akan ajarkan kepada babysitter Afiah pula.. Tak perlulah babysitter Afiah susah hati lagi nanti..

Seterusnya adalah untuk memulakan beri bayi minum susu perahan, mulakan dengan susu perahan yang segar.. Maknanya yang diperah pada hari yang sama.. Jangan terus beri EBM beku..

Ini disebabkan rasa EBM beku kurang enak berbanding yang segar..

Saya sendiri telah menukarkan dari pemberian EBM beku kepada EBM segar setiap hari.. Dan nampaknya Afiah lebih mudah menerimanya..

Memberi EBM segar setiap hari juga akan dapat mengelakkan anda dari malas-malas mengepam yang akhirnya boleh menyebabkan pengeluaran susu berkurangan..

Selepas bayi biasa dengan rasa EBM, barulah anda beransur-ansur memberikannya EBM yang diperah semalam, 2 hari sebelum, 3 hari sebelum dan akhirnya EBM beku (jika anda ingin menggunakan stok EBM beku anda).

Teknik seterusnya yang saya praktikkan pada Afiah adalah memberikan beliau minum susu sebelum beliau betul-betul lapar dan juga dalam keadaan beliau mamai.. Hahaha..

Walaupun ini nampak kejam dan manipulatif, ianya adalah cara terbaik untuk mengelakkan anak meraung-raung..

Biasanya bayi akan tidur kan?

Bagi Afiah, biasanya beliau akan tidur lebih kurang 2 jam, dan bangun juga dalam tempoh lebih kurang yang sama.. Maksud saya 2 jam tidur, 2 jam jaga, tidur semula selama 2 jam, jaga lagi 2 jam, dan tidur semula.. Kecuali pada waktu malam , dimana Afiah akan tidur berterusan antara 4 ke 6 jam..

Jadi, apa yang saya lakukan adalah setelah Afiah tidur lebih kurang sejam, saya akan mula panaskan susunya.. Saya gunakan warmer jingle-jungle..

Selepas itu, saya akan memerhatikannya dengan lebih kerap.. Sebaik saja Afiah menunjukkan tanda-tanda yang beliau lapar dan akan tersedar dari tidur, saya akan terus memberikan beliau susu melalui botol..

Oleh kerana pada waktu ini biasanya beliau dalam keadaan separuh sedar, beliau tidak akan perasan bahawa beliau menghisap puting tiruan.. Hahaha..

Afiah kenyang tanpa tangisan.. Yezzaaaa!

Bagaimanapun, biasanya juga selepas 15 ke 30 minit, saya tetap perlu berikan Afiah breast cuma kali ini bukanlah beliau menghisap kerana lapar sebaliknya cuma menghilangkan ketagihannya saja.. Layan ajerlah..

Kalau sebelum ini biasanya Afiah menyusu selepas mandi, sekarang Afiah menyusu sebelum mandi.. Hehehe.. Lepas mandi, terus tidur semula..

Seterusnya, saya juga tidak memberikan Afiah minum botol, saya akan meminta orang lain untuk melakukannya seperti suami atau ibu saya..

Satu lagi langkah yang saya ambil adalah memastikan Afiah minum mencukupi pada waktu-waktu beliau bersama saya iaitu pada waktu pagi (saya sekolah petang) dan juga pada waktu malam..

Saya memastikan Afiah menyusu setiap 3 jam sepanjang beliau berada bersama saya.. Ya, ini bermakna walaupun pada waktu malam beliau tidur, saya akan mengangkat beliau dan menyuakan puting susu ke mulutnya.. Biasanya memang beliau akan ngapppp punyeee..

Memang ada bayi yang sanggup berlapar apabila ibunya tidak berada bersamanya untuk menyusu (bergantung kepada tahap kebolehtahanan bayi terhadap kelaparan)..

Dan Afiah memang ada tahap kebolehtahanan lapar yang tinggi – sebab itu dari awal lahir lagi, Afiah boleh terus berterusan selama 6 ke 8 jam tanpa perlu bangun menyusu..

Tetapi bayi sebegini akan menyusu berlebihan apabila berada bersama ibu.. Keadaan ini dipanggil reverse cycling dan masih boleh memenuhi keperluan harian susu bayi..

Akhir sekali, jika anda telah melakukan semua yang terbaik ini untuk anak anda, dan anak tetap tidak mahu minum susu dari botol, jangan risau dahulu..

Perhatikan perkembangan anak untuk tempoh 2 minggu ke 1 bulan..

Selagi anak kekal aktif, ceria dan sihat, serta berat badannya meningkat, tiada apa yang perlu anda risaukan samada anak minum susu mencukupi atau tidak..

Semua tanda itu – aktif, ceria, sihat, naik berat badan – menunjukkan penyusuan susu ibu mencukupi tanpa mengambil kira berapa jumlah oz yang telah diminum dalam sehari..

Lagipun, sebagai ibu apalah lagi yang kita inginkan selain daripada anak kita kekal aktif, ceria, sihat dan naik berat badannya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
16 comments
nurazlindaazman
nurazlindaazman

saya mengalami benda yg sama. tp bila bayi berumur 3 bln dah boleh terima boto susu. cumanya sekali minum hnya 2oz shj. 

Skrg bayi saya berumur 8bln..start 7 bulan dh buat perangai xmahu botol susu..nasib anak saya dh start mkn bubur. Mlm2 mmg xpayah ckp, mmg akan non stop nk menyusu badan. Tapi skrg saya mengandung pula.. sgt risau susu yg di minum xpuas..tp anak xnak botol susu

eirarazwan
eirarazwan

Assalamualaikum.. bby sy pon mcm tu.first month lahir ok mau je botol,then msok 2 bln dh xnk, bla bg jgk botol meraung2 dia.so smpai skrg ni dh 9 bulan still full bf .. tp yg susahnye dia suka sgt gayut,xnak lps lgsg.kalo 2 jam tido,2 jam la dlm mlut.bla cabut dia tjga n nangis.. pe sy nk buat ni.. tlg bg pndapat akk

sulie
sulie

Salam Puan,

Anak saya berumur 13 bulan, dan fully breastfeed. Saya bekerja jadi sebelum ni saya mengepam 4 kali sehari di pejabat untuk stok dia minum dengan menggunakan botol pada waktu siang. Baru-baru ni saya telah bercuti selama seminggu dan direct menyusu badan dia. Selepas habis bercuti, dia dah tak mahu minum susu dari botol. So sekarang pada waktu siang dia cuma makan dan minum air kosong. Bila saya balik kerja sahaja dia nak minum secara direct breastfeeding.

Soalan saya, saya tentu perlu mengepam lagi pada waktu bekerja kan untuk maintain susu, tapi stok susu dalam peti yg banyak tu saya nak buat macam mana ye? Nak buang sayang..tapi baby dah tak mahu minum...pakai cawan pun dia tak mahu..Dah pandai dier..

Boleh ke kalau saya kurangkan sesi mengepam dari 4 kali kepada 2/3 kali sahaja..effect kat susu tak?

Kalau boleh saya nak la menyusukan dia sampai umur 2 tahun..

Terima kasih for any advice.

NorazlinaMijan
NorazlinaMijan

tq...sesgt...bb boy sy nie xnk minum susu botol..ad mase nk ad mase xnk....br 2 bln lbh..mengamuk2 die xnksusu botol.....insyaallah nk try care ni..tqtq

zakiah
zakiah

sy jg menyusu bdn sehingga ank berusia 2 thn stgah. alhamdullillah Allah bg susu yg byk , ank sulong ssh nk terima susu dgn botol nsib baik bbysittr seorang yg penyabar dn sanggup suap dgn sudu, ank yg kdua, pun sama... sehingga dia sanggup berlapar... nsib baik bos faham dan jarak tmpat keje x jauh so blh ulang alik menyusu, kdua dua ank saya x knl botol susu....

ida
ida

Salam

Post akak ni sangat membantu. baby saya pun mula2 dulu ok je pakai botol tapi bila dah lama firect bf, terus dia reject botol. tapi sekarang saya dalam proses ajar dia guna botol balik. siang botol dan malam direct bf. kadang2 dia ok, kadang2 dia mengamuk. maybe dalam proses nak sesuaikan diri lagi. saya pun try amalkan teknik bagi susu botol masa dia mamai dan rasanya cara tu berkesan. apa2pun tq sbb share info.hopefully saya berjaya :)

Nurfitrianie
Nurfitrianie

Salam ..
Saya seorang ibu yang fully bf. Saya sekarang mengalami masalah yg sama. Minggu depan nak turun kerja .Baby pula x mahu menyusu botol wlpn guna susu perahan dan fomula. Dah cuba botol susu avent , mam, tommee tipee semua direjectnya. Saya ada mengajarnya minum guna sudu dan cawan tapi dia tetap tidak mahu . Pening kepala dan hampir putus asa. Rasa nak berhenti kerja saja dan duduk jaga dia d rumah.

AMIZA JAMIL
AMIZA JAMIL

Yeah..perkara ini juga berlaku pada Sophia Mierza, sehingga hari ini si kecilku tidak mahu minum susu dengan botol walaupun pelbagai jenis puting telah dicuba..tapi hari ini Sophia sudah pandai minum dengan menggunakan botol yang menggunakan straw..Jika dulu Sophia akan minum dengan menggunakan sudu ketika di rumah pengasuh..tetapi kini tidak lagi..seawal usia 6 bln, Sophia sudah menggunanakan botol tersebut, tetapi perlu sabar kerana minum agak lambat..Tetapi alhamdulillah.. Sophia tetap sihat, aktif dan cerdas walaupun tidak minum susu dengan menggunakan botol...

maizatul
maizatul

Salam....sy pn mengalami mslh yg same juga. Next week sy akan mula masuk kerja. Start last week sy cuba utk bg anak sy menyusu menggunakn botol. Tapi dia tak nak. Meraung2 mcm kene dera je bile sy bg botol. Kengkadang sayang sudu yg di perah terpaksa dibuang coz dia takmau minum...lepas bc blog cikgu ni sy agak lega sket coz ade jln penyelesaian utk baby yg tak mau minum susu melalui botol...mcm mane pn sy akan cuba juga menggunakan botol smpi la bby sy nak..

CikguAzleen
CikguAzleen moderator

 @NorazlinaMijan Ok, biasa tu. Nanti lama-lama dia OK.. Afiah pun minum dalam cup samapi 6 bulan dan tiba2 satu hari dia nak minum dalam botol.. Sampai sekarnag ni dah 10 bulan OK jer minum dalam apa-apa jenis botol pun..

cikguazleen
cikguazleen

Ooohh.. Tak pakai botol langsung, jadi babysitter berikan guna sudu ya? Baguslah gitu kan.. Mesti cepat juga belajar minum pakai cawan kan?

cikguazleen
cikguazleen

Assalam Ida,

Terima kasih kerana membaca blog ini dan alhamdulillah, syukur sekiranya perkongsian saya ini dapat membantu anda. InsyaAllah, anak akan sesuaikan diri dengan botol juga nanti.. Jangan berputus asa dan teruskan berusaha..

cikguazleen
cikguazleen

Jangan berputus asa.. Teruskan mengajar bayi minum menggunakan sudu atau cawan.. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama..

cikguazleen
cikguazleen

Ya, Raymie ada cerita juga hari tu yang anak tak mahu minum dengan botol.. Tapi bagus juga kan baru 8 bulan lebih dah boleh guna straw.. Yang penting, baby sihat, aktif dan cerdas..

cikguazleen
cikguazleen

Ya, cuba ajar bayi tapi ingat supaya jangan paksa.. Kalau kita paksa, nanti makin susah jadinya.. Peluk dan cakap baik-baik.. InsyaAllah.. Yang pentingnya bayi sihat, aktif, ceria dan berat badan bertambah ya..

noor ruzana
noor ruzana

salam. akak anak saya tak mau juga minum susu btol. masa baby umur satu hari dia saya bagi minum guna btol. saya bht sekejap sbb anak kuning. saya bagi direct susu badan. saya pulak bekerja. Tempat saya keje dekat ja ngan rumah. Bos bagi la balik menyusu. Tapi anak saya buat perangai bila lambat bagi dia menyusu. saya skrag dah buat keputusan nak bht keja.

 

nurfitrianie
nurfitrianie

Tq 4 replying .. Saya akan cuba perlahan2 mengajarnya wlpn susah dan ambil masa . Mudah2han Allah mempermudahkan semuanya. Terima kasih atas perkongsian ilmu dalam blog ini, mudah2han banyak lagi perkongsian ilmu yang boleh dimanafaat bersama .

cikguazleen
cikguazleen

Ya, yang pentingnya nikmati pengalaman ini sebaiknya..