Social Media

Bagaimana Nak Banyakkan Air Susu Badan?

Selalu tak dengar pasal milk booster?

Saya pun selalu dengar..

Ada orang kata milk booster dia kurma, ada yang kata air soya, halba, lobak putih..

Tak kurang juga yang pelik-pelik macam durian, sardin..

Cuma yang belum pernah saya dengan milk booster makan petai atau jering.. Hahahaha..

Sebelum ni pun saya ada tulis satu post tentang milk booster… Saya ada cakap tentang milk booster saya adalah kurma..

Saya nak minta maaf banyak-banyak kerana ternyata maklumat tentang milk booster itu tidak betul, diperbesar-besarkan dan boleh menyelewengkan..

Milk booster tidak memperbanyak air susu badan..

Teori breastfeeding masih lagi sama iaitu supply vs demand..

Mana ada sebut pasal milk booster kan?

Lagi banyak susu badan yang baby perlukan, badan akan hasilkan lebih banyak lagi susu..

Bila baby dah tak perlukan banyak susu badan, penghasilan susu badan pun akan berkurangan..

Betapa saya telah terpesong sebentar.. hahahaha.. Minta maaf sekiranya posting saya tersebut juga telah memesongkan anda..

Untuk membanyakkan air susu badan, kita cuma perlu kerap kosongkan payudara..

Bila payudara kosong, ia akan sampaikan message kepada otak bahawa susu tidak cukup..

Dan otak akan keluarkan arahan supaya lebih banyak susu dihasilkan..

Jadi, kalau nak susu lebih banyak, kerap kosongkan payudara..

Cuma ada dua cara nak kosongkan payudara:

1. Beri baby menyusu dengan lebih kerap..

2. Perah susu..

Jadi, kosonglah payudara..

Dan satu lagi juga, kalau kita nak susu badan kita banyak, kena pastikan juga yang bila baby menyusu, dia menyusu sehingga payudara kosong..

Bagi saya, selalunya saya akan tunggu sehingga Afiah melepaskan sendiri puting susu, barulah saya hentikan penyusuan, kecuali kalau ada kecemasan, tapi cuba elakkan seberapa boleh..

Kalau kita hentikan penyusuan sebelum payudara betul2 kosong, akan ada baki susu yang tertinggal dalam payudara..

Lebih banyak baki susu yang tinggal dalam payudara, akan lebih bahaya..

Taklah, bukanlah bahaya boleh kena kanser atau sebarang penyakit lain.. Walaupun saya dengar ianya boleh menyebabkan puting susu tersumbat.. Tak pasti ya ni..

Bila ada baki susu dalam payudara, mesej yang disampaikan adalah susu berlebihan.. Maka otak akan keluarkan arahan supaya kurangkan pengeluaran..

Itulah yang menyebabkan pengeluaran susu semakin merosot..

Mana ada sebut tentang milk booster kan?

Yang pentingnya, kita kena tahu bahawa komposisi susu terdiri daripada air, protein dan lemak.. Untuk menghasilkan susu, kita perlu bekalkan air, protein dan lemak kepada badan..

Kalau macam saya, lemak tak perlu dibekalkan banyak sangat sebab lemak boleh diambil dari lemak-lemak berlebihan kat badan saya yang comelllll ini..

Jadi, ambil air dan protein dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan susu yang berkualiti..

Ada sebut tentang milk booster tak?

Takde kan..

Teorinya tetap sama, supply vs demand.. nak lebih banyak susu, kerap kosongkan payudara dengan cara bagi baby menyusu atau perah..

Tak kisahlah nak perah guna pam atau guna tangan..

Dan satu lagi tips yang diberikan kepada saya adalah jangan biarkan payudara tidak dikosongkan melebihi 3 jam.. Sebab tu kalau malam baby tidur lama, 3 jam kena kejutkan juga supaya menyusu ataupun kenalah pam..

Tak percaya?

Anda cuba menyusukan bayi atau memerah susu setiap 3 jam dan beritahu saya apa hasilnya..

Kerana saya telah mencubanya dan memang betul teori breastfeeding supply vs demand..

Tak perlu milk booster, yang pentingnya amalkan pemakanan berkhasiat, amalkan pengambilan supplemen untuk keishatan badan (sebab susah nak pastikan kita makan makanan seimbang kan?), ambil air lebih 3 liter sehari dan menyusukan bayi atau perah payudara setiap 3 jam (walaupun pada waktu malam)..

Lihatlah hasilnya nanti..

Kongsi-kongsikanlah dengan saya ya..

10 comments
maslinda
maslinda

Info yang menarik. susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingannya. Susu yang baik selepas susu ibu adalah susu kambing. Berikan hak anak anda yang patut anda berikan. Alhamdulillah saya sendiri masih menyusukan anak saya setahun 6 bulan. Doakan yang terbaik untuk perjalanan penyusuan saya. Amin

zaireena
zaireena

baby sy sudah 2bulan sekarang,tp sy bg susu fm sbb baby sy lahir pramatang and mulutnye sgt kecik,smpai puting sy lg besar dr mulut die..susah sgt nak bg direct bf,adakah sekarang sy bole bg susu bdn lg?sbb sy try perah,cikit saja keluar..mcm mana nak kuarkan susu byk walaupon sudah 2bulan lahir..

iza0505
iza0505

saya dah ada anak 2, pertama 6 thn, kedua 3 thn, skrg tgh ngandung 1 bln 6 ari... ble tgk blog awak ni mmg best, masa bagi susu kat anak2 saya sebelum ni hanya sampi 2 bln jer...puting saya agak pendek, mungkin agak susah bayi nak menghisap, so saya pump jer... pengeluaran susu x lah byk sangat, skali pump dapatlah 2 oz... 2 pun jenuh nak perah sampai sakit breast... mungkin 2 lah sebabnya saya x lama bg anak saya susu, dan jalan yg paling mudah bg susu formula...so utk ank yg akan bakal lahir ni saya nak cube menyusu dengan selama yg boleh. saya akan set mind "SAYA BOLEH LAKUKAN NYE"

aqilah12
aqilah12

Salam cikgu azleen....nak tanya anak saya stop menyusu basan umur 5 bulan coz air susu kering sekarg dah nak masuk 9 bulan macam mana nak bg air susu ada semula adakah dari segi permakanan atau ubat...saya berniat nak teruskan penyusuan sampai umur 2 tahun

qish
qish

as salam Cikguazleen.. Nak tnya, klo mommy kena food poisoning,bole bf ke?klo sy bf, bb berak2 bnyk kali. Dah tnya doctor,dia ckp can continue.cuma nak tnya from ure opinion. Thanks

ieynazarina
ieynazarina

lene, i agree with u on this topic...actually milk booster sebenarnya adalah our mind set...bila kita kata susu kita cukup, maksudnya mmg cukuplah tuk bekalan anak kita...

based on my experience, dulu aku kan pengepump tegar....aku siap ada jadual ketat tuk sessi pump masa awal2 tue...even Raihan xbsama dengan aku pada weekdays & aku cuma jupa Raihan weekends...tp tiap kali balik ke kg bekalannya dalam 60-80 botol stok susu seminggu....4 0z/bottle....n selalunya 20 botol adalah stok...masa awal2 bekerja mmg susu aku kurang...cuak gak..memacam booster aku makan n minum...spi aku ke klinik ambik pil tuk up kan susu...tp hasilnya masih sama...atlast aku keep pumping n pumping n pumping...aku pump setiap 2 jam...memalam pun aku bangun tuk pump....siap set alarm takut tlajak....n alhamdulillah rezekinya mcurah2...so rahsianya bykkan minum air n makan...for the first 6 mnths nie mmg xleh nk diet...kene makan tuk dapatkan susu & tenaga... leh lah pikir nk diet once baby start with their solid food...

Rayyan kali nie aku xpump sgt coz aku df...tp ada masa aku pump gak tuk stok...kot2 lah aku nk g SPA ke, shopping ke, dating ke....leh aku suh MIL aku jaga jap...hahaha...cuma xbyklah stoknya...sblm posa kelmarin adalah dalam 30 botol tp atlast kene 'mansuhkan' coz ttiba aku kena balik BNE...sayang n sedih giler beb bila tgk susu2 tue....kat cni, aku wat stok gak, tp adalah dalam 5 botol jer...

lg satu rahsia kejayaan pyusuan nie adalah our goal...macam aku, aku akan set my goal every 3 months...memula aku set nk exclusive myusukan baby spi 6bln...bila dah 6 bulan n baby dah mula makan, aku set nk myusukan baby spi 9 bulan....pas 9 bulan, aku set balik nk myusukan baby spi 12 bulan...n begitulah hingga 2 tahun...mgapa aku wat macam tue??...sbb klu aku trus set 2tahun, trasa macam lamanya lagi nk spi 2 tahun...takut lak dlm masa nk cecah 2tahun tue, aku tgoda lak ngan iklan2 fm yg hangat di pasaran dan juga tmakan ngan kata2 insan2 sekeliling...so bila set 3 bulan...oooo,xpelah 3bulan jer lg..atfer that, ooo 3 bulan jer..n so on....hehehe...tp nie formula aku lah...lain org lain pgalamannya...

so selamat myusu...moga sukses hingga ke 2 tahun....nnt share2 lg yer info2 bf nie...byk manfaatnya...thx...

CikguAzleen
CikguAzleen moderator

 @aqilah12 Kedua-duanya boleh dilakukan.. Yang penting sekali anda kena mula memerah susu.. Untuk maklumat terperinci sila hubungi saya melalui telefon 0162949298 atau SMS/ WHatsApps 0173329298.

CikguAzleen
CikguAzleen moderator

@qish Assalam Qish.. Ya, betul cakap doktor tu, boleh continue takde masalah.. Baby berak2 tu berapa kali dalam sehari? Ataupun berapa kerap/ jam sekali?

cikguazleen
cikguazleen

Masa dengan Raihan, EP mum lah ya.. Tabah betullah kau sanggup mengepam walau baby takde.. Syukurlah sebab kali ni dengan Rayyan boleh jaga dan df dia kan.. Lagipun kalau df sebenarnya lebih banyak susu dihasilkan berbanding dengan mengepam/ memerah.

Aku suke juga yang set goal 3 bulan tu.. Ya, goal besar - 2 tahun (atau selama yang boleh) dengan minigoals setiap 3 bulan.. Kenalah juga setkan ganjarannya kalau capai goal tu ya.. hehehe.. Boleh tiru ni..

Eh, sekrang kau tandem nursing ke Rayyan n Raihan? Dan satu lagi BNE tu apa ya?

syaidah10
syaidah10

@cikguazleen  

adakah pam susu mempengaruhi kadar pengeluaran susu? im a bit confius about dat..help me sis..

Trackbacks

  1. […] pun dah tahukan yang untuk menghasilkan susu yang banyak anda cuma perlu makan makanan berkhasiat, minum air mencukupi dan kerap kosongkan […]

Powered by WordPress. Designed by WooThemes