Social Media

Anak Tak Mahu Hisap Botol!

Assalam dan salam sejahtera,

Semoga puan-puan sihat sejahtera dan sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Masalah anak tak mahu hisap botol adalah antara masalah paling popular dan kerap saya terima.

Walaupun saya dah pernah menulis tentang perkara ini, rasanya masih lagi perlu disentuh topik ini.

Kebanyakan ibu bekerja, mula panik bila bayi tak mahu hisap botol.

Kebanyakannya akan mula membeli botol susu dan juga puting jenis lain pula..

Sampai ada yang sanggup membeli botol yang harganya bukan murah-murah..

Ada yang mencecah sehingga RM100 satu botol bersama puting kan?

Apatah lagi dengan iklan puting susu yang kononnya menyamai bentuk breast ibu..

Uishhhh..

Manakan boleh menyamakan puting breast ibu yang original ni dengan puting susu getah atau silikon tu..

Takkan sama..

Ada pula ibu yang lebih panik sampaikan mula terfikir..

Patutkah saya berhenti kerja untuk menyusukan bayi?

Wah, kata saya adalah..

Jika anda mampu untuk terus mengekalkan gaya hidup sekarang, maka tidak ada salahnya anda berhenti. Tetapi janganlah semata-mata menyusukan bayi menjadi alasan anda berhenti kerja. Saya khuatir jika suatu hari nanti anda akan menyalahkan bayi anda menjadi punca anda tidak lagi menjadi wanita bekerjaya.

Bagaimana ya nak menyelesaikan masalah bayi tidak mahu minum susu dari botol ini?

Cuba kita sama-sama fikirkan..

Apakah kegunaan botol susu ni?

Botol susu ni kita gunakan sebagai medium untuk memberi susu ibu kepada bayi.

Kata kuncinya adalah MEMBERI SUSU IBU kepada bayi.

Cara utama untuk memberi susu ibu adalah dengan direct-feeding.

Ohhhh.. Betapa nikmatnya dapat menyusukan bayi kan?

Sehingga sekarang – Afiah sudah lebih sedikit 1 tahun – saya masih lagi menikmati saat-saat menyusukan Afiah.

Ianya adalah pengalaman dan memori paling indah dalam hidup saya – selain daripada memori melahirkan Afiah, memori bernikah dengan suami.. hehehehe..

Banyaknya memori paling indah kan? Semuanya indah-indah belaka..

Berbalik semula kepada topik utamanya iaitu memberi susu ibu kepada bayi.

Jika tak dapat direct-feeding, kita masih lagi ingin memberi susu ibu kepada bayi, ada pelbagai alternatif lain..

  1. Syringe-fed – Gunakan picagari dan sama tekniknya dengan kita memberi bayi ubat.. Saya tidak memberi Afiah apa-apa ubatan sehingga beliau berusia 1 tahun.. Biasanya ini lebih sesuai bagi bayi yang berusia dibawah 1 bulan.
  2. Spoon-fed – Dudukkan bayi di atas paha, ampu bahagian leher dan belakang badan, suakan sudu makan bayi ke bibir dan biarkan bayi menjilat dari sudu.. Ini sesuai sehingga bayi berusia 3 bulan..
  3. Infant-cup-fed – Dudukkan bayi di atas paha, atau jika bayi sudah boleh didudukkan sendiri letakkan di kerusi makan bayi, gunakan infant-cup yang khusus untuk memberi bayi minum susu. Saya gunakan jenama Medela, saya kurang pasti jika ada jenama lain dijual di pasaran. Dekatkan infant-cup ke bibir bayi, biarkan susu mencecah sedikit ke bibirnya dan bayi akan menjilat susu tersebut dari infant-cup. Yang ini sesuai untuk bayi berapa bulan pun..

Walaupun ramai yang beranggapan kaedah-kaedah ini leceh, ianya lebih baik daripada anda menghabiskan duit membeli pelbagai jenis botol susu yang belum tentu bayi nak.

Kita orang dewasa pun kadang-kadang makan guna tangan, kadang-kadang guna sudu, kadang-kadang guna chopstick..

Sudu pun ada pelbagai jenis sudu kan?

Sama je ngan bayi, kadang-kadang mood dia tak mahu minum dari botol.. Berikan pilihan..

Pengalaman saya sendiri..

Afiah menyusu dari botol dari dalam pantang.. OK jer dia minum.. Tiba-tiba bila dia 3 bulan, dia tak mahu menyusu dari botol. Bila diberikan botol, meraung-raung seperti dipukul dan dibelasah..

Sayapun beli satu jenis botol susu lain yang kononnya putingnya sama bentuk ngan puting ibu.. Tapi bila saya banding-bandingkan langsung tak sama ngan puting saya.. Hahahaha..

Afiah masih tak mahu.. Hampir saja saya membeli satu jenis botol yang lain pula, yang harganya boleh membeli 3 botol susu yang sedia ada..

Tetapi, saya terfikir pula.. Mungkin saya patut cuba dengan cawan dulu..

Jadi saya cari infant-cup.. Dan wallaaa… Afiah minum dengan seleranya..

Mulanya saya susah hati juga nak beritahu kepada babysitter.. Tapi saya bekalkan kedua-duanya kepada babysitter, botol dan infant-cup.

Saya beritahu kepada babysitter yang Afiah tak mahu minum dari botol tapi jika babysitter mahu mencubanya, silakan.. Jika tidak, saya minta babysitter gunakan infant-cup..

Dan memang Afiah tidak mahu minum dari botol. Jadi, babysitter gunakan infant-cup untuk memberi susu ibu kepada Afiah.

Sehingga Afiah berusia 6 bulan, satu hari dia mengambil botol susu milik cucu babysitter dan menghisapnya..

Bila babysitter beritahu kepada saya, saya pun berikan semula botol susu kepada Afiah..

Dan sehingga hari ini, Afiah tak kisahpun minum dari botol susu apa dan puting jenis apa..

Tak kisahlah puting sama bentuk dengan puting susu ibu ataupun tidak, tak kisahlah puting jenis getah atau silikon..

Selamat duit saya.. Hahaha..

Itu kisah saya..

Kisah anda pula bagaimana?

4 comments

Powered by WordPress. Designed by WooThemes